|
Artis, fesyen tak boleh dipisah!
Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
MENGHIMPUNKAN 26 selebriti terkenal dan popular, pastinya bukan sesuatu yang mudah memandangkan mereka sentiasa sibuk dengan jadual kerja. Namun, ia mampu dilakukan penganjur untuk majlis pelancaran produk terbaru Rafflesia The Pearl Centre, Mandalay, di Carcosa Seri Negara, baru-baru ini.
[size=-2]BAGAI KEMBAR...Siti dan Rossa berduet menerusi laguAku Bukan Milikmu.
Dari penyanyi terkenal Anita Sarawak, Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Syafinaz, Fauziah Latiff atau Jee dan Ezlynn hingga pelakon popular seperti Eja, Nora Danish, Pushpa Narayanan, Lis Dawati, Natasha Hudson dan Aleeza Kassim semuanya bergaya hebat dengan rekaan istimewa tiga pereka fesyen muda iaitu Khoon Hooi, Jovian Mandagie dan Amir Luqman.
Mereka tidak kalah dengan kehadiran model terkenal dan ratu cantik seperti Ratu Malaysia/Universe 2004, Andrea Fonseka, Ratu Malaysia/Dunia 2005, Emmeline Ng dan Ratu Astro Cina Antarabangsa 2004, Jolene Chin serta model tinggi lampai Amber Chia, Fadzlun dan Tengku Azura.
Tidak ketinggalan pengacara Nona, Nurul Syuhada, pengacara Breakfast Show, Daphne Iking, penyampai radio Era, Linda Onn serta penyanyi dari Indonesia, Rossa dan juga Hong Kong, Maria Cordero dan Elisa Chan. Maria dan Elisa sama-sama menjayakan Konsert Empat Diva bersama Anita dan Francis Yip di beberapa negara Asia.
Kehadiran Siti dan Rossa paling mencuri tumpuan jurugambar apabila mereka digandingkan kerana kedua penyanyi ini dikatakan mempunyai wajah seiras, hingga peminat di Indonesia mengatakan Siti kembar Rossa kerana persamaan pada mata mereka.
Siti dan Rossa juga menggayakan dua pasang baju rekaan Jovian dan Khoon Hooi berbanding selebriti lainnya hanya sepasang. Rossa pula diberi penghargaan menggayakan set nilam paling mahal dari koleksi Mandalay bernilai RM8.8 juta manakala Siti set nilam bernilai RM3 juta.
Eksekutif Publisiti Rafflesia, Bill Bora, berkata Mandalay adalah produk kedua dipasarkan Jewelery Circle Sdn Bhd selepas melancarkan jenama Rafflesia.
Katanya, jika Rafflesia khusus menampilkan mutiara, Mandalay pula menyaksikan jed dan nilam dari Mandalay di Burma yang digubah indah untuk menjadi perhiasan dan kebanggaan wanita.
揢ntuk pelancaran koleksi Mandalay, saya mengatur satu majlis meriah dihadiri selebriti terkenal sebagaimana pelancaran Rafflesia dulu. Biasanya, majlis pelancaran produk dijayakan model jelita tetapi saya yakin kehadiran penyanyi dan pelakon terkenal akan menjadikan majlis itu lebih bermakna.
揗ereka akan menggayakan rekaan istimewa daripada tiga pereka muda bersama aksesori dari koleksi Mandalay. Bagi saya fesyen dan artis tidak boleh dipisahkan. Untuk itu, saya cuba mendapatkan seramai mungkin penyanyi, pelakon, pengacara dan model popular untuk hari bersejarah ini.
揌asilnya, 26 selebriti berjaya dikumpulkan. Tidak ketinggalan pemuda tampan seperti Ashraf Sinclear dan Fahrin Ahmad, |
|