View: 4883|Reply: 8
|
mandi wajib waktu siang
[Copy link]
|
|
apakah hukumnya mandi wajib waktu siang? masa waktu matahari dah terbit. sah ke tak sah? biasa aku dgr org mandi wajib masa subuh. lepas mandi smyg subuh skali. sah ke kalau kita mandi wajib waktu siang atau tghari lepas tu terus smyg zuhur, means skip subuh. |
|
|
|
|
|
|
|
ingat dik, dlm keadaan junub, mendirikan solat - tidak sah..
kalau bersenggama pada mlm hari, mandilah dulu sebelum bersolat suboh..
solat subuh tu wajib. 5 kali sehari solat itulah kadarnya. Kalau skip waktu suboh, tak lengkap lah solat kamu seharian..maka tidak sempurna lah kamu sebagai seorang muslim..sbb solat itu tiang agama...
Jika sekiranya mahu bersama kembali selepas solat suboh, tidak menjadi masalah.
Mandi junub/wajib pada siang hari tidak menjadi makruh/haram kecuali pada bulan puasa... |
|
|
|
|
|
|
|
mandi hadath tu sah, tapi berdosa sebab tinggalkan solat subuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah dia projek waktu siang (bukan bulan puasa)...mandi la waktu siang...takkan nak tunggu mlm kot? Tp kalau dah buat mlm...maka mandi la sblm solat subuh sbb kalau tak camne nak smbhyg.
Kalau rasa2 tak tahan sejuk pagi tu maka jgn la projek waktu mlm...nnt solat terlps. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by summer69 at 12-12-2007 07:27 PM
apakah hukumnya mandi wajib waktu siang? masa waktu matahari dah terbit. sah ke tak sah? biasa aku dgr org mandi wajib masa subuh. lepas mandi smyg subuh skali. sah ke kalau kita mandi wajib wakt ...
Sahlah kalau mengikut segala syarat2 mandi wajib. Skip subuh tu berdosa. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamulaikum,
nak tumpang tanya...
Puteri ada bebrp masalah dan perlukan jawapan agar tidak timbul rasa was-was...
Soalan2nya adalah
1. Jika kita dlm period melebihi 14 atau 15 hari, bila kita boleh mandi wajib?
2. Disebabkan period tu lambat habis, kuku kita mungkin panjang dan mungkin ada rambut yang gugur. bagaimana kita nak mandi dengan bersih?
3. Lepas kita bersetubuh, boleh ke kita memasak atau buat apa2 saja. Mak puteri kata x boleh sbb bdn kita kotor. Dia suruh kita mandi dulu.
Harap dpt jwpn dgn seberapa yg segera..
Tma kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 puterijawa's post
Untuk soalan 1.
Tempoh maksima haid menurut sesetengah ulamak ialah 15 hari. Ada yang tidak menetapkan tempoh dan ramai juga yang menetapkan dengan kadar biasa tempoh haid seseorang itu.
[quote]
a. Menurut jumhur ulamak yaitu Syafie, Hanbali, Atha |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan untuk soalan ke2
2 jawapan dari BAHEIS
Soalan : Sekiranya saya memotong rambut/ kuku/ atau mencabut rambut atau bulu (waxing) ketika haid, apakah hukumnya? Apakah yang harus dilaku kan dengan rambut atau kuku tersebut? Bolehkah terus ditanam? Sekiranya kena bersihkan dulu, apakah maksud dibersihkan? Adakah kena basuh dengan air atau di sabun kemudian ditanam.
Jawapan : Kebersihan adalah satu perkara yang amat dituntut oleh Islam. Ini selaras dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Allah itu bersih dan Dia suka kepada kebersihan".
Sehubungan dengan itu, puan bolehlah memotong kuku untuk menyerap air wudhuk. Sementara rambut pula perlu disimpan dan dibasuh serta ditanam.
..................................................................
Soalan : Saya mencabut uban/rambut putih sebanyak lima helai semasa saya masih di dalam keadaan berhadas besar. Adakah sah mandi hadas saya tanpa membasuh lima helai rambut tersebut, kerana saya telah "terhilangkan lima helai rambut tersebut?
Jawapan : Untuk makluman saudara, mana-mana bahagian anggota badan seperti kuku dan rambut yang dipotong ketika dalam keadaan berhadas besar, seeloknya dibawa mandi bersama. Walau bagaimanapun, ia bukanlah wajib. Oleh yang demikian, sah mandi wajib tanpa rambutnya yang hilang itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by puterijawa at 2-3-2008 01:57 AM
Assalamulaikum,
nak tumpang tanya...
Puteri ada bebrp masalah dan perlukan jawapan agar tidak timbul rasa was-was...
Soalan2nya adalah
1. Jika kita dlm period melebihi 14 atau 15 hari, ...
Soalan pertama dan kedua tu abang ib dah jawab. For the second question tu, actually tak ada larangan kalau nak potong kuku sewaktu haid pun.
For question no 3 tu, mungkin mak puterijawa tak bagi masak tu sebab dia nak suruh mandi hadas besar cepat-cepat. Seeloknya mandi hadas besar dengan segera, supaya tak terganggu ibadah-ibadah yang nak kita lakukan. Tapi dalam keadaan badan kita berhadas, tak ada lah larangan nak buat apa-apa, no problem lah nak masak ke apa ke. Macam dalam hadith tu :
'A'isha reported: The Messenger of Allah (may peace be upon him) said tome: Get me the mat from the mosque. I said: I am menstruating. Upon this he remarked: Your menstruation is not in your hand. (Sahih Muslim No 587)
'Urwa reported it from 'A'isha that she observed: The Messenger of Allah(may peace be upon him) inclined his head towards me (from the mosque) while I wasin my apartment and I combed it in a state of menstruation. (Sahih Muslim No 585)
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|