|
AIM'14 sedia segmen khas kenang Seha Oleh Suzan Ahmad
AKUR denganpermintaan serta keperluan semasa, konsep persembahan pada malamkemuncak Anugerah Industri Muzik Ke-14 (AIM'14) yang awalnya lebihdimonopoli artis lelaki kini melalui perubahan.
AIM'14 yang dijadual berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat DaganganDunia Putra (PWTC) pada 28 April ini turut menampilkan persembahan khastribute buat Allahyarham Seha, bekas vokalis Freedom. Segmen khas ituakan disempurnakan empat finalis kali ini - Aishah, Datuk SitiNurhaliza, Jaclyn Victor dan Noryn Aziz.
Satulagi segmen yang bakal menggemparkan lagi majlis anugerah malam ituadalah kemunculan Double Trouble membabitkan Search dan Wings.
Penerbit Eksekutif AIM'14 yang juga Pengurus Besar PersatuanIndustri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson, ketika dihubungiBintang Popular, berkata pihaknya mendapat banyak maklum balasberhubung persembahan artis pada malam itu.
"Pada peringkat awal, majoriti artis yang tersenarai membuatpersembahan terdiri daripada artis lelaki. Ia melambangkan jumlah artisdan industri muzik di negara yang semakin susut dan kekurangan bakatbaru. Jadi amat penting untuk PAIMM mengambil peluang ini bagimempromosikan artis baru lelaki dengan album yang bermutu. Mereka jugakurang mendapat sokongan stesen radio tempatan," katanya.
Tambahan pula kata Jennifer, rata-rata artis wanita yangdicalonkan tahun ini sudah membuat persembahan pada acara besar lainseperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABP-BH) serta Anugerah Skrin.
Jennifer berkata, segmen tribute kepada Seha memang kena padamasanya memandangkan anak kelahiran Pahang itu adalah pengacara pertamayang mengendalikan majlis kemuncak AIM selain insan seni terawal yangbertanggungjawab memikul tanggungjawab melahirkan AIM.
"Sampai satu peringkat, Seha terpaksa menyerahkan tanggungjawabmenerbitkan AIM kepada saya kerana terlalu sibuk mengendali programMuzik TV. Namun jasanya kepada dunia seni tidak pernah kita lupakan,"kata Jennifer.
Tahun ini, gandingan Afdlin Shauki dan Bob Lokman masih dikekalkansebagai hos utama tetapi dimantapkan lagi dengan kemunculan Adibah Noor.
Penghibur lain yang akan membuat persembahan ialah Sean Ghazi, MNasir, Mawi, Anuar Zain, Ramli Sarip, Reshmonu, Sofaz dan kumpulanpaling popular Indonesia, Samsons.
Sementara itu konsert jelajah AIM'14 berjaya menggegarkan AlorStar Mall, Alor Star, Kedah, baru-baru ini. Biarpun menampilkankebanyakan muka baru dalam industri muzik, finalis seperti Sofaz,Chobib, Kristal, Samir, Firdaus, Ahmadi Hassan dan Reshmonu masih mampumenghiburkan.
Peminat turut berpeluang mendengar celoteh penyampai HotFM,Sharifah Aleya yang bertindak selaku pengacara. Pelbagai kegiatanmenarik dirancang pengurusan AIM'14 kepada peminat seperti sesi kuizyang menawarkan hadiah eksklusif.
Sebelum ini, rombongan turut singgah di Skudai, Johor dan KualaTerengganu. Hari ini (Ahad), Plaza Alam Sentral, Shah Alam akandimeriahkan dengan kemunculan ramai artis popular seperti Mawi, BobAF2, Sofaz, Nikki, Farhan, FTG, Sasee The Don mulai jam 3 petang.
-agak2 lagu ape ct nk byanyi ek???
|
|