CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: amazed

PENYU

[Copy link]
 Author| Post time 18-4-2009 09:37 PM | Show all posts
18 April, 2009
Penyu Jantan Kurang, Akibatnya Telur Penyu Tidak Dapat Ditetas



KERTIH, 18 April (Bernama) -- Kekurangan penyu-penyu jantan dilaporkan telah menyebabkan telur-telur penyu belimbing yang dieram tidak dapat ditetaskan di Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Munir Mohd Nawi berkata, walaupun pendaratan penyu belimbing dicatat sebanyak dua kali ganda di Pantai Rantau Abang, Dungun pada 12 dan 23 Jun tahun lepas, namun kesemua telur yang dieramkan di Pusat Santuari Penyu Rantau Abang tidak dapat ditetaskan kerana tidak disenyawakan oleh penyu jantan.

"Kesemua 200 biji telur penyu belimbing itu tidak dapat ditetaskan kerana tidak disenyawakan terlebih dahulu dan ini berpunca daripada masalah ketiadaan spesis jantan. Kita sifatkan perkara ini sebagai kritikal," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Cakna Penyu di Pusat Santuari Ma'Daerah, di sini Sabtu.

Majlis gotong royong itu yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Negeri dengan kerjasama BP Petronas Acetyls dan Tabung Hidupan Liar (WWF) disertai oleh 800 penduduk dan pelajar sekolah.

Munir menjelaskan bahawa sebelum penyu-penyu betina bertelur di daratan, mereka perlu melakukan persenyawaan terlebih dahulu dengan penyu jantan, bagi membolehkan telur-telur yang mereka hasilkan dapat menetas.

"Contohnya di Pulau Tioman, Pahang pada tahun lepas yang turut berlaku pendaratan penyu belimbing. Bagaimanpun jumlah penetasan telurnya amat terhad. Walaupun ada kehadiran penyu jantan, namun ia lemah kerana hanya beberapa biji telur sahaja yang menetas," katanya.

Beliau berkata walaupun pada masa ini terdapat kaedah saintifik untuk menghasil spesis jantan dari telur yang dieramkan, namun usaha ini tidak akan bermakna jika tiada persenyawaan berlaku.

Mengenai jumlah pendaratan penyu pada tiga bulan pertama tahun ini, Munir berkata, ia mencatatkan peningkatan sebanyak lima hingga 10 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Katanya pada tahun lepas sahaja sebanyak 36,000 hingga 40,000 telur penyu telah didaratkan di Terengganu dengan sebahagian besarnya merupakan penyu karah dan belimbing.

Ketua Program Penyu Terengganu Tabung Hidupan Liar Duina (WWF), Rahayu Zulkifli berkata WWF akan melancarkan Kempen Jangan Makan Telur Penyu tidak lama lagi dalam usaha menyelamatkan penyu daripada pupus.

"Kebanyakan pelancong yang datang ke negeri ini akan mencari telur penyu. Jadi kita ingin mengubah perkara ini dan berharap pemandu pelancong tidak lagi menggunakan telur penyu sebagai daya tarikan pelancong ke Terengganu," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2010 07:40 PM | Show all posts
Penyu Bantu Pulihara Keseimbangan Hidupan Laut

Oleh Intan Norasyikin Mohd Ariffin

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Sebanyak empat daripada tujuh spesies penyu di dunia, termasuk yang terbesar, Penyu Belimbing (Dermochelys coreacea) mendarat di pesisir pantai timur negara.

Tiga lagi ialah Penyu Agar (Chelonia mydas),Penyu Karah (Eratmochelys imbricata) dan Penyu Lipas (Lepidochelys Olivacea).

Umum tahu bahawa populasi penyu kini diancam kepupusan terutama Penyu Belimbing akibat faktor semula jadi dan ancaman manusia, namun masih ramai tidak faham kenapa ada pihak yang beria-ia mahu memelihara spesies ini daripada pupus.

Ketua Bahagian Konservasi Penyu Karah & Tuntung Laut WWF Melaka Lau Min Min berkata penyu juga seperti haiwan lain memainkan peranan penting dalam memulihara keseimbangan ekologi secara langsung di lautan.

PEMANGSA UTAMA

Beliau memberi contoh Penyu Belimbing yang amat penting dalam proses mengawal populasi obor-obor. Obor-obor ialah makanan utama penyu ini.

"Corak pemakanan ini membantu mengurangkan jumlah pemangsa utama kepada telur ikan iaitu obor-obor.

"Ini bagi memastikan telur ikan dapat disenyawakan dengan baik lalu membekalkan ikan yang mencukupi sebagai makanan utama kepada manusia," kata Lau.

Peningkatan populasi obor-obor boleh mengurangkan populasi ikan kerana obor-obor memakan telur ikan dan ini menjejaskan pertumbuhan populasi ikan.

Selain penyu belimbing, penyu lain juga ada kepentingannya. Antara lain menurut Lau, Penyu Karah berupaya memakan span laut yang biasa didapati dalam ekosistem terumbu karang. Span laut ini bersaing dengan terumbu karang lain bagi mendapatkan ruang, malah ia dilindungi oleh duri spina yang tajam lagi beracun.

"Pemakanan Penyu Karah ini penting dalam kawalatur ekologi terumbu karang. Ia membolehkan ikan-ikan memakan span laut yang mana lapisan durinya dimakan oleh penyu terlebih dahulu," demikian jelas Lau Min.

Ketiadaan Penyu Karah membolehkan span laut membiak lebih agresif lalu menguasai ekosistem terumbu karang yang juga menyediakan makanan kepada ikan.

PENUNJUK RANTAIAN EKOSISTEM LAUT

Antara peranan penyu terhadap ekosistem ialah bertindak sebagai spesies penunjuk dalam ekosistem dengan ia menunjukkan sebarang tanda perubahan disebabkan perubahan persekitaran.

Pegawai Projek Penyelidikan Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) rantau Abang, Terengganu Syed Abdullah Syed Abdul Kadir berkata rantaian ekosistem bermaksud rangkaian yang saling mengikat antara satu sama lain, dan jika satu daripadanya dipisahkan maka ia akan memusnahkan hidupan laut yang lain juga.

"Ini bermakna kehadiran penyu boleh memberi tanda perubahan dalam bentuk taburan kehidupan laut dan kelimpahan yang menunjukkan ancaman telah berlaku ke atas keseluruhan ekosistem," katanya.

RANTAIAN YANG SALING MENGIKAT

Syed Abdullah berkata rantaian ekosistem bermaksud rangkaian yang saling mengikat antara satu dengan lain, jika satu daripadanya dipisahkan maka ia akan memusnahkan hidupan laut yang lain juga.

Katanya tidak kira apa jenis penyu pun, setiap satu daripadanya mempunyai peranan hampir sama. Antaranya Penyu Olive Ridley dan penyu Kemp Ridley yang memakan hidupan akuatik jenis invertebrata (seperti sotong, obor-obor) sama ada di dasar laut mahupun di pesisir.

Begitu juga Penyu Tempayan yang banyak memakan haiwan invertebrata, khususnya krustasea (seperti udang galah, ketam laut), obor-obor, span laut dan batu karang lembut yang hidup di dasar laut. Bentuk pemakanan ini boleh mempengaruhi taburan serta kelimpahan spesies kawasan ekosistem pantai.

Cengkerang penyu pula menjadi tempat bernaung bukan sahaja bagi haiwan yang lain tetapi juga tumbuhan laut. Menurut Syed Abdullah sebanyak 100 jenis haiwan dan tumbuhan marin telah direkodkan hidup atas cengkerang penyu.

"Jelas kita dapat melihat bagaimana masa depan bagi banyak spesies di lautan berkaitan erat dengan kelangsungan hidup penyu," kata Syed Abdullah.

Najis penyu juga menjadi baja kepada rumpai laut supaya dapat membiak dan tumbuh dengan lebih banyak lagi.

JIKA PENYU PUPUS

Syed Abdullah berkata jika spesies penyu yang menjadi pemangsa kepada Tapak Sulaiman dan obor-obor lenyap, maka ia akan menyebabkan berlakunya kemusnahan yang serius terhadap ekosistem laut.

"Misalnya, ada sesetengah kawasan yang dipenuhi spesies obor-obor sahaja kerana sistem rangkaian dalam ekosistem terbabit terganggu dan ada pula antara ekosistem terumbu karang yang musnah akibat dimakan oleh Tapak Sulaiman kerana sudah tiada lagi pemangsa di kawasan itu.

"Keadaan ini akan merencatkan pertumbuhan dan pembiakan populasi ikan di masa akan datang jika spesies penyu yang memakan obor-obor pupus, maka obor-obor akan membiak dalam kuantiti yang banyak dan memakan hidupan laut yang lain terutamanya ikan," kata beliau.

Bagi penyu yang memakan alga merah pula, sekiranya spesies itu pupus, alga merah akan membiak dengan banyaknya dan akan membunuh ekosistem terumbu karang. Dengan kemusnahan terumbu karang, ia akan membunuh populasi ikan dalam habitat itu, seterusnya menyebabkan terumbu karang dan ikan dalam zon terbabit turut pupus.

Syed Abdullah menjelaskan bahawa jika penyu pupus di sesuatu zon, rantaian makanan di kawasan itu pasti terganggu dan membawa kepupusan kepada populasi ikan yang menjadi sumber protein kepada manusia.

PENYU BELIMBING DI AMBANG KEPUPUSAN

Walaupun ramai yang tidak tahu atau tidak mengambil berat betapa pentingnya spesies penyu dalam alam kehidupan, masih ada yang sayang pada haiwan ini.

Penyelidik Unit Penyu Laut (Seatru) Universiti Malaysia Terengganu Dr Juanita Joseph berkata proses pemuliharaan penyu berterusan sejak tahun 1950-an, namun hasilnya belum dapat dilihat kerana proses kematangan penyu mengambil masa antara 25 dan 50 tahun.

"Kami di Seatru semakin giat menjalankan aktiviti pemuliharaan penyu di Pulau Redang sejak 1993. Anak penyu yang kami lepaskan ke laut pada tahun itu bagaimanapun masih belum kembali," katanya.

Bagaimanapun, Dr Juanita berkata Malaysia mungkin kehilangan Penyu Belimbing dan begitu juga dengan penyu Olive Ridley.

"Buat masa ini, kita masih lagi mempunyai Penyu Agar dan Penyu Karah. Persarangan untuk spesies ini juga menurun jika dibandingkan pada tahun 50-an.

"Negara lain pun menunjukkan penurunan juga. Tapi kita berharap langkah pemuliharaan yang kita ambil pada masa kini akan mendatangkan hasil," kata Dr Juanita.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 02:03 PM | Show all posts
minggu lepas kelas tqah ada trip ke Ma' daerah turtle sanctuary kat kerteh...untuk subjek economi..lecturer tqah, miss tisma tu dah 5x ke sana...dia cakap tiap kali dia pergi, mesti ada penyu mendarat...

masa tqah pegi tu, ada nak penyu yg akan dilepaskan ke laut petang nanti...comellllllll sangat2 anak penyu.. :-)

tp mlmnya penyu tak mendarat...sebabnya ada kwn2 tqah bising2 tepi pantai petang tu..sepatutnya lps pkl 5 petang tak boleh bising2 sbb masa tu penyu dah survey2 tepi pantai kat mana ia nak mendarat...

semua frust tak dpt tgk penyu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:22 AM | Show all posts
Pukat pari punca mati


KEBANYAKAN penyu mati terdampar di pantai selepas tersangkut pada pukat nelayan di Terengganu.– Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 15 ekor penyu agar yang dipercayai terperangkap dalam pukat pari semasa hendak naik ke pantai untuk bertelur ditemui mati di pantai Terengganu sejak Januari hingga Jun tahun ini.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zakaria Ismail berkata, berikutan itu pihaknya telah merampas 113 bidang pukat pari dalam operasi pemusnahan pukat pari sejak Mac hingga Jun lalu.

“Kita percaya penyu-penyu itu dicampak keluar oleh nelayan-nelayan pukat pari sebelum dihanyutkan ke pantai,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Zakaria berkata, pihaknya sedang meningkatkan operasi memusnahkan pukat-pukat pari sepanjang pantai Terengganu di samping banyak menerima aduan daripada pencinta-pencinta penyu tentang kegiatan nelayan pukat pari di negeri itu.

Pada perkembangan lain, jabatan berkenaan telah berjaya melepaskan sebanyak 26,766 ekor anak penyu agar yang baru menetas ke laut sejak Mac hingga Jun lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 05:17 PM | Show all posts
kseian penyu skrang...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.065545 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list