View: 5565|Reply: 16
|
Kata-kata hikmah / wasiat ulama'
[Copy link]
|
|
[size=-2]Saya percaya, semua sahabat2 ada mendengar mana2 kata2 hikmah dari ulama', sahabat2 nabi, wali2 Allah, apa saja pesanan atau wasiat yg menyeru pada kebaikan. Di sini saya cadangkan kita kongsi serba sedikit apa yg kita ada.
:pmuka: :hatdown: :jeling: :ting: :nyorok:
antiQue ~ tukar sikit tajuk, sebab dah masuk bab ulama' lain sekali
[ Last edited by antiQue at 4-9-2006 06:08 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mana 10 wasiat tu?
takkan wasiat dlm bahasa isyarat smiley face....
[ Last edited by orang_awam at 4-9-2006 12:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
10 Wasiat Imam Syafie
10 Wasiat Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AS SYAHID S. QUTB
Apabila kita hidup hanya utk kita, hidupnya amatlah singkat.
Bermula dr bermulanya kita dan berakhir
dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi
jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup
kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan
mendalam. Bermula drpd bermulanya kita dan berakhir
dengan luputnya manusia di bumi ini.
Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini,
kita akan sempit dada menghadapi kematian ( kerana
perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah..bukan
kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya.
Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir
zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan
yang panjang.
-AS SYAHID S. QUTB- |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH GHULAM
Shuaib ra berkata:Bersabda Rasulullah saw: dahulu ada seorg raja yg mempunyai seorg ahli sihir:maka ketika telah tua,ia berkata kpd raja:kini aku telah tua,krn itu kirimkanlah pdku seorg pemuda yg dpt mempelajari ilmu sihir,supaya dpt menggantikan kedudukanku di sisi raja,jika saya telah meninggal dunia.
maka raja memilih seorg pemuda utk belajar ilmu sihir kpd ahli sihir itu.Dan kebetulan di jln yg dilalui pemuda itu, ada seorg Rahib(pendeta);maka tertariklah ia kpd Rahib itu,maka ia duduk mendgrkan ajaran2nya,dan merasa puas pd ajaran rahib itu hingga terlambat dtg ke tempat Sahir itu,dan ia dipukul oleh Sahir itu.Akhirnya ia mengeluh pd Rahib.Berkata Rahib:jika engkau takut dipukul Sahir,katakan:bahwa kau masih ditahan (disuruh) oleh ibumu,dan jika kembali terlambat katakan:... 慏itahan oleh Sahir |
|
|
|
|
|
|
|
Satu jam untuk kebahagiaan dunia & akhirat
Manusia selalu berada di antara hidayah Allah dan tipu daya syaitan. Kelengahan sedikit saja, syaitan akan menjerumuskan seseorang ke dalam lembah yang akan mensia-siakan bahkan merosakkan hidup seseorang. Berikut ini adalah 7 amalan penting yang akan menjamin seseorang terhindar dari keadaan negatif itu. Dengan melakukan 7 program ini, seseorang akan diampuni dosanya, dilindungi dari fitnah kubur, dibangunkan rumah di syurga, dikabulkan doa2nya, dilindungi dari kefakiran, dicukupi keperluannya, dibebaskan dari perasaan gelisah. Uniknya lagi, semua hal itu dapat diperoleh hanya dengan meluangkan waktu lebih kurang 1 jam saja.
1. Melakukan 12 rakaat sunnah rawatib. Yakni, 2 rakaat sebelum subuh, 4 rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat ba抎a zuhur, 2 rakaat setelah maghrib, dan 2 rakaat setelah isya.
Manfaat yang diharapkan: Allah akan membangunkan sebuah rumah di syurga bagi orang yang senantiasa melakukannya.
Dalil : Rasulullah saw bersabda, 揃arangsiapa yang solat dalam satu hari sebanyak 12 rakaat, sunnah, Allah akan bangunkan baginya rumah di syurga. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini lah saya...... Anda pula siapa ?
"Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran.
Saya adlah manusia yg mencari erti sbnar kemanusiaan.
Saya adalah seorang warga negara yg impikan sebuah negara yg dhormati, merdeka, tenteram
& hidup harmoni di bawah naungan Islam yg murni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Meh kita sama2 islah kan diri dari yg jahat pada baik, dari yg teruk pada yg elok. Keluarlah dari lingkungan kelalaian. Keluar lihat dunia Allah yg sebenar. Mengenali erti sebenar perjuangan pada kehidupan. Rumah kita senget pun kita tak tau kalo kita tak keluar tengok. hehehehehe..... |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta Sejati
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula |
|
|
|
|
|
|
|
Sepasang datuk dan nenek
sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yg cantik.
'lihat cawan itu,'kata si nenek kepada suaminya.'kau betul,inilah cangkir tercantik yg pernah aku lihat' ujar datuk.
pada ketika mereka mendekati cawan itu,tiba-tiba cangkir yg dimaksudkan berbicara:-
'terima kasih untuk perhatian anda,perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik.sebelum menjadi cawan yg dikagumi,aku hanyalah selonggok tanah liat yg tidak berguna. namun suatu hari ada seorg penjunan dgn tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. 'Stop!Stop!' aku berteriak. tetapi org itu berkata, 'Belum!'Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.
'Stop!Stop!' teriakku lagi.tapi org ini masih saja meninjuku,tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api.
'Panas!Panas!' teriakku dgn kuat. 'Stop!Cukup!'teriaku lagi. tapi org ini berkata ,'Belum'. akhirnya is mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. aku fikir,selesailah penderitaanku.
oh ternyata belum. setelah sejuk aku diberikan kpd seorg wanita muda dan ia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. 'Stop!Stop!' aku berteriak. wanita itu berkata, 'Belum!'. lalu ia memberikan aku kpd seorg lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yg lebih panas dari sebelumnya. 'Tolong! hentikan penyiksaan ini!, sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. tapi org ini tidak peduli dgn teriakanku.ia terus membakarku. setelah puas 'menyiksaku' kini aku dibiarkan sejuk. setelah benar2 sejuk seorg wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. aku melihat diriku. aku terkejut sekali. aku hampir tidak percaya, kerana dihadapanku berdiri sebuah cawan yg begitu cantik. semua kesakitan dan penderitaanku yg lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku.
--------------------------------------
seperti inilah kehidupan yg membentuk kita. dalam perjalanan hidup akan byk kita temui keadaan yg tidak menyenangkan,sakit,penuh penderitaan,dan byk air mata. tetapi inilah satu-satunya cara utk mengubah kita supaya menjadi'cantik'
jgn lupa bahawa cubaan yg kita alami tdk akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tdk ada alasan utk tergoda dan jatuh dlm dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup. jgn kecil hati,krn Tuhan sedang membentuk anda. bentukan2 ini mmg menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai,anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda utk kehidupan yg lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat). |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by winamp05 at 5-9-2006 03:44 PM
sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yg cantik.
'lihat cawan itu,'kata si nenek kepad ...
:setuju::setuju::setuju:
boleh dapat moral yg baik di sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Mutiara kata untuk renungan
4 Perkara yang didapati melalui 4 perkara
- Iman akan terhasil melalui dakwah
- Ilmu terhasil melalui taklim
- Amal terhasil melalui ibadah
- Akhlak terhasil melalui khidmat
4 Perkara dicapai melaui 4 amal
- Syariat dicapai melaui Takbiratul Ula
- Tariqat dicapai melalui taat ketua(amir)
- Hakikat dicapai melalui tahajjud
- Makrifat dicapai melalui menjaga pandangan mata
Bayangan ahli surga didunia
- Hatinya tenang
- Dikasihi semua orang
- Rezekinya diberkati
- Doanya dimakbulkan Allah
3 Semangat sahabat, sahabiah, dan anak-anak mereka
- Belajar agama
- Amal agama
- Sebar agama
4 cara erat hubungan silaturrahim
- SALAM - Selalu beri salam
- KALAM - Bercakap cara sunnah
- TA'Am - Suka jamu makan
- Qiam - Doakan dia waktu malam
*Maulana Ahmat Lat
4 Jenis aktiviti manusia diseluruh dunia
- Yahudi - Aktiviti politik
- Nasrani - Akiviti berhibur
- Majusi - aktiviti bersukan
- Islam - Aktiviti dakwah, taklim, ibadah dan khidmat
4 cara untuk dapat hakikat agama
- Dengar dengan wajjuh
- Dakwah dengan hikmah
- Amal dengan istiqomah
- Doa dengan mutmainnah
* Meiji mehrab
4 Perkara menjauhi kebodohan/kejahilan
- Semangat mendengar
- Semangat belajar
- Semangat menyampaikan
- Semangat mengamalkan
* Hadrat Ji rah
4 Perkara yang Rasulullah saw ajar suruh berjimat
- Membina rumah
- Pakaian
- Makan-minum
- Nikah kahwin
3 cara mengumpat
- Dengan mulut - Cerita dengan lidah
- Dengan tangan - Tunjuk dengan isyarat tanpa berka-kata
- Dengan mata - Isyarat sambil mengangkat kening
*Maulana Yusof rah
2 perkara perlu dikenang
- Ingat kebaikan orang kepada kita
- Ingat kejahatan kita pada orang
2 Perkara perlu dilupakan
- Kebaikan kita kepada orang
- Kejahatan orang kepada kita
Tiga jenis taatkan Allah dan Rasul
- Taat Diri (sentiasa peka kepada perintah Allah dan Rasul)
- Taat harta( Guna ikut perintah Allah)
- Taat perasaan (tekan nafsu untuk teruskan taat perintah Allah)
*Maulana Omar
Sabda nabi SAW, Allah suka melihat tiga perkara
- Sebarisan orang yang solat berjamaah
- Seseorang yang sibuk dengan solat Tahajjud di tengah malam
- Seseorang yang berjuang dijalannya
Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
- Seseorang yang berjihad dijalannya
- Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
- Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
Sabda Rasulullah SAW, " Barangsiapa berjihad untuk meninggikan kalimah Allah itulah yang dinamakan berjihad dijalan Allah (H.R Muttafaq Alaihi) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kuman at 5-9-2006 05:58 PM
Mutiara kata untuk renungan
4 Perkara yang didapati melalui 4 perkara
Iman akan terhasil melalui dakwah
Ilmu terhasil melalui taklim
Amal terhasil melalui ibadah
Akhlak terhasil melalu ...
Hmmm..... melalui 4 perkara ni, kalau kita dapat istiqamah, pasti berjaya dunia dan akhirat.
Sabda Nabi S.A.W. Barang siapa yg dapat mengamalkan satu sunnah secara istiqamah, dizaman fahsyar dan mungkar ini, maka dia mendapat seratus pahala syahid. |
|
|
|
|
|
|
|
Mutiara Kalam Lagi.
Tanda2 khauf ( takut ) pada Allah itu ialah apabila perasaan kauf mu kepadaNya dpt menjadikan kamu tidak takut pada selainNya.
Kadar ketinggian ilmu seseorang dpt dilihat drp takwanya kepada Allah. Bukanlah kerana ia seorang yg alim ( berilmu ), kecuali takwanya kpd Allah.
Barangsiapa yg berasa aman akan ancaman Allah, dia adalah org yg bodoh. Sedangkan org yg merasa takut akan ancaman Allah, sebetulnya dialah org yg Bijak. |
|
|
|
|
|
|
|
Pantun Budak Ex-Skolah Agama
Zaman skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama Al-Amin.."
Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter)
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula.
Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar.
Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati, (especially at Friendster)
"Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?"
Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"
Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."
Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.
Orang cakap budak Al-Amin berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.
Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?
Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"
Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!"
Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.
Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.
Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa. |
|
|
|
|
|
|
|
Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu
daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. buat peringatan bagi diri yang lupa.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|