CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2606|Reply: 13

Seat belt percuma

[Copy link]
Post time 17-6-2008 11:55 AM | Show all posts |Read mode
aku nk tanya sket la pasal news ni....aku ni pengguna kelisa batch pertama..kira kelisa keluar..aku la org gedik p beli... kt dlm artikel ni dia kata percuma utk kira-kira 476,000 kenderaan yang dikeluarkan sebelum 1995 akan terbabit dalam usaha berkenaan, iaitu Perodua Kelisa (28,000), Perodua Kancil (141,000), Perodua Kenari (33,000) dan Proton Iswara/Saga/Gen 2 (150,000), Naza (30,000) dan jenis lain (20,000).

tp kelisa batch pertama keluar 2001 x salah aku....bukannya sebelum 1995..abes aku ni layak ke tak arr....
Tali pinggang belakang percuma tahun depan
PENGUATKUASAAN pemakaian tali pinggang belakang akan dilaksanakan awal tahun depan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kira-kira 479,000 kereta yang didaftarkan sebelum 1995 dijangka mendapat pemasangan percuma tali pinggang keledar tempat duduk belakang bermula awal tahun depan sehingga pertengahan 2010, di bawah program penajaan yang dimulakan oleh kerajaan.
Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat berkata, setiap pemasangan membabitkan kos purata sehingga RM80 dan kos purata untuk satu set tiga tali pinggang keledar tempat duduk belakang ialah RM100, bagaimanapun kos keseluruhan akan ditanggung oleh pengeluar atau menerusi tajaan oleh warga korporat.
Pemilik kereta hanya perlu membawa kereta mereka ke bengkel terpilih yang dilantik oleh pengeluar untuk memasangnya.
Tee Keat berkata, kira-kira 476,000 kenderaan yang dikeluarkan sebelum 1995 akan terbabit dalam usaha berkenaan, iaitu Perodua Kelisa (28,000), Perodua Kancil (141,000), Perodua Kenari (33,000) dan Proton Iswara/Saga/Gen 2 (150,000), Naza (30,000) dan jenis lain (20,000).
"Berapakah tajaan yang kami peroleh sehingga kini untuk program itu? Kami akan beritahu apabila kami umumkan rakan kerja kami dan apabila kami memeterai MoU berasingan dengan mereka," katanya di sini.



Tee Keat berkata, pemilik kereta boleh memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma dengan pengeluar asal di bengkel terpilih dan pengeluar terbabit dijangka mengumumkan pelan tindakan mereka tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2008 12:04 PM | Show all posts
aku pon konpius........ gentu 1995 mana ujud lagik,




tp takper....... tunggu jer pengumuman dri pengeluar sendirik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 12:22 PM | Show all posts
berita tu mmg mengkonpius kan org la...
dh call perodua..derang pun tatau lg..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 01:49 PM | Show all posts
aku punye kancil tahun 2000 pon manade seat belt belakang....apsal tak dapat pree ek?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 09:45 AM | Show all posts
tak logik....Gen.2 pun ada yg takde seatbelt ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2008 10:26 AM | Show all posts

Reply #4 QAX's post

yg heran kancil kawan aku tahun 1996 ke 1998, ada plak seat belt..kt belakang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2008 10:34 AM | Show all posts
kancil 2000 free la ek? hurmm.. bila nak open utk buat nih??
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 18-6-2008 10:26 AM
yg heran kancil kawan aku tahun 1996 ke 1998, ada plak seat belt..kt belakang.


rasanya bergantung pada model kot...660, 850, EX, EZ,...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2008 11:43 AM | Show all posts
Nie lagi satu cadangan bangang dari pak menteri........
Reporter pun turut sama bangangnyer.......... taip tak pakai otak....

Mana ada barang pree kat Mesia ni..... suma kene bayor la....
Stok duit tu maner nak cari untuk bayar kos2 kat bengkel tu? Last2 amik duit rakyat jugak... Pree ka?

Agak2 korang dalam amaun yang diperuntukkan untuk seatbelt 'pree' tu... brapa percent jer sampai kat bengkel........yang lebih2 tu...poket sini jugak isi........

Lepaih nie, anak aku yang umuq 2 tahun pun kene pakai seatbelt jugak la.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 11:53 AM | Show all posts
akunyer Iswara tahun 2000...mmg dah ada rear seat belt tu....tp aku masukkan bawah seat...nampa gayanya..kene bukak balik ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 12:47 PM | Show all posts
uiskk

b4 1995??? gilo ko? :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2008 01:09 PM | Show all posts

Reply #8 viper_2803's post

mungkin jugak la...dia nyer kancil EZ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2008 01:45 PM | Show all posts
Wajib pakai tali pinggang belakang 2009

PUTRAJAYA 17 Jun - Pemandu kenderaan tidak akan disaman jika penumpang keempat dan seterusnya tidak memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang apabila peraturan pemakaiannya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009.
Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat berkata, ini kerana setiap kenderaan hanya menyediakan tiga tali pinggang keledar di bahagian belakang seperti diwajibkan oleh kerajaan.
"Kita tetap prihatin dengan kes sebegini kerana bagi keluarga besar yang mempunyai anak ramai, mungkin kenderaan itu sahajalah yang mampu dimiliki, kita memahaminya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2008 01:46 PM | Show all posts
227,000 pemilik Proton dapat tali pinggang percuma
KERATAN Kosmo! semalam.

PUTRAJAYA - Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) akan menyediakan pemasangan tali pinggang keledar belakang percuma kepada 227,000 pemilik kereta keluaran mereka iaitu bagi model Saga, Iswara dan Gen2 yang masih belum dilengkapi dengan alat keselamatan itu.
Menurut Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, pemasangan percuma itu akan dilakukan terhadap 144,000 unit bagi model Saga, Iswara manakala termasuk 83,000 bagi model Gen2.
Beliau berkata, persetujuan Proton untuk memasang tali pinggang keledar belakang secara percuma itu ialah sebagai tanda komitmen syarikat itu terhadap keselamatan jalan raya.
"Semua kereta tersebut perlu dihantar ke pusat-pusat servis Proton yang berjumlah 384 buah di seluruh negara untuk tujuan pemasangan tali pinggang keledar itu.
"Pemilik kenderaan terbabit perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi membolehkan pemasangan itu dilakukan dengan lancar," katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Proton Berhad bagi program berasaskan komuniti untuk keselamatan automotif di sini semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.182030 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list