CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akak89

Merged : All about PASU

[Copy link]
Post time 24-6-2009 03:30 PM | Show all posts
Santek!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2009 10:50 AM | Show all posts
134# masliana


wahahahaha akhirnya nampaklah naga dia!! tapi Masliana punya lah! hahhaha
timekasih masliana.. sama ngan pasu kita cuma yg last tuh naga tak timbul-timbul! heheheh
agaknya besar pun sama kot.. tapi kita punya kat bibir dia macam ada betuk hexagon.. lekuk-lekuk..

berapa masliana beli tempayan lama tu... ker memang warisan turun temurun disimpan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 10:52 AM | Show all posts
pasu naga nih
ada satu kat umah
dari zaman nenek moyang dulu lagi
dulu wat simpan takung air

laa nih
rasanya dok tanam apa tah
dalam pasu naga tu

agaknya kalau arwah nenek idup lagi
harus nangis orang tua tu
pasu naga nye
tak simpan dalam bilik air lagi dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 12:25 PM | Show all posts
141# Syd

Zaman dah berubah, pasu naga dah jadik barang antik, rugi kalau disimpan dlm bilik air saje...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 12:29 PM | Show all posts
air yang simpan dalam pasu naga tu
sejuk tul laaa..

/- tingat time kekecik, kalau bulan puasa kalau dah rasa mcm lelembik gitu, p mandi. musti guna air dalam pasu naga tu. (MOD alifinara, sila JANGAN tanya, kalau2 aku ada cecurik minum air tempayan naga tu. )
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 09:56 AM | Show all posts

Menanam pokok dalam pasu

Syarat tanaman pasu hidup



Pastikan bekas tidak retak, berlubang dan sesuai dengan ketinggian pokok

SELEPAS membincangkan dengan panjang lebar mengenai campuran tanahdalam artikel yang lalu, minggu ini tajuk perbincangan berkisar caramenanam pokok dalam pasu.

Pasu adalah antara bekas yang menjadi pilihan ramai untuk menanam pokokterutama mereka yang tinggal di kawasan yang tidak bertanah sepertirumah pangsa, apartmen dan kondominium.

Ada juga yang tinggal di rumah teres tetapi tidak mempunyai lamanbertanah kerana ia sudah dibina dengan konkrit atau pelantar kayu.

Justeru, pilihan paling sesuai bagi penanaman pokok adalah di dalampasu. Selain pasu, bekas seperti tempayan atau takungan khas jugasesuai digunakan.

Sebenarnya menanam pokok di dalam pasu adalah aktiviti yang senangtetapi bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang diingini jika peraturanpenanaman tidak diikuti dengan betul.



Apabila membicarakan mengenai penanaman pasu, perkara yang palingpenting dan perlu ada, sudah tentu pasu. Pasu yang sesuai adalah yangmempunyai lubang tiga di bahagian bawahnya yang berfungsi untukperedaran udara dan pengaliran air.

Pasu yang baik juga perlu sesuai dan sepadan dengan pokok yang ditanamtermasuk ketinggian. Seeloknya elakkan menggunakan pasu yang retak atausumbing.

Berikut adalah peralatan dan bahan yang perlu untuk penanaman pokok dalam pasu:

    * 1. Pasu
    * 2. Serpihan pasu - seeloknya 5 hingga 7 sentimeter (cm) dan perluada serpihan lekuk dan leper. Jika tidak ada serpihan pasu bolehdigantikan dengan batu kerikil, kulit kerang dan sabut kelapa (cocoafiber).
    * 3. Campuran tanah
    * 4. Peralatan pertanian - sudip tanah, pisau, gunting pokok, papanpemotong, teko penyiram tanaman dan anak benih pokok (pilih yang sihatdan tidak berpenyakit)



Langkah-langkah menanam pokok dalam pasu:

    * 1. Sediakan pasu mengikut kesesuaian pokok dan ketinggiannya.Boleh gunakan pasu tembikar, plastik atau gentian fiber dan kayu.
    * 2. Aturkan serpihan pasu yang berlekuk untuk menutup lubang pasubagi membolehkan ada ruang untuk laluan air dan menghalang tanah keluardaripada pasu. Kemudian letakkan serpihan yang leper dan disusnberlapis-lapis. Serpihan leper bertindak menjadi lapisan penapis air.Seeloknya buatkan tiga hingga empat lapisan.
    * 3. Masukkan tanah campuran menggunakan sudip
    * 4. Ambil benih anak pokok dan potong bahagian bawahnya kira-kirasatu per tiga daripada saiz plastik anak benih. Masukkan pokok denganplastik dalam pasu dan letakkan di tengah-tengah.
    * 5. Masukkan tanah campuran di sekelilingnya dan selepas itu, tarik keluar plastik dengan menariknya ke atas.
    * 6. Padatkan tanah dan akhir sekali siram pokok.


Tip penjagaan:

    * Siram pokok yang baru ditanam untuk minggu pertama sekurang-kurang dua kali sehari.
    * Selepas pokok matang siram dengan kadar sederhana dan hanya sekali siraman sehari.
    * Baja pokok seminggu sekali dan apabila pokok semakin matang sebulan sekali.
    * Buat pemangkasan atau potong ranting dan dahan mengikutkeperluan. Buangkan ranting dan dahan yang mati dan jangan takut untukmemangkas kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
    * Selain baja, taburkan di keliling pokok dengan tanah gambut proses Peatgro.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2009 09:57 AM | Show all posts
Ubah pokok pasu
Oleh Abdul Rahim Rashid, Pakar Hortikultur




Kaedah tukar tanah lama kepada baru suburkan tumbuhan

SELEPAS mengetahui cara penanaman pokok di dalam pasu, kali ini perbincangan menumpukan kepada cara menukar pokok daripada satu pasu ke pasu yang lain.

Kerja memindah pokok atau menukar pasu bukan bermakna memindahkan pokok dari pasu kecil kepada pasu besar. Sebaliknya, menukar pasu bermakna menukarkan tanah lama kepada tanah yang baru.

Kerja sebegini biasanya dilakukan setiap dua atau tiga tahun selepas pokok ditanam di dalam pasu. Selain pokok dalam pasu sudah matang, kerja menukar pasu juga dibuat kerana tanah tidak lagi subur selepas semua nutrien kehabisan.

Sebelum memulakan kerja menukar pasu, seeloknya kesan dulu kesuburan tanah. Ada dua cara untuk mengesan kesuburan tanah iaitu dengan melihat pokok dan tanah.

Jika daun bertukar kuning dan lebih kecil bermakna nutrien dalam tanah sudah berkurangan. Begitu juga jika bunga pokok kecil, gugur sebelum berkembang, ranting mudah patah dan cepat mati atau dahan kering.



Kesuburan juga boleh dikesan dengan merasai tanah di dalam pasu. Untuk mengetahui tanah subur atau tidak, sebaiknya keluarkan pokok dan tanah daripada pasu.

Sebelum mengeluarkan tanah daripada pasu, cabut rumput rumpai terlebih dulu, kemudian ketuk dan goncang pasu untuk keluarkan tanah.

Selepas tanah dikeluarkan, rasa dengan tangan tanah berkenaan untuk menguji sama ada ia padat, leroi atau berderai. Jika terlalu padat dan likat seperti tanah liat bermakna tanah berkenaan tidak lagi sesuai untuk tanaman.

Dalam sesetengah keadaan, ada tanah yang terlalu basah, kering yang boleh menjerat akar seterusnya menyebabkan pokok mati.

Selain itu, kesuburan pokok boleh dilihat melalui, akarnya. Jika akar berselirat dan bertukar warna hitam dan coklat bermakna ia tidak subur dan perlu ditanam dalam pasu baru. Pokok subur mempunyai akar berwarna putih.

Berikut langkah untuk memindahkan pokok ke pasu yang baru:

1. Sebelum memindahkan pokok ke pasu baru, bersihkan pasu lama dengan mencabut rumput rumpai dan seeloknya buat pemangkasan dan potong dahan mati serta berpenyakit. Lakukan bahagian atas pokok terlebih dulu. Jangan takut untuk memotong dahan kerana ia akan tumbuh semula dan pokok tidak akan mati.

2. Selepas itu, keluarkan pokok dari pasu lama dan buat pemangkasan akar.

3. Potong sekurang-kurangnya tujuh sentimeter (cm) daripada batang pokok dan buat bentuk seperti empat segi.

4. Untuk menanam pokok dalam pasu baru, sediakan pasu dan letakkan gentian sabut kelapa bagi menutup lubang pasu. Gentian berkenaan akan menjadi penapis bagi air dan penghalang tanah keluar daripada lubang pasu. Letakkan pada kedalaman kira-kira tujuh cm di dalam pasu.

5. Masukkan tanah campuran menutup gentian sabut kelapa.

6.Kemudian masukkan pokok ke dalam pasu dan letakkan di tengah-tengah.

7. Kemudian, masukkan tanah campuran di sekelilingnya.

8. Bagi mengekalkan kelembapan tanah, letakkan Peatgro di sekeliling pokok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 09:58 AM | Show all posts
Cara pulih pokok pasu
Disediakan Abdul Rahim Rashid, Peat Organic (M) Sdn. Bhd.
[email protected]



Campuran tanah dan kaedah gunakan penyubur bantu segarkan tumbuhan

MASALAH pokok di dalam pasu tidak berbunga, dahan rapuh, daun serta bunga kecil layu dan tidak membesar, sememangnya sering berlaku.

Ini sudah pasti mengecewakan mereka yang berbelanja besar membeli pokok, pasu dan keperluan lain. Malah, baja serta masa yang digunakan untuk penjagaannya hanya terbuang begitu saja.

Mengapa ini boleh terjadi? Hakikatnya, ia berlaku kerana kekurangan nutrien pada tanah, selain pembesaran pokok terbantut.

Selain itu, faktor tanah dalam pasu yang tidak lagi subur, terlalu padat dan keras juga menyebabkan pokok rosak.

Masalah tanah yang padat dalam pasu menjadi isu utama kepada setiap penggemar landskap. Ia berlaku kerana faktor seperti tanah tidak sesuai untuk medium pokok, selain akibat tiada liang atau ruang yang agak terhad untuk pergerakan udara serta air. Ini menyebabkan perkembangan akar yang berfungsi untuk menyerap nutrien dan air, terbantut.



Selain itu, tanah padat meningkatkan penyakit akibat peningkatan ‘anaerobic disease organisme’ serta kehadiran rumput.

Perlu diingat, rumput rampai amat mudah menyesuaikan diri untuk hidup dalam keadaan tanah yang tidak subur. Kehadirannya menjadi persaingan kepada pokok sedia ada untuk membesar. Ia juga memberikan pemandangan yang tidak menarik, sedangkan pokok berkenaan amat sesuai dipamerkan dan ditanam dalam landskap.

Langkah penyelesaian

Pada artikel lalu, ada dibincangkan mengenai campuran tanah yang ideal, menanam pokok di pasu serta menukar pasu. Secara asas teknik yang paling penting sudahpun dirangkumi.

Penyelesaian bagi masalah di atas ialah dengan menukar pasu dan tanah bagi memberi ruang baru kepada pokok untuk membesar terutama kepada akar dan kandungan nutrien.

Antara penyelesaian lain yang praktikal serta mudah ialah dengan memastikan tanah dalam pasu sentiasa gembur, peroi, berongga dan cukup nutrien dengan memperkenalkan konsep penggunaan penyubur tanah berasaskan gambut (menggunakan peatgro).

Tanah berkenaan amat sesuai digunakan kerana ia mudah, jimat serta berkesan. Malah, tanah ini sangat praktikal untuk penggemar landskap yang mempunyai masa terhad serta membabitkan penjagaan yang minimum.

Ini kerana penggunaan peatgro/penyubur tanah berasaskan gambut terpilih boleh membantu:

# Membantu menyimpan air

# Menggemburkan tanah

# Mengandungi bahan organik yang tinggi dan kekal lama. Ini juga menggalakkan lagi perkembangan mikro organisme.

# Tidak mengandungi najis binatang.

Teknik dan konsep penggunaan

Berikut teknik konsep mudah baik pulih pokok pasu serta tanaman sedia ada

# Baik pulih pokok pasu

# Baik pilih pokok dalam kotak penanaman

# Baik pulih /penyelenggaraan pokok atas tanah/batas penanaman

Peralatan diperlukan:

Pasu dan pokok sedia ada, sudip tanah, alat siraman pokok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2009 11:14 AM | Show all posts
merged
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.308550 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list