CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sailorvenus

AJARAN SESAT (merged: Gravedigger, sitizulfa)

[Copy link]
Post time 16-7-2005 08:23 AM | Show all posts
Sesungguhnya Agama islam itu sudah sempurna ..lengkap dari segala hukumnya,peraturannya,amalannya..dll.

Adapun tariqah itu bukan bermaksud utk menyempurnakan islam tetapi jalan utk sampai kpd kesempurnaan itu.Hampir semua amalan tariqah adalah bersanad dari Saiyidina Ali kwj yg mendapatnya dari Nabi s.a.w,(ada juga dari sahabat yg lain)dan semua rijal sanad ilmu tariq ini jelas dan adalah mereka itu terkenal siddiq pada ilmu,amalan lagi wara'.
Tapi kebelakangan ini ramai yg mendakwa tariqah mereka benar..maka perlulah ditelili sanad mereka ..adakah ianya muktabar.

wallahua'lam

Adakah anda semua anti tariqah? Sebab mengikut kefahaman saya posting diatas seperti demikian.

[ Last edited by UFWL on 16-7-2005 at 08:24 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2005 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 15-7-2005 08:10 AM:
Pd musim haji thn ke 10 Hijrah Rasulullah saw tlh membuat pidatonya yg terakhir di padang Arafah menerangkan hukum2 & dasar2 Islam.  Di atr pidatonya:

"Hai sekalian manusia! Bhw darah k ...



syukran jazilan sis..barakallahufik..saya mmg ingat pernah baca nabi kata cenggitu..lupa kat mana..dah tua:lol
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2005 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by UFWL at 2005-7-16 08:23 AM:
Adakah anda semua anti tariqah? Sebab mengikut kefahaman saya posting diatas seperti demikian.


Saya tidak mengamalkan mana2 tarekat. Saya baca zikir2 yg sahih waridnya dari Rasulullah s.a.w mcm yg Imam Nawawi rahimahullah sebut dlm kitabnya al-Azkar dll. Saya juga tidak anti tarekat.

UFWL ada amal tarekat apa? mungkin boleh kongsi maklumat di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2005 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 15-7-2005 09:30 AM:


sabar ustaz, hujung tahun hi akan keluar sebuah buku, sekarang dah siap cuma dlm proses edit yg terakhir, tajuknya belom ada lagik, tapi buku ini akan mengopek setiap nanah arqam, silap2 impak  ...


Minta thread ni ditutup. Atau minta tukar kethread ASWJ.

Sebab tajuknya sesuai kethread ASWJ... NI bukan takat nak bincang ajaran Qiadiani atau Bahai. Cuma alasan jer. Tapi sajer nak hentam jemaah Arqam yang tellah pun diharamkan !!

Camner Snipersnake tahu akan keluar sebuah buku yang sekarang sudah siap diproses? Kalau tiada halangan dari pehak Jakim, saya rasa bukan setakat sebuah buku malah lebih dari bilangan itu akan dikeluarkan!!

Lihatlah sebaik sahaja Abuya dibebaskan dari ISA. tak sampai 2 bulan selepas pembebasan, 4 buah buku diterbitkan !!





:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2005 09:46 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 16-7-2005 06:26 PM:

Lihatlah sebaik sahaja Abuya dibebaskan dari ISA. tak sampai 2 bulan selepas pembebasan, 4 buah buku diterbitkan !!




Tahi kucing ulardalamsemak mana nak sama ngan ulama sebenar seperti Abuya.

Abuya:love::hug:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 10:31 AM | Show all posts

cerita pasal agama sesat

ada tak sapa2 nak cerita pasal agama sesat atau pengalaman sendiri tentang agama sesat ni
sedih betullah bila tengok kat NTV7 pasal agama sesat tu makcik yg dah tua pun beriya2
ngan guru kahar dah gerenti dia masuk syurga.... sedih betullah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2005 11:05 AM | Show all posts
sbnrnya byk yg sesat cuma kita selalu tak pasti .... menidakkan hukum Allah tu pon sesat, menghina atau memperlekehkan Rasul tu pon sesat .... menghalalkan perkara yg haram  tu pon sesat , isyy byk laa....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 11:41 AM | Show all posts
Salam,

Ajaran sesat yg I tahu... agama Bahai dan ajaran Qadiani.

Kalau ada masa I cerita ek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2005 08:43 PM | Show all posts
Kenapa agama Kristian, Buddha dan Hindu tidak ada dalam list agama sesat?
Ternyata satu2nya yang tidak sesat ialah Islam sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 11-10-2005 11:41 AM
Salam,

Ajaran sesat yg I tahu... agama Bahai dan ajaran Qadiani.

Kalau ada masa I cerita ek...


Agama Bahai dan ajaran Qadiani bukannya sesat tapi dah terkeluar dari Islam dan menjadi satu agama yang lain. Ajaran yang sesat ialah seperti ajaran Kahar Rasul Melayu dan Al-Arqam yang masih meraba-raba dalam kegelapan dan tak nampak cahaya terang Islam tapi masih boleh dibimbing kembali ke pangkal jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 12:30 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 11-10-2005 08:43 PM
Kenapa agama Kristian, Buddha dan Hindu tidak ada dalam list agama sesat?
Ternyata satu2nya yang tidak sesat ialah Islam sahaja...


Anda kena bezakan antara agama dan ajaran. Ajaran-ajaran membentuk agama namun dalam agama itu ada ajaran yang menyeleweng dari yang asal seperti Kristian. Ajaran Jesus mengajar ketauhidan kepada Tuhan namun ada pengikut kemudiannya yang menyelewengkan ajaran tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 11-10-2005 08:43 PM
Kenapa agama Kristian, Buddha dan Hindu tidak ada dalam list agama sesat?
Ternyata satu2nya yang tidak sesat ialah Islam sahaja...


dulu samy vellu ada keluar statement bahawa ajaran sesat ni terdapat dalam Islam sahaja ...... :hmm: hmmm terpikir pulak aku, sebenarnya selain dari Islam itu sendiri memang sudah nyata sesatnya .... eg: Kristian itu sesat krn pengolahan dan pemyelewangan dari Injil itu sendiri ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 09:17 AM | Show all posts
apa yg dibincang di sini adalah ajaran sesat

BUKAN agama sesat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 12-10-2005 09:17 AM
apa yg dibincang di sini adalah ajaran sesat

BUKAN agama sesat...


:hmm: ayapin tu masuk kategori mana? ajaran atau agama sesat?
Reply

Use magic Report

bebbeb This user has been deleted
Post time 18-10-2005 06:50 AM | Show all posts
sebenarnya bukannya 24 ajaran sesat. tapi ada 25 ajaran sesat kat malaysia ni. yang paling terbesar bukannya ayah pin. tapi ayah No. (UMNO) ada berjuta juta pengikut. Ini topik yang paling pelik....macammana kerajaan boleh bagi fatwa yang ayahpin, kahar, arqam dan lain lain tu sesat? sedangkan dia sendiri pun sesat? kenapa saya kata macam ni..... "selidik makna sesat dalam quran" perkataan "dholal".
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2005 02:29 AM | Show all posts

Pengaruh Black Metal digerakkan anak muda terpelajar

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Pengaruh Black Metal di negara ini digerakkan oleh anak-anak muda berpelajaran tinggi lulusan luar negara, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) serta yang berkerjaya hebat.

Lebih membimbangkan, ramai pelajar dalam bidang keagamaan di sekolah dan IPT turut terlibat dalam muzik metal yang membawa aliran ekstrem Jangan Ikut Tuhan (JIT) itu.

Seratus peratus daripada mereka adalah anak muda Melayu.

Majalah Mastika yang telah membuat siasatan eksklusif terhadap gejala tersebut sejak keluaran Oktober lalu mendapati, pengaruh buruk Black Metal bermula di negara ini pada penghujung 1980-an dan semakin aktif pada awal 1990-an.

Black Metal adalah salah satu genre muzik metal tetapi ia membawa rentak muzik serta fahaman yang ekstrem dan paling berbahaya, berunsur kesyaitanan, antitauhid, kegelapan dan kekejaman.

Antaranya upacara memuja syaitan, minum darah sendiri dicampur darah kambing, membakar al-Quran dan lebih teruk, melakukan perbuatan keji di atas kitab suci itu.

Kefanatikan yang melampau terhadap Black Metal seterusnya hingga ke tahap ada yang sanggup memakan makanan haram (babi), menyalahgunakan dadah dan menyembah syaitan semata-mata bagi menunjukkan mereka adalah pengikut Black Metal sejati, atau dalam istilah kumpulan itu, true.

Kelmarin pihak polis dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) menahan 105 remaja termasuk empat wanita ketika asyik berpesta dalam satu konsert Black Metal di sebuah bangunan lama di Seremban. Semuanya berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan setelah pihak berkuasa itu melakukan serbuan kira-kira pukul 8.20 malam. Tindakan pantas itu berjaya menghalang anggota kumpulan itu yang datang dari Singapura, Perlis, Melaka, Kuala Lumpur, Selangor daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Siasatan Mastika juga mendapati, pengaruh Black Metal sudah menular di kalangan kanak-kanak semuda usia 11 tahun dan ada yang mengaku baru berusia 13 tahun ketika menganggotai JIT.

Fahaman yang mengagungkan syaitan dan menghina Tuhan itu dipaparkan dalam lirik lagu, mengaku diri sebagai syaitan, membakar gereja dan membunuh paderi, lambang syaitan pada pakaian, nama syaitan pada kumpulan, salib terbalik sebagai lambang antiagama dan pelbagai lagi.

Hitam menjadi warna rasmi mereka dan kumpulan Black Metal Barat yang paling ekstrem serta membawa fahaman kesyaitanan adalah seperti Mayhem, Burzum dan Immortal (Norway), Katatonia (Sweden) dan Thou ArtLord (Greece).

Kumpulan-kumpulan tersebut mempunyai pengikut yang ramai di negara ini dan ketaksuban inilah yang menyebabkan sebilangan anak-anak muda Melayu berebut-rebut untuk menjadi `true' hingga menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik menggunakan nama syaitan dan ada di antara mereka melakukan ritual bertentangan dengan akidah.

Dari kalangan fanatik Black Metal ini jugalah dipercayai kemudiannya wujud kumpulan JIT yang terlibat dengan ritual membakar serta melakukan perbuatan-perbuatan keji di atas Al-Quran.

Memang benar bukan semua kumpulan Black Metal di negara ini menggunakan nama syaitan dan membawa mesej-mesej kesyaitanan dalam lagu mereka namun tidak dapat dinafikan mereka turut mempromosikan unsur-unsur `satanik' dari segi pakaian dan aksesori.

Di kalangan pengikutnya pula, ramai yang mendakwa sekadar menggemari muzik tetapi dalam masa yang sama memakai pakaian berlambang kesyaitanan serta anti Kristian.

Bagi mereka, itu adalah sekadar imej, bukanlah satu kesalahan dari segi akidah.

Malah merekalah yang kebanyakannya menubuhkan kumpulan-kumpulan Black Metal dan menerbitkan risalah/majalah (zine) untuk pengikut aliran muzik berkenaan dalam bahasa Melayu atau pun Inggeris.

Selain menjadi bahan bacaan tentang dunia Black Metal, zine ini turut mempopularkan kumpulan-kumpulan dari luar negara yang memuja syaitan, menghina tuhan dan anti agama.

Pengaruh Black Metal terus berkembang kerana mereka sering mengadakan gig underground bersama kumpulan-kumpulan yang sealiran dengannya seperti Melodic Death Metal, Black-Death Metal serta Death Metal.

Semasa gig berlangsung sebahagian daripada kumpulan tersebut melakukan gimik ritual masing-masing seperti menyimbah cecair merah di atas kepala, memakai selubung hitam dan menconteng muka seperti mayat.

Di samping mendedahkan keburukan Black Metal, Mastika keluaran Januari 2006 nanti akan menyiarkan pengakuan bekas anggota kumpulan JIT di Ipoh, Perak serta seorang gadis yang pernah menyaksikan sendiri JIT melakukan ritual jijik mereka di Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Black Metal ternyata bukan sahaja menghina agama seperti Islam dan Kristian tetapi mendorong pengikutnya bertindak di luar batasan adab dan agama.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_03.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2005 02:55 AM | Show all posts
Originally posted by no0rm at 12-10-2005 09:20 AM


:hmm: ayapin tu masuk kategori mana? ajaran atau agama sesat?


Orang sesat dalam ajaran dan juga agama.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 04:28 PM | Show all posts

PENGARUH CULT DI KALANGAN REMAJA

Khairul Azhar Idris
Pegawai Penyelidik
14 Mac 2002

Pada umumnya, cult atau pun ajaran sesat adalah satu perilaku atau fahaman yang sering dikaitkan dengan kesesatan kerana ajarannya yang mempunyai unsur-unsur ketahyulan, khurafat dan pemujaan syaitan. Cult atau ajaran sesat sebenarnya didokongi oleh satu golongan atau kumpulan manusia yang menjadikan pemujaan atau penyembahan iblis dan syaitan sebagai matlamat utama ajaran.

Di samping itu, mereka juga berpegang kepada kepercayaan dan fahaman-fahaman yang berunsur tahyul dan khurafat atau magik serta sihir yang ada kaitannya dengan kedudukan, keagongan atau kemuliaan seseorang. Juga terdapat penyalahgunaan dadah dan seks bebas, didorong oleh fahaman keagamaan dan politik songsang serta lain-lain.

Memang terdapat individu yang memuja manusia atau kumpulan tertentu kerana minat atau perasaan kasih dan sayang yang melampau. Dan Islam telah pun meletakkan garis panduan yang jelas dalam hal ini agar ia tidak melampaui batas. Dalam Islam, pemujaan terhadap mana-mana objek atau makhluk selain dari Allah adalah satu kesesatan yang sudah tentu membawa kepada syirik. Apatah lagi yang menjadi objek pemujaan itu adalah syaitan yang sudah jelas kedudukannya sebagai musuh umat manusia yang utama.

Menurut ajaran Islam, segala kepercayaan yang tidak mengagungkan KeEsaan Allah adalah ajaran sesat. Pemujaan yang mutlak hanyalah kepada Allah, bukan kepada yang lain dariNya. Bersesuaian dengan firman Allah dalam surah az Zaariyaat, ayat 56 bermaksud: 慉ku ciptakan Jin dan Manusia supaya mereka mengabdi dan memuja Ku
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 04:29 PM | Show all posts
Bagaimana pengaruh cult boleh meresap ke dalam diri remaja? Pada dasarnya, ia berpunca dari pengaruh muzik black metal. Walaupun ia sejenis aliran muzik dari genre metal, tetapi ia bukan semata-mata muzik. Ia adalah aliran muzik liar dan songsang yang bersifat underground dan banyak menampilkan aliran muzik berbentuk hard rock dan heavy metal.

Terdapat unsur pemujaan syaitan dalam aliran muzik ini dan ia mula dikesan pada tahun 1970an apabila artis rock dari Amerika Jimmy Hendrik mula menonjolkannya. Bermula dari situ, jumlah peminatnya semakin ramai sehingga terbentuklah kumpulannya yang tersendiri.

Penampilan mereka di atas pentas dengan wajah syaitan yang dipuja akhirnya menjadi ikutan sebagai satu trend masyarakat terutamanya remaja. Kesannya bukan sahaja dari segi penampilan wajah, tetapi juga pakaian sehinggalah kepada fahaman dan kepercayaan. Selain black metal, terdapat juga muzik metal lain seperti Pink Metal, Skin Head, Hip Hop, Trash Metal dan Hard Metal. Kesemua aliran muzik ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Biasanya terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang amat meminati aliran muzik ekstreme.

Mengimbau kewujudan dan penerimaan remaja negara ini terhadap muzik aliran ini, ia bermula seawal tahun 1980-an. Kehadirannya di negara ini dari negara asalnya seperti Sweden, Norway dan Finland pada masa itu mendapat pelbagai reaksi masyarakat. Antara rasa bimbang dan cemas, suka dan benci, namun ia mendapat perhatian yang memberangsangkan dari golongan muda-mudi. Pada mulanya ia hanyalah satu hiburan dari aliran muzik kontemporari, tetapi kini ia mengejutkan negara sebagai satu kumpulan ajaran sesat dengan pengikut dan cirinya tersendiri.

Jika ditinju dari sudut penampilan kumpulan muzik black metal ini, banyak yang buruk dari baiknya. Pakaian serabai dan wajah syaitan menjadi imej digemari. Setiap album dan lirik lagu menyimpang dari syariat Islam. Ia mengandungi unsur anti ketuhanan dan pemujaan syaitan serta khurafat. Tidak hairanlah pada peringkat awal lagi, masyarakat amat tidak senang dengan kehadiran aliran muzik ini di negara ini.

Walaubagaimanapun, kebimbangan yang ada tidak mampu menyekat pengaruhnya. Ini kerana ia bukanlah satu isu jenayah sehingga sampai mengancam kestabilan atau keselamatan negara. Akibatnya, tiada sebarang pemantauan oleh pihak berkuasa kerana bab ini bukan kerja mereka. Dalam satu perjumpaan mufti-mufti di Pulau Pinang tidak berapa lama dulu, ada disarankan agar kerajaan mengharamkan kemasukan muzik aliran ini ke negara ini. Tindakan ini kelihatannya amat berisiko.

Ia mungkin akan mengundang kekecewaan golongan pencinta seni yang berjuang atas dasar seni untuk seni. Tetapi sekiranya semua pihak berfikir secara logik, semua tindakan mereka akan lebih rasional lagi.
  
Ciri-ciri ahli kumpulan black metal:

1. Berpakaian serba hitam, berlambang salib terbalik dan objek pentagram

2. Meminati muzik ekstrim dan metal berunsur pemujaan syaitan dan iblis, melibatkan dadah dan arak, anti agama dan memijak al Quran

3. Ada upacara 慓ig
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 04:36 PM | Show all posts
salam

AGAMA SESAT???
mana ada AGAMA SESAT
manusia aje yang SESAT
AGAMA ITU LURUS
tak kira apa agama pun, iaitu TUNDUK kepada TUHAN YANG SATU
jadi yg sesat adalah manusia sendiri
atas keLALAIAN diri sendiri
tak nak ikut AJARAN TUHAN dan PENYAMPAINYA
nak ikut HAWA NAFSU

dan BIDAAH jugak SESAT kan
KAN...
KAN............

maka KITA semua pun dalam KESESATAN........
(cuba fahami SURAH AL FATIHAH, wahai saudara-saudaraku)
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.688139 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list