CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: amazed

Mercedes-Benz B170

[Copy link]
Post time 8-10-2008 12:18 PM | Show all posts

Balas #40 tossee\ catat

raya lepas
dik nik tunggu dia call
tp dia x call pun

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2008 12:21 PM | Show all posts

Reply #4 sixfullbar's post

'murah'2 keta mesia pon ramai yang beli wehhhh

worang mesia memang kayo
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 12:23 PM | Show all posts

Balas #42 al-asil\ catat

kayo dan pemurah
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 8-10-2008 12:18 PM
raya lepas
dik nik tunggu dia call
tp dia x call pun



Kezmang tuh memanggg.....kalo jupa awek....terus lupa member2...tambah2 kalo jumpe amoi beranak sorang....lagi ler...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by tossee at 8-10-2008 01:13 PM


nko nak buat hubungan sulit dgn kezmang ke nih?? jangang weh...janganggg....


hiss kezmang ni...aku mati2 ingatkan selera dia hanya kat nyonya anak satu aje..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 12:26 PM | Show all posts

Balas #45 zzcbr\ catat

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2008 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by zzcbr at 8-10-2008 12:24 PM


hiss kezmang ni...aku mati2 ingatkan selera dia hanya kat nyonya anak satu aje..


bukang..bukang..zz....kezmang nih....suka makang dua2.....baik jantang ko tino.....dua2 dia kekoh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 7-10-2008 05:06 PM

hape klasss naik dugung..
baik aku naik ex5....



oohh..tertipu aku dua saat ingat X5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2008 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by al-asil at 8-10-2008 12:21 PM
'murah'2 keta mesia pon ramai yang beli wehhhh

worang mesia memang kayo


tulah..memang org2 mesia ni kayo

keta yang nilai sebenar separuh dari harga dia pun dorang sanggup beli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2008 08:43 PM | Show all posts
Mercedes-Benz B 170 tebal ciri feminin


Oleh JOHARDY IBRAHIM





ADA sesuatu yang janggal dirasai penulis semasa memandu uji Mercedes-Benz B 170, kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak ini. Janggal mungkin kerana ciri-ciri feminin yang tebal padanya. Daripada segi reka bentuk luarannya, ia memaparkan sifat maskulin terutama jeriji depannya yang memaparkan gaya tiga bintang Mercedes AMG.

Cuma bila sudah memacu di atas jalan, barulah dikesan sebaliknya. Pertama, daripada pemusatan tempat duduknya, ia boleh diubah menaik bagi memberi pemandu kedudukan menegak dan tinggi. Jarak antara panel pemuka dengan bucu bonet adalah pendek. Gabungan faktor ini memudahkan pemiliknya meletak kenderaan atau memotong dengan selesa.

Kedua, ruang dalaman B-Class ini adalah syurga bagi ibu atau ayah yang hendak menjemput atau menghantar tiga anak sekali gus. Keluasan yang dinikmati begitu menyenangkan dan ia disokong oleh pemilihan warna hiasan dalaman serta sarung kerusi berwarna cerah.

Ketiga, kuasa kuda enjin B-Class ini ialah 116hp pada 5500rpm dengan tork maksimum 155Nm pada 3500-4000rpm. Cukup untuk kaum hawa! Penulis mungkin tidak akan terpesona dengan tiga faktor di atas untuk menjadi pendorong bagi memilikinya, melainkan harganya yang cukup berdaya saing bagi sebuah kenderaan berjenama Mercedes-Benz iaitu RM215,888 yang serba baru dan bukan kenderaan import terpakai.

Model B 170 ini merupakan yang dipertingkatkan (facelift) dan dilancarkan di pasaran Malaysia pada September lalu setelah dilancarkan di peringkat global pada Mac lalu.

Satu ciri yang menarik bagi B 170 ini ialah teknologi bantuan meletak kereta atau Active Parking Assist (APA) untuk meletak kereta secara melintang. Pada kelajuan di bawah 35 km sejam, pemilik akan menekan lampu isyarat kiri (atau kanan) dan B 170 ini akan berhenti di sebelah kereta yang dibelakangnya petak kosong tersebut.

Pemandu akan menukar gear mengundur dan petunjuk di panel pemuka akan mengesahkan APA diaktifkan. Kereta ini akan mengundur sendiri dengan brek dan kepantasan ditentukan oleh kaki pemandu. Dalam uji pandu penulis, teknologi ini meletak kereta lebih ‘sempurna’ daripada pemandu manusia!

Sebenarnya, keputusan Mercedes-Benz menghasilkan segmen B-Class ini bermakna jenama kereta mewah ini memiliki semua jenis kenderaan yang dimahukan oleh sesiapa (yang berkemampuan). Dari sekecil kereta A-Class kepada MPV mewah R-Class, SUV M-Class kepada sedan premium S 600. Jangan lupa, Mercedes-Benz juga terkenal sebagai pengeluar trak industri terbesar di dunia!

Dalam konteks di atas, inilah cubaan Mercedes-Benz untuk mendekatkan jenamanya kepada generasi muda. Jika selama ini, model-model ikonnya seperti C-Class, E-Class dan S-Class tidak mungkin dilihat seksi oleh generasi muda, pengenalan segmen baru seperti A-Class dan B-Class ini diharap mampu mencapai matlamat tersebut. Membezakan model B dan A pada jarak gandarnya lebih panjang iaitu 2,778 milimeter yang memberikannya gaya lebih ranggi dan agresif. Dan sejak diperkenalkan pada tahun 2005, B-Class perlahan-lahan didakap oleh golongan sasaran.

Malah jika diperhatikan keseluruhan kenderaan ini (depan dan belakang), saiznya tidak kecil, malah asas rodanya agak panjang. Ia diterjemahkan pada ruang dalamannya yang memberi pilihan antara C-Class dengan E-Class.

Ada yang merungut C-Class terlalu kecil tetapi E-Class terlalu mewah. Jadi B-Class adalah penyelesaian terbaik. Rekaannya baru, menarik dan mirip R-Class. Ruang dalamannya luas. Cuma, bagi kenderaan berenjin 1.7 liter, usah ditagih kuasa kuda yang berlebihan.

Daripada segi ruang dalamannya, panel pemuka, pemegang pintu dan kerusi bersalut kulit hitam menjurus kepada aspirasi kenderaan sporty dan kepantasan.
Segala aksesori dalaman, bahagian papan pemuka selain panel meter digital dengan punat kawalan berpusat pada sisi panel pintu direka penuh gaya.
Sama seperti model sebelumnya, B170 dilengkapi sistem audio dengan penukar enam cakera dan akses kawalan telefon bimbit dengan mengaktifkan teknologi ‘bluetooth’.

Kerusi belakang boleh diubah laras untuk memberikan ruang kargo lebih luas.
Sistem gantungan memang mantap menerusi aturan gandar Parabolic di belakang dan topang MacPherson di depan memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kemantapan kendalian.

Apa yang pasti, B170 model menjimatkan minyak dan NVH (bunyi, getaran dan kekasaran) yang boleh dipuji.

Transmisi CVT Autotronic tujuh kelajuan yang dibekalkan padanya amat menyeronokkan dan pemandu boleh mengawalnya secara manual dengan mengalihkan tombol gear ke kiri atau kanan.




ciri feminin???   kalu awex ko tomboy pangai cam lelaki.. suh beli merc 170... ada la feminin sikit..ek...      tapi waduh waduh waduh... kalu aku yg dapat pakey keta   ni... feminin pun feminin ler...  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.050065 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list