View: 10549|Reply: 2
|
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
[Copy link]
|
|
Kebangkitan ilmu perbidanan MelayuOleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)
REALITINYA, ilmu perawatan kesihatan, apatah lagi hal-hal tentang perbidanan Melayu disebarkan dari mulut ke mulut. Oleh sebab sifatnya begitu, ilmu itu jarang ditemukan dalam bentuk buku, majalah atau dokumen lain. Akibat daripada perkembangan ini, barangkali boleh sahaja jadi begini - ilmu tersebut akan menjadi selangkah ke kubur jika terus diceritakan dari mulut ke mulut tanpa ada usaha membukukan ilmu perbidanan Melayu ini.
Akui sahaja senario ini. Golongan wanita tidak lagi menitikberatkan soal urut-mengurut dalam pantang, perkara ini tidak begitu dipentingkan oleh kaum wanita. Mereka ini generasi abad ke-21 ini, pantang dalam erti kata mereka hanya dua minggu sahaja - tidak lagi 44 hari, kalaupun tidak 100 hari seperti dahulu.
Lelaki Melayu pada hari ini pula amat jarang sekali menemui bidan-bidan atau ke spa Melayu bagi tujuan meringankan stres atau masalah perbidanan mereka.
Lebih bermasalah, bidan-bidan (untuk lelaki dan wanita) susah untuk didapati pada masa ini, selebihnya khidmat mereka diperlukan pada waktu tertentu. Tetapi bayangkan lokasi 憁endapatkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sharifah Anisah bongkar rahsia kehebatan orang Melayu
![](http://www.utusan.com.my/pix/2007/0409/utusan_malaysia/keluarga/ke_01_big.jpg)
Datin Sharifah Anisah Syed Agil Barakbah bukan nama baru dalam dunia perubatan tradisional Melayu khususnya berkaitan kesihatan dan kecantikan wanita. Selama lebih 40 tahun terbabit dalam dunia tersebut, beliau ibarat kamus bergerak perubatan tradisional Melayu.
Kejayaan beliau mengasaskan Kumpulan Syarikat Nona Roguy yang dianggap sebagai gedung herba adalah sebahagian daripada bukti kepercayaan yang teguh terhadap keberkesanan perubatan Melayu.
Begitupun, kegelisahan melanda hatinya apabila melihat petua dan amalan tersebut kian dilupakan oleh generasi hari ini dan tidak mustahil ia terus pupus dari dunia Melayu.
Kebimbangan itu langsung mendorongnya untuk berbuat sesuatu dan tercetuslah idea untuk menghimpunkan segala khazanah tersebut dalam bentuk buku. Ikuti temu bual wartawan, SITI ZALEHA JORIMAI dan jurugambar, ZAINI HUSIN bersama SHARIFAH ANISAH mengenai inspirasi menghasilkan naskhah Ensiklopedia Perbidanan Melayu.
MEGA: Apa yang mendorong untuk menghasilkan naskhah Ensiklopedia Perbidanan Melayu ini?
SHARIFAH ANISAH: Segalanya didorong selepas saya melihat orang Melayu semakin tidak menghargai khazanah mereka sendiri. Orang Melayu memang kaya dengan petua kecantikan dan kesihatan, tetapi malangnya kita lebih memandang apa yang datang dari luar. Generasi selepas merdeka lebih terdedah dengan produk-produk Barat membuatkan mereka melupakan warisan nenek moyang mereka sendiri.
Propaganda Barat yang menampilkan produk mereka secara besar-besaran secara tidak langsung melemahkan pengetahuan kita terhadap khazanah kesihatan orang Melayu. Orang muda mula menganggap petua-petua dan segala macam yang diperturunkan oleh nenek moyang kita sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Akhirnya petua-petua ini berkubur dan pupus begitu saja.
Saya banyak buat bengkel dan ceramah tentang perubatan kesihatan orang Melayu. Apabila saya berceramah, saya dapati ramai yang kata tidak pernah dengar petua-petua yang saya perturunkan, seolah-olah petua dan perubatan Melayu ini satu misteri sedangkan ia amalan harian nenek moyang kita dulu. Jadi, saya terpaksa terangkan semula sesuatu yang sepatutnya sudah jadi milik mereka.
Ini membuatkan saya terfikir untuk untuk membukukan petua-petua tersebut dan pada tahun 2000 saya mula mengumpul segala bahan mengenai perbidanan Melayu. Satu lagi yang mendesak saya menulis buku ini ialah gesaan ayah saya, Tan Sri Syed Agil Barakbah. Dia seorang hakim tetapi jiwanya suka menolong orang. Begitu juga ibu saya. Mereka suruh saya bukukan segala petua tersebut sebagai amal jariah.
Mengapa pilih perubatan berkaitan perbidanan bukan perubatan-perubatan lain?
SHARIFAH ANISAH: Dalam dunia Melayu proses kelahiran merupakan sesuatu yang cukup besar maknanya. Bagi orang Melayu setiap kelahiran itu akan membawa makna awet muda kepada wanita tetapi mestilah ada syarat dan pantang larang.
Dulu kalau perempuan bersalin ibunya akan mengantung baju kebaya. Mereka akan pastikan baju kebaya tersebut dapat dipakai sebaik habis pantang 44 hari. Pada saya ia sebagai motivasi untuk menguruskan badan. Cara mana penjagaan tersebut saya masukkan dalam buku ini daripada pantang larang makan, berurut, petua-petua ketika dalam hari, hinggalah kepada cara mengikat bengkung yang betul.
Di sebalik semua petua itu, ia adalah rahsia kehebatan orang Melayu. Itulah juga tujuan saya menulis buku ini, iaitu untuk menonjolkan bahawa orang Melayu kita hebat. Satu dunia tidak ada penjagaan bersalin seperti orang Melayu.
Dari mana memperoleh segala maklumat dan bahan untuk dimuatkan dalam buku ini?
SHARIFAH ANISAH: Saya kumpul melalui pengalaman dan penyelidikan. Kalau ada penyelidikan tetapi tidak ada pengalaman pun tidak jadi apa untuk menentukan benar atau tidak amalan tersebut. Melalui pengalaman kita boleh faham.
Saya buat penyelidikan berpuluh tahun, tetapi saya hanya ambil petua-petua yang mudah dan bermanfaat serta yang berkesan. Melalui penyelidikan ini saya bertanya dengan bidan-bidan lama malah sesetengah sekarang sudah meninggal dunia. Bagaimanapun saya bukan sekadar bertanya, sebaliknya saya cuba sendiri untuk melihat keberkesanan sesuatu petua itu.
Apakah pengalaman menarik sepanjang penyelidikan dan proses mengumpul bahan?
SHARIFAH ANISAH: Paling menarik mungkin merasai sendiri rawatan-rawatan yang selama ini tidak pernah kita dengar. Dalam perjuangan memartabat rahsia-rahsia perubatan Melayu, saya mula menyedari bahawa anak-anak muda kita tidak pandai berpantang apabila melahirkan anak. Baru 10 hari bersalin sudah keluar membeli-belah, makan juga tidak dijaga. Sebab itu kebanyakan anak muda sekarang apabila lepas pantang berat badannya lambat turun, pucat dan kulit lembik tidak pejal. Paling mustahak wanita bila ingin awet muda adalah ketika pantang bersalin.
Apakah ada pertentangan dalam perubatan perbidanan antara moden dan tradisional?
SHARIFAH ANISAH: Memang ada petua-petua yang bertentang dengan perubatan moden. Contohnya, dari segi pergerakan. Kalau ikut doktor selepas bersalin kita disuruh banyak bergerak, tapi orang dulu tak galakkan bergerak sebab itu disuruh pakai bengkung.
Kedua diet, ikut amalan moden semua makanan boleh dimakan asalkan makanan tersebut bervitamin. Tetapi bagi orang Melayu, ada makanan yang tidak sesuai terutama yang sejuk dan menyebabkan angin dalam badan. Orang dulu galakan kita makan, herba, madu lebah, untuk cuci darah atau panaskan badan.
Apapun, cerita dalam buku ini adalah cerita turun menurun dari emak dan nenek saya, cerita-cerita ini juga yang saya akan turunkan pada cucu-cucu saya. Cerita-cerita rahsia kecantikan ini turun temurun dari zaman kejadian manusia lagi, dari zaman Nabi Adam dan Siti Hawa.
Apakah perkara paling sukar dalam menghasilkan buku ini?
SHARIFAH ANISAH: Yang paling susah ialah untuk menentukan kebenaran rahsia asal datuk nenek kita. Tapi saya bernasib baik kerana saya terbabit dalam bidang ini sejak dulu ketika datuk dan nenek saya masih hidup. Jadi banyak rahsia saya dapat dari mereka. Orang dulu tidak ada televisyen atau radio.
Dalam keluarga saya dulu tiap-tiap malam selepas Isyak, datuk atau nenek saya akan bercerita. Di situlah kita belajar rahsia-rahsia orang tua, ayat-ayat atau mentera yang digunakan. Bila berkahwin saya bernasib baik kerana nenek ketika itu masih hidup dan banyak membantu saya ketika berpantang. Sekarang saya buat perkara yang sama pada cucu saya.
Secara umumnya dari mana timbulnya minat untuk mendalami bidang perubatan Melayu?
SHARIFAH ANISAH: Sebenarnya pada awalnya saya tidak minat dengan bidang ini. Pada zaman muda saya lebih minat melukis dan jiwa saya lebih kepada seni. Hanya nenek dan ibu yang minat perkara-perkara berkaitan asli termasuk kuih-muih Melayu asli.
Tapi pada 1965, seorang kawan saya sakit tenat kerana turun darah. Doktor bercadang membuang rahimnya bagi menghentikan pendarahan. Masa itu saya teringat ibu saya dan saya hubungi dia. Ibu saya perli katanya 憃rang sombong telefon |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sorotan khazanah ilmu Melayu
WOW! Sebuah ensiklopedia perbidanan Melayu! Begitu spontan reaksi seorang rakan semasa melihat saya menatap dan membelek buku terbaru terbitan UP&D ini minggu lepas.
Apabila bertanya erti reaksi wow! itu, rakan tadi mengakui kagum, kerana pertamanya, subjek buku itu (hal-hal kesihatan dan perbidanan) adalah menjadi kegemarannya.
憫Tetapi selebihnya, inilah kali pertama buku seumpama itu dilihat, tiada buku selengkap ensiklopedia berkenaan yang mengupas hal-hal kesihatan, kecantikan dan penjagaan kesihatan menuruti ilmu Melayu ditemui sebelum ini,拻 akui rakan tersebut kepada saya.
Sewaktu mendapat naskhah Ensiklopedia Perbidanan Melayu, saya tidak berlengah masa, buku setebal 343 halaman itu boleh dihabiskan dalam masa 48 jam atau bersamaan dua hari.
Dan seperti teman tadi, saya juga terpaksa berterus terang bahawa saya wow! berkali-kali sepanjang menekuni Ensiklopedia Perbidanan Melayu ini.
Secara jujur saya sebenarnya sangat teruja dengan isi kandungannya. Pengetahuan penulis tentang ilmu-ilmu perbidanan Melayu dicurahkan sepenuhnya dalam buku ini. Banyak pengetahuan baru, yang tidak disangkakan oleh kita ada orang memilikinya terdapat dalam buku ini.
Bayangkan sebenarnya untuk perkataan uterus (bagi penulis ini adalah salah satu lambang penjajahan), masyarakat Melayu memiliki sekurang-kurangnya lima nama iaitu rahim, peranak, peranakan, merian atau lebih halus dipanggil penyawa. Inilah satu daripada indeks yang memancarkan kegemilangan tamadun Melayu yang terkandung dalam ensiklopedia ini.
Berkesempatan menemui Anisah di sebuah hotel di sini baru-baru, persoalan bagaimana beliau begitu mendalami ilmu perbidanan Melayu itu dilontarkan kepada beliau.
憫Saya menulis buku ini bukan sekadar suka-suka. Saya menjadikan diri saya sebagai bahan kajian, sebelum membuat kajian rapi selama bertahun-tahun untuk mengisi kandungannya. Pengalaman dengan rakan-rakan, keluarga dan semasa mengadakan ceramah saya masukkan dalam buku. Itu belum dikira saya membuat kajian di arkib-arkib di luar negara.
憫Di negara ini, sukar sekali mahu mendapatkan bahan apa lagi yang berkait dengan ilmu perbidanan tradisional Melayu,拻 kata beliau kepada Utusan Malaysia.
Tetapi beliau sebenarnya bertuah. Sejak zaman berzaman, keluarga Anisah iaitu ibu serta neneknya dikenali kerana ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perbidanan. Anisah ialah pengasas dan pengerusi kumpulan syarikat perubatan herba Nona Roguy.
Ensiklopedia ini terbahagi kepada 14 bab di mana ia dimulai dengan sejarah ilmu perbidanan diikuti proses kehamilan, kelahiran, kaedah rawatan intensif, kepentingan penjagaan diri dan penjagaan ibu bersalin secara pembedahan.
Anisah turut menurunkan pengalaman dengan menulis tentang upacara menamatkan pantang (di mana pada masa ini ia jarang-jarang dilakukan), petua berbilang kaum (Cina, India, Baba Nyonya, Orang Asli, Siam, Myanmar dan Kemboja), penjagaan makanan di dalam pantang, menyambut kelahiran bayi, penjagaan bayi, masalah bayi dalam pantang, ketidaksuburan dan keguguran.
Menariknya ada anatomi tubuh badan manusia turut disertakan sebelum bahagian pertama buku ini. Istilah yang tidak lagi kedengaran pada tubuh manusia itu barangkali wujud anggota, dalam ilmu perbidanan Melayu yang merujuk kepada organ kewanitaan. Terdapat juga foto-foto yang mengiringi beberapa jenis ramuan serta rempah diterangkan oleh penulis dalam bab-bab tertentu.
Lebih menarik, makna sesuatu tumbuhan dan botani diterangkan dengan jelas oleh penulis dan diletakkan di tepi helaian buku.
Lebih istimewa lagi, setiap bab dimulakan dengan pantun empat kerat di mana menurut Anisah ia sebagai perlambangan bahawa begitu halus, lembut dan berlapik orang Melayu terdahulu dalam melakukan sebarang upacara atau satu-satu pekerjaan.
Sementara itu ditanya siapa yang patut membaca buku ini dan kenapa mereka perlu berbuat demikian, Anisah menjawab begini : 憫Saya dididik sejak kecil oleh ibu bapa supaya sentiasa berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja, tidak ketinggalan ilmu kesihatan dan perbidanan.
憫Keinginan untuk membukukan pengalaman saya dalam hal-hal kesihatan ini didorong pertamanya atas kepentingan menyebarkan ilmu bagi manfaat manusia. Dorongan itu dikembarkan dengan maksud memartabatkan kekayaan ilmu perubatan dan perawatan kesihatan Melayu.拻
Mendengar itu, reaksi saya tentunya wow! sekali lagi. Jadi, semua orang yang merasakan bahawa ensiklopedia dan subjek perbidanan Melayu ini satu cabang ilmu yang harus dibaca, diteroka dan didalami, mereka wajar memilikinya tanpa banyak soal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|