View: 3266|Reply: 19
|
kereta orang nombor satu!!
[Copy link]
|
|
Kereta orang nombor satu
Oleh: AMRAN AHMAD
| LIMOUSIN Bentley yang membawa Ratu Elizabeth II ini mampu memecut sehingga 210 kilometer sejam dan kebal dari segala ancaman.
|
KERETA ini selalunya mendapat perhatian di jalan raya kerana pemandu kereta-kereta lain terpaksa memperlahan atau memberhentikan kenderaan setiap kali kereta rasmi pemimpin nombor satu ini melalui jalan yang sama.
Dengan iringan sepasukan polis trafik lengkap dengan pakaian seragam, kereta pemimpin nombor satu negara yang dipandu oleh pemandu profesional lagi terlatih akan memecut laju dalam apa jua keadaan termasuk ketika jalan sesak pada pukul 8 pagi atau 5 petang.
Menurut laman web http://en.wikipedia.org, kereta rasmi Presiden atau Perdana Menteri adalah limousin atau kenderaan eksekutif buatan asing mahupun tempatan yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan perlindungan terbaik daripada segala jenis ancaman terutama peluru, api, gas dan bom.
Antara negara yang menggunakan kenderaan buatan tempatan sebagai kereta rasmi pemimpin nombor satu negara ialah Amerika Syarikat (AS) dengan Presidennya menggunakan Cadillac, kereta buatan Toyota untuk Perdana Menteri Jepun, Presiden Jerman menggunakan kereta Mercedes Benz dan Perdana Menteri Malaysia dengan Proton.
Presiden AS semasa menggunakan model 2006 Cadillac berdasarkan model Cadillac DTS sedan yang kebal dari segala jenis senjata setelah melalui proses pengubahsuaian oleh pasukan automotif terkenal yang dahulunya dikenali sebagai O'Gara, Hess dan Eisenhart dari Ohio.
Antara ciri-ciri asas Cadillac yang membawa orang nombor satu AS yang sememangnya diketahui mempunyai berdozen-dozen musuh itu ialah cermin gelap, sistem perlindungan komunikasi terkini, komputer meja yang tersembunyi serta aksesori kalis gas.
Penembak
Selain limousin jenama Cadillac, presiden-presiden terdahulu AS pernah menggunakan limousin jenama Lincoln antaranya Eisenhower dan John F. Kennedy yang mati akibat serangan penembak curi ketika beliau sedang melambai tangan di atas kenderaan rasminya itu.
Di negara matahari terbit pula, kereta rasmi kerajaan yang digunakan oleh Maharaja Jepun pada masa ini ialah Toyota Century Royal yang sepanjang 20 kaki manakala ketinggiannya pula dianggarkan lebih 6.5 kaki.
Selain kalis peluru dan bom granit, Toyota Century Royal adalah satu-satunya kenderaan buatan Jepun yang menggunakan enjin V12 dan mampu melindungi penumpangnya dari segala ancaman luaran termasuk tembakan peluru dari jarak dekat dan bazuka.
Presiden Jerman dan menteri-menteri kanannya pula menggunakan kereta mewah keluaran tempatan, Mercedes-Benz dengan Presiden semasa negara bekas tentera Nazi pimpinan Adolf Hitler itu, Horst K鰄ler mengguna pakai model Mercedes-Benz S600 dengan nombor pendaftaran kenderaan 0-1.
Selain kereta keluaran Mercedes-Benz, para pemimpin kanan Jerman turut menggunakan beberapa jenama kenderaan lain seperti Audi A8, Volkswagen Phaeton dan BMW 7 Siri sebagai kenderaan rasmi.
Bagi Malaysia, Perdana Menteri ke sana sini menjalankan tugas-tugas rasminya dengan menggunakan kereta rasmi Proton Chancellor dengan nombor plat Chancellor13, selalunya diiringi sepasukan polis trafik dan kereta keselamatan Volvo XC90.
Menteri kabinet di negara ini pula menggunakan Proton Perdana versi Eksekutif kecuali Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menggunakan kereta mewah jenis Rolls Royce kalis peluru dengan nombor plat 慘etua Menteri Sarawak |
|
|
|
|
|
|
|
LIMOUSIN Bentley yang membawa Ratu Elizabeth II ini mampu memecut sehingga 210 kilometer sejam dan kebal dari segala ancaman.
ye ker kebal dr segala ancaman....??? |
|
|
|
|
|
|
|
puiyoooo siap ader aksesori keselamatan pintu kalis serangan berani mati,
maknanya klu kena bom tak jadik apelah ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ruzza at 23-4-2008 04:31 PM
puiyoooo siap ader aksesori keselamatan pintu kalis serangan berani mati,
maknanya klu kena bom tak jadik apelah ya..
tengok jenis bom jugak, setakat bom brani mati tu aper lar sangat, kalau betul, tembak jer guna anti tank missle land-to-land, tak pong hijack pesawat tentera maner-maner, tembak guna sidewinder atau exorces, gerenti tebabomm punya...
tak puas hati gak, tembak guna tomahawk lar.. kalau susah dapat, tembak guna scud, saddam banyak tak pakai lagi, tapi kena cari lar, dier suruk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bawah tnah punye ancaman diorang ade kaji tk..?
Buatnye ade periuk api, mau melambung itu no. 1..
|
|
|
|
|
|
|
|
210..x de la laju sgt.... campro CPS leh cucuk belakang je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 ryo_takahashi1's post
dia potong sambil tutup mata & makan sate je tuuu..... |
|
|
|
|
|
|
|
malaikat izrail selamba je masuk keta tu cabut nyawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangdalam at 23-4-2008 06:22 PM
malaikat izrail selamba je masuk keta tu cabut nyawa..
haha aku gelak gila2 ni, gila selamba lawak camni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangdalam at 23-4-2008 06:22 PM
malaikat izrail selamba je masuk keta tu cabut nyawa..
tiba2 rasa insaf dengan semua kemewahan duniawi.. dasyat aa "orangdalam" ur point mmg menusuk kalbu.. hohohoh |
|
|
|
|
|
|
|
bila dah sampai ajal....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangdalam at 23-4-2008 18:22
malaikat izrail selamba je masuk keta tu cabut nyawa..
ha'ah........ |
|
|
|
|
|
|
|
Err..aku dlm dilema nak beli keter elizabert ni ker or proton BLM warna orenn??..
|
|
|
|
|
|
|
|
beli jer kete kebal kebal gak tuh, tp panas skit ah, kalo nak laju soh keta atas tu tarik kete kebal tu mueheheh |
|
|
|
|
|
|
|
untung btol jd org no 1, aku ni no last cuci mangkok pon tak pe la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|