Razhar=b.pearl This user has been deleted
|
'Siapalah saya nak disamakan Sofia Jane'Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
Diana Danielle tolak gelaran bakal Ratu filem Melayu 2010
USIANYA belum mencecah 16 tahun, namun kehadirannya dalam persada dunia seni semakin mencuri tumpuan. Orangnya cantik, berbudi bahasa, merendah diri dan peramah. Ada yang anggap Diana Danielle Dannye Beeson adalah jelmaan Sofea Jane dan segelintir pula menjangkanya pada 2010 kelak, beliau bakal menggantikan tempat Ratu Filem Melayu, Erra Fazira dan Fasha Sandha.
Bagaimanapun, sejauh manakah kemampuan gadis berketurunan Melayu-Inggeris yang mesra dengan panggilan Danielle itu belum terbukti lagi. Pelakon drama bersiri Air Mata Maria itu nyata tidak mampu menerima pujian yang melambung tinggi memandangkan baru membintangi beberapa drama dan filem.
Sambil merenung jauh, Danielle mengakui: 揝aya bimbang jika diri sering dipuji. Siapalah saya mahu jadi seperti Sofea Jane atau Erra Fazira, mereka pelakon yang hebat.
揂pabila dikatakan jelmaan Sofea, saya cukup hargai kata-kata itu. Mungkin sebab saya dan Sofea memiliki persamaan sebagai anak kacukan, masyarakat mula mengaitkan saya seperti Sofea. Saya rasa selain Sofea masih ramai lagi pelakon berdarah campuran Inggeris yang berbakat.
揃agaimanapun, saya kurang senang apabila ada yang menganggap saya bakal menggantikan tempat Ratu Filem Melayu, Erra Fazira. Saya masih hijau dalam lakonan, rasanya banyak lagi yang perlu diperbaiki dan untuk menduduki tempat Erra bukanlah suatu yang mudah, |
|