CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1385|Reply: 1

Jawab soalan matematik dapat makanan percuma

[Copy link]
Post time 31-8-2021 07:07 AM | Show all posts |Read mode

Ahmed (kiri) mendapat perhatian di TikTok selepas menawarkan makanan percuma bagi pelanggan yang berjaya menjawab soalan matematiknya. - Instagram

Jawab soalan matematik dapat makanan percuma

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah kedai barangan makanan  di New York menawarkan makanan percuma kepada pelanggan yang berjaya menyelesaikan masalah matematik yang diberi oleh juruwangnya, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Ahmed Alwan yang menguruskan kedai Lucky Candy di Bronx berkata, dia mewujudkan ‘pertandingan’ matematik untuk pelanggannya sebagai salah satu cara membantu mereka yang tidak mampu membeli barangan.

“Pertandingan ini terbuka untuk semua pelanggan yang datang membeli-belah di sini.

“Bagi mereka yang berjaya menjawab soalan yang saya berikan, boleh memilih apa-apa makanan yang diinginkan di kedai saya,” jelas Ahmed.

Rakaman pelanggan menjawab soalan matematik itu dimuat naik di laman TikTok dan menarik tontonan sehingga 69.9 juta kali.

Tambah lelaki itu, setiap kali pelanggan mengambil barangan percuma, dia akan membayarnya menggunakan duit poket sendiri.

“Ini mengubah hubungan kita sebagai peniaga dengan masyarakat untuk jangka masa panjang.

“Pelanggan saya sanggup berbaris di luar kedai semata-mata untuk mendapatkan peluang menjawab soalan dan ia satu tindakan yang mengharukan,” katanya. – Agensi

SumbeR:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Lambat. Kat Malaysia dah mendahului. Kena jawab quiz rukun solat dulu baru boleh dapat bantuan makanan. Ko hado
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.044050 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list