CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13718|Reply: 63

Rejam, muta'ah dan nasikh almansukh.

[Copy link]
Post time 13-4-2006 10:54 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum warahmatullah

Semua ahli Islam sepakat bahawa dalil yg telah 'memansuhkan'  hukum ayat mutaah hanyalah datangnya dari sunnah. Agama menolak pemansuhan ayat al-Quran dengan sunnah, namun orang2 ASWJ beberapa kali mengutamakan


Asalnya saya nak post dalam thread muta'ah, tapi ada persoalan lain pulak.  Jadi saya buat topik baru.  Saya rasa semua ahli syiah berpendapat spt di atas.  Jadi kita bawa persoalan lain pulak.

kalau kita baca quran hukuman zina adalah sebat.  tak ada sebut rejam.  tapi hukuman rejam terdapat dalam hadith-hadith sahih.  dan juga ahlussunah ada rujukan kepada al nasikh wal mansukh untuk menguatkan hukum rejam.  berlainan dengan syiah yang tak percaya alnasikh wal mansukh (ataupun mereka punya alnasikh wal mansukh tak sama dgn ahlussunah, saya tak pasti).

Persoalan saya nak tanya:

1.  Apakah dalil yang digunakan untuk hukuman rejam?

Seterusnya....

2.  Jika berdasarkan hadith, kenapa pendapat sunnah yang memansukhkan muta'ah melalui hadith dipertikai?

Ni bukan nak buka gelanggang berkenaan halal haram mutaah, tapi untuk mencari atas dasar apa sesuatu hukum didalilkan.

Persoalan seterusnya bergantung kepada jawapan yang diterima.  

waalaikum salam, wabillahitaufik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2006 02:02 AM | Show all posts

salam,

Sekadar menjawab persoalan...Yg I tahu...(sila betulkan sekiranya silap)

Hukuman rejam sehingga mati bg pesalah zina yg muhsan (sudah merasai perkahwinan) tidak terkandung dlm al Quran.

Kita dapati perundangan bg hukuman ini di dlm sunnah.  Nabi saw tlh menghukum rejam 2 org pesalah yg melakukan zina dan sudah muhsan, Ma'iz dan Al-Ghamidyah.

Sabda nabi saw,

"Ketika Rasulullah saw berada di masjid, dtglah seorg pemuda menghadap beliau dan melaporkan, "Ya Rasulullah, aku tlh berbuat zina." Mendengar pengakuan itu Rasulullah saw berpaling drpnya, sehingga pemuda itu mengulangi pengakuannya sampai 4 kali.  Kemudian Rasulullah saw bertanya, "Apakah engkau gila?" Pemuda itu menjawab "Tidak".  Rasulullah saw bertanya lagi, "Apakah engkau org muhsan?" Pemuda itu menjwb, "Ya".  Maka Rasulullah saw memerintahkan kpd para sahabat, " Bawalah dia pergi dan rejamlah"
(riwayat Bukhari)

Dalil zahir firman Allah swt bg keharusan nikah Mutaah oleh golongan Syiah.

Firman allah swt,

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan mas kahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An Nisa': 24)

Mereka mengharuskannya dgn zahir ayat di atas yg menyebut kalimah mut'ah.  

Tambahan...

Mengenai pengambilan sunnah sbg dalil di dlm perundangan, golongan Syiah tidak berpegang dgn hadith kecuali apabila diriwayatkan oleh ahlul bait (keturunan Rasulullah saw) dan org2 yg sama fahaman dgn mereka.

wallahua'lam

[ Last edited by  fleurzsa at 19-4-2006 02:05 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2006 11:24 AM | Show all posts
Dengan jelas, Allah menyebut di dalam quran hukuman bagi penzina.

24:2  Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera.

dan menurut hadith seperti fluerzsa cakap tu, maka hukum rejam bagi penzina yang berkahwin.

Persoalan saya ialah, kalau kita gunakan hadith untuk dalil hukuman rejam, kenapa pula hadith tidak boleh mansukhkan muta'ah?  Kalau untuk ahlussunnah memang dah mansukh.  Tapi utk syiah tak dimansukhkan.  adakah mungkin hadith yang berbeza?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2006 11:39 PM | Show all posts
Tgk sape yg nilai dna gunakan quran dan hadis tu , kalau anti hadis , semua hadis dia tolak

Kalau syiah pulak , dia ada hadis rujukan dia sendiri , kebanyakan hadis syiah pulak ditolak oleh awsj

Byk hadis awsj pulak ditolak oleh syiah

Persoalannya , siapa yg betul dan ada authority untuk kata ug hadis ni salah dan mansuh , dan hadis ni yg betul dan blh digunakan :hmm:

Aku serahkan pd korang yg bijaksana utk selesaikan, walaupun aku tahu , x ada kebenaran sejati dlm dunia ni , psl yg boleh nilai tu hak dan kebenaran sejati tu..hanya ALLAH je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2006 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 23-4-2006 11:39 PM
Tgk sape yg nilai dna gunakan quran dan hadis tu , kalau anti hadis , semua hadis dia tolak

Kalau syiah pulak , dia ada hadis rujukan dia sendiri , kebanyakan hadis syiah pulak ditolak oleh awsj ...



bukan lagi banyak hadis ASWJ ditolak, boleh kata semua kecuali yang ada guna untuk dia orang.  
sampai yang lemah pun jadi mutawwatir.
itupun untuk hentam ASWJ bukan untuk dia orang pakai.  kalau tidak nanti hadith dari s. aisha jadi mutawwatir pulak.

[ Last edited by  ibnur at 24-4-2006 12:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2006 09:18 PM | Show all posts

Pembetulan

Originally posted by Bateesta at 23-4-2006 11:39 PM
Tgk sape yg nilai dna gunakan quran dan hadis tu , kalau anti hadis , semua hadis dia tolak

Kalau syiah pulak , dia ada hadis rujukan dia sendiri , kebanyakan hadis syiah pulak ditolak oleh awsj ...



Setiap sesuatu yang dinyatakan ahlulsunnah dan syiah pasti terdapat dalam ala quran dan hadits. Tiada yang mengatakan sesuatu tanpa sumber. Mesti ada sumber. Cuma kini timbul persoalan sahih ke hadis tu dan betul ke tafsiran al-quran?


Sahih Hadith:
Kesahihan hadith adalah satu yang amat penting dan perlu dipastikan kerana ia akan memberikan impak yang sangat besar kepada umat islam. Ahlulsunnah menerima semua hadis para sahabat mahupun ahlulbait. Syiah hanya Ahlulbait dan sahabat yang mengikuti ahlulbait.

Kini timbul persoalan kenapa syiah hanya terima hadis ahlulbait dan sahbat yang mengikuti ahlulbait, kenapa tidak menerima hadis Omar, Abu Bakar, Bukhari dan sebagainya?

Ini kerana syiah mendakwa Abu Bakar, Utsman, Omar, Muawiyah, dan shabat yang mendokong mereka adalah perampas haknya ahlulbait nabi. Jadi dalam syiah syarat hadis seseorang itu boleh diterima adalah mesti berilmu, ingatan yang kuat, mengikut ajaran rasulallah sebelum @ slepas wafat serta tidak melakukan dosa-dosa yang besar @ dosa kecil yang disengajakan. jadi hadis dari omar, Abu Bakar, Utsman tidak menepati syarat-syarat ini kerana beliau telah melakukan dosa yang paling besar iaitu merampas haknya ahlulbait.

Kesalah Abu Bakar ; Merampas haknya kekhalifahan Imam Ali
                              : Tidak memberikan harta wasiat peninggalan rasulallah kepada anaknya Fatimah az-Zahrah
Kesalahan Omar : Mengeluarkan banyak hukum sendiri yang bertentangan dengan rasulallah (Nikah Mu'tah, Solat terawih Dll)
Kesalahan Utsman : Membuat perkauman dalam sistem pemerintah
Kesalahan Muawiyah : Mereka solat Doha
                                  : Merampas hak Imam Ali
                                  : memerangi ahlul bait
                                  : Membunuh Imam Hasan Al Mujtaba'
                    (Banyak lagi tak tertulis)
    (demi mnjaga dr timbul perasaa marah pelbagai pihak ini shj antara kesalahnanya)

(jika mahukan bukti serta kesalahan lain sila rujuk buku "Dialog Sunni Syiah" "Khulafak ar-Rasyidin" @ www.almawaddah.orgfree.com www.almawaddah.orgfree.com )

jadi dengan kesalahan ini kita dapati mereka adlah orang yang tidak boleh dipercayai kerana ada hadis Rasulallah " Pemeriksa dahulu berita yang dikhabarkan orang-orang fasik"

jadi dalam syiah perawi hadis adalah penilayan yang amat penting dan paling mustahab dalam menentukan kesahihan hadis. Kerana ia akan memberi impak kepada umat kelak.

Tafsiran al-quran :
dlam mentafsir al-quran ini bukan semua orang boleh mentafsir mestilah mempunyai ilmu yang mendalm. bukan sebarang orrang. Jadi tibul persoalan siapa yang layak mentafsir hadis/

orang yang oaling layak mentafsir hadis adalah ahlulbaitnya nabi kerana hadis nabi "ku tinggalkan kalian dua perkara yang mana jika kalian berpegang pada keduanya kalian akan selamat iaitu Al-Quran dan Ahlulbaitku. Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga hari kiamat"

jadi disini orang yang paling layak adalah ahlulbait nabi.

jadi hadits dan al-quran bukan satu benda yang boleh ditrima sahaja tetapi harus dikaji kesahihanya.

Wasalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2006 09:57 PM | Show all posts
Bukan tujuan Saiyidina Ali, kaum keluarganya dan para penyokong Ahlul Bait untuk menghentam ASWJ tanpa usul periksa sejak bermula dari pakatan memilih pemimpin di malam Rasulullah s.a.w. nak dikebumikan... Jangan lah kita berburuk sangka kepada Syiah dengan menuduh yang bukan-bukan dalam segi pengambilan hadis sebagai hujah. Persoalannya, cari lah jalan yang lurus. Jalan itu tak semestinya datang dari 4 mazhab yang dipolitikkan semasa zaman Bani Umayyah sebagai wajar diikuti. Imam Syafie dah lama meninggalkan kita... hukum-hukum dalam Kitab Al-Umm hanya dua kali beliau semapt revised... kita hari ni hanya mengikut membuta tuli... apa salahnya kaji dengan hati terbuka akan ke arah mana Islam nya kita ini? Saya dulu pun sceptical dengan Syiah, tetapi apabila membaca hujah... kisah suka duka Imam Ali dan keluarga Rasulullah s.a.w. maka saya tak dapat lari dari mengakui bahawa, kekhalifan di dalam Islam memang telah dipolitikkan untuk kepentingan individu/puak/bani... maka perkembangan mazhab pun turut terjerumus.... Bab nikah Muta'ah, saya sendiri pun tidak tahu sacara halusi, namun ianya TIDAK LAH SEPERTI FAHAMAN SESETANGAH ASWJ YANG MENGANGGAP IANYA SEPERTI CARA MELANGGAN PELACUR DSBNYA YANG BURUK... tapi tidak salah menerima ayat Al-Quran dan tidak salah mempertikai hadis yang kita kurang pasti kebenarannya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2006 02:04 AM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 29-4-2006 09:18 PM



Setiap sesuatu yang dinyatakan ahlulsunnah dan syiah pasti terdapat dalam ala quran dan hadits. Tiada yang mengatakan sesuatu tanpa sumber. Mesti ada sumber. Cuma kini timbul persoalan sahih  ...

Rasanya kau yg patut  buat pembetulan

Maksud aku , ialah SIAPA YG ADA AUTHORITY dlm dunia ni nak tentukan , siapa yg punya rujukan yg tepat spt yg allah nak :hmm:

AWSJ pun ada rujukan dgn hadis YG DORANG SENDIRI PERCAYA BETUL , syaih pun camtu , wahabi pun camtu , muktazillah pun camtu

ANti hadis lak terus tolak semua hadis dan terima quran je , DORANG JUGA PERCAYA DORANGLAH YANG PALING BETUL kerana hadis ni semua merujuk pd perlakuan dan perckapan manusia yg lemah

Tu baru kita citer dr ruang lingkup AGAMA ISLAM sahaja , bila kita g global , mcm lak yg agama lain punya kefahaman , kita pun kata dorang salah , padahal among kita semua dlm islam , pun ada YG MENDAKWA , KAMILAH YG LEBIH ISLAM DAN BERFAHAMAN ISLAM YG PLG BETUL dr kamu semua , w.pun kamu2 yg lain jg mengaku islam

Jd ada lah orang2 yg kata diri dia atau golongan atau fahama dia yg plg betul ni , bila di tanya , " BAGAIMANAKAH ISLAM YANG BETUL , yg diredhai allah dan mejadi umat muhammad yg paling betul ? "

Jawab mereka dgn bangganya dan begitu yakin , " ISLAM YG PALING BETUL ialah ISLAM YG MACAM KAMI NI LAH "  :pmuka:

Begitulah so on n so on pd mazhab lain n fahaman lain dlm agama islam sendiri. Masing2 mendakwa mrk lah yg plg betul. Bahkan ada golongan yg menghukum kafir pd golongan lain yg x sealiran dgn fahaman dorang. Get it :cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2006 07:12 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 30-4-2006 02:04 AM

Rasanya kau yg patut  buat pembetulan

Maksud aku , ialah SIAPA YG ADA AUTHORITY dlm dunia ni nak tentukan , siapa yg punya rujukan yg tepat spt yg allah nak :hmm:

AWSJ pun ada rujukan dgn h ...



harap maaf ana tidak berapa faham jika batessdta boleh ringkaskan dan betulkan struktur ayat. Harap maaf
Reply

Use magic Report

zulfiqar This user has been deleted
Post time 30-4-2006 09:04 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 30-4-2006 02:04 AM

Rasanya kau yg patut  buat pembetulan

Maksud aku , ialah SIAPA YG ADA AUTHORITY dlm dunia ni nak tentukan , siapa yg punya rujukan yg tepat spt yg allah nak :hmm:

AWSJ pun ada rujukan dgn h ...

Kami percaya kepada Imam kami, Al-Hujjat Muhammad Ibn Hassan Al-Mahdi. Dialah yang memiliki Autoriti tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 12:15 AM | Show all posts
Originally posted by zulfiqar at 30-4-2006 09:04 PM

Kami percaya kepada Imam kami, Al-Hujjat Muhammad Ibn Hassan Al-Mahdi. Dialah yang memiliki Autoriti tersebut.

Dan kalau mazhab atau fahaman lain yg percaya pd imam dorang atau ketua dorang , kau akan kata dorang salah :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 02:37 AM | Show all posts
Salam Sejahtera semua,

Originally posted by ibnur at 13-4-2006 10:54 PM
Assalamualaikum warahmatullah



Asalnya saya nak post dalam thread muta'ah, tapi ada persoalan lain pulak.  Jadi saya buat topik baru.  Saya rasa semua ahli syiah berpendapat spt di atas.  Jad ...



Saya ingin memberi kupasan pada isu pertama sebelum meneruskan perbincangan ini kepada permasalahan ASWJ-Syiah dlm konteks Mutaah.


Originally posted by ibnur
Persoalan saya nak tanya:

1.  Apakah dalil yang digunakan untuk hukuman rejam?


Sebelum melihat pada tafsiran hadith koleksi Bukhari, Muslim, etc, elok jika dibentangkan dahulu isu REJAM dari perspektif Al-Qur'an.

Merujuk Al Qur'an, TIADA kaedah rejam yang difahami oleh majoriti Muslim untuk pesalah zina.  Ini boleh dirujuk terus dari Q24.2 yang menyatakan hukumannya adalah 100 sebatan dan BUKAN nya Rejam (Stoning).

Dengan keterangan dari Q24:2, sekurang2nya kita faham bahawa pesalah zina bukanlah direjam TETAPI dirotan.

Persoalan berikutnya, apakah definasi REJAM itu sendiri?

Saya ingin memfokuskan terdahulu perbincangan ini kepada REJAM dari perspektif Al Qur'an.

REJAM didlm Al Qur'an boleh dilihat didalam ayat2 berikut:

11:91
They said, "O Shu`aib, we do not comprehend many of the things you are telling us, and we see that you are powerless among us. If it were not for your tribe, we would have stoned you. You have no value for us."

18:20
"If they discover you, they will stone you, or force you to revert to their religion, then you can never succeed."

19:46
He said, "Have you forsaken my gods, O Abraham? Unless you stop, I will stone you. Leave me alone."

26:116
They said, "Unless you refrain, O Noah, you will be stoned."

36:18
They said, "We consider you bad omens. Unless you refrain, we will surely stone you, or afflict you with painful retribution."


Beberapa perkara dapat diperhatikan dari ayat2 diatas.

1. REJAM didlm ayat2 diatas di ertikan sebagai "the act of STONING".

2. "The act of STONING" ini mengisahkan tindakan yang akan/diambil oleh kumpulan yang menentang risalah dan ajaran yg dibawa oleh Rasul2.

3.  TIADA amalan rejam yang dipraktiskan oleh penganut ajaran yg dibawa oleh Rasul2 Allah.

Mari kita teliti dgn lebih mendalam ayat2 diatas satu per satu.

11:91
They said, "O Shu`aib, we do not comprehend many of the things you are telling us, and we see that you are powerless among us. If it were not for your tribe, we would have stoned you. You have no value for us."


Ayat diatas menjelaskan bahawa Nabi Shu`aib tidak direjam oleh umatnya, kerana beliau datang dari puak yang sama.

Persolannya,
Apakah jika Nabi Shu`aib bukan dari puak mereka, baru mereka merejam Nabi Shu`aib?  Apa pertalian ajaran Nabi Shu`aib dgn tindakan mereka?

Bagi mereka yang masih blur ttg apa yg saya cuba utarakan, saya bawa pada contoh yang lebih mudah.

Katakan saya membawa ajaran yg bertentangan dgn pendapat anda, mengakibat anda benci sangat2 dengan saya, kemudian anda memutuskan untuk merejam saya, tetapi anda TIDAK melakukannya kerana saya sebangsa dengan anda.

Apakah anda akan bertindak sebegini?

Untuk kita melihat takrifan REJAM seterusnya, lihat pula ayat Q19:46.

19:46
He said, "Have you forsaken my gods, O Abraham? Unless you stop, I will stone you. Leave me alone."


Bapa Nabi Ibrahim bertegas, "Unless you stop, I will stone you."  Seperti yang kita ketahui, Nabi Ibrahim meneruskan juga ajaran dari Allah.

Persolannya,
Adakah Nabi Ibrahim direjam selepas dia meneruskan usaha menyebarkan ajaran Allah?  Setahu saya jawapannya tidak. Kalaupun jawapannya YA, apa perkaitannya "Leave me alone." dgn REJAM?

Bagi yg masih juga blur, saya cuba persoalan ini dari sudut yg berbeza.

Saya berkara kpd anak saya, berhenti menyebar agama baru.  Kalau tidak, saya akan merejam beliau.  Tetapi saya tidak merejam anak saya.  Sebaliknya, saya minta anak saya meninggalkan saya dengan fahaman saya.  Jika saya merejam anak saya, tentu anak saya tidak dapat membawa ajaran baru, dan tidak perlulah saya meminta anak saya untuk meninggalkan saya sendirian dgn pegangan saya.

Masih lagi blur?  Mungkin ayat seterusnya (Q36:18) dapat membantu.

36:18
They said, "We consider you bad omens. Unless you refrain, we will surely stone you, or afflict you with painful retribution."


Persolannya,
Jika sudah di REJAM, seperti ayat 36:18, kenapa or afflict you with painful retribution."?  Bukankah REJAM itu sendiri bererti SIKSA-(afflict you with painful retribution)."

Bukti2 dari ayat2 diatas, menjerumuskan bahawa REJAM membawa maksud yg lain dan STONING bukanlah maksud yang tepat.

Ayat2 diatas, jika diterima REJAM sebagai STONING menjadikan tafsiran yang tidak selari dengan keseluruhan ayat2 tersebut, samada dalam bentuk redundancy pada sebahagian ayat mahupun turutan peristiwa yang tidak konsisten.

REJAM dari terjemahan Edward William Lane's Arabic-English Lexicon.

RAJM - Rajam = stoning/ the act of driving away/ the act of cutting off from/ forsaking/ abandoning.

Saya perhatikan REJAM didalam ayat2 yg saya sertakan diatas, lebih tepat difahami sebagai "to "kick somone out", "to force him into exile" or abandon.

Lihat bagaimana ayat 11:91, 18:20, 19:46, 26:116 dan 36:18, membawa maksud yang berbeza jika REJAM ditafsirkan sebagai menyingkirkan dari masyarakat/komuniti..

Sebagai contoh kita lihat kembali ayat 19:46 dan kita gunakan REJAM sebagai membawa maksud MENYINGKIRKAN-KICK SOMEONE OUT-FORCE SOMEONE INTO EXILE-ABANDON:

19:46
He said, "Have you forsaken my gods, O Abraham? Unless you stop, I will
ABANDON-FORCE INTO EXILE you. Leave me alone."


Message yg sama dapat dilihat jika terjemahan yg sama digunakan didlam ayat berikut:

36:18
They said, "We consider you bad omens. Unless you refrain, we will surely ABANDON-FORCE INTO EXILE you, or afflict you with painful retribution."


Konsep yang sama dapat digunakan untuk memahami ayat2 yg lain yg berkaitan dgn REJAM dan anda boleh melihat kesinambungan dan konsistensi dalam ajaran yg disampaikan.

Pemahaman yg menerima REJAM sebagai STONING seperti yg saya gunakan pada awal artikel ini menghasilkan message yg blur.

Tafsiran yang lebih konsisten dan selari dengan keseluruhan message didlm ayat Al Qur'an menolak konsep "MEREJAM/STONING" seperti yang difahami oleh umat Islam, samada sekadar "MEREJAM/STONING" mahupun sehingga keperingkat "MEREJAM/STONING" sampai mati.

Diharap ini dapat membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by zulfiqar at 30-4-2006 09:04 PM

Kami percaya kepada Imam kami, Al-Hujjat Muhammad Ibn Hassan Al-Mahdi. Dialah yang memiliki Autoriti tersebut.




Ya tepat sekali, sebab itulah perlunya seorang pemimpin yang masih wujud hinggga kini, kerana hanya orang yang disucikan iaitu AHlul Bait sahaja yang dipercayai dan mempunyai hak menentukan.

Katakanlah sebagai contoh Wahabi juga mempunyai pemimpin tetapi adakah dia disucikan dan menerima ilmu dari ajaran Muhammad sudah tentu anda akan berasa sangsi dan tidak yakin.

Di sinilah pointnya dimana perlunya seorang pemimpin,YANG DISUCIKAN DAN MENERIMA ILMU YANG JALURNYA BERSAMBUNG KEADA RASULLLAH ini semua untuk menyakinkan pengikut ajaran Muhammad.

Imam Mahdi di dalam mazhab AhlulBait adalah keturunan rasulallah dan telah digaibkan dan akan muncul diakhir zaman. di sini menunjukkan dan menjawap tepat apa yang dikatakan rasullah "disatu hari nanti akan ada seseorang dari keturunanku(Ahlulbait) yang akan zuhur demi menengakkan keadilan selepas bumi ini dipenuhi kezaliman" Jadi disini yang mengatakan Imam Mahdi tidak wujud, atau imam mahdi Akan dilahirkan dari mana-mana keluarga adlah salah, menurut hadis ini menunjukkan bahawa Imam Mahdi akan zuhur bermakna sudah dilahirkan dan digaibkan dan akan muncul.

Jadi hanya imam Mahdi sahaja yang mempunyai hak untuk mentafsir dan mensahihkan hadis serta menentukan siapa yang berhak berbuat demikian


Wassalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2006 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 1-5-2006 02:37 AM
Salam Sejahtera semua,




Saya ingin memberi kupasan pada isu pertama sebelum meneruskan perbincangan ini kepada permasalahan ASWJ-Syiah dlm konteks Mutaah.




Sebelum melihat pada tafs ...


sekiranya kita mengatakan kefahaman umat islam dalam maksud rejam adalah berlainan dari apa yang di maksudkan alquran bermakna, saudara telah menolak hadith dan mengambil alquran sahaja.  dengan jelas hadith menyebut kaedah rejam dan telah dijalankan oleh rasulullah.  sekiranya saudara menolah hadith, maka saya rasa tak perlu saya jelaskan seterusnya.  saya tak dapat nak bagi hadith-hadith berkennan rejam buat masa ni, tapi kalau saudara search, saudara boleh dapat.

Persoalan saya ialah, mengenai statement seorang syiah yang mengatakan syiah mengutamakan alquran dahulu.  alquran tiada menyebut hukum rejam, sebaliknya sebat untuk penzina.  setahu saya di iran ada peruntukan untuk rejam (mungkin saya salah).  oleh itu, apa dalilnya pulak untu memperuntukkan hukuman rejam dalam perundangan islam syiah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2006 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by zulfiqar at 30-4-2006 09:04 PM

Kami percaya kepada Imam kami, Al-Hujjat Muhammad Ibn Hassan Al-Mahdi. Dialah yang memiliki Autoriti tersebut.



adakah kami sesat kalau menyatakan, tiada gunanya authority kalau duduk dalam ghaib?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2006 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 30-4-2006 02:04 AM

Rasanya kau yg patut  buat pembetulan

Maksud aku , ialah SIAPA YG ADA AUTHORITY dlm dunia ni nak tentukan , siapa yg punya rujukan yg tepat spt yg allah nak :hmm:

AWSJ pun ada rujukan dgn h ...



betul tu.  dan dalam setiap pengikut aliran terdapat orang-orang yang mudah dipengaruhi, orang yang menutup dirinya dan menganngap ia sudah benar, dan orang yang membuka dirinya untuk mencari kebenaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2006 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 1-5-2006 10:02 AM


sekiranya kita mengatakan kefahaman umat islam dalam maksud rejam adalah berlainan dari apa yang di maksudkan alquran bermakna, saudara telah menolak hadith dan mengambil alquran sahaja.  denga ...


Elok jika saudara yang bertanya pada diri saudara, yang saudara menolak al qur'an dan mengambil hadith dlm isu ini.  Apa yang saya bentangkan menunjukkan bahawa amalan rejam (STONING) TIDAK ada sandarannya bila merujuk kepada Ayat2 dari Allah seperti yg termaktub didlm al Qur'an.

Samada saudara merujuk Hadith untuk menjustifikasikan amalan rejam atau pun menjadikan Syiah sebagai scapegoat dgn mengatakan Syiah memgutamakan Al Qur'an tetapi masih menjalankan hukuman rejam, tetap TIDAK menjadikan Rejam itu sebagai satu kaedah yg di syaratkan dalam Islam.  Both are wrong.  Period.

Saudara ada rujukan Hadith2 yg menerangkan Rasulullah ada menjalankan hukuman rejam.  Sedarkah saudara yang Al Qur'an menerangkan Rasulullah, bukan setakat Nabi Muhammad malah Rasul2 dan Nabi2 yang lain2 tidak dibenarkan mengeluarkan hukum mereka sendiri selain dari yang termaktub didalam Kitab2 yang diturunkan?

Daripada saudara mengeluarkan hadith2 untuk menegakkan pegangan anda kpd konsep rejam yg anda anuti/fahami, elok jika saudara lihat kembali al Qur'an yang menerangkan sumber ajaran dari al Qur'an itu cukup lengkap untuk dijadikan pegangan hidup dan ini dijanjikan oleh Allah sendiri.

Diharap ini dapat membantu.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 1-5-2006 09:24 AM




Ya tepat sekali, sebab itulah perlunya seorang pemimpin yang masih wujud hinggga kini, kerana hanya orang yang disucikan iaitu AHlul Bait sahaja yang dipercayai dan mempunyai hak menentukan ...



Tunggulah sehingga AHlul Bait anda menjelma.  Tak ada bezanya anda dengan Yahudi dan Kristian.  Masing2 menunggu orang yang takkan muncul2.  Orang2 seperti anda, walau banyak mana penerangan yg Tuhan beri didlm Kitab2, ramai mana Rasul2/Nabi2/pesuruh yang diutuskan, masih tidak rasa cukup bagi anda.
Reply

Use magic Report

zulfiqar This user has been deleted
Post time 1-5-2006 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 1-5-2006 11:47 AM



Tunggulah sehingga AHlul Bait anda menjelma.  Tak ada bezanya anda dengan Yahudi dan Kristian.  Masing2 menunggu orang yang takkan muncul2.  Orang2 seperti anda, walau banyak mana penerangan  ...

Terima kasih kepada anda. Kami, mendoakan anda panjang umur dan sama-sama menyaksikan hari yang dinantikan.

petik :
Masing2 menunggu orang yang takkan muncul2.
~> kami....... menunggu orang yang pernah muncul, dan sememangnya sedang muncul; mungkin saja....... anda pernah bertemu dengannya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2006 06:36 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 1-5-2006 11:37 AM


Elok jika saudara yang bertanya pada diri saudara, yang saudara menolak al qur'an dan mengambil hadith dlm isu ini.  Apa yang saya bentangkan menunjukkan bahawa amalan rejam (STONING) TIDAK ada ...



Ini lah bila saya katakan bahawa saya bersetuju benar dengan bateesta.  Bila dia kata ada pihak berkata, ...  inilah kami dan kamilah yang benar.

Memang benar rujukan kita berkenaan rejam pada masa ini hanya terdapat dalam hadith.  Tapi untuk jumhur ulamak sunnah percaya bahawa ayat rejam termasuk ayat mansukh tetapi hukum tidak mansukh.  Kalau nak cerita memang panjang lagi.  Cukup saya katakan untuk ahli 'quran sahaja' dan ahli syiah memang ini bidaah sesat.  Itu tak apa, macam bateesta kata akan tiap aliran tu kata, "kamilah yang benar".  Kalau semua mengaku benar, siapa yang benar pulak ni?  Nak menunggu yang ghaib tu muncul?  Entahkan tak sempat tunggu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.070797 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list