CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4121|Reply: 10

River Conservation , TAGAL, BEHLE

[Copy link]
Post time 14-1-2009 06:12 PM | Show all posts |Read mode
jom borak pasal konservasi sungai



1st thing first, kena tahu term atau maksud tagal dan  behle atau term term mengikut daerah yg ada.

paling glamernya, adalah TAGAL.

DEFINASI:

Sistem Tagal atau di sesetengah daerah dikenali “Bombon” adalah satu konsep pemuliharaan sumber perikanan di sungai melalui pembabitan penduduk sesebuah kampung. Malah definisi tagal itu sendiri bermakna larangan terhadap sesiapa saja untuk menangkap ikan di kawasan sungai yang ditetapkan oleh ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagi tempoh tertentu.


Dalam sistem ini pihak yang cuba memudaratkan sungai seperti menangkap ikan dan mencemarkan sungai boleh didenda menerusi Peraturan Penagalan yang diiktiraf oleh Mahkamah Anak Negeri.

bagi di PAHANG, term Behle digunakan.


Objektif:

untuk memulih dan memelihara sungai dari segala bentuk pencemaran dan ancaman. Stok akuatik dapat dikekalkan dan ekologi serta alam sekitar akan dapat di warisi olehi generasi akan datang.


Antara kawasan kawasan yg di nobatkan sebagai kawasan TAGAL adalah, seperti di Sungai Maroli Ranau dan Sungai Tahan, taman negara.



sedikit gambar:





Sungai Maroli






Sg tahan, Kg pagi, Taman Negara



for more info, klik pada link dibawah....

http://bahcom.blogspot.com/2008/ ... oli-berpotensi.html

http://pahanganglersworld.blogsp ... 0&max-results=1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 06:29 PM | Show all posts

Balas #1 geng_tx\ catat

Kg pagi ni kawe doh sampai dah, tengok dalam sungai tahan tu, banyaknye ikan, besor2 plak tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:41 PM | Show all posts
system tagal yg aku pernah jumpa kat KG babagon Penampang KK..pernah gak mandi kat situ..dorang siap wat chelet utk pengunjung..
bagus gak system tagal ni, selain leh mengawal populasi species ikan, ia juga boleh dijadikan kawasan pelancongan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:42 PM | Show all posts
nnt kalau ada gambar aku post kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2009 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by eco_internet at 14-1-2009 11:42 PM
nnt kalau ada gambar aku post kan..




bagus boss... paste kan gambor bebanyak...


kat kuantan pun dah mula, area sg lembing sana....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 01:45 PM | Show all posts
TAGAL..konsepnya bagus tetapi jika amalan setiap tahun atau 2 tahun sekali harvest..mana ikan nak cukup besar dan sempat membiak, jika di tagal terus barulah ikan tu sempat membiak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2009 03:40 AM | Show all posts
Kat Semenyih kita guna sistem penggal.
Sesapa yang komplen atau menyayangi sungai akan di penggal oleh mereka yang mengusahakan pasir di sini.

Yang tinggal hanya ikan baung dan ikan bandaraya.
Lampam, Tilapia, Keli, Li Koh, Tongsan, Sebarau, Ikan Putih, Terubul malah Labi- labi yang pernah aku dapat dulu sekarang tiada lagi.

Airnya keroh sentiasa.Air teh tarik jenama masjid.
Kesian aku....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 08:39 PM | Show all posts
haha sy un alu alukan sistem tagal, tapi... bagaimana pula dengan ikan laut ? patutkah sistem yg sama diperkenalkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 03:01 AM | Show all posts
Laut to free trade zone...

Bila kita dah tagal ada pulak yang gatal...

Buat senaman kluar peluh boleh lah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 05:56 PM | Show all posts
tak semestinya... hmm sini Western Australia habis diorg tagal gak ... coast to coast gitu..

contohnya mereka yg memancing dari pantai ada had saiz dan kuantiti yg boleh dibawa balik bagi spesis2 tertentu... mmg lagi strict la bagi ikan2 yg terancam...mereka yg memancing dari bot pula kena ada lesen baru dibenarkan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 09:07 PM | Show all posts
Negara kita kurang penguatkuasa dan penguatkuasaan...

Macam penangkapan ikan Kelah, hanya orang asli yang boleh menangkapnya...
tapi mereka yang tak bertanggungjawab telah mengupah orang asli ni dan membeli daripada mereka dengan harga yang murah...
So...nak pantau cam maner...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.720408 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list