View: 12391|Reply: 2
|
Hukum Orang Yang Menipu Mendapatkan Duit
[Copy link]
|
|
Asmkum WHT,
Pernah saya meminta nasihat dpda kekawan bagi perkara ini tetapi jawapanya kenapaler bodoh sangat pinjamkan duit kat
kawan dan jawapanya macam tu je ler.
pendekkan cerita dan soalanya
===================
1 Apakah hukum orang yg menipu bagi mendapatkan pinjaman dari kawan atau sdra mara?
2 Jika dia enggan bayar dan kalau dia mati boleh ke dituntut dari isteri atau anak dia nanti?
3 Jika dia bertobat adakah hutang itu dikira hapus dan tak perliu dibayar lagi.
Sesiapa dapat membantu dalam perkara ini dipersilakan , terima kasih. wasssalm
[ Last edited by bizsari at 10-3-2007 12:47 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Untuk menjawab soalan bizsari, saya tampalkan kat sini beberapa siri soal jawab hukum mengenai hutang. Semoga ada menafaat.
dari mufti Terengganu
Soalan 5
Bagaimana cara menyelesaikan hutang orang tua-tua yang sudah mati, samada pemberi hutang dan yang berhutang semuanya sudah mati ?
Jawapan 5
Waris orang yang berhutang itu mestilah mencari waris orang yang memberi hutang itu, kalau ditemui hutang tersebut mestilah dijelaskan kepadanya, kalau tidak ditemui warisnya maka hutang tersebut bolehlah dibelanjakan untuk kebajikan dan memohon supaya Allah sampaikan pahalanya kepada yang ampunya sebenarnya, mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosanya. |
|
|
|
|
|
|
|
dari e-media....
SAYA pernah menjamin dua kawan membuat pinjaman bank. Malangnya mereka tidak membayar pinjaman selepas beberapa tahun. Ini menyebabkan bank mencari saya (penjamin) untuk melangsaikan hutang mereka dan jika tidak, nama saya akan disenaraihitamkan.
Dua kawan ini sepejabat dengan saya. Setiap kali saya meminta mereka menjelaskan pinjaman itu, mereka beri alasan tiada wang, pada hal tangga gaji kami hampir sama.
Kedatangan pihak dilantik bank ke rumah beberapa kali menyebabkan saya terpaksa membayar dua pinjaman berkenaan yang berjumlah RM1,000 sebulan. Akibatnya, perbelanjaan kami sekeluarga tidak cukup, walaupun berjimat cermat.
Perkara ini membuatkan saya sangat sakit hati dan kadangkala terpaksa meminjam dengan adik beradik untuk membayar hutang. Yang lebih menyakitkan hati, dua kawan saya mampu berbelanja dan membeli-belah setiap kali selepas gaji dan sentiasa mengatakan tiada wang apabila diminta membayar hutang.
Dalam pandangan Islam, adakah saya sebagai penjamin turut berhutang dengan bank, walaupun duit pinjaman berkenaan tidak pernah saya lihat? Adakah saya berdosa jika tidak menghalalkan semua pembayaran hutang berkenaan kerana rasa teraniaya dengan perbuatan dua kawan itu?
KHAIRUN
Kuantan
JAWAPAN
Dalam Islam, orang yang berhutang tidak akan terlepas, walau selepas mati. Jika dia mati, harta yang tinggal mesti digunakan untuk melangsaikan hutang sebelum boleh diberikan pada sesiapa.
Nabi Muhammad SAW mencela orang yang berhutang tetapi sengaja tidak mahu membayar hutang, sebaliknya sanggup berbelanja untuk perkara lain, sedangkan keutamaan dalam Islam ialah membayar hutang.
Dalam sebuah hadis, roh orang mati dikatakan tidak akan naik ke langit melainkan selepas hutangnya selesai. Jika seseorang mempunyai banyak hutang, dia tergolong orang yang boleh menerima zakat (asnaf yang layak) sebagai meringankan beban hutang.
Anda tidak tergolong sebagai orang yang berhutang, tetapi yang terikat dengan perjanjian. Dalam Islam kita, dituntut menunaikan janji kerana jika tidak kita dianggap munafik.
Dalam perjanjian hutang sudah termaktub bahawa penjamin akan menanggung hutang jika si pengambil hutang tidak membayar. Apapun jika dia sengaja, dia mungkin terlepas daripada hukuman mengikut undang-undang dunia, tetapi di sisi agama dia tidak akan terlepas dengan dosa kerana menyusahkan orang lain dan lari daripada hutang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|