|
rauqah posted on 14-5-2014 11:24 AM
oh...tqvm....sya ada beberapa soalan...tolong ya kpd yg otai Sandakan...huhu.
1-Barang apa yg w ...
1. yang wajib di beli... udang kering, ikan masin
|
|
|
|
|
|
|
|
myaussha posted on 14-5-2014 11:48 AM
1. yang wajib di beli... udang kering, ikan masin
thanks for reply....huhu...saya kena beli luggage lebih la kot...nak borong ikan masin bagai....haha...kat mana nak cari benda ni??...dekat central market tu ada ke....pasar basah? |
|
|
|
|
|
|
|
yellowtulip posted on 20-3-2014 10:59 AM
ada new attraction
tempat tgk sunbear
nak tanya, from Simpang Sukai tu, if u nak balik ke Sandakan macam mana if takde van hantar ke Sandakan? Ada bas eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
slymer posted on 16-12-2014 10:23 AM
nak tanya, from Simpang Sukai tu, if u nak balik ke Sandakan macam mana if takde van hantar ke San ...
ada banyak bas akan lalu d sana... ada van jugak...
|
|
|
|
|
|
|
|
myaussha posted on 16-12-2014 10:33 AM
ada banyak bas akan lalu d sana... ada van jugak...
alright, thanks! tgh cari info pasal homestay dekat sukau. agak agak berapa kena charge utk kinabatangan eh? jalan solo solo saja ni. heh.
|
|
|
|
|
|
|
|
sudah lebih setahun sy balik dr memorable trip to sandakan.
siapa sangka lepas balik dari sana saya telah mendapat tawaran bekerja di sandakan.
memang tak sangka sangat2...
walaupun sekejap sahaja tapi agak puas juga la ronda sabah.
kalau nak kata rata tu mmg tak la...sungguh luas bumi sabah.
satu impian selama berada disana yg belum kesampaian adalah ke kuala penyu.
2 kali plan ke sana tp ttp x smpai juga. i guess belum rezeki...
|
|
|
|
|
|
|
|
catatan perjalanan yang belum selesai...
dari sukau ke bandar sandakan.
makcik2 tu nak beli belah di bandar
dia caj sy RM 40.
sy kira agak mahal disitu...
tp xpelah, sy ikhlaskan shj
i'm back in Sandakan!
kali ni sy menginap di Harbourside Backpackers
pintu masuk hostel depan Harbour Mall
satu katil dalam dorm gegurl = RM 25
mmg da time check in so bole masuk terus.
sy dapati ada seorang lg penghuni, hanya kami berdua.
okay...hostel ni lebih baru dan interior lebih moden dr sandakan backpackers
sy berkira kira untuk terus ke Sepilok atau esok shj
sy bertanya pd gadis di kaunter sama ada sempat atau tidak unt kejar bas
katanya masih sempat lg, stesen bas bukannya jauh
maka sy putuskan unt terus shj ke sana
ada 2 trip bas ke Sepilok Org Utan
satu pagi & satu lg ptg.
masanya ngam ngan feeding time
kalau tak silap sy, bas kul 9 & kul 1
sbb feeding time kul 10 & 2 ptg
bas no 14 (sbb Sepilok ni adalah batu 14 jln Sandakan - Checkpoint)
kalau x jumpa tanya je petugas bas di stesen ni, semua baik2 belaka insyaAllah
ok...off me go to Sepilok
|
|
|
|
|
|
|
|
melalui jalan yg sama sebenarnya untuk ke sepilok.
Sandakan dihubungkan hanya melalui satu hala jalan darat
Checkpoint atau batu 32 adalah dimana terdapat simpang ke kiri untuk lahad datu dan laluan terus menuju kota kinabalu.
pada keadaan biasa, laluan Sandakan - Checkpoint adalah agak sibuk kerana ianya adalah laluan keluar masuk utama. jalan pula hanya satu hala keluar dan satu hala masuk.
Sepeninggalan sy pada pertengahan tahun lepas, jalan ini telah dilebarkan hingga ke Sepilok (Batu 14) namun x tau la da buka sepenuhnya atau tidak.
kalu tak sempat naik bas no 14, ada banyak bas lain yg melalui jalan ini sebenarnya cuma anda akan diturunkan di kepala simpang shj. Tambang smpai kepala simpang adalah RM3 (smpai checkpoint pun sama harga) tapi bas no 14 ni spesel sket, tambang RM5 smpai ke dalam kawasan org utan.
ya..mmg target untuk turist bas ni yer...
dari simpang masuk ke dalam lumayan juga jauhnya. tapi tepi jalan ada pokok2
sebelum smpai ke kawasan org utan, ada simpang menuju RDC - Rainforest Discovery Centre
kalu xde kenderaan sendiri atau x tinggal di rumah penginapan berhampiran mmg jenuh juga berjalan keRDC.
trip kali ini sy x berkesempatan unt ke RDC.
sy memandang sepi senbod nya sahaja.
perjalanan mengambil masa 1/2 jam dan sebaik smpai sy pun pegi beli tiket.
untuk pemegang mykad hanyalah RM5 untuk seorang dewasa.
kamera juga dikenakan cas tp sy x ingat berapa.
Jika berkesempatan, luangkan masa menonton dokumentari pendek yg disiarkan disini.
Ia menceritakan apa yang dibuat oleh pusat ini.
Saya hanya mengetahui bahawa maksud rehab centre ini adalah untuk educating the orang utans to adapt back to their natural habit setelah menonton dokumentari yg disediakan.
tidak dibenarkan membawa beg atau membimbit apa2 ke dalam kawasan hutan kerana dikhuatiri di copet oleh org utan atau beruk2. locker dibekalkan, simpan kunci baik2 ya...
matahari terik sekali dan setelah menyimpan beg dlm locker, sy hanya menyimpan telefon dalam poket dan sling sebijik kamera di tengkung untuk masuk melalui platform yg disediakan. agak jauh juga berjalan masuk ke dalam hutan untuk sampai ke platfom dimana feeding dilakukan.
ramai rupanya yg sedang menunggu feeding time walaupun sesi petang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh cadang tempat makan yang best di Sandakan?
|
|
|
|
|
|
|
|
secara jujur kalu sudah biasa dgn masakan di semenanjung, makanan di sandakan idok le sedap.
walaubagaimanapun ada beberapa tempat yg ngetop memandangkan ia terkenal dgn seafoodnya.
untuk sarapan sy mencadangkan restoran rimbawan dgn menu nasi kuningnya.
restoran ni terletak di pinggir bulatan buaya. seberang stesen minyak petron ke esso ke mobil ntah.
dalam peti ais dia jugak ada mcm2 kek. kalu nasib baik ada avocado crepes, recommended!
kalu tghari pulak bole makan di pasar sim-sim menu berbagai ikan udang sotong bakar.
ada beberapa gerai, yg paling femes adalah gerai MAMA. kat sini dapat sayur dan air kosong skali pakej mkn.
semua gerai pun sedap ke ikan bakarnya tp gerai mama ada sambal belacan sedap.
lagi satu adalah nasi ayam penyet di bandar. ada 2 kedai bersebelahan, 1 restoran sabar menanti & 1 lagi goyang lidah.
ok je memana bergantung citarasa sambalnya tu. goyang lidah pedasss oooo sbb tu nama kedai mcm tu :-p
ada beberapa kedai makan seafood yg boleh dicuba.
fyi setat bfast lagi kedai ni dah bukak so pepagi nak bfast kedai kat sim-sim pun boleh!
paling popular adalah jambatan 88, kedai yg byk lampu2 tu tp kedai hijau yg sblh dia pun ok jugak.
boleh cuba udang garam, ketam kam hiong, ikan stim asam limau, sotong kicap (sotong kecik2) sotong goreng tepung pun best
lg satu ocean king yg kat pasir putih (haritu ada org kena kidnap kat kedai mkn ni, seremmmm lho!!)
kat batu 4 ada 1 restoran nama kenalanmu (lucu kan namanya)
penah mkn sotong kecik2 goreng mcm keropok dah rasa, sedap!
ada gak terung goreng nipis2, sodap gak!
yg ni semua kedai cina
kat batu 7, hampir ngan epot tmn fajar perdana ada 2 kedai mkn seafood muslim.
kak ju & sandakan seafood paradise
mereka bersebelahan jer, kak ju berada di corner.
kak ju bukak dr lunch hour n sdk seafood rasanya ptg2 baru bukak
depa ada buat buffet steamboat
maaf harga sy dah x ingat
a-la carte pun ada.
pesanan dr sy jgn order sup jagung ketam
dua2 kedai ni mahal sikit harganya mungkin sbb jauh dr laut
kalau x ode ikan x mahai sgt
nak santai2 bole mkn tepi laut di bandar
nak rekemen tp dah x ingat nama gerainya
hee..hee..
Selamat Menjamu Selera
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah 3H2M di Sandakan.
Rasanya amat mencukupi.
Kami ke Sepilok/Sun Bear Con Center/Cro Farm/pasar malam/pasar sandakan/makan2 |
|
|
|
|
|
|
|
puas pusing Sandakan tahun 2012 dulu..pergi 5malam
best & mendamaikan
bandar dia simple town/old town macam di Ipoh tu
sangat sesuai for nature lover
tak sesuai utk org yg gemar big city, shopping
wish to repeat sandakan again in future
terigt makan seafood fresh & murah di kampung sim sim |
|
|
|
|
|
|
| |
|