CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4218|Reply: 1

Perak jangka buka Pulau Pangkor 1 November

[Copy link]
Post time 23-9-2021 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by LelaRentaka7 at 23-9-2021 11:08 AM

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri - September 12, 2021 @ 6:14am[email protected]


BATU GAJAH: Kerajaan Perak menjangkakan pembukaan Pulau Pangkor kepada pengunjung pada 1 November depan berpandukan gelembung hijau pelancongan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, bagaimanapun keputusan itu tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan dibentangkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Katanya, ia kerana terdapat kriteria yang belum dipenuhi khususnya membabitkan vaksinasi selain menunggu penyelarasan jumlah sebenar penduduk yang sudah divaksin.

Beliau berkata, ketiadaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di pulau bebas cukai itu menyebabkan pemberian vaksin banyak dilakukan melalui program jangkauan luar (outreach) komuniti dalam pada sebahagian besar penduduk pulau mendaftar untuk divaksin di PPV Lumut.

"Setakat Isnin lalu, hanya 87 individu daripada kira-kira 5,900 penduduk termasuk penggiat industri pelancongan yang berdaftar dengan program vaksinasi 'outreach' di Pulau Pangkor masih belum divaksin disebabkan masalah tertentu seperti sedang menjalani kuarantin serta menghidapi penyakit tertentu.
"Jadi kita nak selaraskan semula mana yang sudah divaksin di PPV Lumut dan mana yang sudah buat (divaksin) dengan PPV 'Outreach' di Pulau Pangkor supaya kita boleh buktikan yang Pulau Pangkor sudah mencapai 80 peratus imuniti kelompok," katanya.

Nolee Ashilin (kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar) KPKT, Datuk Azhar Ahmad (dua kanan) hadir meninjau Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan di Dewan Dato Azman Mahalan, Kuala Dipang. - Foto NSTP/Balqis Jazimah Zahari

Beliau berkata demikian selepas Program Penyerahan Bantuan Barang Asas Sumbangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN Tualang Sekah) (Zon Batu Gajah) di Masjid Al-Hidayah, Kg Batu 8 di sini hari ini. Yang turut hadir Yang Dipertua DPMM Perak, Kamarullaffie Ahmad dan Setiausaha Kehormat, Azizi Zam.

Nolee Ashilin berkata bagi mencapai imuniti kelompok di Pulau Pangkor, sekurang-kurangnya 8,026 penduduk layak iaitu berusia 18 tahun ke atas perlu menerima vaksin daripada jumlah keseluruhan 11,500 populasi yang diunjurkan di pulau terbabit.

Julai lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Syukri berkata Program Destinasi Bebas COVID-19 Fasa Dua Pelan Pemulihan Pelancongan diperluaskan ke pulau-pulau peranginan yang menjadi tumpuan utama pelancong seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor.

Kerajaan Perak menjangkakan pembukaan Pulau Pangkor kepada pengunjung pada 1 November depan berpandukan gelembung hijau pelancongan. - Foto fail NSTP






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2021 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
iols suka pulau pangkor..selalu bawak balik banyak2 makanan2 kering hasil laut dan jajan2..sewa motor pastu enjoy2 round pulau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.893567 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list