CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3691|Reply: 10

Nasib baik bukan orang Pahang

 Close [Copy link]
Post time 2-12-2006 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Dari Harian Metro

KUANTAN: Gelagat dua lelaki yang keluar dari sebuah pasar raya seperti ?erempuan mengandung? membawa kepada penemuan cadar dan radio yang dicuri mereka dari sebuah pasar raya di Taman Tas, di sini, kelmarin.



Dalam kejadian kira-kira jam petang itu, dua lelaki terbabit yang dipercayai penagih dadah berlagak seperti pelanggan untuk membeli barang sebelum ke tempat penjualan cadar dan radio.

Seorang daripada penagih terbabit kemudian menyumbat cadar dalam bajunya manakala rakannya mengambil radio sebelum berjalan keluar daripada pasar raya berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata gelagat ganjil dua lelaki itu diperhatikan seorang pengawal keselamatan yang kemudian menahan mereka untuk pemeriksaan.

?asil pemeriksaan, pengawal keselamatan berkenaan mendapati dua penagih terbabit menyembunyikan cadar dan radio dalam baju masing-masing dengan nilai keseluruhan kira-kira RM75,? katanya.

Menurutnya, dua penagih itu cuba melarikan diri tetapi gagal apabila diberkas pengawal keselamatan berkenaan sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuantan.

Katanya, siasatan awal mendapati seorang daripada lelaki itu yang berusia 28 tahun dan berasal dari Dungun mempunyai empat rekod jenayah manakala rakannya berusia 31 tahun dari Chukai, Kemaman, ada enam rekod jenayah.

?ua penagih terbabit kini ditahan di IPPD Kuantan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,? katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2006 11:30 AM | Show all posts
ngeheheh...org ganu nih...datang shopping kat kuantan buat hal lak yee...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 12:51 PM | Show all posts
dah terdesak..ambik mdah je le
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 09:17 PM | Show all posts
tu la pasal
buruk kan nama org kuantan je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2006 10:55 PM | Show all posts
kes ni mesti lawak & pelik... camner dia buat lagak cam orang mengandung????
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 09:46 AM | Show all posts
cesssssss.. tak de kerja la tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2006 03:49 PM | Show all posts

Reply #1 gorgon's post

:hmm::hmm::hmm:

Pasar raya aper yang ader kat Taman Tas tu...

rasa2 nya tunas manja jer,

:tq:
Sorry lah dah lama tak balik kuantan......

kot2 dah ader pasar raya lain...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2006 09:16 PM | Show all posts
no idea dude... aku ni gi ktn pon tak merayau ke pasaraya.... merayau ke pasarkopok je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2006 09:14 PM | Show all posts
kome dah lamaaaaaaaa tak ke kuantan..
last kome gi sana 1998...

kalo balik Pahang, kome merayo ke bandar Temerloh jerk..
kg kome kat Chenor..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 10:09 PM | Show all posts
temerloh pon dah meriah skang ni... mat rempit pon ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 01:09 AM | Show all posts
apsal la budus sangat??
memalukan je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.058466 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list