View: 4307|Reply: 0
|
Lelaki gaji lebih rendah jika tiada pasangan
[Copy link]
|
|
Pekerja lelaki yang sudah berkahwin kurang kencenderungan berhenti kerja sekiranya tidak mendapat pekerjaan baharu. - Getty Images
Lelaki gaji lebih rendah jika tiada pasangan
WASHINGTON – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati pekerja yang masih bujang atau tidak mempunyai kekasih menerima gaji yang lebih rendah berbanding mereka yang berpacaran atau sudah berkahwin, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Kajian diterbitkan oleh Pusat Kajian Pew itu menyatakan bahawa individu dewasa yang masih solo ‘jauh ketinggalan’ dari segi pendapatan jika dibandingkan dengan mereka yang sudah berkahwin atau memiliki kekasih.
Penyelidik Pew menganalisis data bancian dan mendapati 38 peratus penduduk AS berusia antara 25 hingga 54 tahun masih solo pada 2019 dan peratusan tersebut bertambah dengan ketara berbanding 1990 di mana hanya 29 peratus penduduk AS yang tidak mempunyai kekasih hati.
Penulis kajian, Richard Fry dan Kim Parker mendapati terdapat hubung kait antara pendapatan dan status hubungan terutamanya dalam kalangan pekerja lelaki.
Pada 2019, purata pendapatan tahunan bagi seorang lelaki bujang ialah AS$35,600 (RM148,840), manakala purata pendapatan lelaki yang sudah berkahwin atau memiliki kekasih adalah sebanyak AS$57,000 (RM238,320).
Bagi pekerja perempuan yang masih solo pula, purata pendapatan tahunan mereka ialah AS$32,000 (RM133,790) sementara pendapatan bagi pekerja wanita yang sudah berkahwin atau berpacaran ialah AS$40,000 (RM167,240).
“Saya berpendapat bahawa anda tidak akan dipandang serius di tempat kerja sekiranya anda tidak mempunyai kekasih.
“Rakan-rakan saya yang masih solo berkongsi pendapat sama iaitu mereka dinilai secara berbeza berbanding pekerja yang sudah berkeluarga dan diminta untuk menumpukan lebih banyak masa terhadap pekerjaan tanpa bayaran setimpal,” kata seorang petugas pemasaran, Grace Robert.
Seorang ahli sosiologi, Bradfox Wilcox beranggapan bahawa lelaki yang sudah berkahwin akan bekerja lebih keras dan mendakwa mereka kurang cenderung untuk berhenti kerja sekiranya tidak mendapat pekerjaan baharu.
Beberapa pengguna laman sosial Twitter yang solo bagaimanapun menganggap keadaan tersebut sebagai sesuatu yang menyedihkan.
“Ini menjadikan saya tertekan. Mereka (pekerja solo) sudahlah kesepian, mengapa mereka perlu menerima gaji yang lebih rendah?” soal seorang pengguna Twitter. – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|