CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: virgomal

- K A M P O N G _ L O R O N G _ B U A N G K O K -

[Copy link]
 Author| Post time 27-1-2009 12:26 AM | Show all posts


LTA kehilangan satu cone :kant:


.. cone semunyik arr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2009 12:28 AM | Show all posts
maybe brake tak makan tu pasal kosi ni sampai terselit celah pole


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 02:24 PM | Show all posts

Reply #61 virgomal's post

hahaha..kesian LTA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2009 04:31 PM | Show all posts

kita pusing keliling kat rumah ni... ingatkan surau tak...
kaler dia benar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2009 04:32 PM | Show all posts
miauuuuwwwwwwww

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 06:10 PM | Show all posts
Interesting pictures...baru pernah dgr nama kampung ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2009 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by SweetCandy at 26-1-2009 09:42 PM
ishh.. reddots, dah imejin sampai ke situ.

  dah slalu terimejin mcm tu.. bak kata pepatah, beringat sebelum kena..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 27-1-2009 12:16 AM
ha ah eh.. tak bother pulak nak amik tau can ke kenot amik gambo
bantai jer
bagus gak reddot tanya camtu... i can imagine kena kejar dgn parang ke...:@ .. dengan bangku ke......

tak r ...


sebabnya kan Kak V, kalau Cub pun, tengah bukak jendela, tahu2 ada org dok terzoom sana zoom sini, maunya cub marah..apakehey org tu, tengah ngendap aku salin baju ker??...  dia nak menCSI aku ni naper?? nak memFBI ker or menyepay ker (spy )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2009 08:00 AM | Show all posts

Berita Harian...

Singapura : 9 Februari 2009         
         
KAMPUNG TERAKHIR SINGAPURA

Penduduk Kampung Lorong Buangkok sedar mereka harus beri jalan kepada pembangunan akhirnya

Oleh
Ervina Mohd Jamil


SETIAP tahun, keluarga Cik Sharifah Rodziah Ahmad beraya di kampung.

Namun, beliau tidak menyeberang Tambak untuk menyambut Syawal bersama sanak saudara di kampung di Malaysia. Sebaliknya, mereka beraya di Singapura - di Kampung Lorong Buangkok.

Keluarga Cik Sharifah, 40 tahun, adalah antara 28 keluarga yang tinggal di satu-satunya kampung yang masih wujud di sini itu.

'Saya suka suasana Hari Raya di kampung ini - meriah sekali. Setiap malam Raya, keluarga masing-masing dari kawasan lain Singapura pulang ke kampung ini dan kita menganyam ketupat dan rebusnya bersama-sama.

'Budak-budak pula suka berlari sana sini dengan bunga api mereka,' kata Cik Sharifah.

Ibu empat anak berumur antara dua dengan 18 tahun itu sudah 40 tahun tinggal di situ. Namun, Cik Sharifah dan penduduk lain sedar satu hari kelak kampung itu akan memberi jalan kepada pembangunan jua.

Sekarang pun, beberapa kren sudah mengelilingi kampung itu.

Akhbar The New Paper pada 14 Januari lalu melaporkan tanah tapak Kampung Lorong Buangkok yang dimiliki Cik Sng Hui Hong, 55 tahun, itu bakal dibangunkan pemerintah.

Menurut akhbar itu, tanah tersebut dibeli bapa Cik Sng, seorang penjual ubat-ubatan tradisional Cina, pada 1956. Menurut Cik Sng, beberapa keluarga di situ membayar sewa antara $6.50 hingga $30 sebulan kepadanya.

Kebanyakan penduduk kampung seluas tiga padang bola sepak itu telah tinggal di situ sekitar 40 tahun atau lebih.

Cik Sharifah berkata beliau mendapat tahu tentang rancangan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk membangunkan tapak perkampungan itu hanya selepas membaca laporan akhbar itu.

Seperti Cik Sharifah, Cik Salamah Salleh juga berasa sedih apabila mendapat tahu tentang rancangan itu, lebih-lebih lagi beliau tinggal di situ sejak dilahirkan 60 tahun lalu.

Cik Salamah, yang tinggal bersama suaminya, Syed Alwi Ludin, 78 tahun, gemar menanam pokok bunga dan tanaman lain di sekeliling rumahnya.

'Di sini, saya tak payah membeli daun pandan dan cili. Kalau pergi pasar, saya hanya perlu beli sayur dan ikan. Kalau saya pindah nanti, sayang pokok-pokok bunga saya ini kerana tak mungkin saya dapat bawa semua apabila pindah ke rumah flat nanti,' kata Cik Salamah.

Suaminya pula gemar memelihara burung dan mempunyai 15 ekor burung beraneka jenis dan warna.

Ditanya tentang rancangannya, Syed Alwi berkata beliau becadang untuk melepaskan atau menjual semua burungnya kecuali empat, yang akan dibawa apabila beliau pindah ke flat kerana ia bernilai setinggi $13,000.

Menurut beliau, hubungan antara penduduk kampung itu ibarat sebuah keluarga.

'Ada masanya bila saya nak pergi Geylang, saya mengajak jiran-jiran saya untuk menumpang van saya. Kalau dah pindah ke flat nanti, susahlah untuk saya berbuat demikian,' ujar Syed Alwi.

Seorang lagi penduduk, Cik Habsah Yarman, 77 tahun, sudah 50 tahun tinggal di kampung itu.

'Saya sudah tinggal di sini sejak muda, sejak anak saya masih bersekolah hingga sekarang. Cucu pun dah berumah tangga,' ujar beliau.

Cik Habsah, yang berjiran dengan adiknya, Cik Ramlah, 75 tahun, berkata beliau berasa senang duduk di kampung walaupun bertemankan hanya adiknya itu pada siang hari.

'Di sini, saya bebas dan dapat berdikari. Kalau bosan, saya boleh menyapu sampah di halaman rumah atau melihat-lihat pokokpokok dan tanaman saya. Tak payahlah saya bergantung pada sesiapa,' ujar Cik Habsah.

Mengenangkan peristiwa banjir yang selalu melanda kampung itu suatu masa dahulu, beliau menceritakan pengalaman banjir yang tidak dapat dilupakannya.

'Dulu, sebelum sungai dibina dekat kampung ini, bila air pasang tinggi atau hujan lebat, air terus masuk ke dalam rumah. Saya ingat lagi pada tahun 1970-an, air naik sampai ke paras tingkap,' ujar Cik Habsah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 08:08 AM | Show all posts

Berita Harian...

Singapura : 9 Februari 2009         
  
URA: JADUAL PEMBANGUNAN BELUM DITETAP


PENGUASA Pembangunan Semula Bandar (URA) menyatakan rancangan pembangunan di kawasan Lorong Buangkok dan sekitarnya adalah sebahagian daripada Pelan Induk 1998.

Pelan itu merangkumi pembangunan kawasan perumahan, sekolah dan kemudahan yang disokong rangkaian jalan raya di kawasan tersebut.

Menurut jurucakap URA, sebahagian daripada kawasan itu telah diperuntuk bagi pembangunan jalan-jalan utama yang menghubungkan Buangkok Drive.

Bagaimanapun, jadual waktu bagi melaksana rancangan itu belum ditetapkan, katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.050418 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list