|
[KHAS SYIAH] Saat Dikau Menangis - Karbala Oh Asyura [2007/1428H]
[Copy link]
|
|
DARIMUSNAD ABU DAWUD
Untuk Imam Ali a.s
http://hadith.al-islam.com/Display/Display.asp?hnum=4136&doc=4&IMAGE=%DA%D1%D6+%C7%E1%CD%CF%ED%CB
حدثنا ‏ ‏محمد بن كثير ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏سفيان ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏‏عن ‏ ‏ابن أبي نعم ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سعيد الخدري ‏ ‏قال ‏
‏بعث ‏ ‏علي ‏ ‏عليه السلام ‏‏إلى النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏بذهيبة في تربتها فقسمها بين أربعة بين ‏‏الأقرع بن حابس الحنظل
http://hadith.al-islam.com/Display/Display.asp?hnum=3927&doc=4&IMAGE=%DA%D1%D6+%C7%E1%CD%CF%ED%CB
حدثنا ‏ ‏أحمد بن حنبل ‏ ‏ومسدد ‏ ‏قالا حدثنا ‏ ‏يحيى بنسعيد ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏سعيد بن أبي عروبة ‏ ‏عن ‏ ‏قتادة ‏ ‏عن ‏ ‏الحسن ‏ ‏عن ‏ ‏قيسبن عباد ‏ ‏قال ‏
‏انطلقت أنا ‏ ‏والأشتر ‏ ‏إلى ‏ ‏علي ‏‏عليه السلام ‏ ‏فقلنا هل ‏ ‏عهد ‏ ‏إليك رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏‏شيئا لم ‏ ‏يعهده ‏ ‏إلى الناس
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SAHIHMUSLIM
Ygni anda boleh tengok iaitu pada bab Fadhail Sahabah. Muslim menggunakanradhiyallahuanhu kepada semua para sahabat termasuk kepada AHlul Bait a.s,tetapi menggunakan 'Alaihisslatuwassalam kepada Sayyidatina Fathimah a.s (Lihattajuk no.15)
http://hadith.al-islam.com/Display/hier.asp?Doc=1&n=5642
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 10-6-2007 08:45 PM
Saya sebenarnya pernah lihat hadis yg menggunakan sebutan Alaihissalamkepada AhlulBait a.s dalam Sahih Bukhari terjemahan Indonesia tapi takingat terbitan apa, lebih kurang 10 tahun lepas. Lepas tu bila check yglain, nampaknya dah takde.
Kalau mengikut al-Tijani pula, beliau melihat bagaimana al-Bukharimengikutkan dengan 慉laihissalam kepada Imam Ali a.s, dan Alaihimassalamkepada Imam Ali Zainal Abidin dan Imam Husein a.s : Sahih Bukharicetakan al-Halabi Dan Anak-anak, Mesir (Tsumma Ihtadaitu/AkhirnyaKutemukan Kebenaran- Bahasa Malaysia, hlm.43,Kumpulan Pengajian Islam,UIA, 1996)
postingyg seterusnya akan saya muatkan beberapa contoh penggunaan Alaihi/asalam kepada Ahlul Bait a.s.
InsyaAllah
Terima kasih atas jawapan anda. Walaupun Kitab Bukhari ada banyak terjemahan dan cetakkannya, yang terbaik adalah rujukan asal Bukhari dalam bahasa Arabnya, yang mana telah dijadikan rujukan Ulama' berkkurun-kurun lamanya.
Jika benar kenyataan saudara bahawa ada diantara cetakan Kitab Bukhari (terjemahan) yang sesetengahnya ada title Alaihissalam untuk ahlul bait, dan sesetengahnya tiada bermakna telah berlaku kesalahan terjemahan dari Kitab asal.
Wallahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Dari post #120 dan 121 kesemua rujukan dari Al-Islam.com, memang benar kata2 saudara.
Cuma tak konsisten dari website tu:
kalau petikan dari Sahih Muslim semua sahabat/sahabiah title R.Anha/R.Anhu, kecuali Fatimah
petikan dari Musnad Abu Dawud: ahluh bait guna a.s
:stp:
Kalau ada sumber lain untuk memantapkan lagi bagus juga |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 11-6-2007 01:13 AM
Kalau ada sumber lain untuk memantapkan lagi bagus juga
Sumber bagaimana lagi yang anda mahukan? Hadis Bukhari yang menjadi dalil Billionaire tu tak boleh pakai ker??
Lama tak masuk sini nampaknya masih aktif lagi perbincangan mazhab. Teruskan untuk mencari kebenaran. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah ini untuk kami meluahkan isi hati kami, kesedihan kami, kegembiraan kami.... keluhan kami, kerinduan kami, harapan kami....
nampaknya rumah kami ini dah tercemar.......??? |
|
|
|
|
|
|
|
aku tumpang sedih walau tak berapa faham.... adakah aku puncanya...? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #125 saifulms's post
maafkan daku....
aku tidak mengerti
tetapi bukan untuk memusuhi
jika aku mengganggu
aku akan berlalu
wadah perkataanmu sungguh indah
tiada apa yang ku sanggah
hanya perkara yang pasti
yang rela kucari
namun cuaca nan redup
mata yang memandang belum cukup
untuk terus mencari....
mencari dan mencari...
kebenaran yang hakiki
mungkin tempatku bukannya di sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #127 mnm77's post
Khemah Huseini bukanlah permandian umum
ia taman Sultan dengan jutaan bau harum
namun musafir miskin tak pula terhalang melampaui gerbangnya
tak pula pedagang kaya dijamin tempatnya
hanya kejujuran di bawah bayangan bendera Abbas
Husein kan sambut dengan pelukan yg ikhlas....
bertanyalah kerana dalam khemah Husein, ilmu terus dituntut. Kalau ada yg mampu menjawabnya, maka adalah jawapannya. Kalau rasa sesuai dibuat di thread lain, silakanlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 11-6-2007 01:13 AM
Dari post #120 dan 121 kesemua rujukan dari Al-Islam.com, memang benar kata2 saudara.
Cuma tak konsisten dari website tu:
kalau petikan dari Sahih Muslim semua sahabat/sahabiah title R.Anha/R.Anhu, kecuali Fatimah
petikan dari Musnad Abu Dawud: ahluh bait guna a.s
:stp:
Kalau ada sumber lain untuk memantapkan lagi bagus juga .
inconsistency dari satu kitab tu tak membuatkan bukti2 lain terjejas. Apatah lagi panduan utama dari kitab2 hadis saudara SUnni kami (ie.Sahih Bukhari) telah menyebutkannya secara eskplisit, apatah lagi mengingatkan kedudukan kitab ini di sisi mereka hanya setingkat di bawah al-Quran. Dan juga, saudara anda dari kaum Syiah sepakat dengan al-Bukhari dalam hal ini, di mana tidak mungkin kedua2 mereka Syiah dan al-Bukhari sepakat pada satu hal yg sama melainkan ianya memang benar dan kuat (kerana keduanya sering sahaja bertentangan). sentiasalah ingat, bahawa dalil yg disepakati oleh lawan adalah hujah kuat bagi anda. Kami telah menunjukkan bukti, dan perlu diingat: 'utk membuat anda puas' dan 'kebenaran hujjah' adalah dua perkara yg berbeza. Dalam hal ini, kebenaran hujjah sentiasa berada di hadapan kepuasan seseorang secara personal. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 12-6-2007 08:45 AM
inconsistency dari satu kitab tu tak membuatkan bukti2 lain terjejas.Apatah lagi panduan utama dari kitab2 hadis saudara SUnni kami(ie.Sahih Bukhari) telah menyebutkannya secara eskplisit, apatah lagimengingatkan kedudukan kitab ini di sisi mereka hanya setingkat dibawah al-Quran
Mungkin ini post terakhir saya di thread ini, memandangkan saya tidak mahu mencemari thread ini.
Saya tidak kisah jika orang syiah menggunakan A.S pada ahlul bait, berdasarkan rujukan syiah. Tetapi bila sunni didakwa (dari kitab Bukhari) juga menggunakannya (walaupun tak konsistent) tetapi dianggap itulah yang sebenarnya, maka saya perlukan kepastian dakwaan ini.
Saya buka Kitab Bukhari terjemahan Arab - Inggeris (Dr Muhsin Khan). Bahagian Fadhilat Sayyidatina Fatimah (Kitab 62, Bab 29, Hadith no 3767)
Tajuk dalam Bahasa Arabnya: Fatimah Radhi-Allahu Anha (kesemua tulisan Arab)
Tajuk dalam Bahasa Inggerisnya : Fatimah Alaiha Salam (Alaiha Salam dalam tulisan bahasa Arab)
Ini satu contoh kesalahan cetakan, namun memang ada pada tempat lain kegunaan Alaiha Salam (untuk Fatimah) dalam hadith tulisan Arabnya. Tetapi untuk ahlul bait yang lain tidak digunakan A.S
Saya bukannya nak memperbesarkan isu yang tak sepatutnya diperbesarkan di sini, cuma saya nakkan kepastian bila ada dakwaan penggunaan Alaiha Salam dari Sahih Bukhari. Adakah penggunaan itu konsistent, seperti yang digunakan oleh orang syiah? atau kesalahan cetak...? jadi kena buat rujukan kitab asal untuk mengetahuinya...
Wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #127 mnm77's post
Mohon maafkan aku juga..
Mungkin dalam banyak perkara, aku terlalu menurutkan perasaan
tanpa meninjau terlebih dahulu niatmu itu.
Segala kemuskilan dan persoalan darimu itu dialu-alukan seperti yang Bill katakan dalam post #128..
Wahai saudaraku yang dikasihi, semoga kita bersama2 akan berada dibawah payung Rahmat Pemelihara kita yang Maha Agong.... InsyaALLAH...
Wassalam..
[ Last edited by saifulms at 12-6-2007 09:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 12-6-2007 06:42 PM
Mungkin ini post terakhir saya di thread ini, memandangkan saya tidak mahu mencemari thread ini.
Saya tidak kisah jika orang syiah menggunakan A.S pada ahlul bait,berdasarkan rujukan syiah. Tetapi bila sunni didakwa (dari kitabBukhari) juga menggunakannya (walaupun tak konsistent) tetapi dianggapitulah yang sebenarnya, maka saya perlukan kepastian dakwaan ini.
Saya buka Kitab Bukhari terjemahan Arab - Inggeris (Dr Muhsin Khan).Bahagian Fadhilat Sayyidatina Fatimah (Kitab 62, Bab 29, Hadith no 3767)
Tajuk dalam Bahasa Arabnya: Fatimah Radhi-Allahu Anha (kesemua tulisan Arab)
Tajuk dalam Bahasa Inggerisnya : Fatimah Alaiha Salam (Alaiha Salam dalam tulisan bahasa Arab)
Ini satu contoh kesalahan cetakan, namun memang ada pada tempat lainkegunaan Alaiha Salam (untuk Fatimah) dalam hadith tulisan Arabnya.Tetapi untuk ahlul bait yang lain tidak digunakan A.S
Saya bukannya nak memperbesarkan isu yang tak sepatutnya diperbesarkandi sini, cuma saya nakkan kepastian bila ada dakwaan penggunaan AlaihaSalam dari Sahih Bukhari. Adakah penggunaan itu konsistent, sepertiyang digunakan oleh orang syiah? atau kesalahan cetak...? jadi kenabuat rujukan kitab asal untuk mengetahuinya...
Wallahu a'lam.
salam
dalam Muhsin Khan memang tidak ada a.s, begitulah juga kepada banyak terjemahan yg lainnya. Anda boleh rujuk cetakan asal Bukhari kalau ada, beban itu tidak lagi terpikul di bahu kami. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 12-6-2007 09:41 PM
Mohon maafkan aku juga..
Mungkin dalam banyak perkara, aku terlalu menurutkan perasaan
tanpa meninjau terlebih dahulu niatmu itu.
Segala kemuskilan dan persoalan darimu itu dialu-alukan ...
Insya Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Hussein Syahid!!!
Telah tiba bulan Muharram
Telah syahid Pembela Islam
Putera Zahra, Mazlum Hussein
Dari Mekah menuju Kufah
Sambil berdoa di Padang Arafah
Putera Zahra, Mazlum Hussein
Imam Hussein, sudah bersedia
Menunaikan tugas yang mulia
Putera Zahra, Mazlum Hussein
Imam Hussein, sudah memahami
Diri keluarga, akan dizalimi
Putera Zahra, Mazlum Hussein
Tentera Yazid, ribuan orang
sanggup membunuh, orang tersayang
Putera Zahra, Mazlum Hussein
Rasulullah pernah bersedih
mengenangkan peristiwa pedih
Putera Zahra, Mazlum Hussein
Imam Hussein, Penghulu Syuhada
Dari mula wujudnya perwira
Putera Zahra, Mazlum Hussein
Imam Hussein, syahid di Karbala
Penggerak darah para Syuhada
Putera Zahra, Mazlum Hussein |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Saya sempat menziarahi Makam Saida Zainab di Damsyik bebaru ni... dan juga sempat mencium tempat di mana Yazid meletakkan kepala Saiyidina Hussein r.a. di ruang bersebelahan Masjid Umayyad juga di Damsyik. Di buat hiasan dari perak tempat/ para itu... Kalau nak tengok gambar atau berkongsi pendapat, kunjung lah ke blog saya di;
http://laxamana.multiply.com/
Siapa tahu kisah anak kecil.. Ruqayyah.. sering di sebut berkaitan Masjid Saida Zainab itu, tapi saya tidak tahu kisah nya.. Insha Allah, 2 minggu lagi saya ke sana lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #135 Laxamana.'s post
Sakinah terjaga malam di penjara
Terdengarkan Asghar menangis derita
Sakinah menangis malam di penjara
Merindui Hussein ayahnya tercinta
Dimanakah ayah jawablah ibuku
kurindukan ayah kuingin beradu
Dimanakah ayah jawablah ibuku
kuingin mengadu parah telingaku
Dimanakah Abbas bawakan padaku
diriku dahaga air dan kasihmu
Dimanakah Abbas bawakan padaku
dengarlah pakcikku daku buah hatimu
Dimanakah Asghar Kekanda kecilku
ku baru terdengar Asghar memanggilku
Dimanakah Asghar Kekanda kecilku
kubawa penawar ubati lukamu
Ya ALLAH!.................. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 27-1-2006 03:30 PM
KHAS BAGI MEREKA YANG BERMAZHAB SYIAH
LAKNAT ALLAH KE ATAS MEREKA-MEREKA YANG MENZALIMI INSAN-INSAN SUCI.
10 Muharram 1428 Hijrah
29 Januari 2007
PERHATIAN!: Thread ini telah diubahsuai ( ...
kenapa menggelar sahabat besar Rasul sbg MUAWWIYAH AL-LAPARI (yang takkan kenyang sehingga bila-bila)??? bukankah itu penghinaan besar terhadap sahabat besar Rasul yg yg diiktiraf sebagai penulis wahyu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|