CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8248|Reply: 15

31 Disember 2008: Berkuburnya MZ Motorrad di Jerman

[Copy link]
Post time 5-12-2008 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Helo korang,

Ada tak di antara korang yang pakai motor2 jenama MZ cam skuter nyamuk (Moskito), Mantizz, Perintis etc.? Kalau ada, korang jagalah motor korang elok2, sebab kalau motor korang tu jahanam, korang takkan dapat lagi gantikan dengan motor yang sejibik macam motor korang tu... sebab apa?

Aku terbaca berita sedih ni kat majalah Roda-roda bulan 12 yang baru aku beli semalam, dan dalam kolum pengarang tu dier sebut pasal penutupan MZ Motorrad bukan setakat kat Mesia tapi gak kat Jerman secara rasmi pada 31 Disember 2008 lepas kerajaan wilayah Saxony (wilayah kat mana kilang utama dier terletak) amik keputusan untuk hentikan subsidi untuk jenama MZ ni laa.

Sejarah MZ memang panjang. Zaman dulu, MZ pernah jadik syarikat motor terbesar di dunia pada awal abad ke-20 lepas motor MZ RT125 (1939-1962) jadik motor yang paling laris dijual di dunia time tu, dan gak jadik motor yang paling banyak ditiru sebab motor tu la yang membentuk standard kepada motor naked ataupun street bike yang ada sekarang. Time tu motor MZ RT125 pakai enjin 2-stroke, tapi dier nyer 2nd generation model (1992) lak pakai enjin 4-stroke.

Lepas Jerman kalah Perang Dunia Kedua, wilayah2 dier berpecah kepada 2 iaitu Jerman Barat (demokrasi) dan Jerman Timur (komunis). Memandangkan kilang MZ tu terletak kat belah timur, kilang tu pun diambil alih oleh pemerintah Jerman Timur dan diberi protection giler2 oleh kerajaan. Oleh sebab negara2 komunis ni buat dasar tutup pintu terhadap negara2 demokrasi, diorang cuma guna produk dari negara2 komunis jer, dan pasaran MZ time tu terhad kat negara2 komunis jer. Tapi yang bestnyer pada diorang ialah demand untuk motor sentiasa jer ada sebab jadik milik negara.

Lepas Jerman bersatu semula tahun 1990, MZ dijadikan syarikat awam pada tahun 1991, dan pada tahun 1996 Hong Leong beli MZ. Encik Ron Lim dari Hong Leong Yamaha diberi kepercayaan untuk mengetuai operasi membeli MZ. Lepas MZ dibeli oleh Hong Leong, MZ memulakan projek superbike pertama (dan satu2nya) iaitu MZ 1000S. Dalam masa yang sama, Hong Leong membawak jenama MZ kat Mesia dan kuarkan model2 kapcai cam Perintis, Mantizz dan skuter Moskito. Skuter nyamuk tu still bleh carik kat Jerman, tapi model2 kapcai lak cuma ada kat Mesia jer. MZ siap masuk Cub Prix lagi untuk memperkenalkan model diorang dan gak untuk test power laa. Time tu, MZ Motorrad Malaysia buat promo giler2 termasuklah buat macam2 program cam konvoi ataupun program lepak kat kedai2 makan sambil promo model diorang.

Tapi zaman malap MZ bermula bila Encik Ron Lim bersara, dan takder pengganti berkaliber untuk menggantikan dier untuk mengepalai MZ. MZ kat Jerman lak berdepan dgn masalah nak bersaing dgn pengeluar motor lain yang lebih besar kat Jerman dan gak lambakan motor2 China kat Eropah. So akibatnya, MZ tutup terus kilang kat Mesia tanpa diketahui sesaper, dan kilang kat Jerman lak bakal ditutup pada 31 Disember 2008 ni laa. Ia memang ironi, sebab time zaman minyak mahal (walaupun harga minyak dah turun) ni sepatutnya demand keter turun giler2 dan demand motor lak naik giler2.

So pengajaran yang patut kita dapat dgn peristiwa sedih ni ialah betapa pentingnya protection kerajaan, tapi kenalah berpada2 untuk bersaing dgn jenama lain. Usaha Hong Leong patut dipuji sebab diorang cuba pelihara jenama MZ lepas dibeli, tapi malangnya tak dapat gak bertahan lama disebabkan keadaan ekonomi dunia sekarang. Dulu time zaman Mahaleel lak Proton pernah gak beli MV Agusta, satu lagi jenama bersejarah yang dikenali sebab menapau hampir setiap kejuaraan tahunan kategori 500cc sebelum dibenam habis2an oleh motor2 Jepun, tapi Mahaleel takder niat pun nak pulihkan balik MV Agusta tu, setakat beli untuk amik kemahiran design dier jer. Sebab tu la time Syed Zainal Abidin baru2 naik jer dier jual MV Agusta sejumlah 1 euro jer. Lagi satu, bila kita dah beli, jenama tu sepatutnya diangkat sama jadik jenama nasional gak laa walaupun asal-usul jenama tu bukan dari Mesia. Macam Proton beli Lotus, kerajaan sepatutnya amik kesempatan guna Lotus Elise jadik keter polis untuk menghambat pelumba haram ataupun penjenayah laa.

Sekarang ni bila MZ dah nak berkubur, ada persoalan yang kena diselesaikan - camaner dgn nasib pemilik motor2 MZ kat Mesia? Kat mana lagi nak carik spare part utk motor2 tu...? Kalau trade-in nanti ada harga tak...? So jagalah motor korang bebaik sebagai bahan peninggalan sejarah pada masa akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 11:09 AM | Show all posts

Reply #1 Squall-Leonhart's post

apalah nasib malang MZ ni............
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:18 AM | Show all posts
alahai ruginye
meha suka naik mozkito dengan mantizz rasa cam lain dari lain je bila bawak 2-2 motor ni.Rasa berbeza dari Yamaha,Honda Suzuki,etc
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:24 AM | Show all posts
aku dah baca kat MBC dulu pasal berita ni. sian la jugak kan, dah berpuluh tahun bisnes akhirnya mati camtuh je.

n satu lagi, 2-3 minggu lepas aku try bukak website dia,
http://www.mz-motorrad.com.my/home.php ,
tapi kena hack ngan hacker indon pulakk..

la ni dah tutup terus..
tak bayar hosting kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2008 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by mehacomp_91 at 5-12-2008 11:18 AM
alahai ruginye
meha suka naik mozkito dengan mantizz rasa cam lain dari lain je bila bawak 2-2 motor ni.Rasa berbeza dari Yamaha,Honda Suzuki,etc

Satu lagi, sikap flip-flop kerajaan pun patut diamik kira gak, sebab kerajaan pernah kata kunun nak guna motor MZ 1000ST untuk gantikan motorr2 Honda CBX750 diorang yang lama tu. Kalau kerajaan terus jer hantar tender kat MZ, diorang at least still ada ruang nak bernafas gak. Lagi satu, cukai import yang kaw2 tinggi pun bleh kira satu lagi culprit, sebab kalau cukai import tu murah dah tentulah MZ Malaysia bleh bawak masuk model superbike MZ 1000S diorang dgn harga yang agak murah laa. Mentang2 laa Hong Leong ni langsung takder pengaruh politik sarkas Umno, tu yang diabaikan gitu jer laa... :@
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 03:09 PM | Show all posts
aku dah abis baca... best.. jalan cerita n gaya bahasa yang selamber... tapi kenapa ending dia macam tu...


psstt....citer betul ke ni???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2008 03:11 PM | Show all posts
hahahhahahaha.. silap skrin la... aku ingat ke kat board writer's room tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 03:12 PM | Show all posts
kilang moto MZ ni dekat jek ngan opis aku.. tak tau pulak dah tutup.. 5 months ago aku baru collect sebijik moto Mantizz dr situ utk mak aku kat kg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2008 10:40 AM | Show all posts

Reply #8 Airis's post

Tu la pasal, haku pun tak tau citer sampai la time aku beli Roda-roda latest baru la tau citer sebenar... what a sad ending for a motorcycle brand which was once the largest motorbike producer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 11:27 AM | Show all posts
http://www.muz.de/

website ada lagi..........
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 11:33 AM | Show all posts
kesian sedih tul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2009 02:22 PM | Show all posts
Berita terkini...

Bebaru ni dua bekas pelumba MotoGP, Ralf Waldmann dgn Martin Wimmer dah konfem beli MZ daripada Hong Leong dgn harga 5 juta euro. So, MZ dah dihidupkan balik tapi tak sure diorang akan bukak kilang balik kat Mesia ker tak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:26 PM | Show all posts
xde sape nak paste gambo ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 04:05 PM | Show all posts
Value motor jenama MZ nie sekarang dah jatuh teruk sama line dgn motor comel atau demak tak ada harga. Nasib baik adik saya dah trade in moskito dia dgn motor lain itu pun harga jatuh teruk juga. Motor nie lasak juga tapi cuma pomen yg tak berapa familiar dgn Moskito nie sikit2 suruh overhaul
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 04:43 PM | Show all posts
den nak jual perintis den..125cc
kesian dia den tak pakai..asyik kulu kilir dgn LC..
lopeh ni kapel dgn belangR plak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 10:35 AM | Show all posts
Berita terkini...

Bebaru ni dua bekas pelumba MotoGP, Ralf Waldmann dgn Martin Wimmer dah konfem beli MZ daripada Hong Leong dgn harga 5 juta euro. So, MZ dah dihidupkan balik tapi tak sure diorang ...
Squall-Leonhart Post at 4-5-2009 14:22



ambik masa nak naik balik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.048677 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list