|
Salam Selwat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Pertama-tama saya ingin mengucapkan selamat datang kepada saudara yahya di forum ini...
lantas terus ke induknya...saya ini kurang faham akan pemahaman saudara samaada syiah atau sunni saya rasa mungkin saudara diatas pagar untuk menyatukan keduanya..
kalau itu niat saudara, alhamdulilah saya ucapkan terima kasih atas niat murni itu...
Di dalam post saudara ada yang betul dan ada yang kurang betul mungkin ini akan mengelirukan ahli lain di dalam forum ini dimana mereka mencari kebenaran...
Saudara menyatakan ahlulbaitlah yang harus dikut (betul) dan mengatakan bahawa imam 4 belajar dari ahlulbait...(betul) dan imam 4 inilah yang dikatakan "rantai emas" damana mereka ini yang meneruskan kesimbangungan ilmu ahlulbait..(mungkin itu maksud saudara) kerana imam jaafar dan imam ahlulbait lain tidak pernah mengarang buku...
Jadi persoalan kini bagaimana dengan ikutan imam selepas imam jaafar sadiq a.s.. adakah mereka meninggalkan imam selepasnya dan mengikut imam 4 itu, ini solah seperti telah membelangkan ahlulbait kerana saudara pasti mengetahui akan hadis nabi "...barangsapa yang menbelakangi ahlulbaitku akan binasa..."
Saya ini tidak lah bermaksud apa-apa cuma kini saya keliru dengan kenyataan saudara itu, seperti pepatah melayu "malu bertanya sesat jalan" jadi denagn itu saya bertanya kepada saudara ini untuk memecahkan kebuntuan saya...saya harap saudara sudi membantu saya
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 13-7-2006 04:02 PM
udah lah tu..salam semua..
gini lah senang cite...dialog antum semua ni berdasarkan kitab2 ulama salaf yg ade betulnya dan ade salahnya tak kira apa mazhab. Nabi tu dah mati lama sampai 1400 thn ...
menyatukan syiah dan sunni supaya tidak bergocoh (pinjam slang trengganu), adalah dengan meluruskan hati masing-masing dengan bersangkabaik antara sesama sendiri dan hormat menghormati antara satu sama lain. Kita tidak boleh memaksa orang menerima pendapat kita sebab masing2 ada sejarah diri masing2 yg berbeza dari segi kecerdikan, pengalaman, pengamalan dan ilmu yang diterima serta rujukan yg digunakan.
So perbedaan pendapat memang tidak dapat dielakkan...doa mendoakan antara satu sama lain adalah lebih afdal supaya masing2 menerima petunjuk dan hidayah dari Allah SWT dengan kebenaran yg sejati...
[ Last edited by serihartatie at 13-7-2006 10:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam
bawakan bukti antum tentang syiahnya imam selepas imam jafar ra. Dlm kajian ana, perselisihan terjadi akan siapa yg menjadi imam selepas muhammad al-baqir. Imam al-baqir mempunyai 6 org anak lelaki iaitu:
1. Ja'far al-Shodiq
2. Abdullah -meninggal di waktu kecil
3. Ibrahim-meninggal di waktu kecil
4. Zaid ( syiah zaidiyyah)
5. Ali
6. Abdullah
kesemua anak beliau terputus nasab yakni tiada penerus keturunan melainkan imam jafar shodiq. Yg menjadi persoalannya ialah siapa yg akan menjadi penerus kepimpinan imamah selepas al-baqir. kaum syiah di yaman mengatakan imam zaid adalah penerusnya manakala syiah di iran mengatakan imam jafar. syiah zaidiyah meliputi 45% di yaman manakala syiah jafariyah 65% di Iran.
Bagi ana mereka ini adalah syiah ali (bukan syiah zaman skrg) yakni pengikut ajaran moyang mereka iaitu saidina ali. Mereka bukan syiah, tetapi 'syiah ali'. Mazhab 4 bukan sunni tapi menghambakan diri pada ahlulbait nabi - imam jafar ra. Sejarah tentang mengapa ijtihad mereka berbeza dgn quran&sunnah amat sedikit sekali dan ini membataskan kajian ana terhadap feqah mereka. walaubagaimanapun..hadis imam 12 itu sahih disisi syiah dan segelintir ulama sunni. Tetapi mereka2 ini tidak pernah bermazhab..hanya pengikutnya saja yg berlebih-lebihan.
Imam jafar mempunyai 12 org anak lelaki:
1. Abdullah
3. Abbas
4. Yahya
4. Muhsin
5. Ja'far
6. Hasan
7. Muhammad al-Ashgor
semua anaknya diatas tidak menurunkan keturunan.
Sedangkan yang memberi keturunan:
8. Ismail (Mazhab Syi'ah Ismailiyah)
9. Muhammad al-Akbar (gelarnya al-Dibaj)
10. Ishaq (gelarnya al-Mu'taman)
11. Musa al-Kadzim
12. Ali (al-Uraidhi)
seterusnya berlaku lagi kemelut siapakah penerus imamah selepas imam jafar ra..samaada anaknya yg bernama ismail atau musa al-kadzim. Disni berlaku lagi perpecahan dalm puak syiah yg membentuk syiah ismailiyah yakni yg percaya ismail adalah penerus imam selepas ayahnya. Anaknya yg bernama Ali al-uraidhi byk keturunannya di hadralmaut, yaman dan kesemua anak beliau bermazhab syafie.
Skrg mesti antum sgt keliru dan bercelaru....kerana majoriti anak2 jafar shodiq bermazhab syafie iaitu melalui keturunan imam ali al-uraidhi ra. Ini dapat dibuktikan melalui sejarah perkembangan islam dari timur tgh(yaman) ke nusantara. Adakah anak2 jafar shodiq tidak mengambil ilmu dari ayahnya? tentulah tidak..tapi kenapa mereka ini mengikuti feqah alsyafie? Ini persoalan yg amat berat dan memerlukan ketajaman fikiran dan kajian yg amat luas dan byk. Ana boleh cerita lagi tapi tangan ana dan letih menaip (macam ni lah nak berhujah, guna kajian sendiri bukan cut&paste fatwa dari ulama2 mazhab)..tapi kalau antum bersabar tunggu kajian ana seterusnya jika antum berminat hendak mencari kebenaran mutlak dan hakiki. |
|
|
|
|
|
|
anNaqiy This user has been deleted
|
Originally posted by yahya at 13-7-2006 04:02 PM
memang ulama salaf aswj pun byk yg mengkafirkan syiah tetapi kita dinasihatkan jgn mengambil fatwa ulama yg telah wafat kerana mungkin semasa mereka mengeluarkan fatwa didorong oleh emosi dan sebagainya. tambahan pulak mereka ni dah tak boleh nak perbetulkan fatwa mereka semula kerana depa dah mati. pasal tu khomeini melarang penerbitan kitab2 karangan ayatullah yg dah wafat sebab mungkin ada fatwanya yg salah dan ummah tak boleh nak rujuk kembali kerana penulisnya telah wafat..ini bahaya, sebab tu dapatkan nasihat dan fatwa dari ulama yg masih bernyawa.
...
ff::hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
ana tidak nampak apa yg menyebabkan saudara kita ni annaqiy mengatakan hujah ana diatas terkeluar dari topik..apa maksud antum..boleh tlg jelaskan pada jamaah yg lain.
Hujah ana mengenai fatwa ulama diatas tu adalah faktor yg paling penting diambil kira sebagai 'permulaan' bagi menyatukan sunni dan syiah. Perlu kiranya melihat pada fatwa2 ulama marja(tempat rujukan ummah) mengenai fahaman lain bagi kita mengambil pendekatan dan kesimpulan pada fatwa2 mereka.
kalu antum tak faham bahasa alam saghir ni susah skit..pasal tu antum rasa hujah ana tu off topik.
wahllahulam |
|
|
|
|
|
|
|
salam selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Alhamdulilah nampaknya saya sudah tahu akan pegangan saudara ini... saya telah mengeluarkan hujjah yang bagus tetapi saudara lupa akan hadis nabi bahawa dari jabir bin Yazid al-Jafi katanya aku dengar dari Jabir Al-Ansari menanyakan kepada Rasuallah siapa yang dimaksudkan dengan Ulil-amri di dalam firman allah dalam surah An-Nisa ayat 59, Rasulallah menjawab "mereka itu adalah khalifahku ya Jabir, dan mereka itu adalah pemimpin (imam) kaum muslimin selepasku, pertama adalah Ali kumudian hassan, Hussain, Ali, muhammad, Jaafar, Musa, Ali, Muhammad, Ali, Hassan dan seterusnya anaknya yang namanya serupa kan namaku laqabnya sama seperti laqabku, hujjah allah bagi bumi ini dan baqiyatulallah bagi hambanya dan allah akan buka bumi dibahgian barat dan timur dan dia akan dighaibkan dengan 2 keghaibahan iaitu Al-Qoim, Al-Hujah Al-Mahdi a.s yang keghaibahan nya itu umpama matahari yang dilindungi awan bagi umat pada zaman itu...."
(Riwayat Syekh Sulaiman dalam Kitab yanabi Al-Mawaddah halaman 495, Azzaimunsib jilid 1, Ikmalludin Jilid 1 halaman 365)
bukankah hadis ini terang menyatakan siapa yang harus diikuti.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
Sebelum bicara bermula ana nak tanyalah satu perkara, apakah fahaman dan aqidah imam12? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap maaf. Minta bincang jangan off topik. Thread ini membincangkan penyatuan Sunni dan Syiah. |
|
|
|
|
|
|
f@uzi This user has been deleted
|
Originally posted by ibnur at 14-7-2006 10:23 PM
Harap maaf. Minta bincang jangan off topik. Thread ini membincangkan penyatuan Sunni dan Syiah.
Dah banyak hujah yang diberi.... masing-masing nak mempertahankan kumpulannya... tapi untuk apa ya? Jika masing-masing faham matlamat Allah menurunkan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini... maka hal sebegini yang menyebabkan perpecahan perpaduan perlulah dielakkan... sesungguhnya ingatlah Firman Allah yang mengatakan bahawa tujuan manusia dan jin diciptakan hanyalah untuk beribadah kepada Nya... menyembah Nya... Adakah akidah keimanan kita kepada Allah benar-benar kita telah laksanakan....? Adakah kita telah mengenal diri kita? Adakah kita telah mengenal Tuhan Pencipta kita? Kenapa ke dua-dua kumpulan ini tidak duduk semeja bagi membincangkan permasalah yang lebih besar umpamanya apakah kaedah yang boleh dilakukan bagi menerapkan lebih rasa keimanan kepada muslim yang sedia ada dan kepada mereka yang belum Islam lagi tu? Jika begini... adakah mungkin ketamadunan Islam akan gemilang semula jika penganutnya hanya berbincang tentang fahaman masing-masing tanpa titk noktah!
[ Last edited by f@uzi at 15-7-2006 10:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
salam..
Sebelum bicara bermula ana nak tanyalah satu perkara, apakah fahaman dan aqidah imam12?
Wahai saudaraku yang mulia yahya, bagi menjawab jawapan saudara ini, saya minta saudara menyimak kembali dialog saya bersama Saudara Sheir'Ali. Di situ terdapat jawapannya...
Wahai saudaraku, sebelum saudara membaca dialog itu ingin sekali saya menyarankan agar saudara membuang segala sifat ego dan bersedia untuk menerima kebenaran...
Saya mendoakan agar saudara mendapat cahaya kebenaran...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
salam
manusia ni kalau tgk sahabatnya yg lain memiliki ilmu lebih skit dari dirinya akan rasa iri hati dan menabur fitnah...macam ni ajaran imam jafar ra?
ana dah lama jumpa 'kebenaran' tu..cuma antum aje yg masih 'mencari'..
Kheir. |
|
|
|
|
|
|
anNaqiy This user has been deleted
|
not bad
amboi...kira hebat la saudara yahya ni napak gayanya ya...(sy tumpang lalu sj) |
|
|
|
|
|
|
|
salam
manusia ni kalau tgk sahabatnya yg lain memiliki ilmu lebih skit dari dirinya akan rasa iri hati dan menabur fitnah...macam ni ajaran imam jafar ra?
ana dah lama jumpa 'kebenaran' tu..cuma antum aje yg masih 'mencari'..
Kheir.
baguslah jika saudaara sudah jumpa kebenaran, saya mengaku saya masih dalam pembelajaran...kalau begitu tunjukan jalan kebenaran saudara kepada saya
Saya memang kagum dgn pendapat saudara yang saya lihat lain samaad sunni atau syiah...saudara membawa satu pendirian yg berbeza...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
| |
|