View: 9571|Reply: 9
|
Transoformers: kostum watak hero transformers (toy)
[Copy link]
|
|
Terjemahan karakter hero
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Reno bukan saja dapat membuatkan kanak-kanak gembira dengan kostum watak hero Transformers, malah dia juga bangga dapat memakai serta menjadi pembuat kepada kostum tersebut.
DI sebalik cermin kostum yang berkabus, dia masih dapat melihat wajah-wajah gembira itu dengan jelas. Kalau diikutkan, dia sudah berdiri dengan pelbagai gaya selama beberapa jam. Letihnya, susah untuk digambarkan, apatah lagi apabila terpaksa memakai sut yang beratnya lebih 35 kilogram.
Namun, tugas itu dilakukan dengan penuh rasa bangga. Bangga kerana memakai kostum figura filem kegemarannya, menjadi hero dan mendapat perhatian luar biasa terutamanya daripada kanak-kanak.
Memulakan kelab kostum sejak tiga tahun lalu, lelaki bertubuh tinggi lampai ini sudah memakai pelbagai kostum, termasuklah Dark Vader (Star Wars), Predator, Alien dan semuanya disebabkan oleh minat yang cukup mendalam.
“Ini merupakan kali pertama saya memakai kostum Transformers yang dibuat khas untuk pertunjukan jalanan ini. Susah juga hendak berjalan menaiki tangga ke pentas kerana tidak nampak. Platform kostum ini juga sangat tinggi, jadi kena melangkah perlahan-lahan.
“Namun, saya menghargai pengalaman memakai kostum di dalam dan di luar Singapura. Apabila berada dalam kostum, saya dapat lihat kanak-kanak begitu gembira. Mereka ingat, kami adalah watak sebenar.
“Walaupun kostum ini sangat berat dan panas, setiap peluh dan penat itu berbaloi,” jelas Penerbit Eksekutif, Moviemania.com.sg., Reno Tan, sambil memberitahu, dia meminati Transformers sejak menonton kartun karakter robot itu sejak tahun 1990-an.
Disebabkan pergerakan terbatas, gaya kegemaran Reno yang boleh ditunjukkan hanyalah mendepakan tangannya seakan Optimus Prime hendak bertarung.
Dihasilkan di bengkelnya di Singapura, kostum Optimus Prime ini diperbuat daripada gentian kaca. Proses mengarca, membuat acuan dan mengecat keseluruhan kostum ini mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan, melibatkan lima orang pekerja.
FILEM Transformers akan disiarkan di saluran 411, Astro pada 21 Disember ini.
Menurutnya, bahagian paling sukar untuk dihasilkan ialah dada dan kaki. Ini kerana rujukan penghasilannya adalah dengan menonton filem, sedangkan di dalam filem, kostumnya dalam bentuk CGI. Jadi, untuk menghasilkan kostum yang begitu sempurna memang mustahil.
“Saya cuba hasilkan yang terbaik dengan turut merujuk kepada figura Transformers dan mendapatkan idea daripada imej 3D, sebelum membuat arca serta perinciannya. Untuk kesan yang lebih realistik, saya tambah lampu dan kesan bunyi.
“Kami dijemput oleh pihak HBO setelah mengetahui kami boleh menghasilkan kostum. Selepas ini, pertunjukan jalanan ini akan akan diteruskan ke Jakarta, Hong Kong, Taiwan dan Singapura untuk mempromosikan filem Transformers bagi saluran HBO,” tambah Reno sambil mengakui bahawa Optimus Prime adalah watak hero kegemarannya.
Biarpun sesetengah kostum boleh diubah suai saiznya mengikut keperluan bakal pembeli, tetapi biasanya kostum perlu dibuat agar ia tinggi. Jadi sesiapa yang ingin menjadi Optimus Prime mesti mempunyai ketinggian tertentu.
Reno menegaskan, tugasnya bukan sekadar memakai kostum itu, tetapi dia perlu sebati dengan karakter hero pujaannya.
Sementara itu, seorang peminat tegar filem dan Pengurus Operasi Moviemania.com.sg., Riyaz Delilkhan tidak dapat menyembunyikan rasa teruja ketika menyarung kostum watak kegemarannya.
KOSTUM dari filem semakin diminati di Malaysia.
Pada hari itu, dia memakai kostum Starscream yang berwarna hitam dan kelabu.
Kostum Starscream yang diperbuat daripada gabungan material busa dan kain ini lebih hebat. Ia lebih ringan dan mempunyai banyak bucu-bucu tajam. Menariknya, Riyaz bukan sekadar boleh berdiri, malah ‘berubah bentuk’ daripada robot menjadi pesawat pejuang.
“Tidaklah boleh berubah sangat tetapi lebih kepada mengerekotkan tubuh di atas lantai. Pada mulanya, memang teruja, tetapi lama-kelamaan penat juga apabila terpaksa duduk dalam keadaan begitu bagi tempoh yang lama.
“Panas pakai kostum Starscream ini. Mula-mula susah juga hendak pakai, tetapi selepas dipakai dan ditanggalkan beberapa kali, saya sudah tahu bagaimana caranya. Malah, saya juga rasa lebih selesa setelah faham apakah pergerakan yang boleh dan tidak boleh dibuat,” ujarnya ceria.
Beliau menambah: “Seronok pakai kostum kerana saya suka jadi hero. Bila pakai kostum, orang tanya di mana beli dan saya akan jawab bahawa kostum ini dibuat sendiri. Biasanya, mereka akan berasa kagum dan itulah saat yang paling bagus,” kata Riyaz yang juga menggemari sambutan Halloween.
Pengarah Komunikasi HBO Asia, Karen Lai, pula berkata, program yang melibatkan pertunjukan kostum ini diadakan sempena tayangan perdana filem Transformers di saluran HBO Asean pada 21 Disember ini.
“HBO ingin berkongsi keterujaan para penonton terhadap filem yang mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Ia juga sebagai satu tanda HBO menghargai penontonnya menerusi satu acara yang lebih meriah.
“Dalam pertunjukan jalanan yang berlangsung di beberapa buah bandar raya utama negara-negara Asia Tenggara, pengunjung boleh melihat secara dekat robot Transformers iaitu Optimus Prime dan Starscream, di samping berpeluang bergambar dengan mereka,” kata Karen ketika dihubungi Kosmo! di pejabatnya di Singapura.
KANAK-KANAK tidak melepaskan peluang bergambar
kenangan dengan figura Transformers di Mutiara Damansara.
Tidak menafikan bahawa ia adalah salah satu bentuk promosi saluran HBO (sebab itulah ia dilaksanakan bersama pihak Astro), Karen menyatakan HBO tidak pernah gagal menyajikan filem-filem terbaik buat semua penontonnya.
Pada acara yang berlangsung di Atrium Ikano Power Centre pada hujung minggu itu, para pengunjung dapat melihat watak Autobot dan Decepticon, berpeluang merakam gambar, memperoleh barangan eksklusif Transformers termasuk kemeja-t yang bernilai lebih RM300 (untuk 20 orang yang terawal sahaja), selain menyertai pelbagai aktiviti yang lain untuk mendapatkan hadiah menarik.
HBO tidak pernah gagal menyajikan filem-filem terbaik buat semua penontonnya.
Antara aktivitinya ialah memasang figura Transformers paling pantas, meniru suara atau bunyi robot Transformers, bermain permainan video serta menamakan watak robot di dalam filem tersebut.
Saya suka model figura – Reno
RENO TAN bukan peminat filem yang biasa. Ketaksubannya terhadap filem membuatkannya mula memakai kostum sejak dia berusia 17 tahun lagi. Kini, selepas lebih 20 tahun, minat itu diteruskan tanpa rasa jemu.
Bermula dengan membeli kostum, Reno kini sudah berupaya menghasilkannya sendiri di bengkelnya di Singapura. Mengakui memang tidak tahu hendak membuat kostum pada asalnya, Reno belajar perlahan-lahan, bermula dengan mengarca, sebelum mewujudkan sekumpulan pakar untuk membantunya membuat kostum.
“Dari kecil lagi, saya sukakan model-model dan figura, misalnya kereta kebal dan kapal terbang jenama Tamiya. Pada masa itu, saya cuma tahu beli tetapi tidak tahu hendak buat.
“Dua tahun lalu, saya ke Australia untuk belajar membuat kostum daripada seorang pembuat prop filem yang pernah bekerja untuk filem Star Wars. Saya juga menjemputnya ke Singapura untuk mengajar saya dan kawan-kawan selama dua minggu. Dari situlah, saya mula menghasilkan kostum,” kata Reno.
Walaupun mengakui bilangan peminat kostum tidak ramai, namun mereka mempunyai komuniti tersendiri di beberapa buah negara termasuklah Malaysia, Singapura dan Thailand.
RENO TAN (kiri) dan Riyaz Delilkhan menunjukkan salah
satu bahagian kostum Transformers di Mutiara Damansara.
Mahu meningkatkan minat orang ramai terhadap kostum, Reno cuba melakukannya dengan cara menjual kostum pada harga lebih murah. Sebabnya, kalau hendak beli dari luar negara seperti Amerika Syarikat (AS) atau Eropah, harganya sangat mahal.
“Harganya boleh mencecah sekitar AS$10,000 (RM35,622.52) hingga AS$15,000 (RM53,432.79). Material dan teknik penghasilannya berbeza, mana boleh bandingkan dengan bengkel saya yang baru berusia dua tahun. Perbezaan kostum yang saya hasilkan dengan kostum dari AS dan Eropah pastinya dari segi kualiti kerana ia dihasilkan oleh golongan profesional.
“Jika ada yang ingin belajar buat kostum, kami sedia mengajar. Sebabnya, kalau beli kostum, kemudian ada bahagian yang rosak, anda perlu membaikinya sendiri,” jelas Reno.
Berhasrat untuk sampai ke tahap penghasilan kostum seperti di Hollywood, Reno menyatakan bahawa dia menghasilkan sesuatu kostum dari satu lakaran kosong.
Kostum yang ingin dibina dimulakan dengan mengarca menggunakan tanah liat. Kemudian, acuan plaster dibuat sebelum mengaplikasikan pula gentian kaca dan diperhalus menggunakan kertas pasir.
Selepas itu, dia akan membuat satu lagi acuan iaitu acuan getah silikon. Acuan itu secara relatifnya boleh menghasilkan sehingga 300 kostum yang sama.
“Saya juga beli banyak buku panduan untuk membuat kostum, selain ajak sesiapa yang pandai buat kostum untuk menyertai kelab kerana kami boleh berkongsi pengetahuan.
“Resipinya? Kena banyak bersabar. Cuba tengok dada dan kaki Optimus Prime ini, anda tidak boleh membelinya dari mana-mana pusat beli-belah.
“Kostum dihasil berdasarkan permintaan. Lagi pun, bilangan peminat kostum semakin bertambah. Memang mahal sedikit kerana mereka perlu faham bahawa kostum filem berbeza dengan kostum anime.
“Kostum anime mudah dibuat kerana ada ramai tukang jahit, kostum filem pula perlu ikut macam dalam filem dan memakan masa untuk disiapkan,” kata Reno yang menyatakan kemungkinan akan menjual kostum Optimus Prime selepas tamat roadshow tersebut.
Kepada yang berminat, kostum Optimus Prime ini mungkin akan dijual pada harga sekitar RM7,000 (AS$2,000) seunit.
masa halloween party kat kerja aku 31 oct dulu aku pakai kostum optimus crime... giler beb... ramai lak yg pakai transformer kostum masa tu.. tapi yg fofuler joker dgn vampire ler.... aku mmg minat transformer dari study dulu lagi.... idola aku optimus prime nih... :victory:
[ Last edited by amazed at 17-12-2008 04:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pemilik 6,000 figura
Kartun Transformers telah banyak mempengaruhi Mike Wong untuk menjadi pengumpul selama 15 tahun.Dia percaya hobinya adalah satu pelaburan yang menguntungkan.
MELIHAT, membersih atau menyusun kembali koleksinya
memberi ketenangan kepada Mike Wong.
DENGAN memiliki lebih 6,000 figura sejak 15 tahun mengumpulnya, Mike Wong percaya, koleksi yang dimilikinya bukan sekadar memenuhi hobinya malah merupakan pelaburan menguntungkan. Mengapa?
Bagi lelaki ini, figura bukan sekadar plastik yang berwarna warni, sebaliknya, ia juga satu bentuk pelaburan. Semakin lama figura itu disimpan, nilainya bertambah tinggi, terutamanya jika figura tersebut masih kelihatan baru dan belum dibuka bungkusannya.
"Boleh jadi, ia satu bentuk perniagaan andai disimpan dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang. Itulah sebabnya, ramai pengumpul membeli dua atau lebih. Harga figura yang asalnya mungkin RM50, boleh mencecah RM100 atau lebih," katanya.
Bilik bercahaya suram sederhana besar itu dipenuhi dengan figura pelbagai warna dan saiz. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa koleksi yang ada di sini, jauh lebih banyak daripada apa yang terdapat di gedung permainan terkenal di Kuala Lumpur.
Mike sudah mengumpul semua figura ini sejak 15 tahun lalu. Maka tidak hairanlah jika komitmennya itu membolehkan dia memiliki lebih 6,000 figura sehingga kini.
Mula mengumpul figura Transformers sejak generasi kedua, Mike mengakui bahawa ia merupakan figura yang sangat unik.
Malah, ia boleh menjadikan seseorang itu ketagih untuk terus memilikinya kerana ia robot yang mempunyai banyak mode dan boleh diubahsuai. Maksudnya, anda boleh bermain dua permainan dalam satu figura.
Sejak kecil, Mike berazam satu hari nanti, dia akan memiliki semua figura Transformers. Akhirnya, membeli permainan atau figura ini menjadi satu tabiat.
"Mula-mula beli satu atau dua figura setahun sahaja. Kemudian, jumlah itu meningkat apabila saya bekerja sambilan di pusat video dan mempunyai wang sendiri.
"Saya akan membelinya setiap bulan sebagai satu cara memanjakan diri sendiri selepas penat bekerja. Jadi, gedung permainan seperti Toys R Us menjadi lokasi wajib dikunjungi.
"Bukan main sangat pun, cuma saya berasa kagum dengan buatannya yang halus dan cantik. Mungkin saya akan pegang dan main dua tiga kali sebelum meletakkannya di atas rak atau memasukkan semula ke dalam kotak," katanya.
MULA mengumpul figura Transformers sejak generasi kedua.
Kartun Transformers juga banyak memberi pengaruh kepada Mike untuk menjadi pengumpul dan mencipta taman permainannya sendiri. Sebab itulah, majoriti figura yang dibelinya sejak tahun 1980-an masih dalam keadaan baik.
Digelar penagih figura oleh rakan-rakannya, Mike sanggup berhabis ratusan ringgit (sekitar RM500 hingga RM800) setiap kali menjengah ke kedai untuk mendapatkan dua atau tiga figura, bergantung kepada saiznya. Maka, tidak hairanlah jika bilangan koleksinya bertambah begitu pantas.
Pada peringkat awal Mike mengumpul koleksinya, ibunya sering berleter kerana beranggapan kenapa perlu membazirkan wang membeli permainan. Namun, itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk membeli lebih banyak lagi.
"Memang banyak wang yang telah saya belanjakan untuk membeli permainan. Tidak pasti jumlah sebenar, tetapi rasanya sudah mencecah puluhan ribu ringgit.
"Saya lebih rela melihat wang digunakan untuk membeli permainan, daripada membazirkannya dengan pergi ke kelab malam. Jika keadaan mendesak, saya pun boleh menjualnya," cerita Mike, memberitahu dia hanya menjual dua figura kepada kawannya sehingga kini.
Jika peminat Star Wars mesti memiliki Light Saber, tidak sah bagi seorang pengumpul figura Transformers tidak mempunyai Optimus Prime.
Selaku peminat tegar figura Transformers, Mike telah menyaksikan evolusi permainan ini, daripada yang ringkas kepada perlu mencabut sesetengah bahagian dan menyambungkannya kembali.
Sukakan cabaran untuk membuat perubahan kepada figura Transformers miliknya, Mike turut memiliki beberapa koleksi terhad yang disimpan kemas di dalam kotak.
Bangga melihat koleksinya, Mike menyatakan figura-figura itu boleh membuatkannya menjadi lebih tenang. Malah melegakan tekanan yang dihadapinya di tempat kerja dengan sekadar melihat, membersih atau menyusun kembali koleksinya.
Percaya atau tidak, mengumpul barangan ini juga ada pantang larangnya. Antaranya, figura ini tidak boleh dibiarkan terdedah kepada pancaran matahari kerana warnanya akan menjadi pudar dan plastiknya rosak.
Tidak berselindung bahawa sebelum ini ramai orang menyindirnya kerana sudah dewasa tetapi masih membeli permainan, Mike dan adiknya tahu mereka perlu melakukan sesuatu agar dapat membuktikan bahawa mengumpul permainan bukannya kerja budak-budak.
Justeru itu, mereka berdua memulakan forum yahoo group pada tahun 2003. Apa yang mengejutkan ialah ramai yang berminat untuk menjadi ahli. Lama kelamaan jumlahnya semakin bertambah dan Mike mengambil keputusan untuk membina sebuah laman forum.
Maka lahirlah laman web transmy.com dengan ahlinya bertambah setiap hari dan kini mencecah lebih 1,000 orang termasuk 500 daripadanya merupakan ahli yang aktif.
Kebanyakan ahlinya rakyat Malaysia dengan sebilangan kecil warganegara Filipina, Singapura dan Thailand. Pernah mengadakan majlis ramah mesra dan sambutannya cukup memberangsangkan.
Pelbagai program dilaksanakan sewaktu perjumpaan. Misalnya, cabutan bertuah, pertandingan 'mengubah suai' dalam tempoh paling singkat, pameran koleksi yang sukar diperoleh dan sebagainya.
"Kami panggil mereka sebagai power collectors. Mereka mempunyai koleksi yang sangat hebat, edisi terhad dan jarang dijumpai. Kami berkongsi idea dan pendapat. Ada kalanya, kami mengadakan bidaan apabila ahli ingin menjual lebihan koleksi mereka," jelasnya. - AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 amazed's post
wuh! Koleksi saya setakak ini, dlm 10 robot je... |
|
|
|
|
|
|
|
banyak gak tuh |
|
|
|
|
|
|
|
takde sape kat sini minat kumpul mainan tranformers ni..??
aku br je dptkan constructicon devastator utk movie punyer..puas hati aku!! haha |
|
|
|
|
|
|
|
'Pelaburan menguntungkan'.....uhh bagi aku la kalau benda tu rare atau undersupplied atau demand tinggi OK la.....sebab boleh naik harga akan datang....
Kalau memuaskan tu memang ye la.....
Ehhhh cakap orang pulak...aku pun sama...tapi takde la satu karekter sampai 2-3 unit! |
|
|
|
|
|
|
| |
|