ADA sesuatu yang cuba dibuktikan Dayang Nurfaizah sewaktu tampil menjayakan persembahan Minggu Setiausaha di Planet Hollywood baru-baru ini.
Dia bukan hanya mahu menghiburkan penonton dengan alunan vokalnya yang mantap dan mempesonakan tetapi pada waktu sama menampilkan kebolehannya menjadi penghibur berkaliber dan versatil.
Hal ini dibuktikan menerusi kematangannya mengendalikan keseluruhan persembahan itu dengan aksi bersahaja yang ada kalanya disulami interaksi spontan mencuit hati.