|
Salam
(sumber: Syeikh Hafiz al Munziri)
Sabda Nabi saw,
Jika akhir zaman sudah sampai maka kaum lelaki dan umatku dilarang masuk bilik mandi. Lalu para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, kenapa dilarang? Baginda menjawab: Sebab mereka masuk kepada kaum yang telanjang. Ingatlah, Allah mengutuk orang yang melihat dan orang yang dilihat itu.
(Riwayat Ibnu 'Asakir)
Aurat perlu dijaga dan ditutup,jangan sampai terdedah kepada orang lain, melainkan dalam hal-hal yang tertentu sahaja, seperti ketika mandi di tempat yang tertutup. Seorang muslim yang sudah dewasa haram melihat atau dilihat aurat sesamanya.
Adapun aurat lelaki ialah setiap bahagian tubuh yang di antara pusat dengan lutut. Manakala aurat perempuan ialah seluruh tubuh tanpa kecuali.
Berlainan halnya ketika sembahyang, maka kaum wanita dibenarkan membuka wajah dan kedua-dua telapak tangan.
wallahua'lam
[ Last edited by fleurzsa at 2-7-2006 12:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sabda Nabi saw,
Sesiapa sering mengerjakan (solat sunat) empat rakaat sebelum Zuhur & empat rakaat pula sesudahnya, maka diharamkan Allah neraka kepadanya.
(HR Ahmad, Abu Dawud, Tirmizi dan Nasa'i)
Sebelum menunaikan sembahyang Zuhur yang sudah tiba waktunya disunatkan mengerjakan solat sunat, begitu juga sesudahnya.
Cara mengerjakan sembahyang sunat ini ialah, boleh empat rakaat sekali gus dengan satu takbiratul ihram dan sekali salam. Namun, lebih afdal jika dikerjakan dua-dua rakaat. Ini bermakna ia mempunyai dua takbiratul ihram dan dua kali salam pula.
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu alaikum,
Jika engkau membicarakan tentang Hadis Hukum maka hendaklah berserta dengan darjah hadis tersebut yakni samada ianya Mutawattir, Sahih ataupun Hasan.........
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
saja nak tanya
nanti TUHAN akan TANYA bab HUKUM HADITH ka???
atau TUHAN akan bertanya
ADAKAH KAMU MENGAMALKANNYA |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
tidak salah jika bertanya..
Sesungguhnya seseorang itu akan diazab kerana menyangka telah beramal dengan amalan dari RAsulullah saaw. Apabila dia ditanya mengapa engkau beramal dengan amalan yang BUKAN dari ajaran Rasulullah? Dia akan menjawab, 'aku tidak mengetahui!' Adakah jawapan ini dapat menyelamatkan engkau dari azab Allah SWT?
Nabi s.a.w bersabda: 揝esungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain. Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka |
|
|
|
|
|
|
|
salam
beginilah gamaknya bila ditanya kelak:
KENAPA KAMU BERAMAL YANG INI DAN YANG ITU
KENAPAKAH AKU TIDAK MENGAMALKAN SESUATU YANG DITINGGALKAN NABI
YANG KAMI MAMPU PEROLEHI
BERUPA PERKATAAN ATAU PERBUATAN YANG BAIK DAN
YA TUHAN KAMI JANGANLAH KAMI DIHUKUM SEKIRANYA KAMI TERLUPA ATAU TERSALAH
SEDANGKAN KAMI INGIN PERBAIKAN
ataupun
KAMI BERAMALKANNYA KERANA ORANG ORANG SEBELUM KAMI TELAH MEMBENARKANNYA
DAN KAMI HANYA MENGIKUTI MEREKA KERANA YAKIN DENGAN DIRI MEREKA ITU
walaupun keadaan mereka sebenarnya HANYA TUHAN SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI
fikir fikirkanlah
saya pun masih terus berfikir |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 3-7-2006 11:04 PM
salam
beginilah gamaknya bila ditanya kelak:
KENAPA KAMU BERAMAL YANG INI DAN YANG ITU
KENAPAKAH AKU TIDAK MENGAMALKAN SESUATU YANG DITINGGALKAN NABI
YANG KAMI MAMPU PEROLEHI
BERUPA PERKAT ...
ye leee |
|
|
|
|
|
|
|
Pd pendapat I...
Perkara yg terbaik dilakukan oleh seseorg ialah mengenali hukum2 halal dan haram dan mengetahui perbuatan yg betul dan salah.
Hukum2 Islam perlu disandarkan kpd dalil drp al Quran dan al Sunnah.
Para ulama terdahulu tlh mengarang byk kitab ttg hukum2 Islam. Mereka mengarang kitab masing2 dgn tujuan mengisi kekosongan yg perlu dipenuhi.
Semoga Allah swt meredhai kerja2 yg mereka lakukan dan mencatatkannya sbg sedekah jariah dan ilmu yg bermanfa'at yg tidak akan habis pahalanya sehingga hari kiamat.
Kita belum setaraf dgn para fuqaha yg terdahulu namun kita perlu berasa kewajipan mencurahkan segala daya usaha.
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam
saya tak pertikaikan keterangan saudari
tapi NABI dah BERKATA:
YANG HALAL DAH JELAS YANG HARAM DAH JELAS
YANG PERTENGAHAN/SUBAHAT TU ......
(saya tak tahu samada nak ditinggalkan atau teruskan)
dan termasuk KATA TUHAN:AYAT AYAT MUTASHABIHAH
yang samar samar
dan masa NABI pun, dilarang para sahabat tanya SOALAN
maka para sahabat berharap agar ada arab dusun yg cerdik
menanya soalan yg baik
kenapakah NABI sanggup berbuat begitu
dan bukankah:
UMAT UMAT YANG TERDAHULU BINASA KERANA BANYAK BERTANYA.
susah juga nak RANGKUMKAN KESELURUHAN
sedangkan idup belum tentu sampai esok |
|
|
|
|
|
|
|
Sabda Nabi saw,
Bersuci itu sebahagian dari iman.
(HR Tirmizi)
Sabda Nabi saw,
Kunci solat adalah suci.
(HR Abu Dawud & Tirmizi)
Islam sangat mementingkan kebersihan. Tidak ada agama yang lebih teliti dalam masalah kebersihan melebihi Islam. Dalam Islam dibezakan antara air najis dan suci, hadas kecil dan hadas besar, masalah haid, nifas dan lain-lain.
Semua itu berhubungan erat dengan masalah kebersihan. Orang yang berhadas kecil diwajibkan berwuduk setiap kali akan mengerjakan sembahyang, sedang orang yang berhadas besar diwajibkan mandi. Berwuduk ataupun mandi janabah ini tujuannya hanya satu, yakni supaya bersih dan suci.
Demikian pula orang yang solat haruslah bersih dari kotoran najis, sarna ada yang terkena pada pakaian atau di tempat sembahyang. Semua itu wajib dilakukan setiap orang Islam, kerana agama Islam ditegakkan di atas kebersihan.
wallahua'lam
[ Last edited by fleurzsa at 16-7-2006 03:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sabda Nabi saw,
Amal yang paling afdal ialah solat pada waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjihad.
(Riwayat Ahmad)
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, katanya:
"Kemudian Nabi s.a.w. mendatangi sekelompok manusia yang dipecah kepalanya dengan batu. Sebaik sahaja kepala mereka pecah maka ia kembali seperti semula, dan hal demikian berterusan. Kemudian Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril a.s: 'Siapakah mereka itu?' Jibril a.s. menjawab: 'Mereka itulah orang-orang yang malas menunaikan sembahyang. "
(lihat Zawajir, Jilid I, hal 114)
Bersegera pergi mengerjakan solat pada awal waktu adalah sunat; sedang melambat-lambatkan solat sehigga habis waktunya dengan sengaja adalah haram.
Justeru, org yang tidur sebelum solat yang sudah tiba waktunya adalah haram, melainkan jika ia yakin ada orang yg akan membangunkannya. Namun tidak sampai haram jika dia yakin ada orang yang akan membangunkannya sebelum habis waktu solat, tetapi sekadar makruh sahaja.
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
| |
|