View: 2228|Reply: 3
|
Apa pendapat Anda (berkenaan anak kepada perkahwinan islam+kristian)
[Copy link]
|
|
Saya tambah tajuk sebab ada thread tajuk sama tapi topik lain. ~ibnur
Assalamualaikum wrt..
saya nk tanya pendapat sesiapa yg berpengetahuan tinggi dlm agama..tentang artikel soal jawab ni..
Bawa cucu bukan Islam bersolat
SOALAN
SAYA pekerja dari Sumatera dan sangat miskin ilmu agama, walaupun dilahirkan sebagai orang Islam. Saya ada kakak yang berkahwin dengan lelaki Kristian.
Walaupun perkahwinan itu mendapat bantahan keluarga, dia tetap berkeras dan kini cara hidupnya juga seperti suaminya.
Kakak saya mempunyai dua anak berumur tujuh dan empat tahun. Dalam surat beranak mereka tercatat beragama Kristian. Pada bulan puasa kakak akan balik ke kampung.
Sepanjang bulan puasa, anaknya turut berpuasa dan mengikut ayah saya ke masjid untuk sembahyang tarawih.
Tindakan ayah mendatangkan rasa tidak senang pada penduduk kampung kerana membawa anak orang Kristian ke masjid, malah bersembahyang bersama. Saya berpendapat tindakan ayah mungkin kerana dia mahu mendekatkan cucunya dengan Islam. Persoalannya, adakah tindakan ayah betul? Apa pandangan Datuk dalam hal ini?
SULASTRI
Johor
Jawapan
Perkahwinan seorang perempuan Islam dengan lelaki bukan Islam adalah tidak sah. Anak yang lahir tidak sah dan tidak boleh dikatakan Islam jika sah surat beranak menunjukkan mereka beragama Kristian.
Niat ayah untuk mendekatkan mereka pada agama Islam sangat mulia, cuma tindakannya membawa orang bukan Islam bersolat di masjid memang salah.
Dia bukan saja mencacatkan saf jemaah yang lain, tetapi orang bukan Islam tidak boleh bersolat bersama orang Islam dalam masjid.
Nasihatkan ayah supaya jangan lagi membawa cucunya ke masjid.
Sebaliknya jika dia mahu melatih mereka berpuasa atau solat di rumah dengan niat mengenalkan mereka pada agama Islam, dia boleh berbuat demikian.
Jangan lagi menimbulkan kemarahan orang kampung lain kerana tindakannya memang salah dan berdosa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Kanak-kanak yg umur 4 dan 7 tahun, yg belom baligh lagi..salah ke seorg datuk darah dagingnyer sendiri yg islam nk bawak dorang ke masjid? Bila ibunyer sendiri yg islam dh x serupa islam. Takkan sebab dlm surat beranak written kristian x boleh bawak masuk masjid sembahyang sama? apa pulak kene dgn anak org bkn islam yg terang2 ibu bapanyer bukan islam tapi dibela oleh org islam..jadi x boleh la bawak anak ini ke masjid..kenalkan dia pada masjid dan activity2 yg dibuat didlm masjid?
saya nk tahu kalau ada ayat al-quran atau hadis yg menyokong jawapan yg diberi..
[ Last edited by ibnur at 16-3-2007 10:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Saya teringat ada satu hadis (dalam khutbah Jumaat pun selalu diucapkan) yg maksudnya lebih kurang begini; " Sesungguhnya anak2 yg dilahirkan itu suci saperti kain putih...ibu bapanya lah yg akan mencorakkannya menjadi Muslim, Yahudi atau Nasrani".
Daripada hadis ini kita boleh membuat kesimpulan jika anak itu dilahirkan oleh keluarga kafir kemudian kita ambil dan kita didik dalam agama Islam..besarlah ia sebagai seorang Islam. Begitu juga jika anak orang Islam diambil dan diasuh oleh orang kafir...maka besarlah ia sebagai seorang kafir. Dalam masalah diatas jika sidatuk hendak membesarkan anak itu sebagai seorang Islam hendaklah ia mengambil terus anak tu dan diberi didikan dengan sempurna. Tetapi kita tidak boleh menghalang anak2 itu dari berjumpa ibu bapanya. |
|
|
|
|
|
|
namesnaw This user has been deleted
|
Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "No child is born but has the Islamic Faith, but its parents turn it into a Jew or a Christian. It is as you help the animals give birth. Do you find among their offspring a mutilated one before you mutilate them yourself?" The people said, "O Allah's Apostle! What do you think about those (of them) who die young?" The Prophet said, "Allah knows what they would have done (were they to live)." |
|
|
|
|
|
|
|
sy xfaham kenapa di Malaysia ni seorang anak tu kene diKristenkan or diBudhakan or diHindukan atas sbb keraguan di pihak mak bapak dia. macam budak2 yg kene buang tu finally di'agama'kan according to the 'race' they are suspected in. kalo mak budak tu mmg chinese look tp Malay-Islam cemana? tp anak yg dibuang tu dinamakan Tan Ah Cong & diagamakan Buddha.
no to be racist tp bila kita ada chances utk mengislamkan seseorang, kenapa kita nk menidakkan benda tu?
Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "No child is born but has the Islamic Faith, but its parents turn it into a Jew or a Christian. |
|
|
|
|
|
|
| |
|