CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: amazed

peugeot 407

[Copy link]
Post time 12-7-2008 11:27 PM | Show all posts
RM125K... wow.. very competitive price!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 07:39 AM | Show all posts
boleh le berangan nak angkat
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 05:37 PM | Show all posts
aku br dpt brochure model pug ni dr nasim..

rege buley thn.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 12:00 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 12-7-2008 09:49 AM


http://images.paultan.org/images2/Peugeot_407_Launch_1.jpg


Peugeot 407 - RM125,888

    * 140hp 200Nm 2.0L VVT engine
    * 4-speed Porsche Tiptronic automatic
    * 240W 10 speaker  ...


lambang peugeot masih ada pada CKD 407?

kalau yg naza bestari 206, lambang peugeot dia buang ganti dgn lambang naza...lambang naza yg tak cun tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2008 07:21 AM | Show all posts
Sedan pilihan pengguna - Peugeot 407

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Dilengkapi dengan pelbagai ciri tercanggih, sedan premium dari Perancis ini sudah sedia untuk anda miliki.


PEUGEOT 407 dipasang dengan tujuh beg udara,
sistem brek terbaik dan brek ventilasi.

DISAKSIKAN oleh hampir 500 orang hadirin, sedan buatan syarikat automotif terkemuka dari Perancis yang ditunggu-tunggu ini akhirnya menemui khalayak.
Dipertontonkan di pusat 3S Peugeot Blue Box, Glenmarie Shah Alam, ia seakan memberi petanda bahawa Peugeot kini sudah bersedia untuk menjadi jenama pilihan pengguna kenderaan di Malaysia.

Sekalung tahniah wajar diberi kepada pihak Nasim Sdn Bhd (NSB), anak syarikat Kumpulan Naza. Kesungguhan NSB itu terbukti apabila model terbaru yang dilancarkan minggu lalu bukan hadir dalam bentuk diimport sepenuhnya (CBU), tetapi merupakan model dipasang tempatan (CKD) dengan 40 peratus kandungan tempatan.



BAHAGIAN hadapan yang radikal dengan gril radiator lebar.

Selaku pemegang francais jenama Peugeot, model sedan Peugeot 407 ini dipasang di kilang NAZA Automotive Manufacturing (NAM) yang berpangkalan di Gurun, Kedah.

Biarpun begitu, NSB tidak akan berkompromi dengan aspek kualiti dan menyatakan bahawa Peugeot 407 ini adalah setanding dengan unit yang dihasilkan di kilangnya di Perancis.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin menyatakan, komitmen pihaknya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pemilik kenderaan Peugeot apabila merancang untuk membuka dua lagi pusat servis di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada tahun ini.


MODEL ini dibina di atas kerangka aluminium dengan bahagian pintunya diperkukuhkan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Duta Perancis ke Malaysia, Alain Du Boispean, Pengarah Operasi Antarabangsa Asia Pasifik dan Asia Automobiles Peugeot, Francois Poirier, Pengurus Besar Pejabat Rantau ASEAN dan Asia Pasifik Automobiles Peugeot, Dominique Dourouze, serta ramai lagi orang kenamaan lain.

Sebenarnya Peugeot 407 versi sedan mula diperkenalkan atas nama 407 Elixir pada Frankfurt Motor Show 2003, sebelum mula menjadi produk untuk massa beberapa tahun kemudiannya.

Aspek paling menyerlah pada model yang tergolong dalam segmen D ini ialah bentuk fizikalnya. Bahagian hadapannya nampak cukup radikal dengan gril radiator lebar yang terletak di kedudukan sedikit ke bawah.




Menyerlahkan lagi penampilannya ialah emblem singa berwarna krom yang diapit oleh sepasang lampu Xenon. Untuk gaya lebih eksklusif, versi terbaru ini hadir bersama rim bersaiz 17 inci, cukup untuk membuatkan pengguna jalan raya berpaling mengagumi keanggunannya.

Sejak pelancaran di peringkat antarabangsa, model elegan dan dinamik ini seperti telah menetapkan satu penanda aras baru ke dalam segmen D dari aspek pengendalian dan keselesaan pemanduan.

Berbicara tentang aspek keselamatan pula, model ini mempunyai senarai ciri keselamatan yang impresif. Peugeot 407 dipasang dengan tujuh beg udara, sistem brek terbaik dengan ABS dan Electronic Brake Distributor (EBD), Emergency Brake Assist (EBA), Electronic Stability Program (ESP), Dynamic Stability Control (DSC) dan brek ventilasi untuk roda hadapannya.

. Hasilnya, ia berjaya memperoleh rating lima bintang dalam ujian pelanggaran EuroNCAP.

Tersimpan di bawah hudnya ialah unit enjin berkod EW10A. Enjin petrol 16 injap DOHC dengan sistem VVT ini berkapasiti 1997 cc. Dipadankan dengan transmisi empat kelajuan automatik lengkap bersama sistem tiptronic Porsche, enjin ini mampu menjana kuasa sehingga 140 hp @ 6,000 rpm dan tork puncak 200 Nm @ 4,000 rpm.

Bahagian kabin jentera ini diserlahkan dengan warna hitam pada papan pemuka, panel sisi dan tempat duduknya. Roda sterengnya disalut dengan kulit bermutu tinggi. Kontras dengan latarnya, meter analognya menggunakan warna putih.

Konsol tengah jentera ini sarat dengan butang kawalan audio dan pendingin hawa yang tersusun kemas. Untuk memuaskan halwa telinga setiap penumpangnya, model ini didatangkan bersama unit audio hi-fi JBL dengan 10 pembesar suara, subwoofer dan amplifier.

NSB menawarkan dua varian iaitu standard dan spesifikasi penuh (premium).

Versi standard dijual pada harga RM125,888 seunit tanpa sistem GPS dan tempat duduk kulit seperti model premium yang berharga RM133,888 seunit. Sememangnya harga ini lebih rendah daripada yang dijangka sebelum pelancarannya.



VERSI Peugeot terbaru ini menampilkan rim bersaiz 17 inci.

Sasaran jualan Peugeot 407 ialah sebanyak 150 unit sebulan dan sehingga kini NSB telah pun menerima tempahan 200 unit.

Jelas SM Nasarudin, NSB komited terhadap tiga komponen utama yang akan menjadi kunci kejayaan jenama Peugeot di Malaysia.

Pertama ialah komitmen untuk mengurangkan harga alat ganti, menambah baik akses memperolehnya dan meningkatkan kecekapan rangkaian servis.

Berminat? Anda boleh menghubungi Pusat Interaksi Pelanggan Peugeot di talian 03-2617 7777 atau Peugeot Careline: 1-800-88-6292. Layari juga laman webnya di alamat www.peugeot.com.my. Bilik-bilik pamerannya sudah menerima tempahan daripada sesiapa yang mahu memiliki Peugeot 407.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2008 07:07 AM | Show all posts
Peugeot 407 - Merentasi sejauh 250 km

Oleh ZAMRI RAMBLI


Di lebuh raya, jalan kampung selorong dan sedikit berbukit, memberi peluang untuk kami menguji prestasi sebenar jentera continental mewah dan bercita rasa tinggi ini.







REPUTASINYA sebagai jentera terbaik Perancis sememangnya tidak boleh dipertikaikan. Namun, nama Peugeot agak lama sepi walaupun industri permotoran negara begitu meriah kebelakangan ini.

Disumbang oleh dominasi jenama kenderaan tempatan, Jepun dan Korea, Peugeot makin sukar menemui formula untuk menamatkan zaman suram popularitinya.

Selepas perjanjian Peugeot dengan Cycle & Carriage Bintang Bhd. tamat hujung tahun lalu, Nasim Sdn. Bhd. (NSB) anak syarikat Kumpulan Naza diberi kepercayaan untuk mencari resipi baru melonjakkan kebangkitan kenderaan continental itu.

Sejak tahun 2006 lagi, Kumpulan Naza menunjukkan minat dengan jenama ini apabila mengambil keputusan untuk memasang model paling popular, Peugeot 206 pada tahun 2006. Ia diberi nama Naza Bestari.



PAPARAN meter dengan latar berwarna putih.



Kini di bawah NSB, mereka semakin agresif memasarkan kembali jenama Peugeot bermula dengan pusat 3S, Blue Box di Glenmarie, Selangor. Mengotakan janjinya memulakan program CKD model 2.0 Peugeot 407, sambutan yang diterima NSB cukup memberangsangkan.

Pada sesi pandu uji dari Blue Box ke Swiss Garden Damai Laut Resort, Lumut, Perak baru-baru ini, sekumpulan wartawan diberi peluang merasai sendiri memandu Peugeot 407 sambil merentasi perjalanan sejauh lebih 250 kilometer.

Kombinasi lebuh raya, jalan kampung selorong dan sedikit berbukit, memberi peluang untuk kami menguji prestasi sebenar jentera ini. Secara keseluruhan rekaan luar Peugeot sedan segmen D ini menyatukan bentuk condong rendah ke bawah di bahagian depan dengan lengkung di bahagian belakang. Sederhana tapi estetik.

Tidak kurang ketara, tentunya gril radiator yang agak besar dan turut diselitkan bersama krom di bahagian depannya. Penggunaan lampu xenon memberi visual yang lebih baik kepada pemandu berbanding lampu halogen.

Lampu bawah akan menyala secara automatik sekiranya sensor mengesan pencahayaan yang kurang baik. Tidak mahu ketinggalan dengan teknologi BMW serta Mercedez, Peugeot 407 juga dibekalkan dengan penyembur mencuci lampu depan. Model ini juga dipadankan dengan rim bersaiz 17 inci.


ENJIN bersesaran dua liter ini cukup berkuasa dan
tidak mengecewakan.



Menjengah masuk ke ruang kabinnya, ergonomik mungkin perkataan terbaik untuk diberikan kepada Peugeot 407.
Papan pemuka berlatar hitam dengan kombinasi warna metalik, butang-butang sistem audio dan skrin GPS yang besar adalah daya tarikan yang memukau visual mata.

Butang-butang sistem audio dan penghawa dingin yang agak banyak sememangnya sedikit mengelirukan.
Namun, anda akan terpegun dengan teknologi yang ada pada Peugeot 407.

Antara yang ketara tentunya dua butang sistem pendingin hawa - satu untuk pemandu manakala satu lagi untuk penumpang di sebelah. Ini bermakna anda boleh menyelaraskan suhu berbeza untuk pemandu dan penumpang.

Walaupun sebagai mobil sedan, Peugeot 407 juga menyediakan ventilasi penghawa dingin untuk penumpang belakang. Skrin GPS tujuh resolusi jentera ini, bukan sahaja berfungsi sebagai skrin navigasi bahkan untuk menonton video cakera padat, memainkan MP3, melihat foto dan memo melalui sentuhan pada skrin.

Jika kerangka luarnya penuh sporty, sistem audio pada Peugeot 407 juga menyokong statusnya sebuah sporty sejati. Dilengkapi dengan 10 buah speaker, subwoofer dan 240 watt amplifier, apa lagi yang boleh dipertikaikan.

Papan meter Peugeot 407 juga nampak kemas dengan warna latar belakang putih. Tetapi tunggu sehingga malam apabila lampu dinyalakan pantulan cahaya jingga berkolaborasi dengan latar putih tersebut kelihatan begitu stailo.


SKRIN tujuh resolusi GPS membantu navigasi pemanduan.



Tempat duduk kulit kenderaan ini juga menyerlahkan ciri sporty dan maskulin. Dengan enam pelaras elektrik pada kerusi itu, keselesaan adalah ciri utama Peugeot 407. Kereta ini juga menawarkan beberapa ruang penyimpanan dalam kabin.

Enjin petrol 16 injap DOHC dengan sistem VVT (variable valve timing) berkapasiti 1997 cc menjadi nadi Peugeot 407. Dipadankan dengan transmisi empat kelajuan automatik lengkap bersama sistem Speed Sequential Automatic Porsche Tiptronic enjin ini mampu menjana kuasa sehingga 140 kuasa kuda@6,000 rpm dan tork puncak 200 Nm@4,000 rpm.

Tidak dinafikan dengan akselerasi 0 ke 100 km/h dalam masa 10.5 saat menjadikan Peugeot 407 sangat selesa ketika dipandu di lebuh raya. Pecutan sehingga 160 km/j juga begitu lancar tanpa sebarang kesan ketara.

Apatah lagi dengan sistem Tiptronic Porsche, berdepan dengan situasi lalu lintas sesak atau 'henti dan jalan' bukanlah masalah kepada Peugeot 407.
Tetapi ada yang meluahkan sedikit dukacita apabila Peugeot dipasangkan dengan transmisi empat kelajuan sahaja. Dengan transmisi lima atau enam kelajuan Peugeot 407 tentunya lebih hebat.

Bagaimanapun, salah satu ciri penting yang tidak pernah dikompromi oleh jentera ini ialah keselamatan. Hadir dengan tujuh beg udara maka tidak hairanlah Peugeot 407 menerima rating lima bintang dalam ujian pelanggaran EuroNCAP.

Anugerah itu diterima Peugeot 407 kerana dilengkapi dengan sistem brek terbaik dengan ABS dan Electronic Brake Distributor (EBD), Emergency Brake Assist (EBA), Electronic Stability Program (ESP), Dynamic Stability Control dan brek ventilasi untuk roda hadapannya.


BEGITU seronok menyusuri jalan bandar kecil dengan Peugeot 407.



Menyasarkan kepada golongan pengurus dan ke atas, kelompok usahawan serta jualan korporat, sedan Peugeot 407 tentunya tidak mengecewakan.
Jentera dengan teknologi hebat pada harga RM133,888 seunit bagi model premium (dengan GPS dan kerusi kulit) dan RM125,888 seunit versi standard, ramai yang mengakui harganya lebih daripada berpatutan.

Jika anda menginginkan sebuah sedan dengan akselerasi penuh kuasa dan pengendalian semi sport, anda seharusnya memilih jentera Jerman.
Jika anda lebih mementingkan harganya, alihkan perhatian kepada jentera Jepun.

Tetapi jika anda inginkan sebuah continental mewah, selesa dan ciri keselamatan dengan cita rasa tinggi, Peugeot 407 wajar menjadi pertimbangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2008 10:15 PM | Show all posts

Reply #27 amazed's post

cantik... mana lagi ok ye... civic 2.0 or peugeot 407 ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2008 11:17 PM | Show all posts
Peugeot 407 imej Eropah sentuhan tempatan

Oleh AMRAN AHMAD




KETIKA Nasim Sdn. Bhd. memperkenalkan model Peugeot 407 yang dipasang tempatan (CKD) pada bulan Julai yang lalu, ramai yang tidak menyangka syarikat pemegang francais Peugeot tersebut akan menawarkan model berkenaan pada harga yang begitu kompetitif.

Masakan anak syarikat Kumpulan Naza itu mampu menawarkan model Peugeot 407 Premium yang dilengkapi dengan sistem penentu global (GPS) pada harga RM135,888, sebuah manakala model Peugeot 407 Standard pula dijual pada harga RM125,888 seunit sedangkan harga model sama yang diimport sepenuhnya (CBU) adalah lebih RM160,000 sebuah.

Dari segi harga, model jenama kereta Perancis itu yang memberi lima pilihan warna iaitu aluminium, iron grey, montebello blue, nera black dan white gold itu sudah mempunyai kelebihan bersaing yang tersendiri dalam segmen kereta berkeupayaan enjin 2.0 liter di negara ini untuk mencapai sasaran jualan 150 buah setiap bulan.

Kelebihan lain Peugeot 407 itu ialah menampilkan spesifikasi tertinggi dilengkapi dengan VVT (variable valve timing) dan transmisi automatik yang dipertingkat selain roda jejari 17 inci dan pilihan warna dalaman yang menarik selain reka bentuk bergaya.

Bagi membuktikan kemampuan enjin Peugeot 407 itu, Nasim menganjurkan sesi uji pandu ke Lumut, Perak dengan disertai oleh lebih 20 penulis permotoran dari pelbagai penerbitan melibatkan lapan buah model kereta itu.

Semasa memandu salah sebuah daripada model berkenaan, penulis mendapati Peugeot 407 menawarkan bahagian dalaman yang cukup luas untuk memuatkan lima penumpang termasuk pemandu dari semua saiz badan., sama ada barat mahupun timur.

Bahagian dalaman juga cukup untuk menampung sebuah keluarga kecil dengan tiga anak dan reka bentuk kenderaan yang sesuai untuk imej golongan eksekutif dan pemilik perniagaan kecil dan sederhana.

Bermula dari Blue Box Glenmarie sekitar pukul 9 pagi, penulis memecut Peugeot 407 dipasang tempatan dan mempunyai kualiti setanding dengan model sama yang dipasang di Perancis itu ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke utara tanah air bersama-sama pemandu lain.

Pemanduan Peugeot 407 yang boleh mengisi minyak sehingga 66 liter itu berjalan lancar dengan sokongan kelengkapan asas seperti penyaman udara, stereng kuasa, kotak gear sistem tiptronik Porsche, tiga sistem brek yang pelbagai keadaan ABS, EBD dan EBA, kawalan cengkam serta tingkap kuasa.

Keselesaan pemanduan Peugeot 407 yang turut dilengkapi dengan lampu xenon bagi pemanduan lebih baik pada waktu malam, lampu depan automatik, pengelap dan kerusi kawalan elektrik di bahagian depan juga menjadi bertambah baik dengan alunan muzik dari sistem audio JBL Hi-Fi dengan enam penukar cakera padat atau CD.

Bahagian meter di bahagian depan dibiarkan dalam gaya klasik jelas untuk tatapan penulis sepanjang pemanduan dengan kerusi di bahagian hadapan kereta dicipta untuk lebih lebar yang memberi keselesaan, manakala kerusi pemandu pula boleh dilaras sama ada lembut atau keras yang dikawal dengan menggunakan tombol.

Selain itu, Peugeot 407 turut dilengkapkan ialah konsol tengah dengan kotak menyimpan barang dan bekas minuman, poket di sisi pintu dan lampu di bahagian menyimpan barang.

Yang menariknya, but kereta boleh dibuka atau ditutup dengan menggunakan kawalan elektronik menerusi alat kawalan jauh yang cantik.
Perehat tangan di kerusi tengah pula dilengkapkan dengan bekas letak minuman dan kotak menyimpan barang serta pengelap cermin dilaras kelajuan secara automatik mengikut kelebatan hujan atau air yang mencurah ke atas cermin.

Pengelap cermin akan lebih laju jika hujan semakin lebat dan akan berubah menjadi perlahan jika hujan semakin reda.

Dari segi keselamatan, seperti kenderaan baru jenama lain, Peugeot 407 turut dilengkapkan ciri-ciri keselamatan terkini termasuk tujuh beg udara pemandu dan penumpang hadapan dan tali pinggang keselamatan pra-regangan automatik di bahagian hadapan.

Ciri-ciri ini sememangnya mampu menyokong tahap keselamatan lebih baik di samping sistem suspensi lembut dan selesa bagi mereka yang mementingkan keselesaan selain mengharungi jalan raya yang tidak rata.

Dengan imej kenderaan dari Eropah, harga yang kompetitif, reka bentuk yang ranggi lagi bergaya, bahagian dalaman yang selesa, keupayaan enjin yang tinggi serta ciri-ciri keselamatan yang memberi keyakinan jitu, pastinya Peugeot 407 menjadi alternatif kepada bakal pembeli kereta 2.0 liter di negara ini.

Buat masa ini, Nasim Sdn. Bhd. memberi jaminan tempoh menunggu selama tiga bulan untuk model berkenaan memandangkan tempahan yang tinggi sejak dilancarkan kerana tawaran pakej pembelian yang menarik.




tingat beskal peugeot aku masa study dulu...  10 speed lak tu..   kalu beskal  mampu ler aku beli..  ni dgn gaji janitor... mana mampu nak beli peugeot 407....   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2008 11:23 PM | Show all posts
aku dah drive keta ni, pehhh besh wooorr, komen aku:

1. handling superb
2. very comfort
3. very solid door
4. sound system besh
5. pickup ok, tapi pickup honda accord 2.0 lagi power
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 09:04 AM | Show all posts
beberapa perbandingan : accord 2.0 vs 407
accord 150 kuda vs 407 140 kuda.
5 speed transmision vs 4 speed
mahal vs murah
6 speaker vs 8/10 speakers (kalau tak silap)
normal auto vs ada tiptronic auto
halogen vs xenon
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by mysterio at 30-9-2008 09:04 AM
beberapa perbandingan : accord 2.0 vs 407
accord 150 kuda vs 407 140 kuda.
5 speed transmision vs 4 speed
mahal vs murah
6 speaker vs 8/10 speakers (kalau tak silap)
normal auto vs ada t ...


Pug 407 ada 7 Airbags, Accord 2 jer...
Minyak jimat Accord skit...
kesimpulannya, masing2 ada kelebihan tersendiri...

abang aku ada kedua2nya, Accord 2.0 (Model 2007) dan Pug 407 (Model 2008 CBU French) ..
Pug 407 yang aku pandu uji tu kepunyaan abang aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2008 11:03 AM | Show all posts

Reply #28 bayangan_rindu's post

aku suka accord kalu beza dgn civic..  

kalu civic 2.0 ngan peugeot 407   aku amik peugeot!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 30-9-2008 11:03 AM
aku suka accord kalu beza dgn civic..  

kalu civic 2.0 ngan peugeot 407   aku amik peugeot!!


abang aku mula2 lepas beli accord 2.0  rm14X,XXX dah tak pasang niat nak beli keta baru lain
tapi bila aje Pug 407 dilancarkan, dia gi test drive, lepas test drive aje terus dia jatuh chenta
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 3-4-2008 01:08 AM
Aku tetap setia ngan 405 SRi

hahaha  sama la ngan aku cuma aku nyer SR jer..pakai carburator..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 08:45 AM | Show all posts
emmm....dah ramai lak org pakai keta nih....banyak dah aku jumpa kat kl ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:47 PM | Show all posts
Hi semua,

Anybody looking for used Peugeot 407? I wanna let go mine. Tahun 2005, CBU from France. Interior condition masih tip top, leather seats no crack, dashboard and side trim all looking nice.  Cuma some parts wear and tear - tyre bush and arm kena tukar. Kena buat top overhaul. I sudi lepaskan dengan harga below market price sebab jarang pandu sekarang sebab dah beli MPV so family lebih suka duk MPV bila keluar.

Anybody interested sila Pm. I boleh send pic. Tengkiu.

PugGuy

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.219111 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list