CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 900|Reply: 0

[Sabah] PPM usir 11 warga asing dari perairan negara

[Copy link]
Post time 10-9-2021 04:47 AM | Show all posts |Read mode
SEMPORNA: Seramai 11 warga asing diusir keluar selepas didapati cuba memasuki perairan negara di Pulau Kulapuan, di sini kelmarin.

Dalam kejadia kira-kira jam 5 petang itu, Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mengesan sebuah bot laju yang sarat dengan muatan dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat 11 individu termasuk juragan bot terdiri lelaki, wanita dan kanak-kanak di dalam bot berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas juragan dan penumpang mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan tidak menemui barang-barang yang menyalahi undang-undang di dalam bot laju berkenaan,” katanya dalam kenyataan medianya di sini semalam.

Menurutnya, juragan dan semua penumpang terbabit diiring keluar dari perairan Semporna untuk diarahkan berpatah balik ke negara asal mereka selepas pemeriksaan dijalankan.

“Tindakan pengusiran itu selaras dengan kehendak undang-undang mengikut Akta Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya.

Mohamad berkata PPM Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

“Maklumat boleh terus disalurkan terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhasApp ke Pusat Kawalan PPM Wilayah 4 Sabah ditalian 013-9391197,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.949696 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list