View: 1640|Reply: 13
|
Erra dan Dayang cintakan alam sekitar
[Copy link]
|
|
Erra dan Dayang cintakan alam sekitar
05-06-2007 11:34:13 PM
Oleh DALILAH IBRAHIM
Warga Suria FM komited untuk menjayakan kempen kesedaran sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2007
(Foto The Star oleh M. Azhar Arif)
JIKA biasanya artis-artis ke stesen-stesen radio untuk mempromosi album atau filem mereka, lain pula tujuan bintang-bintang handalan Erra Fazira dan Dayang Nurfaizah apabila mereka menjejakkan kaki ke stesen lifestyle radio Suria FM petang tadi.
Kedua-duanya mempunyai misi khas sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada hari ini iaitu untuk sama-sama menyertai kempen Suria FM dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan memelihara alam sekitar.
"Mereka tidak bercakap tentang kerjaya mereka, sebaliknya wawancara khas ini adalah sebagai tanda sokongan untuk usaha-usaha menjaga alam sekitar kita," ujar Engku Emran Engku Zainal Abidin, Ketua Pegawai Operasi Suria FM.
Engku Emran berkata Suria FM menghargai sokongan yang diberikan oleh artis-artis popular tempatan untuk kempen tersebut dan menyifatkannya sebagai satu usaha murni untuk kebaikan dunia sejagat.
"Artis memainkan peranan yang penting di dalam menarik minat orang ramai untuk merancakkan kegiatan seperti kitar semula, guna semula dan mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang memudaratkan alam sekitar kita," kata Engku Emran lagi tentang program Suria FM yang berlangsung selama seminggu bermula Ahad lalu.
Menurut Emran lagi, untuk satu minggu ini, tagline Suria FM iaitu "Hidup Pasti Rancak" telah ditukar kepada "Bumi Pasti Rancak" untuk sentiasa mengingatkan orang ramai tentang kempen stesen radio itu yang mendapat kerjasama The Star dan mStar Online.
"Selain daripada itu, kami akan menampilkan artis-artis popular setiap hari untuk ditemubual tentang Hari Alam Sekitar Sedunia ini," tambahnya lagi.
DJ Zaff menemuramah Erra Fazira dan Dayang Nurfaizah di studio Suria FM sempena Hari Alam Sekitar Sedunia
(Foto The Star)
Pengalaman pertama Erra dan Dayang
Jika selalunya kedua-dua artis ini melibatkan diri di dalam kempen-kempen dan kerja-kerja amal dengan menjadi penyanyi undangan, inilah pengalaman pertama mereka menyertai kempen yang meminta mereka memberikan pandangan peribadi tentang isu global ini.
"Saya memang tidak pernah terlibat di dalam aktiviti kempen alam sekitar - tidak secara langsung. Tetapi sebagai hamba Allah, dan sebagai seorang individu, saya cuba sedaya upaya untuk mengamalkan cara hidup sihat. Di peringkat saya, inilah sumbangan yang saya dapat berikan untuk mengawal pencemaran alam sekitar kita," ujar Erra yang ditemubual secara langsung bersama-sama Dayang oleh DJ Zaff.
Bagi Dayang pula, jadual yang ketat tidak mengizinkannya untuk bergiat di dalam aktiviti-aktiviti sedemikian dan bersetuju dengan Erra bahawa pemeliharaan alam sekitar bermula dengan kesedaran setiap individu.
"Dayang sendiri mengurangkan penggunaan plastik kerana maklum akan kesan negatifnya kepada alam sekitar," ujar Dayang pula.
Erra dan Dayang sama-sama ingin tingkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar
(Foto The Star)
"Alam sekitar kita sudah nazak"
Erra dengan tegas berpendapat bahawa sesuatu yang drastik perlu dilakukan untuk menyelamatkan alam sekitar yang kini disifatkannya sebagai sudah "nazak".
"Lapisan ozon kita semakin nipis dan jerebu bukan sesuatu yang asing lagi bagi kita di sini. Di sana sini kita berdepan dengan masalah pencemaran di dalam pelbagai bentuk. Kita tidak mampu untuk tidak mengambil berat, demi generasi yang akan datang," ujarnya lagi.
Erra berpendapat artis-artis memang boleh memainkan peranan yang penting untuk meingkatkan kesedaran orang ramai tentang penjagaan alam sekitar.
"Tetapi artis-artis sendiri perlu mempraktikkannya, jangan cakap sahaja," ujarnya lagi.
Di rumah, menurut Erra, dia menggunakan tong-tong sampah yang berbeza untuk mengasingkan kertas, plastik, kaca serta aluminium untuk tujuan kitar semula.
Erra turut berkongsi dengan para pendengar Suria FM tentang pencemaran yang pernah dilakukan olehnya .
"Dulu saya suka pergi berkhemah dan perbuatan yang saya rasa memang tidak patut kami lakukan adalah menebang pokok-pokok supaya kami boleh mendirikan khemah-khemah kami," katanya.
Erra kini merasakan bahawa tahap kesedarannya tentang pemeliharaan alam sekitar adalah lebih baik sejak dia melakukan aktiviti menyelam di lautan terbuka.
"Secara tidak langsung saya belajar tentang pentingnya penjagaan alam sekitar kerana melihat sendiri kesan-kesan pencemaran ke atas terumbu-terumbu karang dan juga hidupan laut," ujarnya yang sudah setahun melakukan aktiviti menyelam di pulau-pulau seperti Sipadan, Tioman, Phuket dan lain-lain lagi.
Dayang dan Erra yang serba hijau memberikan pose di hadapan "ais mencair" - tema Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini. Ukiran blok ais yang mencair diletakkan di ruang lobi ibu pejabat Suria FM, simbolik untuk tema hari tersebut.
(Foto The Star)
"Pupuk tabiat kitar semula dari kecil"
Dayang pula menegaskan bahawa amalan kitar semula harus dipupuk dari kecil agar tabiat mengitar semula itu dipraktikkan sehingga dewasa.
"Dayang masih ingat, keluarga Dayang memang akan mengitar semula barangan seperti tin-tin minuman yang dibuat daripada aluminium. Botol-botol kaca seperti botol kicap juga kami pastikan tidak dibuang begitu sahaja," ujar Dayang lagi.
Katanya amalan tersebut walaupun dianggap remeh bagi sesetengah orang, dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Dayang turut merasakan perubahan pada alam sekitar jika dibandingkan dengan sewaktu zaman persekolahannya.
"Dulu Dayang sering melakukan aktiviti luar seperti hiking di sekitar Gunung Santubong dan memancing bersama-sama ayah Dayang. Dahulu udaranya nyaman tetapi kini sudah menjadi semakin bahang," katanya.
Menurut Dayang lagi, jika ada masa dia ingin menyertai aktiviti mendaki gunung agar dapat menikmati keindahan alam semulajadi.
Sebelum meninggalkan konti Suria FM, Dayang sempat berpesan kepada peminat-peminatnya agar mengamalkan tabiat kitar semula.
"Mulai hari ini, siapa nak jadi peminat Dayang, mesti kitar semula," katanya penuh bersemangat!
[ Last edited by mzr at 6-6-2007 10:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mzr's post
Smlm aku sempat dgr skjp je.. dlm kul 6 lebih masa nak balik from office, masuk keta, bukak suria, dgr dayang & erra nak balik dah.. dgr diorg bagi last words.. yg dia kata sape nk jadik peminat dayang, mesti kitar semula tu aku smpt dgr.. pastu dia tambah, "kalau tak, tak sayanglah..!" hehe
btw, Dayang kata nk join aktiviti mendaki gunung.. jom kita buat aktiviti mendaki ngan Dayang nak..?!! hehe.. aku pun dah lama tak hike gunung.. last skali gunung korbu.. hajat di hati nk hike mount kinabalu in few more months.. sape nk join..?!! jom ajak Dayang..!! |
|
|
|
|
|
|
|
bila tengok tangan hijau dyg n erra tu teringat plak kat SHREK |
|
|
|
|
|
|
|
Selain kita semula,korang leh tanam apa2 jenis pokok kat laman rumah.Takder laman umah pun,leh tanam dlm pasu.Aku mmg dh x tahan la dgn cuaca skang ni.Mmg butul la ckp erra n dayang tu.Meh kita sama2 kitar semula n tanam sebanyak pokok yg bleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syafali at 6-6-2007 07:38 PM
Selain kita semula,korang leh tanam apa2 jenis pokok kat laman rumah.Takder laman umah pun,leh tanam dlm pasu.Aku mmg dh x tahan la dgn cuaca skang ni.Mmg butul la ckp erra n dayang tu.Meh kita s ...
yang ni aku setuju...CINTAI LAH POKOK2 BUNGA!!!! ... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan setakat pokok bunga je wahai burung pungguk,kita leh gak tanam sayur.jimat duit..hehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
GARANGNYA AYAT..AHAHAHAHAH |
|
|
|
|
|
|
|
ermm...jangan esok lusa kita nampak dia pakai kasut LEATHER dan baju berBULU2x dahla... |
|
|
|
|
|
|
|
berbulu??tk koser le..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
rugi btul cuti ni tak dapat dengar suria FM.kat negeri sembilan still tak dpt.nampak gaya dayang memang artis kesayangan suria FM... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by balay at 8-6-2007 09:29 AM
rugi btul cuti ni tak dapat dengar suria FM.kat negeri sembilan still tak dpt.nampak gaya dayang memang artis kesayangan suria FM...
tahu x pe.
aku pun dah jadi pendengar setia SuriaFM.
tetiap hari ada pasang lagu dayang. skang ni, tgh rancak dgn lagu "Cerita Cinta Dayang".
Oleh itu, dengarlah "SURIA.FM. HIDUP PASTI RANCAK" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 bintang^hati's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mr-judd at 8-6-2007 02:37 PM
Bumi pastu rancak!
ehhehehe...
tema sempena hari alam sekitar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|