View: 1836|Reply: 16
|
[Sarawak]
Taji ayam makan tuan
[Copy link]
|
|
BINTULU: Seorang lelaki tempatan maut akibat terkena taji ayam dalam satu kejadian di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Bintulu-Miri pada Ahad.
Mangsa berusia 42 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Bintulu kerana kehilangan darah yang banyak disebabkan kecederaan teruk pada bahagian paha.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, pihak polis menerima kejadian tersebut kira-kira jam 7.29 malam.
"Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa hadir di gelanggang sabung ayam di Batu 21 dan membawa ayam sabung miliknya sekitar 2.30 petang pada hari yang sama.
"Sebelum kejadian, mangsa telah mengikat taji ayam buatan sendiri pada kaki ayam tersebut dan masuk ke gelanggang bagi melepaskan ayam sabungnya untuk bersabung dengan ayam lain," katanya dalam satu kenyataan tadi.
Bagaimanapun, tambahnya, ayam mangsa tiba-tiba menerkam ke arahnya sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian paha akibat terkena taji ayam tersebut.
"Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR)," ujarnya.
Selain itu, susulan insiden terbabit, seramai enam orang lelaki tempatan berusia 31 tahun hingga 53 tahun melibatkan tuai rumah, pemilik kebun tempat sabung ayam dijalankan dan beberapa individu dipercayai penganjur ditahan pada jam 1.30 tengah hari tadi bagi membantu siasatan kes.
"Kes disiasat di bawah seksyen 269 Kanun Keseksaan, seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan 1952 dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
"Kesemua suspek akan direman pada 31 Ogos di Mahkamah Majistret Bintulu untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek lain yang terlibat sekali gus mengesahkan kejadian tersebut," katanya lagi.
Bagi kesalahan sabung ayam, suspek berdepan dengan hukuman penjara tiga bulan atau denda sebanyak RM1000 manakala bagi kesalahan dengan cuai mungkin merebakkan apa-apa jangkitan penyakit yang berbahaya kepada nyawa boleh dihukum penjara enam bulan atau denda atau keduanya manakala perbuatan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) juga boleh dikompaun sehingga tidak melebihi RM50,000.
Justeru itu, Zulkipli menyeru dan mengingatkan masyarakat Bintulu agar sentiasa mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara PPN dengan menjaga penjarakan sosial, tidak berkumpul beramai-ramai dan tidak menganjurkan serta menyertai apa-apa aktiviti yang dilarang dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 19 demi kesejahteraan bersama.
|
|
|
|
|
|
|
|
menyabung ayam tu dah salah ...
apa lagi masa masa camni ...
orang risau nak kurangkan covid ...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau terkena taji ni ...

|
|
|
|
|
|
|
|
mcm manalah rupa ayam selepas bertanding ni....kesian tul |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kalah ...
bangkai nya akan d biar gtu jer ... d buang cam sampah ...
sebab menyabung ayam ni bukan kecik pertaruhan nya ... ribu2
dari apa yang FC baca ... taji / pisau yang d letak kat kaki ayam tu ... boleh mematahkan tulang ayam ... bayangkan sakit nya ayam bila terkena ...
|
|
|
|
|
|
|
|
ada jak area sebenarnya deng kat pendalaman sidak gik bersabong manok
tapi jauh ney polis nak pegi sampe sinun
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 30-8-2021 08:31 PM
kalau kalah ...
bangkai nya akan d biar gtu jer ... d buang cam sampah ...
sebab menyabung ayam n ...
Allahu.. Kejamnya.. Dah untung, nasib ayam biar gitu je.. What kinda satisfaction they get from this eh? |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 30-8-2021 07:56 PM
kalau terkena taji ni ...
Ini rupanya Taji Ayam. Mmg tajam betul. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 30-8-2021 08:31 PM
kalau kalah ...
bangkai nya akan d biar gtu jer ... d buang cam sampah ...
sebab menyabung ayam n ...
Diharapkan selepas kejadian ni, yg suka sabung Ayam tu berenti la. Menyiksa binatang. Insafla. Sedangkan simangsa terkena Taji pun boleh meninggal. Apatah lagi seksanya Ayam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ada lesen deng mun maok nyabung manok...
mintak kat cdak residen opis sia mun sik salah mek
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai jer akan marah jika kita2 kutuk menda gni ...
hobi...?
|
|
|
|
|
|
|
|
payah kot pengharapan tu ...
sebab menda ni kira macam ...hobi...?
senang nak paham ... ada yang hobi nya mendaki gunung ... bahaya tapi tetap buat juga ...
sama juga perlawanan laga lembu yang pemes kat Sepanyol...
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita berkaitan :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1268809

BINTULU: Seorang tuai rumah panjang dan pemilik ladang kelapa sawit antara enam lelaki tempatan di tangkap sebab terlibat dalam kes sabung ayam.
Semalam, seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas mengalami kecederaan paha disebabkan oleh taji ayam sekitar jam 2.39 petang di Batu 21 Jalan Bintulu-Miri.
Mangsa dikejarkan ke hospital namun meninggal ketika menerima rawatan.
Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Daerah Bintulu Supritendan Zulkipli Suhaili berkata, suspek yang ditahan berusia antara 31 dan 53 tahun.
Beliau berkata, sebelum tangkapan, beberapa klip video kejadian itu menjadi viral di media sosial.
"Klip itu juga menunjukkan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam sabung ayam," katanya dalam kenyataan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 3 (1) Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan 1952, dan Peraturan 17 (1) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Kawasan Tempatan yang Terinfeksi) (Pemulihan Nasional Rancangan) 2021.
Zulkipli berkata, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga bulan atau dikenakan denda RM1,000, jika sabit kesalahan.
Mereka menyebarkan penyakit yang mengancam nyawa secara tidak sengaja, hukumannya adalah penjara enam bulan atau denda, atau kedua-duanya; kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM20,000; dan kompaun RM4,000 boleh dikeluarkan kepada mereka yang hadir di gelanggang sabung ayam.
"Masyarakat diingatkan supaya mematuhi SOP sebagai usaha untuk memutuskan rantai jangkitan Covid-19," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 31-8-2021 10:05 AM
payah kot pengharapan tu ...
sebab menda ni kira macam ...hobi...?
Mmg payah. Wishful thinking je.
Mcm adik kawan saya, tiap2 kali ada sabung ayam, dia mesti bertaruh. Sampai kena serbu polis. Dah x join sabung ayam, minum pulak ari2 lepas balik kerja. Mungkin pd org mcm ni, ia satu aktiviti sosial je buat lepas penat kerja estet. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 8-9-2021 04:36 PM
erm... minum apa tu ...?
kat sini kalau tulis gtu ... ramai akan kata ... minum arak ...
Betullah sangkaan FC tu.
Klu ikut pandangan saya, mmg adik kawan saya tu mcm aktiviti melepak sama kawan. Kawan seminum pun yg kerja estet sama. Buat hilang penat kot. Bini dia je la bising mengadu kt kawan saya. Bagi saya kt Borneo benda ni xde hal la. Xkacau org pun. Aktiviti minuman dia pun xmenjejaskan kerja.
Mungkin ini part of distraction bagi dia supaya xpegi join taruh sabung ayam lagi. Saya fikir gitula. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|