CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: reena_max

Perkara yg berlaku sblm family atau sedara anda meninggal dunia..

[Copy link]
Post time 6-10-2008 06:02 PM | Show all posts

Balas #60 otto\ catat

semuga ayah otto sehat dan dilindungi Allah S.W.T.. insyAllah.... byk2 kan berdoa yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2008 09:34 AM | Show all posts
nenek aku meninggal awal tahun ni... lama jugak nazaknya..

seminggu sebelum dia meninggal, aku mimpi aku balik kg utk attend funeral dia. dlm mimpi tu: aku masuk dlm rumah makcik sebab jenazah masih ada di situ, baru konon nak bersalam2 dgn sedara mara yg ada, aku menjeling ke arah jenazah, tetiba2 mayat bangun dan duduk tegak! dia angkat tgn mcm mintak sesuatu. lepas tu kecoh2 satu rumah. ada la org2 lelaki yg kelam kabut uruskan nenek aku tu. aku lak jadi takut gila so lari masuk dapor lepas tu cari cousin aku (yg rapat sgt dgn aku mase kecik2)..kitorang tgh sebuk nak lari ikut pintu belakang tetiba 'nenek' aku ade kat tepi and cakap 'haaa..nak pegi mana tuu?" menjerit la aku dgn cousin aku. lepas tu  aku terus terbangun dr tido siap berdebar2 tak leh tido sampai pagi

tak lama lepas tu dpt call kata nenek aku dah pergi. so terus kitorang gerak ke kampung.... mmg jenazah ade kat rumah yg sama macam dlm mimpi aku.. we were the last to arrive, mase bapak aku suh cium jenazah, tertelan juga air liur aku sebab teringat kat mimpi tu, tp alhamdulillah semua nya ok. jenazah selamat dikebumikan tak lama lepas tu. and sejak hari  tu takde dengar cerita apa2 yg tak patut atau menyeramkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 10:21 AM | Show all posts
kisah 1 - Abah

Abah meninggal time aku masih belajar kat UK ... 2 minggu sebelum arwah pergi, aku bermimpi nmpk Abah di rumah arwah nenek yg dah usang n ada jenazah di sebelah Abah ... aku siap nangis lagi dlm mimpi tuh .. bangun pagi aku terus call mesia, rupanya Abah dah koma selama seminggu akibat stroke ... Abah meninggal 2 hari sebelum aidiladha ...

kata org, 40 hari sebelum seseorg manusia tuh di ambil nyawanya, akan ada tanda2 yg pelik , kadang2 kita perasan, kadang2 kita tak perasan ... ikut ckp adik beradik aku, sehari sebelum koma, Abah asyik ulang2 baca surah al-ikhlas, macam tak mau berenti... lepas tuh dia pesan kat anak2 jangan lupa baca surah nih setiap hari ...maghrib tuh plak, tiba2 dia tak mau jemaah sesama ngn anak2 dia.. nk semayang sendiri katanya ... malam tuh dia pilih untuk tidur di ruang tamu (rumah Abah 2 tingkat) .. katanya esok susah plak nk bangun ...pagi tuh, Abah dah koma ...

drpd cerita kawan2 Abah plak, 2, 3 minggu sblm koma tuh, bila jumpa geng2 kedai kopi dia jer, mesti dia bg tazkirah, suruh buat amal ibadat, jgn lupa semayang .. selama nih Abah takder lah sound direct macam tuh sbb prinsip dia, takkan lah dah tua nk kena nasihat kot ... n akan tanya, dia ada hutang apa2 tak? Abah ckp dia nk bayar, takut tk sempat ...

dalam minggu2 tuh jugak, adik aku dpt offer masuk teknik, tp dia berkeras tak benarkan pergi ... Abah ckp, kalau adik aku masuk teknik, sapa nk tolong jaga emak kat rumah .. pada kitorg menda nih pelik sbb Abah mmg suka anak dia dapat masuk skolah asrama, siap bergolok gadai lagi .. bila adik aku merajuk, Abah cepat jer belikan adik aku moto, senang nk bwk mak gih pasar kalau dia takder ... memula beli yamaha, tp adik aku komplen susah nk bwk, Abah belikan pulak skuter ... lagilah pelik beli 2 moto dalam tempoh seminggu ..bayar cash lagi  ... selalunya Abah susah nk berbelanja yg bukan2 nih .. tp bila adik beradik aku tanya, jwpann dia nnt senang nk bawak mak bila dia tiada ...

tp, paling sedih, kisah mak aku lah ... sehari sebelum meninggal Abah sedar drpd koma, tp dia xbley bercakap, berinteraksi dengan mak ikut pergerakan tangan dan gerak mata sahaja... Abah meninggal waktu mak pergi tunaikan solat zohor, masa mak nk minta izin gih semayang tuh, dia kelip2kan mata  tanda 'ya' tp tangan genggam tangan mak macam takmo lepas.. mmg genggam erat2 ... mak kata, sayu jer pandangan Abah pada dia ..

elok mak aku abis solat , Abah pun pergi ke pangkuan Ilahi ... aku tatau lah apa yg mak aku doa .. cuma aku guess mungkin mak pohon pada Allah semoga dipermudahkan 'proses' itu ...

alfatihah untuk Abah , Hj Kamaruddin Md Kardi (1949-2004)

[ Last edited by  tteja at 7-10-2008 10:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 06:29 PM | Show all posts
ini makcik liz yang citer. masa arwah mak liz meninggal.. sehari dua lepas tu mmg arwah nenek nampak dia duduk atas kerusi di dapur. tapi dlm seimbas lalu la. tak tau la sama ada dia yang terbayang2 atau mmg roh balik. kata org baru meninggal roh tak jauh lagi. dan mmg balik rumah. betul ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2008 12:16 PM | Show all posts
tak de citer lg ke??? best baca pengalaman masing2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2012 12:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by lin2011 at 6-5-2012 00:41

a'a laa best baca pengalaman korang semua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2012 12:46 PM | Show all posts
Mak aku pernah bercerita, sblm atuk meninggal mak aku Ada bermimpi atuk aku naik basikal tua dgn sedara rapat dia.. Dan sedera rapat dia tu dah lama meninggal.. Mak aku ignore je la mimpi tu. Tp x lama tu atuk aku meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 02:38 AM | Show all posts
citer yg menarik...misteri..sedih..seram...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2013 07:40 AM | Show all posts
Ini kisah aku dah arwah ibu aku... Dia meninggal tahun 2003 yang lalu.. al-fatihah kpd rohnya..

Ibu aku meninggal di bulan puasa.. penghujung puasa, 28 Ramadhan di tanamkan...

Dalam sebulan sebelum pemergiannya itu...:

1) selalu nya tiap tahun aku yg belikan kuih raya (sebab dia dah tak larat nak buat), tapi tahun tu dia yg order kuih raya drp penjual tempatan

2) bila cakap di telefon, dia tak panggil nama timangan aku, sebaliknya dia guna nama penuh aku (tolak bin lah)

3) dia peminat warna2 pastel, tapi tahun tu dia pesan langsir warna hijau gelap.. memang tak matching pun..

Apabila dia masuk hospital.. depa bagi "sedation" kat dia.. 2 hari tidor.. bila sedar, dia ingat petang hari dia masuk kut, dia suruh aku pi ready pi bukak puasa, aku cakap ni pagi lagi.. mak aku ni amat rajin puasa sunat dan suka pada bulan Ramadhan.. dia mengeluh dia rugi tak dapat puasa Ramadhan , terbatal sebab kena cucuk etc..  hari tu aku happy ingat dia akan ok, aku pun cakap, jangan risau, nanti balik utk raya... malam tu aku balik rumah, lepas isyak tu dlm bilik tu aku terhidu bau yang amat wangi (wangi kasturi).. puas aku mencari sumber bauan tu tapi tak jumpa..  esoknya aku pergi hospital, doktor bagitau semalam (kira2 waktu isya) mak aku mengalami  "attack" ...

Dipendekkan cerita, mak aku di kebumikan pada 28 Ramadhan.

FYI, aku anak tunggal ... jadi semuanya aku urus sendiri... sedih dan penat... adik beradik mak aku, depa sibuk nak pi balik kampung beraya (kampung mak aku tu 50KM je dari tempat tinggal mak aku)...

Aku ada bermimpi lepas itu, yang aku di suatu tempat, yang ada pagar, dan ibu aku berada di sebalik pagar.. aku memanggil nya.. dan mengejarnya, namun tak capai dan tak boleh nak lepas pagar tu.. mungkin bermaksud alam barzah tu spt pagar yg memisahkan roh dan kehidupan...

Satu petang lepas asar tu aku baring di lantai bilik mak aku.. aku terdengar seperti suara mak aku panggil nama timangan aku... aku terjaga.. bangun, kut2 kat luar ada orang ke, tak de cuma budak2 main, tu pun jauh.. aku tidur balik, dengar lagi suara mcm suara mak aku panggil nama aku.. aku bangun, mandi.. aku terus mencari pembuat langsir yg mak aku tempah tu , aku ambik langsir dan selesaikan hutang mak aku pada dia (hutang upah buat langsir tu la).. dah tak de dengar dah...

Itu jer yg aku nak kongsikan.. moga penceritaan ini dapat memberi anda manfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 12:07 PM | Show all posts
sebak plak rs lepak kat thread ni.. lg2 bg org2 yg dh xde bapak cam aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 12:30 PM | Show all posts
Aku takdelah kisah misteri pun.
Cuma ada sedikit sesalan.

Arwah nenek aku meninggal pada hari raya kelima 2006, masa tu aku form 4. Rumah nenek dengan rumah aku takde la jauh, dalam 200 meter macam tu. Nenek selalu datang melawat aku. (bukan cucu yg melawat nenek ) dan nenek sangat suka mintak jantung pisang ambik dari kebun abah. Arwah suka rebus, makanan kegemaran arwah. Dan masa ni dalam bulan puasa, tinggal seminggu nak raya. Masa ni kakak aku sakit teruk, tak boleh bangun dan di wadkan. Emak jaga kakak aku kat hospital, jd kat rumah tinggal aku sorang sementara abah kerja. Adik pulak duduk hostel. Suatu pagi ni nenek datang rumah aku. Dia borak-borak dengan aku, dan mintak jantung pisang dengan aku. Aku ni pulak bukanlah reti nak ngambik jantung pisang yang mana, mcm mana nak ngambik pun tak tahu. Lg pun aku fikir, "lain kali nenek boleh ambik bila abah ada kat rumah".

Nenek mcm hampa je. Tp nenek bg aku RM20, duit raya katanya. Aku ni pelik sangat sampai tergaru-garu kepala. Pelik sangat. Kenapa nenek bagi awal sangat ni, mcm tahu mmg aku tak dapat beraya dengan dia. Bila nenek nak balik rumah dengan muka dia yang sedih tu, aku salam tangan dia dan tiba tiba nenek senyum manis sangat. Tak pernah aku nenek senyum macam tu, sebab nenek aku ni muka garang. Mungkin sebab susah nak senyum, muka dia nampak garang. Aku lagi lah pelik sebab susah nak tgok dia senyum, aku tengok je dia berjalan pulang sampai arwah hilang dari pandangan mata aku. Masa tu aku berdebar jugak, kenapa nenek mcm tu?

Dua tiga hari lepas tu kakak aku yg dalam wad tu kena hantar HTAA Kuantan, sbb keadaan makin teruk. 10 hari duduk hospital, sampai kami beraya kat hospital. Mujur ada sedara di sana. Masa raya kelima tu, kami dapat panggilan dari kampung. Nenek dah tak ada. Meninggal keseorangan dirumah. Nenek mmg mengadu demam, masa tu nenek tggal dengan kakak sulung aku. Masa tu kakak sulung aku kerja, bila kakak sulung aku balik petang tu arwah mcm dah beberapa jam pergi.

Aku bergegas pulang dari Kuantan, dan sampai sekarang aku akan menitiskan air mata setiap kali teringatkan arwah. Walau dia garang macam mana pun, dia tetap nenek aku. Dan aku akan tetap merindui arwah sampai bila-bila. Terkilan sungguh aku setiap kali nampak jantung pisang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 03:42 PM | Show all posts
adik aku pun ada dapat alamat sehari sebelum org2 yg dekat dgn dia meninggal.. malam sebelum kematian dia akan merasa angin sejuk sehingga ke tulang menerpa ke badan dia... dan dia dah alert sapa yg akan pergi.. siap beli tiket balik kg or pergi ker umah org tu.. hurmm...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 08:14 PM | Show all posts
mase to'ki aku nak meninggal, kitaorang selalu kene marah sebab tak buka pintu.... dia kate ade orang bagi salam, tak dengar ke?  Malaikat bagi salam kat dia je ..........
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 11:20 PM | Show all posts
Minah Komando posted on 27-8-2008 12:00 PM
ni kisah benar2 berlaku pada MK..

2 hari sebelum ayah MK meninggal,ada 2 orang yang mak MK sendir ...

takutnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 10:17 AM | Show all posts
k_a_a posted on 23-2-2013 07:40 AM
Ini kisah aku dah arwah ibu aku... Dia meninggal tahun 2003 yang lalu.. al-fatihah kpd rohnya..

I ...

k_a_a

ko mmg tabah bro!! kalo org lain mungkin ada adik beradik/ saudara tp ko sorang2 je urus....

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 12:02 PM | Show all posts
sedihla pulak baca thread ni...
aku bila ada sedara2 yg nak meninggal slalu aku akan rasa sgt2 mengantuk...
menguap tak henti2...badan ni rasa lain mcm jer...
tp skrg takde pulak rasa mcm tu...semoga semua family aku dipanjangkan umur...Amin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2013 12:51 PM | Show all posts
nuc posted on 26-2-2013 10:17 AM
k_a_a

ko mmg tabah bro!! kalo org lain mungkin ada adik beradik/ saudara tp ko sorang2 je urus ...

Tq bro... memang "tough" bagi aku..

Nak kisahkan sikit part yg aku skip sebelum ini.. selepas aku bau "haruman kasturi" tu, esok nya aku ke hospital, terkejut aku, sebab  semalam bersembang elok dgn mak aku dan hari ni mata dia depa lekat kapas dan dia guna alat pernafasan (yg masuk terus ke dalam paru2).. sebak amat hati aku.. doktor cakap dia pun hairan kenapa semalam tetiba jantung mak aku tetiba stop walaupun semua ubat dah maximum... skrg doktor kata dia dalam keadaan "koma"... aku call sedara mara mak aku di kampung.. depa datang baca yasin.. dalam 2 malam setiap kali tarawih aku berdoa, jika Allah nak ambik, ambik lah dia... Pagi esok seperti biasa aku nak ke hospital, terjumpa dgn jiran mak aku dia tanya hal mak aku, aku bagitau dia "aku nak cepat ni, jap lagi doktor nak jumpa aku", entah kenapa aku berkata begitu.. seperti biasa, aku terus ke masjid daerah, ianya dekat dgn hospital daerah, belum sempat aku turun kereta, telefon aku berdering, doktor hospital telefon aku cakap nak jumpa.. kuasa Allah... aku ke hospital, doktor cina tu cakap.. otak mak aku tu dah tak berfungsi dah (anak mata dah terbuka habis dah), dah kira "mati" dah, tapi dia tak boleh declare mati lagi (sebab secara klinikal nak kena semua alat bantuan tu dah tak boleh fungsi baru kira mati).. dia kata, kalau nak bawak balik pun boleh.. supaya "meninggal" di rumah.. jadi aku sebenarnya discharge mak aku keluar..  aku call sana sini dapat van mayat khairat utk bawa jenazah mak aku keluar hospital.. dipermudahkan Allah.. jenazah mak aku kira tak masuk bilik mayat la.. aku bawak balik letak di katil kebetulan di ruang bawah memang ada katil dekat ruang tamu ...adik beradik mak aku ada yg menyalahkan aku katanya mak aku tak mati lagi yg aku bawak keluar dr hospital (kira mcm aku ni "pembunuh" lah pula).. Di takdirkan Allah, aku boleh hubungi seorang doktor yg boleh hubungi ambulan, dan ambulan setuju datang kerumah dan buat check pada jenazah, check suhu dan disahkan dah meninggal dah pun..  jadi mak aku memang "meninggal di rumah"... karenah tukang bawak van mayat buat aku marah dan sedih hari itu... karenah orang yg mandikan jenazah yg nak ambik kesempatan, ada ka patut mintak cincin2/gelang2 mak aku.. aku tak bagi la, aku bagi upah dan kain batik jawa mak aku lah.. Akhirnya petang lepas Asar jenazah di kebumikan.. di bulan Ramadhan, bulan yang sangat dirindui oleh arwah mak aku...

Mungkin jauh di dalam hati aku, aku tak percaya yg mak aku meninggal.. hinggakan selalu apabila bermimpi jumpa mak aku, aku akan berkata, "oh, mak belum mati .. yang di tanam hari tu orang lain, tak apa nanti saya uruskan kesemua surat2 nya".. tapi apabila terjaga, ternyata cuma mimpi.. sedih .. ini berterusan beberapa tahun..
Last edited by k_a_a on 26-2-2013 12:54 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.170411 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list