Masa awal 1940 - 1942, armada Jepun adalah yang terkuat, terbesar & tercanggih di rantau Pasifik. Malangnya, kekalahan armada Jepun dalam kempen Midway (kena ambush dengan US Navy yang jauh lebih kerdil) dengan kemusnahan 4 kapal pengangkut pesawat berserta lebih 3000 juruterbang terhandal Imperial Japanese Navy yang terkubur bersama kapal pengangkut mereka menyaksikan kerugian besar Empayar Meiji Jepun.
Kegagalan berganda kematian Laksamana Isoroku Yamamoto, perancang serangan Pearl Harbour serta strategis genius Imperial Japan Navy di kepulauan Solomon akibat diserang hendap pesawat US yang menembak jatuh pesawat yang membawa Yamamoto, serta penemuan bangkai pesawat Zero di kepulauan Aleutian oleh pihak US, menambahkan duka & parah pada Empayar Jepun. Kematian perancang strategi penguasaan Pasifik, serta penemuan bangkai pesawat Zero yang antara tercanggih ketika itu yang dapat dikaji kelemahannya oleh pakar pesawat US, menyaksikan US menghasilkan pesawat2 baru yang mampu menyaingi Zero serta merangka strategi formasi melawan skuadron Zero.