|
acang phool nihh...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kacang "Phool", diramas kasar2
150 g daging cincang
1/3 cawan jus asam jawa
2 camca besar rempah kari daging + sedikit air, kacau rata
1 camca besar cili kisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN LAIN :-)
Telur, digoreng mata kerbau
Bawang besar, didadu
Tomato, didadu
Cili hijau, dipotong
Limau kasturi, dibelah dua
Sedikit minyak sapi, dicairkan
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan rempah kari dan daging cincang, masak hingga daging kecut dan tambah air (anggaran 1 cawan).
Bila mendidih, masukkan kacang phool dan jus asam jawa. Tambah sedikit garam dan gula. Kecilkan api dan renih hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
CARA PENYEDIAANNYA :- Cedok kacang phool ke dalam bekas, letak sekeping telur mata kerbau, tabur tomato, bawang dan cili hijau tadi. Tuang sedikit minyak sapi cair dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti canai atau roti biasa.... |
|