CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: fleurzsa

Perkahwinan Melayu

[Copy link]
 Author| Post time 10-9-2006 07:32 PM | Show all posts

Berinai Besar

Upacara berinai besar disambut dengan lebih meriah dibandingkan dengan upacara berinai keeil dan berinai curio Kemeriahan dirasakan apabila upacara itu diserikan dengan majlis berzanji (nyanyian untuk memuji Nabi Muhammad s.a.w.) yang dijayakan oleh para jemputan yang hadir termasuk ketua-ketua syarak dan ketua-ketua adat. Majlis berzanji berakhir lebih kurang pukul lO.OO malam. Nasi dan lauk pauk diedarkan untuk dinikmati oleh para jemputan.

Sementara itu, tukang andam sibuk menghiasi pengantin perempuan di bilik pengantin. Pengantin kelihatan menarik apabila dipakaikan dengan pakaian-pakaian berikut:

a.        baju kurung songket dan kain songket
b.        sanggul lintang dihiasi cucuk sanggul, bunga perak dan gandik
c.        kasut seret bertekat
d.        gelang kaki dan gelang tangan
e.        anting-anting
f.        rantai g. cincin

Pengantin lelaki memakai pakaian yang berikut:

a.        jubah berbenang emas
b.        serban berbenang emas
c.         kasut seret bertekat

Apabila siap, pengantin lelaki diarak oleh pasukan rebana keroncong. Selain daripada tukang andam, penagntin lelaki diiringi oleh seorang pengapit. Pengapit ini terdiri daripada kawan rapat pengantin. Ia memakai pakaian baju Melayu dan bersongkok. Sepanjang perjalanan ke rumah pengantin perempuan, tukang andam mengawasi pengantin lelaki seperti menentukan cara berjalan dan membetulkan pakaiannya. Bunga manggar juga dibawa untuk menyerikan majlis perarakan itu.

Sesampai di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki berhenti sebentar untuk melihat pertunjukan pencak silat. Sesudah itu, pengantin lelaki dipersilakan naik dan terus menuju ke pelamin. Tukang andam mempersilakan orang-orang tua dan saudara mara pengantin perempuan untuk menginai dan menepung tawar pengantin lelaki. Pengantin lelaki menyusun jari sepuluh lalu menyembah setiap orang yang menginaikannya. Orang yang disembah akan membalas penyembahan pengantin.

Setelah pengantin lelaki selesai diinaikan, tangannya dipimpin menuju ke serambi. Pengantin perempuan dipimpin oleh tukang andam lalu didudukkan di pelamin. Orang-orang tua dan saudara mara pengantin perempuan menginai dan menepung tawar pengantin perempuan. Pengantin perempuan menyusun jari sepuluh lalu menyembah setiap orang yang menginaikannya. Orang yang disembah akan membalas penyembahan pengantin.

Jamuan diedarkan untuk dinikmati oleh pengantin lelaki dan rombongannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2006 07:33 PM | Show all posts

Majlis Akad Nikah

Akad nikah merupakan majlis atau upacara yang amat penting dan dinantikan oleh kedua-dua belah pihak. Ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan merupakan orang yang paling gembira diiringi perasan sedih. Mereka berasa sedih kerana anak-anak mereka akan membawa haluan masing-masing sebagai suami isteri. Mereka mungkin berpisah dengan anak-anak kerana anak-anak itu akan pindah ke temp at lain dan membina rumahtangga sendiri.

Masa yang ditetapkan untuk mengadakan majlis ini bergantung pada persetujuan yang telah dicapai antara kedua-dua belah pihak dan juga berg an tung pada adat yang diamalkan oleh masyarakat setempat. Walau bagaimanapun, ada dua pilihan masa yang ditentukan untuk mengadakan majlis ini, iaitu pada waktu malam sebelum upacara berinai besar dijalankan dan pada waktu pagi (11.00 pagi) pada hari langsung.

Para jemputan termasuk Tuan Imam, ketua kampung (Sidang) dan orang-orang tua menganmbil tempat di serambi menanti ketibaan pengantin lelaki dan rombongannya. Jika pengantin lelaki dijadualkan sampai pada pukul 9.00 malam, Imam akan hadir lebih awal, iaitu selepas mengerjakan sembahyang Mahgrib. Imam terlebih dahulu perlu melengkapkan sijil nikah dan berjumpa pengantin perempuan untuk meminta persetujuannya untuk dinikahkan dengan lelaki pilihan keluarganya (dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan).

Antara butir-butir yang diisi dalam sijil nikah ialah pengenalan pengantin lelaki dan pengantin perempuan, bayaran mas kahwin Gumlahnya), wali dan saksi-saksi. Seterusnya bapa menyerahkan tugas melaksanakan upacara akad nikah kepada Tuan Imam.Is Kadang-kadang bapa pengantin perempuan menikahkan sendiri pengantin lelaki dengan anaknya.

Pengantin lelaki akan tiba pada waktu yang ditetapkan. Dia diiringi oleh pengapit dan rombongan yang membawa hadiah-hadiah dan hantaran belanja Gika belum dijelaskan). Pakaian yang dipakai oleh pengantin lelaki ialah pakaian Melayu serb a putih dan bersongkok hitam. Dia dan rombongannya terlebih dahulu bersalaman dengan para jemputan yang menunggu kedatangannya di serambi sebelum duduk.

Sebelum upacara nikah dijalankan, Sidang (ketua kampung) mem¬bereskan upacara penerimaan hantaran belanja (penuh atau separuh)16 dan hadiah-hadiah iring an daripada pengantin lelaki. Antara hadiah-hadiah iringan yang dibawa ialah:

i. sebentuk cincin emas atau intan atau rantai emas ii. sepersalinan pakaian (songket atau sutera)
iii. selendang
iv. sepasang kasut v. beg tang an
vi. buah-buahan
vii. sirih junjung (sirih adat)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:35 PM | Show all posts
Setelah mengesahkan penerimaan hantaran belanja dan hadiah-hadiah, Tok Sidang menyerahkan tanggungjawab untuk melaksanakan majlis pemikahan kepada Tuan Imam.

Terlebih dahulu Imam memastikan butir-butir pengenalan pengantin lelaki adalah betul dan layak untuk dinikahkan. Selain itu dipastikan juga mas kahwin yang akan dibayar oleh pengantin lelaki sarna ada hutang atau tunai. Selepas semua perkara ini dibereskan, pengantin lelaki dipersilakan duduk bersila di atas tikar khas menghadap Tuan Imam yang dilantik oleh pihak berkuasa agama negeri untuk menikahkan kedua-dua mempelai.

Khatib atau bilal membacakan khutbah nikah. Antara isi kandungannya ialah menyatakan peri eloknya seseorang itu berumahtangga. Pahala amalan orang yang berkahwin 27 kali ganda banyak daripada pahala amalan orang yang bujang (belum berkahwin). Khutbah juga mengingatkan pasangan pengantin bahawa syaitan menjerit sewaktu akad nikah dilafazkan. Ini menunjukkan pasangan yang dinikahkan memperoleh kemenangan. Mereka berjaya menolak hasutan syaitan yang selalu menggoda urn at manusia agar melakukan perbuatan zina.

Setelah bacaan khutbah, Tuan Imam bersalam dengan menggenggam erat tangan pengantin lelaki lalu melafazkan ijab berbunyi "Polan bin Polan, aku nikahkan dikau dengan Polan binti Polan dengan bapanya berwakil wali akan daku dengan mas kahwinnya dua puluah dua ringgit tunai".  Sebaik sahaja Tuan Imam selesai melafazkan ijab, pengantin lelaki menyambutnya dengan lafaz qabul berbunyi "Aku terima nikahnya Polan binti Polan dengan mas kahwin yang tersebut itu.  

Semasa menyambut ijab Tuan Imam, pengantin lelaki perlu melafazkan qabul dengan jelasdan lancar. Jika Tuan Imam, wali dan saksi-saksi berasa tidak puas hati dengan lafaz qabul pengantin lelaki, maka Tuan Imam akan mengulangi lafaz ijab dengan menggengam erat tang an pengantin. Sekiranya pengantin lelaki berupaya menjawab (qabul) denganjelas dan lancar serta dapat memuaskan hati semua pihak, maka sahlah pernikahan itu. Lepas itu mempelai lelaki dikehendaki melafazkan taklik, iaitu pengakuan suami melepaskan isterinya apabila dia tidak dapat memberi nafkah dengan syarat isterinya mengadu kepada kadi dan pengaduannya diterima.

Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat dan selawat ke atas pengantin. Doa dan selawat tersebut dibacakan oleh bilal. Seterusnya para jemputan menikmati jamuan.

Setelah dinikahkan secara sah, kedua-dua mempelai boleh bergaul dan bersekedudukan sebagai suami isteri. Sebagai permulaannya, pengantin lelaki dipersilakan masuk ke bilik pengantin perempuan untuk melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin perempuan bersalam dan mencium tangan suaminya (pengantin lelaki). Seterusnya pengantin lelaki menyarungkan cincin emas atau memakaikan rantai emas di leher isterinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:36 PM | Show all posts

Majlis Hari Langsung

Hari langsung merupakan kemuncak dalam upacara perkahwinan. Majlis ini diadakan di rumah pengantin perempuan. Majlis yang dianggap besar dan bersejarah ini perlu dikendalikan dengan teratur dan licin. Penglibatan yang menyeluruh daripada saudara mara, sabahat handai dan penduduk kampung diperlukan unuk menjayakan majlis ini. Tuan rumah majlis itu hendaklah memastikan semua pihak ynag ditugaskan untuk mengendalikan majlis ini telah benar-benar bersedia. Mereka juga perlu memastikan semua jenis barang-barang keperluan telah disiapkan.

Sehari sebelum tiba hari langsung, kerb au atau lembu disembelih. Penyembelihan biasanya diadakan pada waktu pagi selepas subuh pada hari tersebut. Tugas menyembelih diserahkan kepada orang tua yang mempunyai pengalaman yang luas dan mempunyai pengetahuan agama. Setelah disembelih, daging binatang sembelihan dilapah oleh orang-orang yang ditugaskan.

Pekerjaan ini dapat dibereskan dalam jangka masa yang pendek jika dilakukan oleh orang-orang yang mahir. Daging yang dilapah digantung di bangsal atau di tempat yang terlindung daripada hujan. Seterusnya pada petang hari tersebut, daging dicincang dan disediakan sebagai bahan masakan.

Sejak awal pagi hari langsung, petugas-petugas telah hadir. Tukang masak dan penolong-penolongnya adalah antara petugas-petugas yang datang awal.  Sebelum memasak, mereka perlu memastikan terlebih dahulu bahan-bahan selain daripada daging seperti minyak masak, rempah, bawang, cili yang telah digiling, kekwa, bunga cengkih, garam dan bahan-bahan masakan lain yang bersangkutan telah disediakan.

Tukang masak dan pembantu-pembantunya akan menyediakan lauk pauk yang memenuhi kehendak tuan rumah. Antara lauk pauk yang biasa disediakan ialah kuah berempah daging kurma, kuah merah berdaging, acar dan rojak. Manakala jenis nasi yang disediakan ialah nasi minyak atau nasi putih.

Seterusnya lauk pauk dimasukkan ke dalam piring dan mangkuk. Sebuah bangsal atau khemah khas digunakan untuk melakukan kerja ini. Biasanya tugas ini dilakukan oleh kaum wanita. Selain menyediakan hidangan lauk pauk, mereka juga menyediakan hidangan kuih muih. Semua bahan ini dimasukkan ke dalam dulang. Tugas mengangkat dulang yang mengandungi lauk pauk biasanya dijalankan oleh golongan pemuda kampung. Golongan pemuda ini juga menghidangkan lauk pauk dan nasi di khemah tetamu jemputan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 07:42 PM | Show all posts
Ada pelbagai jenis kuih Melayu yang biasa dihidangkan dalam majlis perkahwinan. Antara kuih muih yang dihidangkan ialah:

1.        Kuih halua (pengat)

a.        cermai
b.        buah belimbing
c.        limau kuih
d.        buah kasturi
e.        nenas
f.        asam gelugur
g. buah pala
h.        buah papaya
i.        buah kabung
j.        buah petis kambing
k. nangka
l. durian belanda
m. kundur

2.        Kuih Kering

a.        bunga melur
b.        kuih guli-guli (bulat)
c. buah kanah
d.lengkar
e.        bunga rampai
f.        kekaras
g.        dederam
h.        sesagun
i.        wajik gula pasir
j.        wajik gula tuak
k. dodol gula pasir
l. dodol gula tuak
m. koya kacang
n. kuih bangkit

3.        Kuih Pengiring

a.        penganan talam
b.        kasturi
c.        agar-agar
d.        tepung lapis
e.        tapai
f.        pulut tetal

4.        Bubur

a.        bubur sumsum
b.        bubur tebak
c.        cendol
g.        bubur mata kucing
h.        bubur beras belanda
i.        bubur pulut hitam
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 10:52 PM | Show all posts
Pengantin lelaki akan tiba pada waktu yang ditetapkan. Dia diiringi oleh pengapit dan rombongan


Adat yang masih kekal hingga ke hari ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2006 08:49 AM | Show all posts
Sebelum upacara nikah dijalankan, Sidang (ketua kampung) mem¬bereskan upacara penerimaan hantaran belanja (penuh atau separuh)16 dan hadiah-hadiah iring an daripada pengantin lelaki. Antara hadiah-hadiah iringan yang dibawa ialah:

i. sebentuk cincin emas atau intan atau rantai emas ii. sepersalinan pakaian (songket atau sutera)
iii. selendang
iv. sepasang kasut v. beg tang an
vi. buah-buahan
vii. sirih junjung (sirih adat)









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 08:52 AM | Show all posts

MAJLIS AKAD....

Setelah dinikahkan secara sah, kedua-dua mempelai boleh bergaul dan bersekedudukan sebagai suami isteri. Sebagai permulaannya, pengantin lelaki dipersilakan masuk ke bilik pengantin perempuan untuk melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin perempuan bersalam dan mencium tangan suaminya (pengantin lelaki). Seterusnya pengantin lelaki menyarungkan cincin emas atau memakaikan rantai emas di leher isterinya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2006 09:00 AM | Show all posts

Majlis Hari Langsung

Hari langsung merupakan kemuncak dalam upacara perkahwinan. Majlis ini diadakan di rumah pengantin perempuan. Majlis yang dianggap besar dan bersejarah ini perlu dikendalikan dengan teratur dan licin. Penglibatan yang menyeluruh daripada saudara mara, sabahat handai dan penduduk kampung diperlukan unuk menjayakan majlis ini. Tuan rumah majlis itu hendaklah memastikan semua pihak ynag ditugaskan untuk mengendalikan majlis ini telah benar-benar bersedia. Mereka juga perlu memastikan semua jenis barang-barang keperluan telah disiapkan.













gambar hiasan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.072938 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list