|
Reply #56 lobakbiru's post
kalau takde mood nak menulis... banyak masa macam mana sekalipun... tak bergeraklah muka surat tu...
rasa atau mood itu boleh dijana sebenarnya... apa yang saya buat kalau saya takde mood nak menyambung cerita... saya keluar rumah, tengok pokok-pokok bunga di laman... ambil la waktu lima minit atau lebih sikit... kemudian mengadap semula lappy...
ada waktunya sy layan tengok kartun, movie... dengar lagu atau keluarlah...pi drive ke mana-mana aje... sebab pada saya ilham tidak hanya muncul ketika kita berdua dengan komputer...
siapa2 yg ada PDA tu bleh la guna utk catat apa2 point penting yang terlintas waktu tu, macam saya sendiri...sy sentiasa ada buku kecil utk tulis apa aje perkara yang terlintas kat otak...
ada waktu-waktunya point2 itu kita tak gunakan pada cerita yang sedang kita tulis, tp mungkin berguna pada cerita akan datang...
sy suka lakonkan dialog yang saya tulis... kalau dialog tu sedih... sy mesti rasa feel sedih tu, kalau tak feel....tekanlah button backspace tu...
ada seorang penulis terkenal, dia bukan sahaja lakonkan dialog... tapi dia betul-betul melakonkan watak tu. kalau dia tengah tulis adegan bertinju misalnya...maka bergelutlah dia dengan partner dia citer betul ni... malah saya pun pernah disuruh melakarkan layout pejabat Najah untuk pastikan kedudukan bilik-bilik di pejabat tu selari dengan apa yg saya tulis... ini bertujuan bagi memberi pemahaman mudah kepada pembaca....
bagi saya... tulislah apa yang kita mahu, tulis something yang kita puas... kemudian serahkan pada pembaca untuk menilainya... pasti ada yang tak suka...namun yang suka juga tak kurang...
dan selalulah bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman dan bertukar pendapat dengan kawan-kawan yang lainnya...
masa, kalau tidak kita adakan...sampai bila-bila pun kita tak ada masa...
minat, tanpa kesungguhan pun tak akan menjadi kalau tidak ada usaha...
[ Last edited by nazurah at 18-3-2009 13:55 ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|