View: 10912|Reply: 12
|
Terjemahan Ayat 4 Qul...
[Copy link]
|
|
Al-Ikhlas
Melayu :
Katakanlah: Dialah Tuhan Yang Esa.
Allah adalah Tuhan yang bergantung padaNya segala sesuatu.
Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan.
Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya
English:
Say: He is God, the One and Only
God, the Eternal, Absolute
He begetteth not, nor is He begotten
And there is none like unto Him |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Kafirun
Melayu:
Katakanlah: "Hai orang-orang kafir."
Aku tidaklah menyembah apa yang kamu sembah
Dan tidak pula kamu menyembah apa yang aku sembah.
Dan aku bukanlah penyembah sebagaimana apa yg kamu sembah.
Dan kamu bukanlah pula penyembah sebagaimana apa yg aku sembah.
Untuk kamulah agama kamu dan untuk akulah agamaku.
English :
Say : O ye who reject faith
I worship not that which ye worship
Nor ye worship that which I worship
And I will not worship that which ye have been wont to worship
Nor will ye worship that which I worship
To you be your Way, and to me mine
ِ
[ Last edited by antiQue at 23-9-2006 10:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
An-Nas
Malay :
Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
Raja manusia.
Tuhan bagi manusia.
Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
dari (golongan) jin dan manusia.
English :
Say : I seek refuge with the Lord and Cherisher of Mankind
The King (or Ruler) of Mankind
The God for Mankind
From the mischief of the whisperer (of evil), who withdraws (after his whisper)
Who whispers into the hearts of Mankind
Among Jins and among Men
[ Last edited by antiQue at 23-9-2006 10:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Falaq
Malay :
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,
dari kejahatan makhluk-Nya,
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita,
dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul
dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki".
English :
Say : I seek refuge with the Lord of the Dawn
From the mischief of created things
From the mischief of darkness as it overspreads
From the mischief of those who practice secret arts
And from the mischief of the envious one as he practices envy |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
SURAH ALFALAK
. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
2. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
3. Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
4. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
5. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
SURAH AL NAS
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
2. Yang Menguasai sekalian manusia,
3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nice2000 This user has been deleted
|
kan bgs klu da yang lain terjemahan........tapi lebih baik gi tengok tafsir....takut dianiayai....maaf lah bukan bermaksud yang bg tu x betul tapi klu mcm ni,org bagi tafsiran yang salah pun kita ssh nak cam nti |
|
|
|
|
|
|
|
Terjemahan Ayat 4 Qul...
Waalaikumussalam Freekey,
Terjemahan ayat dah diberi namun pemahaman ke atasnya adalah perlu. Itu yang perlunya Tafsir iaitu penerangan secara terperinci tentang sesuatu surah tu. Untuk surah Al-Kafirun, surah ni diturunkan semasa nabi berhadapan dengan orang Qurish yang mencadangkan untuk mengikut Agama Islam untuk setahun dan kemudianya Nabi mengikut agama mereka setahun kemudian. Namun Allah membidas mereka ini bahawa tiada percampuran yang benar dengan yang salah. Untuk itu nabi menyampaikaikan pesan Allah yang bermaksud : " Katakanlah: "Hai orang-orang kafir." Aku tidaklah menyembah apa yang kamu sembah. Dan tidak pula kamu menyembah apa yang aku sembah. Dan aku bukanlah penyembah sebagaimana apa yg kamu sembah. Dan kamu bukanlah pula penyembah sebagaimana apa yg aku sembah. Untuk kamulah agama kamu dan untuk akulah agamaku."
Ulangan sebanyak 2 kali menunjuk betapa Allah menekankan bahawa orang Islam hanya layak menyembah Allah sahaja tidak kepada yang lain.
Untuk surah 3 Qul, Nabi menggunakannya sebagai pendinding dari gangguan syaitan dan orang yang berniat jahat kepadanya. Nabi menyarankan kepada umat Islam membacanya sebelum tidur dan berdoa kepada Allah agar melindungi kita dari ancaman itu. Turutannya bermula dari surah Al- ikhlas, Al-Falaq dan An Nas.
Sebagai permulaan, surah Al ikhlas yang bermaksud : "Katakanlah: Dialah Tuhan Yang Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung padaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya."
Surah ini keseluruhannya menceritakan tentang tauhid, iaitu mengesakan Allah bahawa hanya Allah sahaja tempat manusia bergantung harap tiada yang lain. Allah juga menerangkan bahawa Dia tunggal, tiada permulaan dan tiada penyudah memandangkan tiada suatu pun yang menyamainya apatah lagi melebihinya.
Surah Al-Falaq yang bermaksud : "Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya,dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki". Surah ini diturunkan selepas nabi terkena sihir yang dilakukan oleh seorang perempuan yang dengki kepadanya, yang melakukannya dengan membaca mentera lalu menghembusnya pada tali yang disimpulkan. Hikmah dari kisah ini menunjukkan bahawa sesuatu yang buruk boleh terjadi jika diizinkan oleh Allah. Oleh itu kita perlu memohon pada Allah agar sesuatu yang buruk itu jangan dibenarkan berlaku pada kita.
Surah An-Nas yang bermaksud : "Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Tuhan bagi manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia."
Dalam surah penutup ini, akhirnya Allah menekankan bahawa manusia perlu sedar bahawa mereka dijadikan dan ditadbir oleh Allah dan hanya kepada Allah sahaja manusia bergantung harap iaitu memohon agar tidak disesatkan oleh syaitan samaada dari bentuk jin atau manusia yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia.
Saya hanya menyampaikan secara ringkas aje, untuk lebih detail boleh rujuk buku tafsir. wassalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|