CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mutantninja03

Program Ikhwan

[Copy link]
 Author| Post time 22-9-2006 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 22-9-2006 12:25 AM
Since mutant kata versi yg mutant ada tu lebih baik, maka apa kata mutant scan dan letakkan di sini? Censored kan part siapa penerima tu dulu... hanya letakkan detail program tersebut. Boleh rakan- ...



Yang ini TIDAK ADA NAMA PENERIMA di dalam risalah ! Tu lah antara sebab utama saya kata ia jauh lebih baik.

Detail program sangat mirip. Memang konsep main kutu. Tiga peserta pada satu satu sesi.

Cuma peserta boleh digilir gilirkan dan di "recycle" semula dari kalangan jamaah masjid yang mencapai angka berjuta juta di Malaysia nie.

Nak scan ?? Saya rasa tak payah lah saya susah susah. Ini pun kat CC. Mahal lak nak scan scan nie. Cari jerlah kat masjid masjid. Percuma saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2006 10:34 PM | Show all posts
orait tq mutantninja03 sebab bagi aku explain.

actually benda ni dah lama.... dulu masa aku darjah enam dah ada benda ni... siap bukak akaun bsn lagi... jgn tak semangat... orait... camni... modus operandi dia senang.

1) ko dapat list org dalam program (3 -4 orang) sekali ngan no akaun
2) basically bile ko nak letak nama dalam list ni, ko kene letak duit kat 3-4 org on top, pastu letak nama ko
3) and sekarang ko sebar list baru yang dah ada nama ko pada seberapa banyak org lain

ok kenapa benda ni bukan kutu?

kutu adalah mainan duit pada kumpulan yang sama. kira cam ali ahmad ngan abu. setiap org gaji dia 1500. dia main kutu tiga bulan. so by the end of tiga bulan, actually takde pertambahan duit. betul tak?

untuk ali, dapat kutu RM 4500, tapi bayar kutu untuk 3 bulan = 3*1500 = 4500 jugak
untuk ahmad, dapat kutu RM 4500, tapi bayar kutu untuk 3 bulan = 3*1500 = 4500 jugak
untuk abu, dapat kutu RM 4500, tapi bayar kutu untuk 3 bulan = 3*1500 = 4500 jugak

so samada ali ahmad or abu main kutu atau tidak, actually pendapatan untuk tiga bulan tu sama. cuma masa satu bulan tu rasa kaya kejap sebab giliran kutu.

apa kesimpulan sini - TIADA SIAPA JADI KAYA. tiada duit jatuh dari langit, tiada duit muncul tiba2. kalau tolak bahagi darab balik, semua org back to the same place. tak kaya.

ok sekarang pada program ikhwan. kita assume ada 7 org la dalam masjid ni (kasik contoh kecik senang sikit). kita buat camni... ada 1 imam, 2 muazin ngan 4 makmum. semua org gaji dia 1500.

sebab imam ni bijak pandai dan dia ni kepala, dia dapat hidayah buat program ikhwan. orait dia start.... so dia pun kata kat 2 muazin tu.. weih korang bayar aku 1500...

yaaa imam sudah kaya sekarang.... 3000 woo... campur gaji dia sendiri 1500.. so 4500 aaa... pergh kaya

so dua muazin ni pun pk... wah kita pun nak kaya gak.... so 1 muazin tu gi approach lagi 2 makmum, and lagi 1 pun buat benda sama.... weih... korang bayar aku 1500....

dua2 muazin sudah kaya sekarang... 3000 woo...... tp sebab gaji sudah bagi sama imam.... 3000 je la

ok jom kita tally ape dah jadi karang

iman = 4500
muazin1 = 3000
muazin2 = 3000

tp ape dah jadi kat makmum?

makmum1 = -1500
makmum2 = -1500
makmum3 = -1500
makmum4 = -1500

ok sekarang kita wat analysis

imam1... wah untung gile... muazin 1 dan 2, untung jugak, tp kurang dari iman... makmum 1,2,3,4 - DIZALIMI.

sure, sekarang ni program ikhwan dia akan masukkan kata2 islamic kat sini (gunakan kekuatan umat kita bla bla saling bantu membantu bla bla umat kita ramai berjuta bla bla takkan habis bole recycle bla bla).

sebenarnya semua ni tak betul. sebab umat islam, walaupun berjuta, sebenarnya limited.

kita bole guna balik contoh di atas dengan unit lain...

ada 1 negeri.. dalam negeri ni ada tujuh masjid... satu masjid negeri, 2 masjid daerah, 4 masjid kampung.... last2 4 masjid kampung tu teraniaya

ada 1 negara, dalam negara ni ada tujuh negeri..... 4 negeri teraniaya...

ada 1 dunia, ada 7 negara..... aku rasa ko leh sambung sendiri by now.

kenapa benda ni dipanggil skim piramid? amat senang. kita susun balik orang2 nye..

imam   =                 *
muazin =               **
makmum =           shit

nampak tak piramid?

ok katala tak puas hati gak... katakan memang bole jadi punye kalau kita ulang2 balik program ni....

so balik pada contoh asal

imam = 4500
muazin1 = 3000
muazin2 = 3000
makmum1 = -1500
makmum2 = -1500
makmum3 = -1500
makmum4 = -1500

so karang ni makmum 1,2,3,4 nak pusing2 balikla... so imam ngan muazin 1,2 kene la bayor.... tp siapa diaorg nak carik? masalahnye setiap org kene ada dua 'downline'... karang ni imam + muazin 1,2 = baru 3 org... adeh.... and katalaaaa.... imam and muazin 1,2 bayar jugak....

so untuk 4 org makmum, diaorg semua dapat 3*1500.... 4500... kongsi empat.... dapat 1125 sorang...

so kita kira balik

imam = 4500 - 1500 = 3000
muazin1 = 3000 - 1500 = 1500
muazin2 = 3000 - 1500 = 1500
makmum1 = -1500 + 1125 = -375
makmum2 = -1500 + 1125 = -375
makmum3 = -1500 + 1125 = -375
makmum4 = -1500 + 1125 = -375

ok kita kemaskan

imam  = 3000
muazin1  = 1500
muazin2  = 1500
makmum1 = -375
makmum2 = -375
makmum3 = -375
makmum4 = -375

imam still untung, muazin 1,2 dah tak untung pape dah sebab dah redistribute, and makmum 1,2,3,4 masih DIZALIMI.

by now maybe u can say, oraittttt kita kembangkan network kita. tp refer balik example yang aku elaborate, 7 masjid, 7 negeri, 7 negara.

so asal benda ni tak jadi cam kutu? sebab golongan yang menerima akan kurang dari golongan yang memberi. kalau kutu, semua org beri, semua org dapat. kalau program ikhwan, ramai org beri, tp sikit je yang dapat. untung la yang sikit tu.

huhuhhu aku tau benda ni panjang and maybe susah nak ikut. tp aku kene prove mathematically baru nampak.

semua skim cepat kaya memang [edited]. tp yang ni memang [edited] sebab mempergunakan ummah dengan ayat2 yang konon2nye islamic. tp aku tak salahkan sapa2. ye la bile kita dikaburi dengan kata konon2 sama2 membantu ummah, sape tamau join? plus leh jadik kaya.

antiQue ~ edit sikit perkataan-perkataan yg tak sesuai diletak dalam board ini.

[ Last edited by  antiQue at 22-9-2006 11:00 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2006 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by boyan at 22-9-2006 10:34 PM
orait tq mutantninja03 sebab bagi aku explain.

actually benda ni dah lama.... dulu masa aku darjah enam dah ada benda ni... siap bukak akaun bsn lagi... jgn tak semangat... orait... camni... mod ...



Fullamak ... panjangnya penerangan. Siap ngan math tuition lagik. hehehe  :lol

Berejam aku nak balas nie. Kena quote satu persatu.

OK lah. Ini pendapat aku.

Benda nie sebenarnya kombinasi main kutu dan sistem piramid kecil.

Kena suntik sket sistem piramid piramid nie. Kalu tak, baik buat pinjaman biasa dengan tabung kebajikan masyarakat saja kan ?? Itu pun kalau layak lah. Kena lak isi borang, pergi interview  dan tunggu sampai berjanggut baru tahu dapat tak dapat. kan ?? Bukan semua orang boleh tunggu lama macam tu. Nak nak pulak yang menanggung hutang hasil sistem riba yang interest berganda ganda dengan kiraan hari. Suka tak suka pasti akan kecundang ditekan oleh sistem juga akhirnya.   :kant:



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<kutu adalah mainan duit pada kumpulan yang sama. kira cam ali ahmad ngan abu. setiap org gaji dia 1500. dia main kutu tiga bulan. so by the end of tiga bulan, actually takde pertambahan duit. betul tak?

untuk ali, dapat kutu RM 4500, tapi bayar kutu untuk 3 bulan = 3*1500 = 4500 jugak
untuk ahmad, dapat kutu RM 4500, tapi bayar kutu untuk 3 bulan = 3*1500 = 4500 jugak
untuk abu, dapat kutu RM 4500, tapi bayar kutu untuk 3 bulan = 3*1500 = 4500 jugak >>

so samada ali ahmad or abu main kutu atau tidak, actually pendapatan untuk tiga bulan tu sama. cuma masa satu bulan tu rasa kaya kejap sebab giliran kutu.>>
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kaya kejap tu kalau zaman moden nie boleh menentukan jatuh bangun dan masa depan seseorang dek  oii !
Tanyalah kalangan orang berniaga, tentu mereka akan setuju.  :ah:

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<apa kesimpulan sini - TIADA SIAPA JADI KAYA. tiada duit jatuh dari langit, tiada duit muncul tiba2. kalau tolak bahagi darab balik, semua org back to the same place. tak kaya.>>

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebenarnya objektif utama bukan untuk jadi kaya pun tapi sekurang kurangnya kalau dapat meng"offset" akibat akibat buruk yang melanda umat berpunca daripada amalan riba pun dah kira OK. Akan tetapi faedah daripada program ini boleh dijadikan modal untuk berdikari, berusaha sendiri dan menjadi "self sufficient"  seperti bangsa lain tanpa memikirkan beban pinjaman yang membesar dan terus  membesar setiap hari sedang usaha yang cuba dijana baru saja hendak bertapak. Tergamakkah  kita melihat kes seperti di dalam link  ini :   Graduan Menoreh Getah untuk Membayar Pinjaman PTPTN terjadi kepada saudara saudara kita. Terus terang, saya katakan apa yang graduan ini lakukan, meletakkan diri di tempat yang tidak sepatutnya, adalah SALAH, yang akibatnya akan menghancurkan masa depan sendiri, kecuali lah kalau dia memang benar benar merancang  untuk menjadi usahawan.

Tahukah anda bagaimana sebuah "kongsi" cina berfungsi ?? Pernahkah anda mendengar bagaimana seorang peniaga VCD haram boleh memulakan semula perniagaannya di esok hari, walau baru saja dikenakan kompaun  semalaman ??  Hehehe..rasa rasanya boleh kah mereka berbuat begitu kalau mereka meminjam daripada bank ?? Itu baru satu contoh. Cuba selidik para petani sayuran Cina  di Cameron highlands misalnya. Berapa kerat yang pinjam bank untuk memula dan membesarkan  perniagaan mereka ?? Kalau nak tahu, inilah antara  rahsia bagaimana bangsa cina boleh hidup walau dimana jua mereka dicampakkan !  ;)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<ok sekarang pada program ikhwan. kita assume ada 7 org la dalam masjid ni (kasik contoh kecik senang sikit). kita buat camni... ada 1 imam, 2 muazin ngan 4 makmum. semua org gaji dia 1500.

.....snipped....

iman = 4500
muazin1 = 3000
muazin2 = 3000

tp ape dah jadi kat makmum? >>
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Sampling" adik nie terlalu kecil dan "monotonous" untuk dijadikan contoh kajian yang meyakinkan.

Adik jangan  lupa, manusia yang membentuk kalangan jemaah masjid  boleh terbahagi kepada beberapa kategori yang berlainan. Ada yang terlalu miskin, miskin, sederhana, kaya, dan terlalu kaya. Sebahagian daripada yang sederhana, yang kaya dan terlalu kaya sebenarnya sudah tidak berapa kisah lagi tentang hal ehwal dunia material macam kita yang miskin nie. Dalam dairi hidup orang orang kaya, bila sampai satu tahap kekayaan, duit bukan lagi menjadi satu keperluan utama kepada mereka. Tak percaya tanyalah pada orang orang seperti kerabat kerabat raja dan jutawan jutawan perniagaan di serata dunia.   Kalau tidak masakan ada istilah "hilantropist" dan "altruist" dalam kamus Oxford.   ;)  Selalunya yang menghalang mereka dari menyumbang semula kepada masyarakat ialah sistem penyampaian yang tidak sempurna  serta sifat ego masing masing untuk turun kebawah menghulur bantuan.

Bahkan di kalangan orang orang Melayu, kebanyakan mereka sentiasa bersedia menderma kepada yang memerlukan. Itu lah kehebatan seorang Melayu muslim, walau yang hidup susah sekalipun, bila ada yang meminta, dengan rela hati mereka memberi  atas dasar ikhwan dan simpati. Kalau tidak masakan terlalu ramai orang orang tabligh dan musafir berjanggut kusut masai dari Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Thailand dan lain lain lagi sanggup bermusafir beribu batu ke negara kita, berjalan dari rumah ke rumah meminta segala macam derma....terutama  sebelum peristiwa Sept. 11  !  :nerd:

Bahkan banyak pihak yang mengeksploitasi sifat pemurah kita tanpa ada rasa bersalah pun. Lihat sajalah berapa yang dibelanjakan untuk menghantar SMS kepada program hiburan di Malaysia nie. Belum kira lagi segala macam penyangak yang mengeksploitasi kemudahan talian mudahalih untuk membuat kekayaan segera (Yang ini baru betul Skim Cepat Kaya Haram !) . Adakah sesiapa yang membantah ??   :cak:

Cuba fikirkan apa yang boleh dibuat dengan cuma sebahagian kecil dari jumlah sebanyak itu, misalnya untuk membantu seorang peniaga nasik lemak Islam di bandaraya Georgetown supaya  terus berupaya menetap di tengah tengah arus pembangunan bandaraya itu ?? Tahu kah adik apa akan berlaku sekiranya, orang Melayu Islam terus terusan meninggalkan Pulau Mutiara akibat tak mampu untuk bersaing dengan bangsa lain ??? Ini masalah nasional sebenarnya dan kita tidak boleh lagi berkira pasal wang sebanyak RM30 jika kita utamakan  survival bangsa dan agama kita di tanahair sendiri. Jangan nanti terlalu ghairah dan sibuk memperjuang hak hak di Timur tengah dan mengAFUNDI sana sini, hak bangsa di tanahair sendiri  tergadai  pun tak sedar !  Sapa nak jawab nanti tu ??  :malu:

sambung....

[ Last edited by  mutantninja03 at 23-9-2006 09:48 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2006 08:47 PM | Show all posts
.....sambung

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<
makmum1 = -1500
makmum2 = -1500
makmum3 = -1500
makmum4 = -1500

ok sekarang kita wat analysis

imam1... wah untung gile... muazin 1 dan 2, untung jugak, tp kurang dari iman... makmum 1,2,3,4 - DIZALIMI.>>
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Adakah istilah DIZALIMI sesuai di gandingkan  dengan konsep SEDEKAH JARIAH  ??  :hmm:
Kalau dah pemberian ikhlas, maksudnya tiada meminta apa apa sebagai balasan lah tu. Ada ganjaran boleh, tak ada pun tak apa. Kalau takut dizalimi maknanya tidak ikhlas....eloklah  jangan turut serta. Sudah tentu kebarangkalian untuk  rugi tidak wujud, kan ??  :nerd:

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<sure, sekarang ni program ikhwan dia akan masukkan kata2 islamic kat sini (gunakan kekuatan umat kita bla bla saling bantu membantu bla bla umat kita ramai berjuta bla bla takkan habis bole recycle bla bla).

sebenarnya semua ni tak betul. sebab umat islam, walaupun berjuta, sebenarnya limited.>>
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Umat mana yang tak limited dek oii ?? Umat manusia pun limited jumlahnya di dunia nie.

Pada pengamatan dan pandangan saya, piramid yang digunakan dalam sistem adalah piramid kecil ( 3 tier) dengan tiga peserta setiap sesi. Selagi jumlah cetakan risalah (solicit) yang dicetak dan diedarkan kecil jumlahnya (dalam kes program ikhwan, target respon cuma 20% daripada maximum 100 risalah setiap peserta saja) dikalangan umat yang berjuta jumlahnya,  ianya akan berupaya untuk terus  "float" sambil memberi manfaat bergilir gilir kepada orang orang yang berlainan.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<kita bole guna balik contoh di atas dengan unit lain...

ada 1 negeri.. dalam negeri ni ada tujuh masjid... satu masjid negeri, 2 masjid daerah, 4 masjid kampung.... last2 4 masjid kampung tu teraniaya

.....snipped.....

imam   =                 *
muazin =               **
makmum =           shit >>
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehehe... ko janganlah buat piramid besar macam di Giza tu. Nanti ujud pulak firaun di puncak dia, susah pulak :lol

Hmm... bercakap pasal masjid, semalam saya terfikir bagaimana program ini boleh dimanfaatkan secara virtual melalui e-masjid. Bahkan ia boleh dikendalikan dengan lebih efisien tanpa perlu mencetak sebegitu banyak. Setahu saya setakat ini cuma Majlis Agama Sarawak yang ada web e-masjid nie. Nanti lah bila senang saya akan sambung.  


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<nampak tak piramid?

ok katala tak puas hati gak... katakan memang bole jadi punye kalau kita ulang2 balik program ni....

so balik pada contoh asal

....snipped...

so asal benda ni tak jadi cam kutu? sebab golongan yang menerima akan kurang dari golongan yang memberi. kalau kutu, semua org beri, semua org dapat. kalau program ikhwan, ramai org beri, tp sikit je yang dapat. untung la yang sikit tu.>>
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sudah diterangkan di atas. "Crude" sebenarnya  contoh yang ko berikan nie.
Sekali lagi program hanya sesuai untuk orang yang ikhlas memberi sahaja. Yang rasa akan jatuh miskin sebab mengeluarkan RM30 sekali seumur hidup lebih baik jangan ikut serta. Dikhuatiri nanti  tak berkat pulak pemberian tu.   :cry:



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<huhuhhu aku tau benda ni panjang and maybe susah nak ikut. tp aku kene prove mathematically baru nampak.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tak susah nak ikut pun dek. It's a very elementary punya explanation.  :music:


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
semua skim cepat kaya memang [edited]. tp yang ni memang [edited] sebab mempergunakan ummah dengan ayat2 yang konon2nye islamic. tp aku tak salahkan sapa2. ye la bile kita dikaburi dengan kata konon2 sama2 membantu ummah, sape tamau join? plus leh jadik kaya.

antiQue ~ edit sikit perkataan-perkataan yg tak sesuai diletak dalam board ini. >>
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hehehe marah benar dia yer ?? Agak agak marah tak dia kalau orang tak AFUNDI Mawi barang sehari masa AF aritu ??  :cak:



[ Last edited by  antiQue at 22-9-2006 11:00 PM ]

[ Last edited by  mutantninja03 at 23-9-2006 09:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 12:40 AM | Show all posts
Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:41 PM

Kena suntik sket sistem piramid piramid nie. Kalu tak, baik buat pinjaman biasa dengan tabung kebajikan masyarakat saja kan ?? Itu pun kalau layak lah. Kena lak isi borang, pergi interview  dan tunggu sampai berjanggut baru tahu dapat tak dapat. kan ?? Bukan semua orang boleh tunggu lama macam tu. Nak nak pulak yang menanggung hutang hasil sistem riba yang interest berganda ganda dengan kiraan hari. Suka tak suka pasti akan kecundang ditekan oleh sistem juga akhirnya.   



skim piramid sudah jelas haram. yang ni tak yah dalih2 bagi hujah pinjaman lembab dan sebagainya. haram tetap haram. jgn dipusingkan. fatwa2 banyak keluar, boleh google sendiri.

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:41 PM

Kaya kejap tu kalau zaman moden nie boleh menentukan jatuh bangun dan masa depan seseorang dek  oii !
Tanyalah kalangan orang berniaga, tentu mereka akan setuju.  



betul.. saya pun berniaga. kaya kejap memang tentukan naik turun bisnes. tp again, haram. kalau camtu bole gak saya kaya kejap rompak bank, pastu terus invest dalam bisnes. senang je patahkan hujah ni. tak semestinye sebab kaya kejap bole naik bisnes, kita kene resort pada benda haram. kesusahan/peluang tak menghalalkan cara. benda ni simple je bole fikir sendiri.

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:41 PM

Sebenarnya objektif utama bukan untuk jadi kaya pun tapi sekurang kurangnya kalau dapat meng"offset" akibat akibat buruk yang melanda umat berpunca daripada amalan riba pun dah kira OK. Akan tetapi faedah daripada program ini boleh dijadikan modal untuk berdikari, berusaha sendiri dan menjadi "self sufficient"  seperti bangsa lain tanpa memikirkan beban pinjaman yang membesar dan terus  membesar setiap hari sedang usaha yang cuba dijana baru saja hendak bertapak



sekali lagi.. benda ni haram. kalau kita jadikkan benda haram sebagai benih mencari rezeki halal (untuk usaha sendiri dan self sufficient), still tiada beza. hujah ni takleh pakai gak.

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:41 PM

Tahukah anda bagaimana sebuah "kongsi" cina berfungsi ?? Pernahkah anda mendengar bagaimana seorang peniaga VCD haram boleh memulakan semula perniagaannya di esok hari, walau baru saja dikenakan kompaun  semalaman ??  Hehehe..rasa rasanya boleh kah mereka berbuat begitu kalau mereka meminjam daripada bank ?? Itu baru satu contoh. Cuba selidik para petani sayuran Cina  di Cameron highlands misalnya. Berapa kerat yang pinjam bank untuk memula dan membesarkan  perniagaan mereka ?? Kalau nak tahu, inilah antara  rahsia bagaimana bangsa cina boleh hidup walau dimana jua mereka dicampakkan !  



hujah di atas takde kene mengena dengan program ikhwan. asalkan ada sikap bantu membantu sesama kita sudah cukup. program ikhwan bukannya silver bullet yang bole menyelesaikan masalah umat.

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:41 PM

"Sampling" adik nie terlalu kecil dan "monotonous" untuk dijadikan contoh kajian yang meyakinkan.



oh bagusla kalau bole faham sampling kecil tu. sekarang saya bole buat sampling besar sikit... sebab takut kalau buat sampling besar tak faham.

benda ni memang matematik, senang je. basically piramid ni akan membesar ngan exponential (faham tak exponential?)...

saya buat contoh simple... seorang jemaah distribute pada 10 downline ye.

level 1 = 1 org
level 2 = 10 orang
level 3 = 100 orang
level 4 = 1,000 orang
level 5 = 10,000 orang
level 6 = 100,000 orang
level 7 = 1,000,000 orang
level 8 = 10,000,000

dalam 8 level (11 juta org), dengan guna 10 downline setiap sorang, kita dah habis umat islam kat malaysia (kira cam 22 juta bahagi 2, sebab muslim about 50% dalam malaysia ni).

siapa yang untung? level 1,2,3,4,5,6,7... semua dapat duit... berapa semuanya?

1 + 10 + 100 + 1000 + 10000 + 100000 + 1000000 = 1,111,111 orang (1 juta org).

siapa yang rugi?

10,000,000 org. (10 juta).

dapatkah 1 juta org tolong cover balik 10 juta org? rasanya kanak2 pun leh tahu jawapannya. sebab tu saya rasa ulasan matematik tu takut2 susah. tgk2 ada gak yang tak paham. dalam matematik kita panggil ni extrapolation.

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:41 PM

Adik jangan  lupa, manusia yang membentuk kalangan jemaah masjid  boleh terbahagi kepada beberapa kategori yang berlainan. Ada yang terlalu miskin, miskin, sederhana, kaya, dan terlalu kaya. Sebahagian daripada yang sederhana, yang kaya dan terlalu kaya sebenarnya sudah tidak berapa kisah lagi tentang hal ehwal dunia material macam kita yang miskin nie. Dalam dairi hidup orang orang kaya, bila sampai satu tahap kekayaan, duit bukan lagi menjadi satu keperluan utama kepada mereka. Tak percaya tanyalah pada orang orang seperti kerabat kerabat raja dan jutawan jutawan perniagaan di serata dunia.   Kalau tidak masakan ada istilah "Philantropist" dan "altruist" dalam kamus Oxford.     Selalunya yang menghalang mereka dari menyumbang semula kepada masyarakat ialah sistem penyampaian yang tidak sempurna  serta sifat ego masing masing untuk turun kebawah menghulur bantuan.

Bahkan di kalangan orang orang Melayu, kebanyakan mereka sentiasa bersedia menderma kepada yang memerlukan. Itu lah kehebatan seorang Melayu muslim, walau yang hidup susah sekalipun, bila ada yang meminta, dengan rela hati mereka memberi  atas dasar ikhwan dan simpati. Kalau tidak masakan terlalu ramai orang orang tabligh dan musafir berjanggut kusut masai dari Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Thailand dan lain lain lagi sanggup bermusafir beribu batu ke negara kita, berjalan dari rumah ke rumah meminta segala macam derma....terutama  sebelum peristiwa Sept. 11  !  

Bahkan banyak pihak yang mengeksploitasi sifat pemurah kita tanpa ada rasa bersalah pun. Lihat sajalah berapa yang dibelanjakan untuk menghantar SMS kepada program hiburan di Malaysia nie. Belum kira lagi segala macam penyangak yang mengeksploitasi kemudahan talian mudahalih untuk membuat kekayaan segera (Yang ini baru betul Skim Cepat Kaya Haram !) . Adakah sesiapa yang membantah ??   

Cuba fikirkan apa yang boleh dibuat dengan cuma sebahagian kecil dari jumlah sebanyak itu, misalnya untuk membantu seorang peniaga nasik lemak Islam di bandaraya Georgetown supaya  terus berupaya menetap di tengah tengah arus pembangunan bandaraya itu ?? Tahu kah adik apa akan berlaku sekiranya, orang Melayu Islam terus terusan meninggalkan Pulau Mutiara akibat tak mampu untuk bersaing dengan bangsa lain ??? Ini masalah nasional sebenarnya dan kita tidak boleh lagi berkira pasal wang sebanyak RM30 jika kita utamakan  survival bangsa dan agama kita di tanahair sendiri. Jangan nanti terlalu ghairah dan sibuk memperjuang hak hak di Timur tengah dan mengAFUNDI sana sini, hak bangsa di tanahair sendiri  tergadai  pun tak sedar !  Sapa nak jawab nanti tu ??  



semua hujah di atas ni cuma memainkan sentimen kesungguhan menderma / membazirnya wang ke atas sms / jatidiri bangsa / cheap political talk. tak menyumbang pada perbincangan samada benda ni halal ke tak. sila fokus.

[ Last edited by  boyan at 24-9-2006 05:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 12:55 AM | Show all posts
Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:47 PM

Adakah istilah DIZALIMI sesuai di gandingkan  dengan konsep SEDEKAH JARIAH  ??  
Kalau dah pemberian ikhlas, maksudnya tiada meminta apa apa sebagai balasan lah tu. Ada ganjaran boleh, tak ada pun tak apa. Kalau takut dizalimi maknanya tidak ikhlas....eloklah  jangan turut serta. Sudah tentu kebarangkalian untuk  rugi tidak wujud, kan ??  


betul. bole je sedekah. kiranya maksud di sini kita bagi duit tu dengan rela la. bole bole. tp tepuk dada tanya diri sendiri niat sebetul2 nya kenapa kita tertarik dengan benda ni. pulangannya yang amat menggiurkan.

kalau nak sedekah betul2, tak yah la harap pulangan. bagi je duit tu. kita gi masjid, kata nak perlu duit.. bole tak derma RM 30 sorang? cuba fikir betul2. kalau betul org sanggup menderma (semuanya ikhlas), tanpa program ikhwan bole dapat result yang sama. sebab saudara kata program ikhwan ni mau ikhlas.

tp betul ke semua org yang masuk tu memang nak membantu dan ikhlas memberi RM 30? kenapa tiba2 'senang' betul lak jadi ikhlas... sebab diri sendiri ingat 'wah aku pun leh dapat duit'. that's the cold hard fact.

tp kalau masuk betul niat sedekah, tahniah la saudara bagus niat tu. harap2 saudara boleh pastikan niat 11 juta org yang di level 8 (posting sebelum ni) semuanya sedekah gak. bole ke? sebab takut kalau salah satu sorang rasa DIZALIMI, maka haram la semua pendapatan org di atas. jadi bahan bakar neraka.

amcam? boleh? cek niat semua org yang masuk program ni? boleh eh... cantikk...

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:47 PM

Umat mana yang tak limited dek oii ?? Umat manusia pun limited jumlahnya di dunia nie.

Pada pengamatan dan pandangan saya, piramid yang digunakan dalam sistem adalah piramid kecil ( 3 tier) dengan tiga peserta setiap sesi. Selagi jumlah cetakan risalah (solicit) yang dicetak dan diedarkan kecil jumlahnya (dalam kes program ikhwan, target respon cuma 20% daripada maximum 100 risalah setiap peserta saja) dikalangan umat yang berjuta jumlahnya,  ianya akan berupaya untuk terus  "float" sambil memberi manfaat bergilir gilir kepada orang orang yang berlainan.


saya dah tunjuk dengan 10 downline, program ni gagal dalam 8 level. bayangkan 20% out of max 100 risalah. 20 downline setiap sorang. rasanya lagi cepat gagal. sori, tapi hujah yang ni makan diri sendiri. so much for berupaya nak terus float.

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:47 PM

Sudah diterangkan di atas. "Crude" sebenarnya  contoh yang ko berikan nie.
Sekali lagi program hanya sesuai untuk orang yang ikhlas memberi sahaja.


ye memang crude. supaya senang paham. matematik ni cam hukum halal haram gak. dia takleh nak pusing2. tp bile kita guna cakap manusia dan memasukkan sentimen2 yang takde kaitan, itu yang kita risaukan. saya berhujah guna matematik saja  dan fatwa skim piramid haram yang telah dikeluarkan merata2. takde buat fatwa sendiri, dan tak menggunakan modal sentimen. sebab ye la kalau masuk bab tu sampai bile tak abis. mcm hujah undi AF, tak suka PM dan menantu dan sebagainya. bosan la main hujah stail kedai kopi.

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:47 PM

lYang rasa akan jatuh miskin sebab mengeluarkan RM30 sekali seumur hidup lebih baik jangan ikut serta. Dikhuatiri nanti  tak berkat pulak pemberian tu.   


dikhuatiri tidak berkat.... siapa yang perlu khuatir? yang memberi? atau yang menerima....?

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:47 PM

Tak susah nak ikut pun dek. It's a very elementary punya explanation.  


alhamdulillah.... tp asal kene buat second 'elementary' punya explanation.. takpe... kita cuba....

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:47 PM

Hehehe marah benar dia yer ?? Agak agak marah tak dia kalau orang tak AFUNDI Mawi barang sehari masa AF aritu ??  


hehehe sori ye guna perkataan tu. tapi rasa best.

afundi mawi hari tu? tak marah. sedih je. tapi lagi sedih tgk org mempergunakan ummah.

[ Last edited by  boyan at 24-9-2006 05:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-9-2006 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by boyan at 24-9-2006 12:40 AM


skim piramid sudah jelas haram. yang ni tak yah dalih2 bagi hujah pinjaman lembab dan sebagainya. haram tetap haram. jgn dipusingkan. fatwa2 banyak keluar, boleh google sendiri.



betul..  ...



Khehehe.... aku balas slow slow jer la....bulan pose beb !

OK, sepanjang panjang argument ko, yang aku perati  isinya cuma SATU saja.... benda dah di FATWA HARAM.

Aku tak heran pun, jenis pak pak turut macam ko nie akan mengubah pendirian secepat kilat bile esok keluar pulak fatwa menghalalkan judi !  hehehe  dodo bird  :pmuka:

Yang ko merepek meroyan sampai ke level 8 level 10 segala tu apeke  bendanye  ?? Kan aku dah cakap jangan sampai jadi macam Piramid di Mesir ?? Beriya suruh orang fokus..... Ko tu yang kena fokus sebenarnya.   :ketuk:

BTW, you're not the same Boyan who replied earlier are U ?? hehehe aku tak kesah pun....layan jer.


Sampai Level 3 saja fren........Lepas tu dah tukar peserta completely !  

Lagipun benda ini boleh di "regulate" kan oleh pihak masjid..... kalau nak lah.

Nanti aku akan cuba kupas cara untuk "regulate" di posting yang lain bila ada mood. insyaAllah


ps. Para ulamak memfatwakan  haram BERDASARKAN PEMAHAMAN MEREKA bahawa adanya  keburukan yang boleh menimpa ummah berhubung  sesuatu perkara/amalan. Jadi terpulang kepada kita lah  untuk menunjukkan bahawa bahaya yang di sangka ada itu sebenarnya cuma "HYPE" yang disensasikan oleh orang yang kurang faham duduk perkara yang sebenarnya. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 03:43 PM | Show all posts
Yang buat piramid ni Firaun je...Menindas orang untuk kesenangan sendiri, tak payahle buat piramid kecik ke besar, as long as piramid memang ada penindasan.

Daripada sedekah kat program ni, lebih baik sedekah kat yang betul-betul memerlukan. Sebab sedekah memang ganjarannya kat hari akhirat, bukannya kat atas dunia ni atau pun impian dapat duit cepat dan banyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2006 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by mutantninja03 at 24-9-2006 03:18 PM

Aku tak heran pun, jenis pak pak turut macam ko nie akan mengubah pendirian secepat kilat bile esok keluar pulak fatwa menghalalkan judi !  hehehe  dodo bird  


yaaa kita sudah nampak mentaliti sebenar promoter program ikhwan ni. baru cubit sikit pasal halal haram - terus attack peribadi org. murahnya harga diri.

apa ni brader? kata IKHWAN. kita kan member.. bersaudara maaaaaa......

Originally posted by mutantninja03 at 24-9-2006 03:18 PM

Yang ko merepek meroyan sampai ke level 8 level 10 segala tu apeke  bendanye  ?? Kan aku dah cakap jangan sampai jadi macam Piramid di Mesir ?? Beriya suruh orang fokus..... Ko tu yang kena fokus sebenarnya.   


argument budak darjah enam. hahahahahha. tarak substance. kalau nak debat, patahkan je la hujah aku tu. matematik lagi. takde pusing2 nye. tak yah la gi kait ngan piramid kat mesir.

Originally posted by mutantninja03 at 24-9-2006 03:18 PM

BTW, you're not the same Boyan who replied earlier are U ?? hehehe aku tak kesah pun....layan jer.


sori bang.. tp aku org yang sama... huuhuhhuuh.. actually aku selalu lepak kat board entrepreneur memampuskan org2 yang promo skim cepat kaya... gi lah cek sana... tp baru2 ni aku tgk2 kat board muslimin muslimat pun ada.... ada gak org resort sampai mempergunakan agama... ish ish...

Originally posted by mutantninja03 at 24-9-2006 03:18 PM

Sampai Level 3 saja fren........Lepas tu dah tukar peserta completely !  


hehehe ni lagi satu. walaupun aku tunjuk 8 level, tp sebenarnya setiap level sumbang duit SEKALI sahaja, pada LEVEL DI ATAS. e.g level 4 sumbang pada level 3. aku cuma extrapolate sampai 8 level nak tunjuk berapa lama dia bole tahan. sah la ko tak paham.

kalau program ikhwan ni kene sumbang sampai 3 level ke atas. e.g kalau ko kat level 4, kene sumbang kat level 3,2,1. lagila cepat lingkup. lain kali baca argument betul2.

Originally posted by mutantninja03 at 24-9-2006 03:18 PM

Lagipun benda ini boleh di "regulate" kan oleh pihak masjid..... kalau nak lah.


wah.. org masjid nak "regulate" benda yang sedia haram... apa yang nak regulate nye.... terus tak buat la....

Originally posted by mutantninja03 at 24-9-2006 03:18 PM

Nanti aku akan cuba kupas cara untuk "regulate" di posting yang lain bila ada mood. insyaAllah


tak yah kupas. aku tak tanya benda ni pun. aku tanya halal haram. simple. takkan takleh jawab?

aku pun leh kupas cara nak "regulate" camana nak memaksimakan keuntungan dengan beri pinjaman riba etc.

"regulate" tak menjadikannya halal.

Originally posted by mutantninja03 at 24-9-2006 03:18 PM

ps. Para ulamak memfatwakan  haram BERDASARKAN PEMAHAMAN MEREKA bahawa adanya  keburukan yang boleh menimpa ummah berhubung  sesuatu perkara/amalan. Jadi terpulang kepada kita lah  untuk menunjukkan bahawa bahaya yang di sangka ada itu sebenarnya cuma "HYPE" yang disensasikan oleh orang yang kurang faham duduk perkara yang sebenarnya.



wahahahahhaha.... yaaa.. itu dia.... ini aku takleh cakap apa2 lah. cayalah mutantninja03, ko memang best. hahahah... hahahahaha.... kalau camtu pun.... aku pun leh kuar fatwa based on aku nye pemahaman... ko pun sama... yes... mari kita buat sky kingdom!!! kerajaan langit!!! (sorila sebab hujah ko kat atas tu memang kelakar, so aku reply kelakar balik la)....

p/s aku tak dapat benefit apa2 dari buat benda ni. bukan dapat duit pun. tp best tgk promoter terkulat jawab hujah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by boyan at 24-9-2006 06:16 PM


yaaa kita sudah nampak mentaliti sebenar promoter program ikhwan ni. baru cubit sikit pasal halal haram - terus attack peribadi org. murahnya harga diri.

apa ni brader? kata IKHWAN. kita kan ...



Miahahahaaa..... ko terasa rupanya ????   :lol

Sian ko. KO TAHU KAH APA MAKSUD DODO BIRD tu sayang ??

Kalau itu pun nak terasa, you should know where you belong by now.  :music:

Now off you go.  I'm putting my "denial of service mode"  to you now.

So, TATA....  


ps: Orang board entrepreneur rupanya.... aku orang CI jer.... mana nak glemer kan..... hehehe  :lol
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 04:59 PM | Show all posts
hahaha yes... mission accomplished....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 01:56 PM | Show all posts
salam

kan saya dah cuba INGATKAN
golongan cam ni memang berleluasa atas muka bumi ini
kalau dala AL QURAN mereka dikatakan MUNAFIK
dan bersebab saya KATA yang sedemikian

kerana MEREKA MENJUAL AGAMA DENGAN NILAI DUNIA YANG SEDIKIT
MENGHALALKAN APA YANG TELAH DIHARAMKAN
BERDUSTA DALAM PERTUTURAN MEREKA

mereka masih NAK BERMAIN DENGAN KATA TUHAN
DAN HUKUMNYA
MAKA BIARKANLAH MEREKA BARANG SEKETIKA
SEHINGGA SAMPAI SAAT DAN KETIKANYA
BILA..................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2006 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 28-9-2006 01:56 PM
salam

kan saya dah cuba INGATKAN
golongan cam ni memang berleluasa atas muka bumi ini
kalau dala AL QURAN mereka dikatakan MUNAFIK
dan bersebab saya KATA yang sedemikian

kerana MEREKA MENJ ...



Waah ! CABUL NYE MULUT KAU nie !!

Pandai benarkah kau hal ehwall agama ?

Menulis pun macam budak baru bertatih, pandai pulak nak menilai hati orang ?

Saudara, akhirat itu tidak jauh sangat lagi.

Disana nanti semua akan terang lagi berjawab, jadi tak usah lah tuduh menuduh disini. !

Buat perbanyak dosa saja....



ps. Nasihat Ihklas di bulan puasa nie untuk kamu dan sekutu sekutu kamu !  :lebai:


sabor sabortak yah guna smiley di bulan pose ni yer ~ ibnur

[ Last edited by  ibnur at 28-9-2006 11:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 05:01 PM | Show all posts

to both side...SABAr....SABAr...

sabar itu banyak hikmahnya...
tak percaya cubala...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2006 05:21 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 28-9-2006 05:01 PM
sabar itu banyak hikmahnya...
tak percaya cubala...



Haaa.... kan kan kan ??

Aku takut jadi tsunami lak kang.   

Nasib baik ader abang usopp selam kiter   hehehe  :lol
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 06:53 PM | Show all posts
aku pun x tahu mana betul.yg bercanggah ni isu muamalat, so sapa yakin pd argument org yg sokong ikhwan ni join la.
pd yg tidak, tak yah join kalau rasa skim mcm ni tak betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2006 10:21 PM | Show all posts
http://en.wikipedia.org/wiki/Pyramid_scheme

untuk bacaan semua.... hehehe....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.194262 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list