View: 3112|Reply: 4
|
Lelaki misteri dalam surah al-Khafi
[Copy link]
|
|
Lelaki misteri dalam surah al-KhafiOleh Nasron Sira Rahim
Ilmuwan selidik al-Quran, arkeologi untuk cari identiti sebenar Zulkarnain
NAMANYA disebut dalam al-Quran pada baris-baris surah al-Khaf, tetapi Allah SWT sekadar memperkenalkan nama serta secebis pengalamannya dalam menempuh episod panjang kehidupan di dunia ini.
Lalu, keseluruhan sejarah hidup lelaki itu terus kekal misteri dan menjadi tanda tanya di kalangan ilmuwan dan umat Islam umumnya. Ia sekali gus mendorong kajian profil dan penyelidikan arkeologi dijalankan terus-menerus untuk menyingkap rahsia siapa lelaki itu sebenarnya.
Pastinya beliau seorang tokoh agung kerana Allah memilih untuk menceritakan pengalamannya dalam kitab suci. Jasa dan tanggungjawab lelaki itu besar sekali kepada umat manusia.
Peranan dan tugasnya di dunia ini tidak mampu atau tidak sanggup dilakukan mana-mana manusia biasa lantaran ia suatu peristiwa besar dan teramat penting dalam rahsia perjalanan hidup manusia di dunia ini.
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: 揗ereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: 慉ku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 29-1-2007 09:49 AM
Lelaki misteri dalam surah al-KhafiOleh Nasron Sira Rahim
Ilmuwan selidik al-Quran, arkeologi untuk cari identiti sebenar Zulkarnain
NAMANYA disebut dalam al-Quran pada baris-baris surah al ...
main point,
Iskandar Zulkarnai ini ada kaitannya dengan bukti kewujudan Yajuj dan Majuj yg akan keluar di waktu dunia hampir sgt dgn kiamatkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
my point lak: hanya Allah Yg Maha Mengetahui |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar cerita Zulkarnain membina tembok dari logam diantara dua gunung untuk menghalang daripada yajuj majuj ni keluar. Gunung ni terletak di utara Laut Caspian. |
|
|
|
|
|
|
|
sure ke location dia kt caspian sea???
bkn masa 2 dia kt india ke..yg terjemahan dia lebih kurang
masa 2 iskandar zulkarnain sampai kt tempat yg bahasa percakapannyax difahami. masa 2 dorang nagdu psl ya'juj wa ma'juj ni pada iskandar zulkarnain. pas2 la he asked 4 besi 2..' aatuuni zubarol hadiid" pas2 dituangnya kkt btw 2 lembah 2.
ke aku yg salah paham??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|