|
Kebudayaan Melayu telah mengalami perubahan hasil dari pertembungan dua masyarakat atau budaya menerusi proses-proses difusi, asimilasi atau penyebatian dan pemikiran bahawa kebudayaan barat dan kebudayaan yang dibawa oleh kaum-kaum pendatang iaitu China dan India adalah tidak bersesuaian dengan nilai-nilai kebudayaan Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Wujudnya kebudayaan Melayu telah dapat membentuk masyarakat yang maju di samping mempunyai system pemerintahan, ekonomi dan agama yang tersendiri. Aziz Deraman (1975: 27) |
|
|
|
|
|
|
|
Proses pembudayaan yang telah lama berjalan melalui tahap-tahap perkembangan dari zaman seramik prasejarah hingga kepada kebangkitan empayar-empayar zaman Hindu dan Islam, serta negara naungan kolonial Barat secara sambung menyambung menurunkan tradisi dan nilai serta alam fikiran yang kini menjadi jiwa dan peribadi bangsa Melayu. Zainal Kling (1987: 41) |
|
|
|
|
|
|
|
Agama Islam telah dijadikan unsur yang amat penting dalam menentukan identiti budaya bagi memperjuangkan hak di tanah air mereka. Abdul Latiff Abu Bakar ( 1987: 74).
Ini bermaksud sehingga sekarang kebudayaan Melayu mempunyai identiti budaya yang tersendiri dan Islam memainkan peranan penting dalam menentukan budaya Melayu tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat beberapa nilai-nilai budaya Melayu seperti, halus, lemah lembut, kesederhanaan, tidak membesarkan diri, tidak menunjuk-nunjukkan kepandaian dikekalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Masyarakat Melayu memang kaya dengan pernyataan budaya sejak zaman berzaman. Berdasarkan kajian beberapa orang ahli arkeologi ke atas, artifak didapati bahawa bijak pandai tempatan telah mencorakkan peradaban atau budaya yang tumbuh di rantau ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|