|
Kemanakah arah ketamadunan masyarakat kita.
[Copy link]
|
simplelife This user has been deleted
|
Tamadun-tamadun bangsa lalu dibanggakan pada hari ini kerana mempunyai bukti yang tampak jelas di depan mata seperti tembok besar china, piramid, jambatan gantung babylon dan sebagainya. Pemimpin di zaman kini juga sudah pun mengadakan mercu-mercu tanda pencapaian kemajuan Malaysia seperti klcc, litar sepang, masjid ubudiah dll yang akan suatu hari nanti dkenang sebagai warisan ketamadunan negara oleh generasi akan datang.
Namun, untuk membuktikan ketamadunan yang tinggi, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah melakukan sesuatu yang lebih tinggi daripada masyarakat antarabangasa yang lain. Jadi ada baiknya proses pembinaan mercu tanda itu diserahkan 100% kepada rakyat Malaysia, barulah ia boleh dianggap sebagai kejayaan rakyat Malaysia dan bukannya menumpang kepakaran luar...
Tetapi tamadun tidak tertumpu kepada tugu dll semata-mata. Kecemerlangan teknologi, para ilmuwan, politik dan sosial perlulah berkembang sama dan tidak mencontohi negara lain semata-mata. Selain itu, segala catatan kecemerlangan Malaysia perlulah dicatat supaya tidak luput ditelan masa seperti yang berlaku kepada karya ilmuwan Melayu yang diceritakan telah terbakar di atas kapal Raffles sehingga memudahkan terjadinya metos Melayu Malas dan Melayu adalah bangsa yang melayu. Bahkan,bahasa Melayu sendiri dicopkan sebagai pinjaman 99.9999% dari bahasa luar sedangkan Bahasa Melayu itu menjadi lingua franca Timur dan Barat suatu masa dahulu.....
[ Last edited by simplelife at 30-12-2005 04:39 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 munchkeen's post
kalau tak ada tamadun melayu... kira kita nih duduk atas pokok spt yg didakwa oleh Prince Charles tu ler :bgrin:
atau, kritikan charles apabila kita ingin menamadunkan kaum penan... dgn memberikan mereka itu pendidikan dsbnya.... charles menganggap kaum penan sbg warisan sejarah... (mungkin pada pendapat charles... kaum penan tu satu spesis haiwan... tu yg dia sibuk sgt nak preserve jati diri kaum penan yg telanjang bogel, pemalu dan tinggal di dalam hutan) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by munchkeen at 29-12-2005 11:24 PM
adake istilah tamadun melayu ??? skang nie cam takde je ...
pernah ader...
malangnya kita tak mampu mempertahankannya...
sebab itu kita utarakan topik ini dengan harapan akan ade sumbangan pikiran dan pendapat agar kita bersama-sama dapat membentuk semula atau menyambung kembali ketamadunan gemilang kita.
Pada siapakah harus digalaskan harapan dan usaha ini kalau tidak dibahu kita bersama.
Asas nya telah ada. Bukan oleh orang yang terdahulu dari kita malahan para cerdekpandai pandai pada masa ini . Cuma kesinambungan dari masyarakat khalayak masih terlalu kurang. Kita masih bagaikan leka dengan perkara yang tidak memberikan apa2.
Justeru itu...jom sama2 kita membentuk kembali tamadun bangsa kita yang cemerlang |
|
|
|
|
|
|
|
Pembinaan sesebuah tamadun tu harus digerakkan bersama-sama pembangunan moral dengan teknologi, iaitu melahirkan yg berdisplin dan beretika dalam membuat sesuatu perkara dan digerakkan pembangunan material dan sumber seperti bangunan atau artifak ..
Jika tamadun Mesir, cina, Babylon, Rom dan islam sekali pun sumer mempunyai Kod Undang2 sendiri ...
Kita sumer tengok hebat dan uniknya ... bangunan yg dibina dan masyarakat yg berdisplin ... lahir dari budaya ilmu pengetahuan gak...
Jika kita sumer nak melihat masyarakat kita maju ...kena ada budaya ilmu ... tengok karya tempatan dihasilkan ...
sedih saya kalo pergi ke toko2 dan kedai2 buku ... susahnya nak jumpa bacaan Melayu yg ilmiah ...
tengok banyak lagi dalam bahasa inggeris & cina ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam mencari arah ketamadunan pastikan dulu bahawa masyarakat itu tahu dan faham apa yang dimaksudkan dengan tamadun. Masalahnya ramai sekarang ni tak minat nak bertamadun. Mereka hanya membaca tentang tamadun hanya untuk lulus periksa atau sebab kerja. Dalam penghayatan kehidupan , ramai yang tak faham, ramai yang buat-buat tak faham dan ramai yang sengaja mengelak. Kerana itu sampai sekarang kita masih tercari-cari arah ketamadunan. Buatlah apa-apa slogan atau kata-kata indah, tapi jika tanpa penghayatan sesuatu itu mungkin tidak akan berlaku. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|