|
Tip Akarium: Kaedah mudah biak ikan emas
Oleh Helmi Hamzah
[email protected]
IKAN emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.
Bagaimanapun terdapat pelbagai spesies ikan emas di pasaran termasuk Red Oranda, White Oranda, Pearlscale, Moor, Teleskop, Comet, Pompom, Ranchu, Lionhead dan Red Oriental Ryukin yang sering menjadi pilihan pemilik akuarium.
Ikan emas mendapat permintaan baik daripada peminat akuarium kerana harganya yang berpatutan serta warna yang sering mendapat perhatian ramai.
Ternakan ikan emas boleh dilakukan dengan memilih ikan induk (jantan) yang boleh dikenal pasti dengan melihat sifat luarannya yang lebih kecil berbanding ikan betina yang berperut buncit serta berbadan pendek manakala sirip ikan jantan memiliki biji mutiara kecil yang lebih jelas.
Pemeliharaan ikan jantan dan betina dapat menggalakkan pembiakan spesies itu dan kemungkinan itu boleh menjadi kenyataan dengan mengikut beberapa syarat asas yang betul untuk menggalakkan proses pembiakan.
Sebagai permulaan, campuran metilena diperlukan untuk mencegah jangkitan kulat pada telur yang dihasilkan nanti dan penggunaan pokok hiasan seperti kiambang (Eichornia crassipes) hendaklah dimasukkan ke dalam akuarium sebagai penggalak pembiakan.
Perlu diingatkan, pemeliharaan ikan ini juga boleh dilakukan bagi tujuan pembiakan untuk menghasilkan lebih banyak ikan dan mendapat pelbagai warna atau bentuk berlainan untuk mencantikkan lagi akuarium anda.
Sebelum dilepaskan, induk matang jantan dan betina perlu diasingkan sekurang-kurangnya dua minggu pada waktu malam atau awal pagi bagi membantu menggalakkan proses pembiakan ikan dalam masa yang lebih singkat.
Telur ikan yang sudah keluar akan melekat pada akar kiambang dan ia akan menetas dalam tempoh 30 hingga 35 jam manakala akar kiambang perlu dibuang selepas proses penetasan telur berlaku.
Makan hidup seperti rotifer dan miona perlu diberikan pada hari keempat penetasan bagi membantu ikan mendapat zat yang diperlukan untuk terus hidup.
Bagaimanapun, anda disarankan untuk memisahkan ikan yang baru menetas dengan ikan dewasa bagi mengurangkan risiko ia terhapus akibat serangan ikan yang lebih besar dan elakkan mencampurkan ikan spesies ini dengan ikan ganas seperti toman atau flowehorn. |
|
|
|
|
|
|
|
Tip Akuarium: Parasit pembunuh ikan akuarium
Oleh Helmi Hamzah
BERPONTESI...Ikan Red Monk antara 250 spesies ikan hiasan baka tempatan yang dipamerkan di Akuarium Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang terletak di belakang bangunan Muzium Ethnologi Sarawak di Kuching dan ikan berkenaan antara ikan hiasan yang berpotensi untuk pasaran eksport. Malaysia merupakan pengeksport ikan hiasan kedua terbesar di dunia dan ia dijangka menjana pendapatan bernilai RM300 juta kepada negara menjelang tahun 2010. - Foto Nadim Bokhari
PENYAKIT yang menyerang ikan sering menjadi masalah besar di kalangan pemilik akuarium kerana ada kalanya boleh menyebabkan kerugian beribu ringgit bergantung kepada harga spesies yang dipelihara.
Penyakit seperti Chilodonella yang menyerang kulit dan insang ikan boleh mengakibatkan ikan mati. Parasit yang sama juga akan turut merebak atau menjangkiti ikan lain yang berada dalam akuarium sama.
Parasit ini mirip berbentuk jantung atau bulat lonjong. Biasanya ia akan hadir bersama parasit lain tetapi ia mudah dikesan kerana mempunyai beberapa barisan silia yang tumbuh selari di tepi badannya.
Parasit yang seperti kulat, merebak dengan cepat menyebabkan ikan tidak dapat menangkis ataupun bertahan lama hingga menyebabkan kematian.
Terdapat beberapa kaedah pencegahan boleh dilakukan. Antaranya, pemelihara hendaklah menjaga kualiti air supaya tidak tercemar. Jika air mula tercemar, Chilodonella akan mudah menyerang dan mengakibatkan kematian ikan.
Larutan garam yang dicampurkan dengan Formalin juga boleh digunakan. Kadar yang disyorkan sebanyak 1000 ppm larutan garam dicampurkan dengan 25 ppm Formalin.
Rawatannya boleh dilakukan dengan merendam ikan berpenyakit ke dalam larutan berkenaan. Kaedah ini hendaklah dilakukan dalam masa tiga hari berturut-turut selama seminggu atau sehingga kulit atau ikan pulih.
Larutan Formalin juga boleh digunakan sebagai rawatan penyakit serangan parasit ini. Sebanyak 25 ppm larutan Formalin digunakan untuk rawatan ini. Kaedah ini hendaklah dilakukan selama dua hari berturut-turut dalam tempoh seminggu.
Selain itu, pemilik akuarium juga dinasihatkan sentiasa menjaga kebersihan air dengan menggunakan sistem penapis air yang sesuai ataupun meletakkan di akuarium di tempat yang tidak terlalu terdedah.
Sementara itu, menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik adalah sesuatu yang sering digemari pemiliknya untuk menjadikan hobi mereka lebih menarik dan kreatif. Pada masa sama, akuarium kelihatan lebih cantik dan sesuai untuk ikan yang menghuni akuarium sebagai habitat baru.
Bagaimanapun, anda perlu mengetahui kepentingan tumbuhan akuatik dalam akuarium antaranya untuk menyerap bahan toksik yang dihasilkan daripada perkumuhan dan sisa makanan ikan.
Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Pada masa sama, tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen ke dalam air hasil dari proses fotosintisis.
Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan dan tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung daripada ikan yang menjadi musuhnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tip Akuarium: Kawal pH, suhu air elak ikan mati
Oleh Helmi Hamzah
ASPEK mengenai penjagaan akuarium perlu diberi perhatian oleh pemiliknya untuk memastikan tahap kebersihan yang berkekalan serta mengelakkan air dicemari bakteria.
Antara aspek penjagaan yang perlu diberi perhatian ialah pemberian makanan tidak berlebihan iaitu satu atau dua kali hari pada kadar yang mencukupi supaya air tidak cepat kotor akibat baki makanan yang gagal dihabiskan ikan.
Sekiranya ada tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan itu perlu diasingkan dan diberi rawatan.
Kegagalan mengasingkannya akan menyebabkan penyakit ikan itu berjangkit pada ikan lain. Ini kerana penyakit berkenaan mampu merebak cepat dan boleh menyebabkan keseluruhan air akuarium tercemar.
Perlu diingat, ikan yang mati di dalam akuarium perlu dibuang secepat mungkin untuk mengelakkan daripada berlaku jangkitan dan kualiti air juga perlu sentiasa dipantau termasuk tahap pH.
Tahap pH air atau kadar kemasaman air boleh diukur pada nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam dan nilai 14 adalah keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu neutral.
Untuk menentukan nilai pH, anda boleh menggunakan kertas litmus. Tahap pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ia terlalu berasid.
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26 darjah Celcius hingga 27 darjah Celcius. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26 darjah Celcius menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit.
Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik. Tetapi anda harus memberi perhatian dengan ikan yang dipelihara di pejabat berhawa dingin yang membunuh ikan kesayangan.
Bahan beracun yang wujud di dalam air ialah ammonia dan nitrat. Ia terhasil daripada proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ia telah ditukar kepada bahan makanan dan baja berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium.
Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium. |
|
|
|
|
|
|
|
Tip Akurium: Elak suhu air naik mendadak
Oleh Helmi Hamzah
IKAN emas antara spesies yang disifatkan mudah dan kurang rumit dipelihara berbanding spesies lain. Namun ada beberapa tip yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan ikan peliharaan anda dapat hidup dengan lebih sihat.
Antara tip penting termasuk kualiti air kerana spesies ini dianggap sensitif pada kualiti air terutama mudah mati jika air mengandungi kandungan klorin yang terlalu tinggi kerana ia sukar untuk bernafas.
Ia mudah hidup jika dipelihara dalam pelbagai saiz akuarium namun anda disarankan menggunakan akuarium yang bersegi untuk memudahkan sejatan udara.
Suhu yang paling sesuai untuk spesies ini ialah 18 darjah Celsius. Air perlu dipastikan tidak mengandungi toksik tercemar atau kadar asid yang tinggi kerana ia mampu membuatkan ikan mudah mati.
Tindakan menyahkan klorin sekurang-kurangnya 24 jam atau lebih sebelum memasukkan ikan adalah satu cadangan yang baik kerana usaha ini dapat memastikan kualiti air yang lebih baik serta mengurangkan kadar asid di dalam air.
Aspek lain yang perlu diambil kira termasuk suhu air dan perubahan suhu air yang naik mendadak boleh menjadi punca kematian ikan ataupun menjejaskan tahap kesihatan ikan emas yang gagal bertahan dalam keadaan ini.
Selain itu, sistem pemberian makanan perlu dipantau dan anda dilarang memberi makanan terlalu kerap dalam satu hari kerana ia boleh menyebabkan kesihatan ikan terjejas sekali gus mengakibatkan kematian.
Pemberian makanan seimbang juga adalah antara amalan yang perlu dilakukan seperti memberi makanan seimbang umpama cacing hidup atau kering, makanan yang sesuai ataupun roti tanpa yis.
Ikan emas juga memerlukan keadaan yang redup dalam akuarium dengan menyediakan lebih banyak pokok bersesuaian kerana ia tiada kelopak mata dan keadaan gelap dapat membantu ia berehat. |
|
|
|
|
|
|
|
Petua:
Daun Ketapang
Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda 憈idak sihat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 Syd's post
Ikan ni memang kegemaran aku, malahan kat akurium aku ada spesies dari perak (Banjaran/gunung Bubu) dan johor (hutan simpan bekok). Aku tangkap sendiri dengan tangan, untuk elak sisik tercabut.
Ikan ni memang menjadi kegemaran aku sejak kecil, kalau dapat kebiasaan aku goreng atau gulai tempoyak. Aku sanggup tidur dalam hutan kalau nak cari ikan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tip Akuarium: Seimbang saiz elak kebocoran
Oleh Helmi Hamzah
PELBAGAI jenis akuarium di pasaran kadang kala menyukarkan pengguna membuat pilihan untuk mendapatkan akuarium yang paling sesuai digunakan mengikut jenis ikan yang dipelihara.
Bagaimanapun, ada juga akuarium berbentuk berlainan daripada biasa. Tetapi reka bentuknya yang menyerlah atau kelainan yang ditampilkan seperti lonjong atau bulat, mampu menarik peminat hobi ini.
Sebaik-baiknya ukuran paling sesuai untuk permulaan memiliki akuarium dan memelihara ikan ialah tidak kurang daripada 60 sentimeter (sm) panjang, 30sm lebar dan 30sm dalam (tinggi).
Sekiranya anda menempatkan anak ikan, lama-kelamaan ikan itu terpaksa dialihkan ke ruang lebih besar apabila saiznya bertambah.
Akuarium boleh dibina dengan pelbagai saiz seperti 25sm x 25sm x 25sm bergantung kepada penjual. Saiz biasa yang sering menjadi pilihan ramai ialah 30sm (tinggi) x 15sm (lebar) x 15sm (kedalaman) hingga 90sm (tinggi) x 30sm (lebar) x 30sm (kedalaman)
Ada juga sesetengah akuarium berkedalaman 38sm untuk memberi lebih kesan terhadap gambar, manakala akuarium bersaiz pada kedalaman ini boleh dihias dengan lebih baik.
Sebagai permulaannya, beli sebuah akuarium dan letakkan di tempat yang difikirkan sesuai. Buat percubaan dengan mengisi air ke dalamnya.
Perlu diingat, walaupun air kelihatan tidak mempunyai apa-apa kuasa tetapi ia bersifat berat. Contohnya, akuarium bersaiz 60sm x 30sm x 30sm boleh diisi air sejumlah 120 paun.
Cara mudah untuk mengira jumlah air yang bersesuaian dengan saiz akuarium ialah dengan membahagikannya dengan jumlah 277.
Sekiranya akuarium itu berukuran 60sm x 30sm x 30sm, sepatutnya diisi air berjumlah 12.5 gelen (345 dibahagikan dengan 277). Jadi, satu kaki padu air berjumlah 6.5 gelen dan setiap gelen itu berjumlah 10 paun.
Pastikan akuarium dan kelengkapan lain boleh menampung berat air yang diisi ke dalamnya.
Kadang-kadang apabila anda membeli akuarium baru, ia akan mengalami sedikit kebocoran seperti air menitis perlahan dari mana-mana bahagian cantuman yang digam. Bagi kes seperti ini, anda patut menghantarnya semula ke kedai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|