|
Mengenali Yakjud Makjud
OLEH SITI AINIZA KAMSARI
Yakjuj Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung
Profesion dan kerjaya penulis buku ini, Muhammad Alexander Wisnu Sasongko ialah seorang dosen (pensyarah) di Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Kejuruteraan Universiti Brawijaya, Bandar Malang Jawa Timur Indonesia.
Dengan bidang yang cukup berbeza itu, bagaimana penulis muda ini mampu menghasilkan sesuatu yang lazimnya lahir dari seseorang yang bidang penguasaannya sama ada sejarah mahupun agama itu sendiri?
"Jika kita menaruh minat yang besar, tidak ada apa pun yang boleh menghalang untuk kita melakukan sesuatu.
"Namun setebal mana pun sesuatu tembok itu jika sudah tiba masanya, belum tentu ia dapat menahan kemaraan kaum Yakjud dan Makjud ini daripada merosakkan muka bumi," ujar Wisnu penuh makna.
Tidak dapat dinafikan sedari usia muda mula mengenal ilmu, Wisnu begitu 'taksub' dengan pelbagai kisah sejarah lama.
Apatah lagi jika kebanyakan catatan itu masih diselimuti bagai kabus tebal di pagi hari. Lalu tugas mengupas persoalan sejarah yang bersifat masa lampau, yang kemudiannya diwarisi turun temurun dengan fakta-fakta yang kononnya tidak boleh diubah, tentu sahaja bukan mudah. Sementelah perlu dikaji dalam perspektif yang lebih luas dan sumber-sumber yang pelbagai.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Wisnu sendiri, merungkai persoalan kaum Yakjud Makjud ini terpaksa diambil masa selama hampir empat tahun untuk disiapkan.
Namun Wisnu melakukannya dengan segala besar hati, malah tanpa sebarang rungutan. "Tidak ada istilah rumit kerana berhempas pulas melakukan pelbagai kajian bagi menyiapkan buku ini merupakan satu keizinan dari Allah yang diberi kepada kita untuk meneroka ilmu-ilmu milik-Nya," katanya.
Sekalipun sesudah manuskrip buku ini siap dan lengkap, malangnya tidak ada penerbit di negara asalnya yang sanggup menerbitkan buku ini.
"Walaupun saya juga mengharapkan kajian mengenai kaum Yakjud Makjud ini dapat diterima untuk kelayakan Ijazah Doktor Persuratan, sayangnya sehingga kini saya sukar mendapatkan penajanya.
"Namun mujur sahaja ada penerbit di Malaysia yang sudi untuk melayakkan buku ini diterima oleh khalayak ramai di sini," katanya ketika berkunjung ke Malaysia, baru-baru ini.
Buku ini yang pada asalnya bertajuk Yakjud Makjud dari Perspektif Kitab Taurat dan Injil itu kini begitu mendapat sambutan di negara ini. Sehinggakan seingat penulis semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 April lalu, buku ini antara yang terlaris apabila 5,000 naskhah buku ini terjual sepanjang seminggu pesta itu berlangsung.
Sehingga kini dilaporkan buku ini telah terjual hampir 25,000 naskhah sejak mula diterbitkan pada April lalu. Tidak sahaja faktor reka bentuk kulit buku ini yang menarik dan catchy dengan penggunaan font atau yang diwarnakan merah dan terdapat 'percikan' darah, namun seluruh isi kandungan ini mampu membuatkan kita hanyut untuk mengikuti sejarah kaum ini mengikut rakaman oleh pelbagai pihak dengan dakwaan-dakwaan mereka yang tersendiri.
Malah antara yang jahat menuduh umat Islam itu merupakan kaum Yakjud dan Makjud itu sendiri. Maka tidak menghairankan jika mereka memerangi umat Islam atas nama memerangi kaum yang ganas, kaum yang dahagakan darah dan menjadi ancaman kepada manusia yang lainnya.
Mujur perkara ini dapat didedahkan oleh Wisnu yang terpaksa beliau gali dari tafsiran kitab Taurat dan Injil dalam bahasa yang tidak mudah untuk difahami.
Apabila perkara ini ditanya: "Bukankah kita telah tersedia kemudahan Internet, maka di situ sahaja kita boleh bergantung," katanya.
Kaum Yakjud Makjud ini antara lainnya dapat disimpulkan sebagai kaum perosak atau pihak ketiga yang suka melaga-lagakan dua pihak yang bergaduh. Maka untuk situasi seperti ini, cukup banyak contohnya yang berlaku pada dunia hari ini.
Belum terlambat untuk anda mendapatkan buku ini. Namun, seperkara yang perlu diketahui Wisnu bakal menemui anda dengan sebuah buku 'dedah sejarah' yang baru. Cuma perlu bermula dengan buku Yakjud Makjud ini untuk anda lebih memahami buku baru itu, ini kerana 'mereka' saling dedah mendedahkan!
Tajuk buku: Yakjud Makjud Bencana Di Sebalik Gunung.
Penulis: Muhammad Alexander Wisnu Sasongko
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Halaman: 565 muka surat.
Harga: RM31.50 |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri Yakjuj & Makjuj
January 17, 2008
Tahukah anda bahawa di sebalik pembangunan dan kemodenan di seluruh pelusuk dunia pada hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi.
Makhluk itu dikenali sebagai Yakjuj dan Makjuj.
Kewujudan dua makhluk itu adalah benar dan sahih kerana ianya dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.
Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.Mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.
Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97.
Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu:
“Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.
“Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.
“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.
“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.”
Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”
Selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.
Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu.Tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok.Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.
Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati.Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by surfin_net82 at 26-3-2010 13:29
kat sini ke lokasi dua buah gunung tu...?
The Gates of Alexander were a legendary barrier supposedly built by Alexander the Great in the Caucasus to keep the uncivilized barbarians of the north (ty ...
nazurah Post at 7-10-2007 17:26
"Unuk ni datang kepada raja Rum dan berkata " tuan raja, cubalah tuan carikan seorang gadis untuk saya. Tapi awas, jika tuan tidak dapat memenuhi kehendak saya, akan saya karamkan negeri tuan dengan air laut ini'. Raja minta tempoh hingga 12 tahun untuk buat patung raksasa dari gunung batu menyerupai gadis cun yg sedang tidur terlentang. Raja ni kumpulkan semua pembuat patung untuk pahat gunung batu ni. Perut patung ni dikorek, dan di isi dengan daging mentah. Banyaknya daging ni toksah cerita lah. Bila dah siap, ditunjukkan pada Unuk patung bogel tu. Dan Unuk bukan main happy lagi, lepas tu korang semua paham2 la kan, takyah lah aku cerita lebih lanjut "
Hok ni just my speku je tau...based on my reading on korang punye fakta...nak komen..komen jer, toksah melahar dah le..
SPEKU 1
Setelah membaca fakta2 korang..aku pun menggoogle, dan membuat spekulasi ni....
Gambar dibawah diambil direct dari google earth 2010. Gambar pompuan tu aku saje2 lukih, nak meng'imagine' citer2 korang...
So bagi aku memang ada la sikit "ciri2 muka bumi keperempuanan" kat area ni....kat banjaran tu pun macam ada dua puncak mcm pompuan punye d^^a...
SPEKU2
Kat bawah tu ada tasik, so tak tau la tasik yang kecik atau tasik caspian yang besar tu yang akan kering ke tak?..katanya diminum oleh yakjuj makjuj bla diorng keluar...
SPEKU3
Di selatan tasik caspian terletak negara Iran yang dipimpin "AHMADINEJAD" yang sibuk membuat kaji selidik membina senjata nuklear..(nuklear ke biologi ntah la...??)
dari sesetengah bacaan aku dr web2 asing, ada yang mengspeculate yang si ahmadinejad ni...
seperti Imam Mahdi "ahMADInejad= MAHDI". Antara ciri imam mahdi yang diketahui, janggut lebat, umur 40-an, hidung mancung...xtau la kan.
So katanya senjata nuclear ni dibuat bagi langkah berjaga2 andaikata si yakjuj makjuj tu keluar. (Dekat sgt pun dgn iran kalau ikut andaian org ttg tempat keluar yakjuj makjuj).
SPEKU4
Bentuk muka bumi di area yang aku lukih perempuan tu.. Di situ terletak banjaran Ararat. Kalau korang view picture tu...korang akan nampak dua banjaran selari. Adakah itu tembok penghalang yakjuj makjuj yang dibina Iskandar Zulkarnain?
Warna banjaran tu "ke"copper"an"...perasan tak?
SPEKU4
Bangsa ni ada kaitan dengan keturunan Nabi NUH... Mengikut bacaan aku sebelum2 ni ..Kapal/bahtera nabi nuh telah dijumpai terdampar di pergunungan Ararat. yang terletak disitu juga. Maknanya "Betul ke kaum keturunan nabi NUh dulu terletak ditempat yang sama- banjaran Ararat??"
Silalah kaji n bagi komen sama2 k...(korang kene baca post org2 lain sblm aku utk me"relate" speku2 ni)
|
|
|
|
|
|
|
|
TTg Imam Mahdi DISPEKU DENGAN AHMADIHEJAD pulak...cedok dari internet...
SPEKU1
Nama Imam MahdiImam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.
Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk
Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad.
Ahmadinejad Background
Ahmadinejad was born near Garmsar in the village of Aradan, in Semnan province, the fourth of seven children. His father, Ahmad, was an ironworker, grocer, barber, blacksmith, and religious Shi'a who taught the Qur'an.[34] His mother, Khanom, was a Seyyede, an honorific title given to those believed to be direct bloodline descendants of the Islamic prophetMuhammad.[34] Ahmadinejad's father changed his name from "Sabourjian"[35] or "Sabaghian"[36] when Ahmadinejad was four years old to avoid discrimination when the family moved to Tehran as the rural name inferred a lowly social standing. Sabor is Persian for thread painter,[37] a once common occupation within the Semnan carpet industry. Ahmadinejad was chosen as it means from the race of Ahmad, one of the names given to Muhammad.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SPEKU2
Kemunculan Imam MahdiKemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis (korang cari la hadis ni...mmg ada)
Kepemimpinan Imam Mahdi
Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hinga satu demi satu kedzaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.
TARIKH MEMERINTAH AHMEDINEJAD
Mayor of Tehran -In office
20 June 2003 – 3 August 2005
Selepas tarikh ni ahmedinejad jd Presiden Iran sampai Sekarang... So tarikh memerintah adalah antara (5- 7 Tahun). Tahun 2010.
Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.
PENENTANGAN AHMADINEJAD
Ahmadinejad is an outspoken critic of the United States, Israel, and United Kingdom.[20][21] He abides by Iran's long-standing policy of refusing to recognize Israel as a legitimate nation or as representative of the region's population.[22] He advocates "free elections" for the region, and believes Palestinians need a stronger voice in the region's future.[23] He has been characterized in much of the West by a particular comment he made in 2005 which was translated by the Iranian Government as calling for the "occupying regime" (taken to mean Israel) to be "wiped off the map." Other sources have suggested that a more accurate translation would be "this regime occupying Jerusalem must vanish (or 'be eliminated' [24]) from the page of time".[25][26][27] He has also been accused of describing the Holocaust as a myth[26][28] and of making statements influenced by classic anti-Semitic ideas,[29] which has led to accusations of anti-Semitism,[30]though he has rejected accusations of anti-Semitism and Holocaust denial, saying that he "respects Jews very much" and that he was not "passing judgment" on the Holocaust, consistently refocusing the debate onto the plight of the Palestinians which Ahmadinejad insists is the immediate global issue.[21][31][32][33]
---------------------------------
ADA YANG BERPENDAPAT DAJJAL NI BASED DI UK SELAMA SERIBU TAHUN, USA SAMPAI TAHUN 2000 (SAMPAI HABIS KES TOWER RUNTUH TU) DAN SEKARANG BERADA DI ISRAEL.
DAJJAL DIKATAKAN AKAN BERADA DIBUMI SELAMA 40 HARI. HARI PERTAMA BERSAMAAN 1OOO HARI, HARI KEDUA SEMINGGU, HARI KETIGA ...(ADA KIRAAN ..KORANG KENE GOOGLE LA JUGAK..SBB AKU TAK INGAT BACA KAT MANA) MUNGKIN DI YOUTUBE "THE ARRIVAL- DAJJAL"
Kalau ikut diorang punye calculation..tarikh dijangka akan berlaku perkara ni adalah pada tahun 2012. So agak sama dengan tarikh tempoh pemerintahan ahmadinejad 9 tahun. (Kalau dia berumur panjang...)
Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal.
Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.
SORRY POST MACAM ROJAK..
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu hanya teori peribadi & tak dpt dibuktikan.
Ahmadinejad bukan Mahdi.
Mahdi mirip pada Rasul, bersalasilah keturunan Ali & Fatimah Az-Zahra.
Mahdi bakal ditemui di Makkah, oleh sekumpulan mukmin yg mengenali ciri2 Mahdi berdasarkan hadith Rasulullah, utk berhadapan dgn gerombolan tentera kuffar & musyriq di bwh pimpinan Dajjal yg mara ke arah Semenanjung Tanah Arab. |
|
|
|
|
|
|
|
ari ahad ari tu ada dlm halaqah ..tajuk 'Bencana Yaajud Makjuj' tp tak sempat nk tgk abis.. tgk sekejap2 jer.rugi sungguh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ari ahad ari tu ada dlm halaqah ..tajuk 'Bencana Yaajud Makjuj' tp tak sempat nk tgk abis.. tgk sekejap2 jer.rugi sungguh.
Ada ulangan tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Tambahan drp post sy di Bod Lagenda & Sejarah:
Maksud saya Dzulkarnain di dalam AlQuran itu bukanlah Alexander The Great dari Macedonia,juga bukan Cyrus dari Persian.Kedua-dua mereka tak menepati ciri-ciri Dzulkarnain.
Jd siapakah dia? Dlm hikayat Melayu, Iskandar Zulkarnain yg disebut2 raja dunia adalah satu penciplakan drp karya hikayat Parsi yg menjadikan Iskandar Agung sbg Dhul-Qarnayn. Tp salah seorg pengasas dinasti Parsi purba iaitu Empayar Parsi Achaemenid, Kurush yg Agung juga disebut2 sbg calon Dhul-Qarnayn.
Secara umumnya, antara ciri2 Dhul-Qarnayn adalah:
1. Bertanduk dua.
- Iskandar Agung mempunyai lakaran pd wang syiling zamannya digambarkan bertanduk dua.
Di makam Kurush ada satu binaan menunjukkan Kurush bertanduk dua. Ini hanya gambaran lakaran, bukan bermaksud mrk bertanduk.
2. Perjalanan drp Barat ke Timur.
- Penaklukan Iskandar Agung bermula di Greece menyatukan semua negara kota Yunani, hingga merentas Mediterranean ke Asia Tengah hingga ke benua India. Begitu juga dgn sejarah penaklukan Kurush drp Turki di Barat hingga ke India di timur.
3. Perjalanan ke Utara & Yakjuj wal Makjuj
- Perjalanan ke utara merujuk ekspedisi ketenteraan oleh Dhul Qarnayn sehingga ketemu suatu bangsa yg merayu pembelaan drp kekejaman Yakjuj wal Makjuj.
Menurut pengkaji sejarah purba & sejarawan kini, Gog Magog dlm kitab samawi merujuk kpd kaum Saka / Sace / Sacae / Scythians, iaitu persekutuan kaum2 gasar yg menetap di utara kawasan pergunungan Kaukasus. Dlm sejarah, Iskandar Agung tiada ketemu bangsa ini. Sebaliknya golongan kaum gasar yg menetap di dataran & banjaran Hindu Kush antara Parsi & India, tp utk menjustifikasi Iskandar adalah Dhul-Qarnayn, sesetgh sejarawan mengaitkan sebhg tentera Parsi sbg Yakjuj wal Makjuj.
Manakala Cyrus pula dlm kempen militerinya telah bbrp kali telibat pertempuran dgn suku kaum Saka di di Kaspia & pesisiran Laut Hitam. Yakjuj yg menguasai wilayah Utara & Timur Laut Hitam, & Makjuj di kawasan Utara Caucasia berhampiran Laut Kaspia.
4. Air berlumpur
- Ini merujuk kepada Black Sea (Laut Hitam) atau pun Laut Kaspia (Caspian Sea). Kempen militeri Iskandar ada menghampiri Laut Hitam menerusi kempennya berhampiran Laut Aegean. Manakala manakala Cyrus pernah sampai ke Laut Kaspia & pesisiran Laut Hitam dlm perluasan wilayahnya.
5. Dinding penghalang
- Dinding Dhul-Qarnayn telah dibina bagi menghalang Yakjuj wal Makjuj. Menurut sejarawan Barat & Islam, ada salah 1 drp 3 tembok pertahanan purba yg berkemungkinan dibina Dhul-Qarnayn. Ia adalah Tembok besar Gorgan, Tembok Derbent / Kaspia & Laluan Daryal.
Tembok besar Gorgan dibina di zaman dinasti Parsi bermula di Kaspia hingga ke pergunungan Pishkamar di utara Iran. Ia turut dikenali sbg Tembok Pertahanan Gorgan / Tembok Penghalang Anushirwan / Tembok Penghalang Firuz / Qazal Al'an malah turut dikenali sbg Sadd-i-Iskandar (tembok Iskandar).
Tak pasti bila ia dibina, tp dipercayai tika zmn Parsi purba, & dibaik pulih oleh Empayar Parsi Sassanid.
Tembok Derbend bermula drp laut Kaspia hingga pergunungan Kaukasus terletak di Republik Dagestan berhampiran Azerbaijan. Dipercayai dibina waktu zaman Parsi Sassanid, namun teks Parsi ada menyatakan bahawa bhw ia adalah binaan lama yg ditambah & dibaikpulih di zmn empayar Parsi Sassanid.
Laluan / Lorong Daryal terletak di pergunungan Kaukasus. Ia satu2nya laluan melepasi pergunungan Kaukasus & dipercayai jd laluan utama kaum gasar Scythians yg turun drp pergunungan melakukan serangan demi serangan pd ketamadunan purba. Ada dikesan bekas kota pertahanan purba yg dipercayai bermula drp zmn Parsi purba. Nama Laluan Daryal berasal drp perkataan Parsi iaitu Dar-e-Alan.
Dlm kempen militeri Iskandar Agung (Alexander the Great), tiada disebut ttg pembinaan dinding atau tembok pertahanan menghalang Yakjuj wal Makjuj, tp dlm catitan Parsi kuno, sekurg2nya ada 3 tembok yg dibina bg menghalang kaum gasar mengancam peradaban tamadun manusia di utara Parsi & kawasan Levant umumnya. Tembok Besar Derbend & Tembok Besar Gorgan adalah berkemungkinan pembaikpulihan tembok purba pertahanan Parsi di zaman Parsi Sassanid, sekurang2nya beratus tahun setelah Empayar Parsi Parthia & Empayar Parsi Achaemenid.
Tp kini, ramai sejarawan mula menuding jari pd laluan Dar-e-Alan, yg mempunyai kesan2 kemusnahan tembok serta kota pertahanan purba yg berkemungkinan berlanjutan drp zmn Parsi Achaemenid, Kurush yg Agung (Cyrus the Great). Kaum gasar Scythia seringkali menjdkan laluan Daryal utk menghenyak peradaban lama manusia di wilayah Parsi hingga ke Levant drp masa ke semasa sebelum berundur ke wilayah mrk di utara pergunungan Kaukasus.
Berdasarkan kenyataan itu, perjalanan militeri Iskandar Agung tiada melibatkan mana2 pembinaan dinding / tembok pertahanan, yg hanya ditokok tambah dlm hikayat Iskandar Zulkarnain oleh para sasterawan Parsi pd abad pertengahan & diwarisi org Melayu. Tp, berdasar susur galur arkeologi & catitan purba, kita mengenali siapa itu Yakjuj wal Makjuj & tembok2 yg mana salah satunya mungkin dibina Dhul-Qarnayn utk menghalang Yakjuj wal Makjuj. |
|
|
|
|
|
|
|
Tambahan drp post sy di Bod Lagenda & Sejarah:
Kisah Dhul-Qarnayn & Yakjuj wal Makjuj disebut dlm Al-Quran, surah Al-Kahfi ayat 83-99:
[83] Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":
[84] Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
[85] Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
[86] Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".
[87] Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
[88] Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".
[89] Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
[90] Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
[91] Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
[92] kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
[93] Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
[94] Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"
[95] Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
[96] Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".
[97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
[98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".
[99] Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar. |
|
|
|
|
|
|
|
109# robotech
entahlah robotech..kalau ada rina pun nk tgk jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Up...~! |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Baca buku jerusalem in Quran. Karangan Imran hosein |
|
|
|
|
|
|
|
Buku Karangan beliau ada menceritakan ttg fog and magong, dirham dinar Dan lain2 lag I. |
|
|
|
|
|
|
|
yg pasti yakjuj dan makjuj adalah sekumpulan manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada orang yang dikatakan Iskandar dalam sejarah kitab samawi berkaitan Dhul-Qarnayn. Secara umum dan spesifik, Al-Quran tidak menyebut Iskandar, melainkan menggunakan perkataan Zulkarnain / Dhul-Qarnayn dalam pengkisahan seorang raja yang beriman kepada Allah yang memulakan perjalanan sehingga bertemu satu kaum yg meminta Dhul-Qarnayn membina tembok menghalang Ya'juj wal Ma'juj.
Iskandar Zulkarnain pula merujuk kepada tokoh sejarah raja Yunani Iskandar Agung (Alexander the Great). Kisahnya diadaptasikan ke dalam hikayat Parsi Hellenistik iaitu Iskandarnamah / Asmara Iskandar (Alexander Romance) dari karya sejarawan Yunani Callisthenes yang hidup di era Iskandar Agung.
Apabila Islam berkembang ke Parsi, hikayat Iskandarnamah telah di-Islamisasikan (perkara yg sama berlaku di alam Melayu bila hikayat Ramayana karya Hindu di-Islamisasikan kepada hikayat Seri Rama dan Sita Dewi) dan kemudian diterjemahkan ke pelbagai bahasa umat Islam. Bila Islam tiba ke tanah Melayu, begitulah juga karya Iskandarnamah yang kemudian dimasukkan ke kitab Sejarah Melayu bagi menunjukkan seolah2 asal usul Raja2 Melayu susur galurnya terus ke Iskandar Zulkarnain (aka Iskandar Agung). Namun begitu, hikayat Merong Mahawangsa jauh lebih awal mengadaptasi sebahagian kisah Iskandarnamah utk mengjustifikasi kaitan Iskandar Zulkarnain dgn keturunan diraja Kedah.
Tapi Iskandarnamah bukanlah karya sejarah autentik atau karya biografi hanya sekadar hikayat yang ditokoktambah faktanya. Iskandarnamah / Alexander Romance hanyalah hikayat turut mempunyai pelbagai versi dan variasi dari bahasa Yunani, Parsi, Latin (Roman), Sanskrit sehinggalah diadaptasi ke Bahasa Melayu Klasikal. Itu belum dikira versi Hinduisasi, Romanisasi, Kristianisasi dan akhir sekali Islamisasi.
Maka agak sukar sejarawan Islam masakini menerimapakai hikayat Iskandarnamah terutama versi Islamisasi, banyak tokok tambah terutamanya penulis hikayat cuba mengaitkan kisah Iskandar Agung dengan Dhul-Qarnayn dalam Al-Quran. Salinan watak Iskandar Agung kepada Iskandar Zulkarnain turut diwarisi umat Islam Nusantara.
Berdasarkan fakta sejarah dan kajian kitab2 Samawi (Taurah / Injil / Al-Quran), dan pendekatan arkeologi dan silang sejarah, maka Iskandar Zulkarnain atau Iskandar Agung boleh diragui asasnya sebagai Dhul-Qarnayn dalam Al-Quran. Malah, dengan fakta sejarah, Kurush Agung (Cyrus the Great) seorang raja pengasas empayar Parsi Achamenid mempunyai ciri2 yang lebih diperakui menyamai Dhul-Qarnayn.
|
|
|
|
|
|
|
|
mengikut kefahaman iols, ya'juj wa ma'juj ni adalah manusia spt kita, kaum ni wujud di eropah
wallahuaalam.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|