CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15615|Reply: 9

Solat Kafarah Baul

[Copy link]
Post time 20-9-2006 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

Boleh tak sesiapa beri keterangan berkenaan solat tersebut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2006 05:55 PM | Show all posts

salam

Kifaratul Bauli adalah solat sunat untuk kifarat bagi najis kencing.  Sebahagian daripada azab kubur adalah berpunca daripada kencing seseorang itu tidak dibersihkan dengan baik.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda, mengingatkan kita bahawa seksa kubur itu dikenakan ke atas seseorang hingga selisih tulang dadanya kerana dia tidak menyucikan kencingnya dengan sempurna.
(Riwayatnya I tak tahu pula... mungkin ada yg lebih arif)

Sesiapa yang mengharapkan pengampunan daripada Allah swt daripada dosa yang disebabkan najis kencing yang terkena badannya atau pakaiannya secara disedari ataupun tidak, perlu sekali mereka mengerjakan solat sunat Kifaratul Bauli.

Cara Melakukan Solat Kifaratul Bauli....

(a) Solat dua rakaat selepas sunat Dhuha.

(b) Rakaat pertama selepas membaca surah al-Fatihah bacal surah al-Kautsar sebanyak 7 kali.

(c) Rakaat kedua selepas membaca surah al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas sebanyak 7 kali.

Lafaz niat....

"Sahaja aku solat sunat Kifaratul Baul 2 rakaat kerana Allah Taala."

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 12:07 AM | Show all posts
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda, mengingatkan kita bahawa seksa kubur itu dikenakan ke atas seseorang hingga selisih tulang dadanya kerana dia tidak menyucikan kencingnya dengan sempurna.


Hadithnya....

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur, baginda bersabda: Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorangnya diseksa kerana dulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian baginda meminta pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu beliau menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya, selagi ianya belum kering

Yang lebih lengkap saya pernah baca, seksaannya berenang didalam air kencing sendiri. So, ingatlah bersihkan sipolan tu lepas keringkan kantong masing2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 08:54 AM | Show all posts
THANKS FLUERZA N JUKEBOZ...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 11:13 AM | Show all posts
4# morina

janganlah beramal dengan ilmu yang kita tidak pasti dari mana asalnya.


Solat sunat kifaratul baul bukan ajaran Rasulullah
SAYA ada kemusykilan mengenai solat sunat yang dinamakan sebagai kifaratul baul. Sepanjang hidup saya inilah kali pertama saya mendengarnya. Khabarnya, solat ini hanya dikhaskan bagi wanita saja atas alasan untuk menghapuskan dosa wanita kerana wanita mempunyai sedikit masalah dalam solat. Contohnya jika tidak lawas membuang air, ia mengganggu tumpuan wanita itu untuk bersolat. Saya benar-benar ingin tahu tentang perkara ini. Bolehkah ustaz menjelaskannya?



Solat sunat ini tidak pernah diajar oleh Nabi SAW dan tidak pernah diajar dalam athar yang disampaikan kalangan sahabat. Jika seseorang wanita itu mendapati dirinya ditimpa masalah yang berkaitan dengan najis keluar berterusan daripada kemaluan, maka dia dimestikan mengikuti wuduk yang ditetapkan bagi golongan yang menghadapi istihadah.

Menurut al-Imam al-Nawawi dalam al-Majmuk, wanita yang sedemikian dianggap sentiasa ‘talabbus binnajasah’ yang menyebabkannya perlu beristinjak apabila masuk waktu solat dan menutup saluran qubul ataupun faraj dengan cara yang diyakini tidak membolehkan najis itu mengalir. Selepas itu barulah dia dibenarkan mengambil wuduk untuk satu solat fardu dan beberapa solat sunat tanpa had.

Apabila masuk waktu solat berikutnya, dia mestilah mengulangi proses yang sama seperti yang sudah dijelaskan sekalipun wuduknya belum batal melalui cara dimaklumi itu.
Selepas berusaha menjaga peraturan yang ditetapkan ini, tiba-tiba seseorang itu masih lagi diserang rasa was-was berhubung kesucian dirinya, maka dia hendaklah berlindung kepada Allah SWT daripada gangguan dan bisikan syaitan yang mahukannya terus menerus menghadapi kesukaran untuk beribadah kepada Allah SWT.

Muslim perlulah mengetahui bahawa antara rahmat terbesar anugerah Allah SWT buat umat Islam ini adalah Allah tidak akan membebankan mereka dengan perkara yang tidak mampu dilakukan mereka. Hal ini adalah berpandukan kepada ayat terakhir surah al-Baqarah yang bermaksud: “Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”

Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya, ayat ini adalah jaminan kasih sayang, kelembutan dan rahmat Allah SWT ke atas umat ini. Allah SWT tidak akan memberi azab kepada manusia di atas perkara yang tidak mampu dilakukannya.

Jadi berkaitan dengan perasaan bimbang yang timbul dalam diri yang bertanya, saya ingin menjelaskan bahawa selepas kita berusaha melakukan ketetapan syarak ini, maka hendaklah kita bertawakal kepada Allah SWT.

Tidak perlu ada kebimbangan dan kerisauan lagi selepas itu.

Sehubungan itu, saya menasihati saudara dan saudari agar sentiasa mendampingi ahli ilmu dan majlis ilmu supaya kita dapat mengetahui perkara yang hak untuk diikuti dan meninggalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh orang awam yang tidak mempunyai sandaran-sandaran dalil.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Agama/20090823000136/Article/index_html

Nabi berpesan agar menjaga kebersihan kencing tapi tidak pernah di suruh baginda mencipta solat sunat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 09:34 PM | Show all posts
setuju dgn pendapat hasyim.

patik pun pertamakali dengar solat kafarah baul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2009 12:24 AM | Show all posts
thanks hashim..akal aku agak tak boleh terima penjelesan pertama dan kedua utk solat sunat yg dibincangkan ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 09:32 AM | Show all posts
ape ye istilah bagi 'mengada²kan ibadah yang nabi tak buat'?

ape lak kedudukannya disisi nabi? bukan nabi tak ngaku umat ke...

adakah athar atau hadis yang dibawa itu di'cek' dari segi perawi serta sanadnya?

kita benci pada Rasul Kahar 'Rasul Melayu' tapi kekadang kita mirip pada beliau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2017 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Solat sunnat Kifaratul Bauli tu maksud dia

Kifarat - Kifarah
Bauli - Air kencing...

Tujuan dan maksud Solat Kifaratul Bauli sebagai Kifarah untuk menghilangkan dosa air kencing yg melekat dekat tubuh badan atau pakaian kita...

Dalil dia ulama ambik dalam Hadis Nabi :
_Dari Riwayat Ibnu Abbas r.a, yg bermaksud : Ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur, baginda bersabda: Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorangnya diseksa kerana dulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya._

*Masalah Rasulullah tak buat*

Tak semua ibadah yang kita buat hari ni dilaksanakan oleh Rasulullah.

*SEBAB APA?*
Sebab, kalau Rasulullah buat, dah jatuh sebagai sunnah. Bila jatuh sunnah, kita sebagai ummat kena buat jugak...

Kita dok bahas apa yg Nabi tak buat, yang Nabi buat pun kita tak dan nak buat...

Qiyamulail, Nabi buat tiap2 hari 12 rakaat ditutup dengan witir 3 rakaat... tiap-tiap hari...

Istighfar sehari 100 kali paling kurang...

Nabi solat sampai lembam n bengkak kaki...

Banyak lagi sunnah Rasul yg lain....

Yang kita ikut, malam jumaat dengan poligami... ygtu berlumba2 nak ikut...


*Jadi,*

Solat Kifaratul Bauli ni dibuat oleh para ulama berdasarkan hadith Rasulullah...

Kita tak wajib buat, tapi tak salah kalau kita buat...

Sebab dalam hadis ada sebut, _Para ulama adalah penerus para Nabi dan Rasul_

Apa yg dibuat oleh para ulama, itu yg didasarkan dari Rasulullah...

Sebab hukum agama islam ada dalam Al-Quran...

Tapi bukan semua org faham Makna tersurat dan tersirat dalam  Al-Quran...

Sebabtu ada hadis, sbg penjelasan makna tersirat dlm Al-Quran...

Hadis pun bkn smua org faham, brp bnyk yg salah faham...

Sebabtu ada qiyasan, ijmak para ulama...

Semua blh ikut... yang xblh ikut, yg pandai2 buat sendiri...

*Ada juga orang kata, buatpa solat kifaratul bauli, solat taubat cukup la*

Jawabnya :
Taubat dan kifarah tu lain..

Taubat sbg penyucian diri, tubuh badan, hati dan jiwa dari dosa...

Kifarah berkaitan dengan tingkah laku tubuh badan...

Cth :

Puasa Ramadhan... kalau siang hari kita bersetubuh, kifarah akibat perbuatan kita kena bayar balik puasa selama 2 bulan berturut-turut...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bermanfaat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.084011 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list