|
gud info... |
|
|
|
|
|
|
|
wahai tikar pandan terbang...bawalah aku ke negeri pasir berdengunggg...hihi |
|
|
|
|
|
|
|
On the film 'Do Re Mi' 1966
"Apabila saya buat cerita komedi, skrip saya miskin dengan kata bual. Segala-galanya itu akan dibuat 'on the spot' (secara spontan)."
dialog spontan die sgt awesome !!
mesti tergelak tiap kali tgok..
|
|
|
|
|
|
|
|
Arwah ni gay ke?Omg |
|
|
|
|
|
|
|
FARRAZOOL replied at 5-5-2016 02:50 AM
Arwah ni gay ke?Omg
sudah2 la pecaya benda ngarot macam tu.
merangkak nak minta ampon nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
KERUSI YANG KEHILANGAN TUAN
Hari selasa diwaktu subuh hari pada tanggal 29 Mei 1973, seluruh negara telah dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah seorang seniman besar dalam dunia seni Melayu. Terimalah secebis titipan dariku untuk manusia biasa yang luar biasa.
Kalaulah kerusi ini boleh bercakap tentulah ianya yang pertama sekali menyatakan rasa sedihnya atas kematian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Tetapi apakan daya kerusi yang terdampar lesu ini sudah pasti tidak mampu berbuat demikian. Ia adalah satu benda mati yang tidak boleh bersuara untuk menyatakan rasa sedihnya di atas kehilangan tuannya.
Tetapi kerusi ini mempunyai kisahnya yang tersendiri dan ada satu pertalian yang sangat erat dengan perjuangan seni Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Kerusi inilah sama-sama berhempas pulas selama 18 tahun menabur bakti kepada tuannya.
Di atas kerusi inilah Allahyarham menempuh zaman kegemilangannya sebagai seorang pengarah filem bermula di Jalan Ampas sehingga beliau berhijrah ke studio Merdeka, Kuala Lumpur. Kerusi ini turut dibawanya sekali. Apabila Allahyarham mengundurkan diri sebagai pengarah kerusi ini disimpan kemas di satu sudut rumahnya di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur.
Hari ini 29 Mei 2019, genaplah 46 tahun Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meninggal dunia. Kerusi ini sekarang kelihatan lesu di Pustaka Peringatan P.Ramlee tanpa bertuan. Kerusi ini adalah pembawa simbolism dan keagungan kepada seorang pejuang seni agung di dalam sejarah filem Melayu.
Titipan doa dan Al-Fatihah buat Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.
#PRamlee
#SenimanAgung
#46TahunPemergianmu |
|
|
|
|
|
|
| |
|