CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8873|Reply: 16

tayar: goodyear cengkaman terbaik!!

[Copy link]
Post time 26-4-2008 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Cengkaman terbaik

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


Goodyear sekali lagi membuktikan komitmennya kepada keselamatan yang menjadi teras jenamanya menerusi produk terbaru, Goodyear Assurance.



SAIZ yang ditawarkan oleh Goodyear ialah saiz 14, 15 dan 16 inci.


PRODUK yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba. Goodyear, salah sebuah syarikat pengeluar tayar terbesar di dunia telah melancarkan produk terbarunya yang diberi nama Goodyear Assurance.

Berikutan kejayaannya menggabungkan kelebihan DuPont Kevlar dalam beberapa tayar Wrangler untuk kenderaan SUV dan 4x4, Goodyear sekali lagi menggunakan material ini untuk menghasilkan Assurance.

Lapisan DuPont Kevlar yang terkenal kerana kegunaannya dalam pembuatan baju kalis peluru, perisai badan dan topi tentera itu mampu memberikan tayar lebih ketahanan dalam menempuh ketidaksempurnaan jalan raya.

Sebenarnya, DuPont Kevlar ialah material ringan yang lima kali ganda lebih kuat daripada keluli. Selain material itu, Goodyear Assurance turut menggunakan sebatian Durawall yang diperkukuh dengan silika pada dinding sisi untuk memberikan perlindungan tambahan daripada toresan dan koyakan.

Pengarah Pemasaran Serantau bagi Tayar Pengguna di rantau Asia Pasifik, DP Singh memberitahu, penggunaan DuPont Kevlar dalam tayar penumpang menandakan satu kemajuan besar dalam teknologi pembuatan tayar Goodyear.

"Pastinya, tayar Goodyear Assurance baru mempunyai kelebihan berbanding jenama pesaingnya menerusi perlindungan tambahan terhadap segala bahaya di jalan raya," tambah DP Singh.

Sememangnya Assurance dibina bagi memenuhi keperluan pemandu yang mementingkan keselamatan dan menawarkan cengkaman terbaik di atas jalan sama ada kering atau basah. Justeru, ia dilihat sebagai tayar yang sesuai digunakan buat kereta penumpang saiz sederhana di Asia.
Menurut Presiden Goodyear Asia Pasifik, Piere E. Cohade, pihaknya komited dalam mengaplikasikan teknologi terbaru dan paling canggih bagi penghasilan tayar.

Mengetengahkan teknologi terbaru iaitu teknologi Armogrip, tayar Assurance menawarkan cengkaman terbaik menerusi dua unsur penting iaitu sistem Waffle Blade dan sebatian bunga tayar berasaskan silika.



MENAWARKAN cengkaman terbaik menerusi dua unsur
penting iaitu sistem Waffle Blade dan sebatian bunga
tayar berasaskan silika.



Sistem Waffle Blade ialah sistem bilah 3 dimensi generasi baru yang dimajukan daripada sistem Bubble Blade terdahulu Goodyear. Sistem baru ini direka untuk memberikan keupayaan membrek dan cengkaman lebih baik di atas jalan basah dan kering sambil mengekalkan ketegaran blok sisian.

Tayar Assurance memberikan daya cengkaman silang sisian lebih baik dan pengasingan lilitan maksimum yang menghasilkan jarak brek di atas jalan basah lebih pendek tanpa menjejaskan prestasi pengendalian.

Sementara penggunaan sebatian bunga tayar berasaskan silika pula berfungsi untuk meningkatkan keupayaan cengkaman. Silika ialah komponen biasa digunakan dalam tayar prestasi tinggi yang mengutamakan cengkaman dan berfungsi mengukuhkan ikatan kimia dengan polimer getah untuk cengkaman yang lebih baik.

Memandangkan ia disasarkan bagi kereta penumpang bersaiz sederhana, maka saiz yang ditawarkan oleh Goodyear ialah saiz 14, 15 dan 16 inci.

Bagi menilai sendiri kemampuan Assurance yang dilengkapi dengan teknologi Armogrip, sekumpulan media dari rantau ini (Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina) telah dibawa oleh Goodyear ke Litar Antarabangsa Sepang untuk mengikuti empat sesi ujian yang telah disediakan.

Sebelum itu, semua delegasi media dibawa ke Putrajaya untuk melihat sendiri demonstrasi keberkesanan Tayar Assurance di atas jalan biasa.

Pada masa yang sama, ia memberi peluang kepada media asing untuk melihat keindahan pusat pentadbiran negara ini.
Para wartawan dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut negara yang dikodkan berdasarkan warna. Media Malaysia dikodkan dengan warna merah dan perlu menjalani ujian slalom pada permukaan jalan yang basah sebagai permulaannya.

Pada ujian ini, pemandu dapat merasai kestabilan dan cengkaman yang mampu ditawarkan oleh tayar Assurance walaupun terpaksa memandu di jalan yang basah.

Pada ujian slalom kering pula, tayar Assurance nyata tidak mengecewakan. Ia membuktikan teknologi Armorgrip yang ada padanya membolehkan cengkaman dibuat dengan cukup baik biarpun ketika membuat belokan-belokan tajam.

Tidak puas dengan jarak slalom yang pendek, rakan media diberi peluang untuk melayan selekoh di Litar Sepang, tetapi masih dalam kelajuan yang terkawal. Litar bahagian utara sepanjang kira-kira dua kilometer itu membolehkan pemandu merasai dinamik tayar Assurance pada kelajuan lebih tinggi.

Di litar ini, satu bahagiannya dibasahkan, di samping kon-kon disusun bagi membolehkan pemandu menguji kestabilan dan tahap cengkaman tayar Assurance. Perlu diakui juga bahawa tayar ini menawarkan pemanduan yang selesa dan senyap.



PEMANDU dapat merasai kestabilan dan cengkaman
yang mampu ditawarkan oleh tayar Assurance walaupun
terpaksa memandu di jalan yang basah.


Walaupun aturcara pada petang itu agak kelam kabut dengan setiap media terpaksa menunggu lama sebelum dapat menjalani satu-satu ujian, namun Goodyear tetap berjaya menyampaikan mesej penting pada petang itu. Terbukti tayar Assurance sememangnya mampu menepati ekspektasi yang dipertaruhkan ke atasnya.



aku suka tengok tayar goodyear ni..  rasa aku memang ramai yg guna goodyear kalu nak compare other brands.. tapi ramai yg guna others akan cakap tayar jenis lain depa lagi suka... aku nak try gak tayar assurance ni!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2008 09:41 AM | Show all posts
Harga berapa???
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 10:18 AM | Show all posts
aku br tuka tayar ni minggu lepas
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 11:15 AM | Show all posts
Hehe kena pakai kuota tayar adik aku ler....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 11:36 AM | Show all posts

Reply #4 alphawolf's post

bunyi kuat....bising...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 01:02 PM | Show all posts
NAK TRY GAK.......nak pakai falken mahal siot..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2008 01:05 PM | Show all posts
takleh drift la nih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 01:21 PM | Show all posts
Tak de 17 inci ke.. tak dapat lah nak mencubanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2008 04:52 PM | Show all posts
Aku tetap setia ngan TT900
W/pun dah setahun, tp masih mampu berkhidmat
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 11:45 PM | Show all posts
alamak tayar ni lg bgs ke? br je tuka 4-4 tayar baru falken, nasib pakai rim besi standad murah je tuka tayar, xpe lps ni nak try tayar ni gak tgk dl kalo feedback semua org bgs nak try gak ah kalo tuka spot rim 15 ke nati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 07:25 AM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 26-4-2008 04:52 PM
Aku tetap setia ngan TT900
W/pun dah setahun, tp masih mampu berkhidmat



kalu baru setahun mmg masih mampu lagi niki...  ko tunggu 2-3 tahun ... botak nanti... tak kuat 'cengkaman' nya.. macam ko gak kan... bila ko dah 70 tahun  'cengkaman' laennn ler  sikit...    cuba ko try test goodyear ni.. mane la taww
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 07:28 AM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 26-4-2008 16:52
Aku tetap setia ngan TT900
W/pun dah setahun, tp masih mampu berkhidmat

tu bukan tayar motorsikal kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 07:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 10:46 AM | Show all posts

Reply #13 Acong's post

susah nak carik tt900 kat tpt aku......hampeh.......kebykannya VIVA jek......vavi sungguh........:@
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 12:35 PM | Show all posts
aku keta pakai falken je, moto TT100
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 12:38 PM | Show all posts

Reply #14 cikguranggi's post

dimanakah tempat cikgu bermastuatin? kirim le kalau nak, kawan kawan ramai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 02:33 PM | Show all posts
org tua aku keje goodyaer.. ehehhe memang tayar goddyear je kami sekeluarga...

cumer keta aku gi pakai silverstone time mula2 beli...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.117374 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list