|
tak pe2 manusia mana ada yg perfect...
sambung lg dan lagi dan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
tak pe2 manusia mana ada yg perfect...
sambung lg dan lagi dan lagi
blueberry80 Post at 7-7-2010 13:35
thanks!
Dah repair dah Episod 12 dan Episod 13
Scene roller-coaster dah takda... tersilap scene sbb masa December, amusement park mana bukak.. hihihihi
so terpaksa tukar cerita lain..... |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 15
25 Disember 2004
"Apsal ko tak main?"
Izy mendongak.
Lah.. bila masa pulak mamat nih stop main. Tiba2 pulak boleh terpacak kat tepi aku. Sebok betol!!
"Malas" jawabnya sepatah. Pandangan kembali dilontarkan ke ice skating rink yang dipenuhi manusia pelbagai ragam. Seronok jugak tengok macam2 aksi manusia ni, lagi2 bila ada yg tergolek penuh bergaya akibat tersalah langkah.
Tawa kecil Afraz mencuri perhatiannya.
"Apehal?"
"Takdalaa... aku expect ko nak jawab ko sengkek tadi. At least lain sikitlaa jawapan ko kali ni"
"Hai... kalau aku jawab sengkek karang, ko ingat aku nak suruh ko belanja pulak.." balas Izy sambil menjeling perli.
Afraz cuma tersenyum.
"Ko scholar JPA yer?"
Izy sekadar mengangguk. Wajah Afraz langsung tak dipandangnya. Entah kenapa, dia rasa kurang selesa berduaan dengan jejaka berambut ikal itu. Rasa menyampah ada. Rasa gemuruh pon ada.
"Ada kerja part time?"
Perlahan Izy menggeleng. Nak keja apanya? Tak da kerja pon, dah naik semput aku nak kejar pointer. Kalau kerja, first semester lagi aku dah kena tendang balek Malaysia gamaknya. Ngeri!!
"Patutlaa ko sengkek"
"Amboi!! Tak sayang mulut betol ko ni kan?" tempelak Izy.
Bulat bijik matanya memandang Afraz. Bertambah hangin bila Afraz hanya ketawa terbahak2.
"Relakslaa.. menjadi jugak statement aku tu. Kot tak macam cakap dgn org bisu. Kejap angguk. Kejap geleng"
Izy cuma diam. Malas nak lawan bertekak dengan budak kerek ala psycho sorang tu.
"Apsal ko tak keja?"
"JPA hantar aku kat sini bukan nak suruh keja.. nak suruh belaja"
"Hmm.. oklaa kalau ko mmg boleh maintain pointer dengan belajar je"
Berkerut dahi Izy mendengar komen Afraz.
"Kenapa ko cakap macam tu?"
"Takdalaa... Kalau aku, kena ngadap buku je 24 jam.. lagi lingkup aku jadiknya. Aku kena gak buat benda2 lain untuk 'recharge'. Layan game ke, main bowling ke, tengok movie, jalan2.. ala.. berhibur laa pendek kata. Yang pastinya semua tu perlukan duit. Kalau nak harapkan duit scholar semata, memang cukup2 makan ajelaaa"
Izy mengeluh. Tak dinafikan kebenaran kata2 Afraz. Agaknya mungkin sebab tu kot, dia study maut macam mana pon, masih tak dapat nak mencapai keputusan cemerlang. Dan mungkin sebab tu juga setiap kali exam, darah dia gemuruh. Sebab stress ke?
Memang lain keadaannya ketika di Malaysia. Kalau dulu, tensen2 study, mereka akan lepak minum teh sambil bergosip di kedai Mamak. Bila hujung minggu, ada masanya jalan2 di mall sambil cuci2 mata. Kalau sempat boleh main bowling ataupun layan movie kejap di GSC atau TGV. Boleh jugak merasa makan KFC, McD, Pizza segala. Malah, sekali sekali boleh shopping baju baru lagi dengan duit elaun tu. Bil telefon bimbit pon dia bayar sendiri. Tak pernah sekali pon dia minta duit tambahan daripada mama dan abah.
Dulu, ketika di Malaysia, dia selalu disogokkan dengan kata2 student oversea ni mewah. Boleh shopping macam2, boleh jalan sana sini. Sampai ada yang kantoi belajar sbb enjoy sakan. Tapi realitinya, taklah seindah khabar yang didengar.
Dengan duit elaun lebih kurang USD120 sebulan, apalah sangat yang boleh dibelanjakan. Walaupun makanan disediakan pihak hostel, namun pilihan makanan juga agak terhad bagi pelajar Muslim sepertinya. Sudahnya kena juga cari makanan tambahan untuk lapik perut. Itupon pada hari Ahad, dia perlu usahakan sendiri makan tengahari dan malam kerana dewan makan cuma buka untuk sarapan aje. Belum kira lagi, kudapan buat isi perut ketika lewat malam.
Sebab tu dia agak berat hati nak ikut Dean ke Ohio pada mulanya. Tapi bila difikirkan kawasan hostel akan jadi sunyi sepi ketika winter break, lagilaa dia tak sanggup! Kawasan hostel yang agak terpencil, akan menjadi sunyi sepi bila cuti semester. Lagi2 winter break. Sah2 laa semua mat2 salleh tu balek kampung nak sambut krismas. Rakan2 Malaysia yang lain pon hampir kesemuanya akan pergi melawat teman2 di kampus lain yang lebih happening. Takdalaa mati kutu kat kampusnya yang boleh dikatakan kawasan kampung tu.
"Oii!!"
"Oh Mak Kau!!"
Melompat Izy dibuatnya dek sergahan Afraz.
"Ko nih... nak pekakkan telinga aku ke apa?" marah Izy. Masih terasa bingit sergahan Afraz di telinganya.
Terkekek2 Afraz mendengar latahan Izy.
"Ko laa... berangan entah sampai ke mana. Aku yang hensem nih ko buat macam cakap dgn tunggul je" luah Afraz dengan tawa yang masih bersisa.
Izy mencuka. Dia kembali duduk di bangku sambil menongkat dagu. Malas dia nak menjawab. Tak kuasa!
"Ko ingat boifren yer tadik?" serkap Afraz
Izy tersenyum seraya berpaling menatap wajah Afraz.
"Kenapa? Ko jeles?"
Pertanyaan ala usikan Izy dibiarkan tanpa dijawab. Sebaliknya, Afraz hanya tersenyum nipis sambil memandang tepat ke mata jernih Izy.
Serasa nafasnya seperti terhenti sejenak. Matanya seolah dipaku untuk terus membalas renungan mata Afraz. Seperti ada sesuatu pada cahaya mata coklat itu, yang menghalangnya dari berpaling.
"Weih, apa main tenung2 nih, korang tannak balek ke apa? Kitorang tinggalkan kat sinilaa ek?"
Serentak mereka berdua mengalih pandangan ke arah suara yg menyergah. Kelihatan Amir, Yuni dan yang lain tersengih2 melihat ke arah mereka.
"Ouwhh... kitorang dok sebok keluarkan peluh, korang boleh layan jiwang pulak kat sini ek.." usik Zafrul
"Haih... tak lama lagi kena tebanglaa balak si Izy ni.. kesiaannn" giliran Muiz pulak menambah perisa
Merah muka Izy dibuatnya.
Arrghh!! Boleh pulak kantoi macam ni.. buat malu aku betol!
Segera dia bingkas dari bangku meninggalkan Afraz.
"Ha'ah" perlahan suara itu, tapi cukup kuat untuk ditangkap gegendang telinga Izy yang baru 2 langkah menapak pergi. Dia berpaling melihat Afraz.
"Ko cakap apa?"
Afraz mendongak sambil tersenyum nipis memandang Izy.
"Soalan ko tadi. Itulah jawapannya" jawab Afraz perlahan seraya bingkas bangun dari bangku dan berjalan menghampiri mereka yang lain.
Dalam keadaan terpinga2, Izy mengikut dari belakang. Bergetar jiwanya mendengarkan kata2 Afraz. Gurauan apakah ini? Drama apakah yang si budak kerek ni nak cuba mainkan? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|