|
Siti emerges big winner in AIM award
By AZHARIAH KAMIN
Siti: Takes home the Best Album and the Best Pop Album awards
KUALA LUMPUR: Pop diva Datuk Siti Nurhaliza was the big winner in the country's most prestigious awards show here last night.
She bagged the coveted Best Album award for her Transkripsi album, casting aside earlier favourite Sean Ghazi at the 14th Anugerah Industri Musik event.
Siti also took home the Best Pop Album award for the same album at the show, held at the Putra World Trade Centre here.
However, she lost to Jaclyn Victor in the contest for Best Vocal Performance (Female) in an album. The Malaysian Idol star bagged the award for her album, Inilah... Jac.
Siti had won the title for eight straight years since 1999.
Newcomer Sean had to be satisfied with the Best New Artiste award. R&B singer Reshmonu clinched the award for Best Vocal Performance (Male) for his album, Superfine.
The night also belonged to singer-songwriter M. Nasir, whose Juwita was chosen Best Song of the Year and his album, Sang Pencinta voted Best Pop Rock album.
Veteran rockers, Search, who last took home an AIM award in 1996, made a strong comeback to win the Best Rock Album award for Gothik Malam Edan.
The local entertainment world's new heartthrob, Pete Teo, was also a big winner, with three awards to his name.
His album, Television, was named the Best Local English Album and the Best Album Cover. His song, Lost in America, took the Best Music Video award.
The AIM organisers presented the Anugerah Wirama, for lifetime involvement and contribution to the local music industry, to Freddie Fernandes.
Eighteen awards were given out and the event was telecast live over ntv7 and also went on air over Hot FM and Fly FM.
For the first time, it was covered online via www.ntv7.com.my.
thestar 28/4
[ Last edited by eddysheddy at 2-5-2007 11:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
FOR ME SITI IS THE BEST |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting 1s album die terbitkan sendiri nih menang..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku sebenarnyer tak tau nak post kat ner....tapi kat sini pun ok arr........
Aspirasi: `Janganlah kita jadi seperti kebudak-budakan'
Oleh Ramli MS
[email protected]
ASSALAMUALAIKUM. Rasanya sudah beratus kali terjadinya perkara ini setiap kali keputusan dibuat. Ada saja yang tak kena. Saya tak tahulah apa yang boleh memuaskan hati semua pihak. Sudah termaktub, juri profesional diadili oleh mereka yang berkelayakan dan keputusan tidak dibuat oleh seorang juri individu, tapi Ketua Juri.
Begitu juga dengan penjurian awam. Sang jari jemari yang menjadi juri. Apabila sudah buat begitu, masih ada yang mempertikaikannya. Memang dah konsepnya begitu, jadi kita tak seharusnya mengulangi resam orang-orang kita, selepas habis sesuatu pertandingan, pasti ada rungutan.
Yang menjadi mangsa bukan orang lain, tapi orang seni seperti saya juga. Saya ambil contoh Anugerah Industri Muzik ke-14 (AIM'14), baru-baru ini. Ramai orang mempertikaikan kemenangan si polan itu, si polan ini, kenapa si polan ini tak menang, kenapa si polan itu yang menang.
Jadi, dalam konteks yang sebegini, anda harus faham. Saya sendiri pernah berada di dalam bilik penjurian AIM itu. Kata putus adalah daripada 10 kepala juri profesional. Sebulat suara akan mengesahkan si polan ini menjadi yang terbaik. Jadi, kalau si polan itu kalah, anda tak puas hati, kita singkirkan saja barisan juri!
Kalau sudah bertahun-tahun si polan itu menang, ada juga yang tak puas hati, kita gam saja artis berkenaan, adakah itu yang anda mahu? Justeru, kita seharusnya berfikiran terbuka dan mengiktiraf pemenang serta `takziah' kepada yang kalah.
Jadi, di situlah penjurian profesional dibuat dan seharusnya kita tidak membuat bising atau rungutan. Ibarat, pemenang sudah diiktiraf, kita seharusnya berbangga. Kepada yang gagal membawa kemenangan, seharusnya bekerja lebih keras. Itulah yang seharusnya berlaku.
Tapi, janganlah kita menjadi seperti kebudak-budakan. Yang kalah mesti membuat rungutan, sebaliknya kita harus melihat diri kita sendiri, mengapa kita kalah dan jangan sekali membabitkan orang lain. Hukumlah diri sendiri kalau kita kalah. Jangan kata juri tak adil, melainkan ada sesuatu yang terlalu musykil, itu yang perlu disiasat.
Namun kalau sudah sebulat suara memilih si polan berkenaan sebagai yang terbaik, menjadi juara, kita terima saja dan perlu berasa bangga.
Itu di dalam penjurian profesional. Berbalik kepada penjurian awam. Dah memang konsepnya begitu, jari menjadi juri. Saya ambil contoh Aizat yang terkeluar ketika konsert minggu yang ketujuh Akademi Fantasia 5 (AF5).
Pengkritik memberikan empat lampu biru kepada Aizat. Dah memang pelajar itu sangat berbakat dan berpotensi, tapi akhirnya dia terkeluar juga dari AF5. Padahal yang memilih dan mengundinya adalah juri awam. Anda harus mengundi Aizat jika tidak mahu keadaan bising.
Jadi, penjurian awam dan profesional adalah sangat berbeza. Apabila penjurian awam dijuri orang awam, banyaklah faktor yang kita perlu akui. Mentaliti penjuri awam di sini, melihat lebih kepada personaliti pelajar, tidak kepada bakat semata-mata.
Itu hak mereka. Saya tak mahu cakap apa-apa kerana memang kuasa memilih itu diberikan oleh pengendali program realiti TV berkenaan. Jadi, kalau anda suka pelajar berkenaan, anda undi. Namun, apabila keputusan sudah dibuat, tolong janganlah merungut!
Kita harus ingat, kalau anda suka pelajar itu terus berada di dalam akademi, jadi anda teruskan menghantar undian. Kalau sebaliknya, jangan undi! Jadi, apabila terkeluarnya pelajar yang berbakat itu umpamanya Aizat, jangan bising!
Sama halnya dengan penjurian profesional, jika si polan tu tewas, anda jangan merungut! Anda asyik merungut saja, anda tak tahu apa-apa. Ada merungut, ada tidak mengundi tapi, apa yang anda tahu, bising saja! Jadi, di sini kita harus berfikiran terbuka dan menerima kekalahan serta meraikan kemenangan.
Ini adalah satu adat resam yang seharusnya kita kekalkan fikiran yang positif. Bagi saya, jika dilihat secara lebih mendalam memang program realiti TV sekarang tidak sama konsepnya. Ada program realiti yang mementingkan bakat, ada yang mementingkan personaliti.
Apa saja program yang disaji untuk kita, kita seharusnya memahami konsep dan apa tujuannya. Kalau anda suka, tontonilah program realiti berkenaan, anda membabitkan diri anda, kalau anda tak suka, tutup saja TV, jangan merungut. Semuanya adalah hak anda untuk memilih.
Jika pemenang dipilih oleh juri profesional, ada rungutan, dipilih juri awam pun ada rungutan, anda buatlah program TV sendiri! Sepatutnya kita sebagai pemerhati dunia seni, seharusnya memberikan sokongan yang positif. Sekian saja untuk minggu ini, wassalam."
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
walaupun contoh......tapi satu malaya tau siapa yang dia maksudkan.....sebenarnya aku rasa peminat takderlah merungut cuma terkejut ajer....akhabar yang lelebih......kenapa bender ni perlu diungkitkan lagi..........bende yang sejuk jangan di suam suam kan lagi......yang bagi idea nak gamkan ajer artis tuh wat per ......pendekatan lain takder ker......walaupun ia cth tapi tak sedaplah kalau artis tuh sendiri yang baca sebab ayat dia kat atas tuh terlalu menjurus kepada seorang artis sahaja.....sebagai pemerhati seni.....benda yang dah berlalu biarkan ia berlalu.....jangan sesekali diungkitkan lagi....nanti lagi panas ....dan kenapa tahun ini baru nak dipersoalkan sedangkan setiap tahun bende yang sama akan berlaku...:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|