CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: skimax2

tokoh-tokoh kelahiran penang

[Copy link]
Post time 13-3-2009 11:22 AM | Show all posts


Nordin Ahmad
was born in Butterworth, Pulau Pinang in 1932 and held a rather comfortable job as a clerk at the British Headquarters, in Singapore in 1951. If possible, Nordin wanted to stay on the job until his retirement. However, an advertisement scouting for new actors published in Utusan Melayu newspaper had changed the mind of this curly-haired young man with an arresting personality.

揥hy don抰 I apply for this acting job?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2009 04:37 PM | Show all posts
Pelawak Ahmad Nisfu dan M. Zain pun khabarnya orang Pulau Pinang gak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 04:37 PM | Show all posts
Pelawak Ahmad Nisfu dan M. Zain pun khabarnya orang Pulau Pinang gak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 03:59 AM | Show all posts
founder syarikat YTL tu bukan orang pulau pinang juga kan..??
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 07:36 PM | Show all posts
hebat-hebat orang penang..kebanyakannya tokoh2 agung & no.1 peringkat nasional plak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 07:27 AM | Show all posts
tuh la pasal...
tp lanie pelakon yang dok naik..
si pasya tuh hampa x dak info ka??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2010 01:44 AM | Show all posts
Ahmad Daud ayah Ogy Ahmad Daud tu...orang Penang ka?hmmm
Lacoste Post at 4-3-2009 17:02


tak pasti Ahmad Daud anak kelahiran Penang...
tapi yg pasti ayahnya adalah Headmaster Penang Free School semasa P Ramlee bersekolah disana...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 01:45 AM | Show all posts
Datuk Ustazah Bahiah yang glamour dlm tv tu? Orang Penang jugak kan?
Lacoste Post at 4-3-2009 17:02


yup Ustazah Bahiyah org Penang..
asalnya org Byn Lepas, rumah sebelah Sekolah Rendah Byn Lepas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2010 01:51 AM | Show all posts
Tan Sri Azizan Zainul Abidin,former Petronas corporate figure
cigaro Post at 6-3-2009 10:51





Bagi yang mengagumi Azizan, buku ini adalah jawapannya. Malah mereka yang tidak kenal siapakah tokoh ini juga pasti  akan kagum dan mungkin berasa “rapat” dengannya. Semuanya boleh dilakukan dengan hanya menghabiskan  sedikit waktu untuk meneroka kehidupan masa lampau dan apa yang pernah dilalui oleh tokoh yang dianggap sebagai “institusi” ini.
Buku ini menarik kerana untuk melengkapkan penceritaan, Azam Aris turut mengutip cerita dan pengalaman kaum keluarga serta sahabat handai Azizan.  Elemen penceritaan ini dilakukan dalam setiap bab. Ia menjadikan biografi ini begitu hidup kerana mendapat sentuhan peribadi mereka yang pernah hadir dalam hidup tokoh ini.
Sebagai insan yang penuh pengalaman dan berkhidmat sebagai orang kanan kepada tiga Perdana Menteri – Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad – ketokohan Azizan memang terserlah.
Tiga bab pertama iaitu The Penang Files, The Road to the Ivory Tower dan Drawing the Personality boleh dikatakan antara bab paling menarik kerana ia memuatkan rentetan hidup Azizan yang mungkin tidak pernah diketahui oleh mereka yang di luar kelompok keluarga dan sahabat karibnya sebelum ini.
Berbeza dengan bab-bab lain yang mengupas pengalaman Azizan ketika sudah terkenal, ketiga-tiga bab awal menceritakan sejarah awal kebangkitan tokoh ini.  
Buku ini bermula dengan sejarah ringkas Pulau Pinang – negeri kelahiran Azizan dan juga sejarah keluarga Azizan menerusi The Penang Files. Tokoh yang membawa kecemerlangan kepada Petronas ini merupakan anak pertama hasil perkahwinan Zainul Abidin dan Amnah Abdullah.
Selain dua adik lelaki dan seorang adik perempuan, Azizan juga mempunyai seorang kakak dan seorang abang hasil perkahwinan terdahulu bapanya.
Beliau kematian bapa sewaktu usia tujuh tahun dan ibunya menyusul beberapa tahun kemudian. Azizan dan adik-adiknya dijaga oleh keluarga angkat dan menempuhi detik suka dan duka sebelum beliau dipelihara oleh kakak sulungnya, Wan Khairun.
Kakak berlainan ibu ini sangat disayangi dan dihormati oleh Azizan malah dianggap sebagai ibunya sendiri. Wan Khairun meninggal dunia dua tahun sebelum Azizan.
Azam turut menceritakan serba ringkas sejarah persekolahan Azizan khususnya ketika beliau menuntut di Penang Free School menerusi bab The Road to the Ivory Tower.
Ia memaparkan kesusahan yang terpaksa diharungi oleh tokoh ini dan rakan-rakan baiknya untuk berjaya di sekolah yang dikendalikan oleh pemerintah Inggeris itu.
Keadaan hidup dan tekanan yang dihadapi pada zaman persekolahan di bawah pemerintahan penjajah bukannya satu laluan mudah. Pelbagai pahit maung terpaksa dihadapi oleh mereka.
Perlu diketahui, antara rakan sekolah dan merupakan senior Azizan ialah Tan Sri P. Ramlee dan juga seniman Datuk Ahmad Daud. Bab ini turut memaparkan kejayaan Azizan dan empat sahabatnya dari Penang Free School ke Universiti Malaya di Singapura pada 1956.
Ia menceritakan bagaimana lima pemuda ‘kampung’ dari Pulau Pinang menjalani kejutan hidup di bandar besar seperti Singapura apatah lagi mereka selama ini hidup dalam serba kekurangan kerana datang dari keluarga miskin.
Buku ini turut memaparkan bagaimana Azizan mula membina karier dan akhirnya ketokohan beliau mendapat pengiktirafan terutama apabila diberi kepercayaan sebagai orang kanan oleh tiga mantan Perdana Menteri.
Seperti yang diakui oleh Tun Dr. Mahathir, Azizan memang seorang tokoh yang berkarakter tegas dan tidak mudah terpengaruh apabila sudah membuat sesuatu keputusan.
Malah Dr. Mahathir sering berkata, Azizan akan ‘tarik muka’ bila beliau (Mahathir) tidak bersetuju dengan isu yang diusulkan oleh Azizan kepadanya.  “Beliau sangat berterus terang dan saya suka dengan sikapnya itu.”
Kehidupan keluarga Azizan turut dimuatkan dalam biografi ini menerusi bab The Family Man. Tokoh berhati keras yang membina nama besar dalam membantu membangunkan negara ini turut dikenal pasti sebagai seorang yang sangat rapat dan mementingkan keluarga.
Keluarganya menggambarkan Azizan sebagai seorang suami dan bapa penyayang. Beliau biasanya akan tiba di rumah sebelum Maghrib dan menikmati hidangan malam bersama keluarga.
Masa itu diperuntukkan untuk bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan dengan anak-anak.
Sekiranya tiada acara rasmi, beliau akan membawa isteri, Puan Sri Noor Ainee Che Teh dan tiga anaknya, Amir Hamzah, Norizan dan Ikhwan Hamzah bersiar-siar, keluar makan dan membeli-belah pada setiap Ahad.
Menurut keluarganya, semua itu boleh dilakukan oleh Azizan kerana beliau bukan “kaki golf” merujuk kepada aktiviti golf yang selalunya dilakukan pada hujung minggu oleh penggemar sukan itu.
Di kalangan anak-anak dan sahabat handainya, Azizan dan Noor Ainee dianggap sebagai pasangan yang hangat bercinta sepanjang masa. Pasangan itu dianggap saling melengkapi antara satu sama lain oleh anak-anaknya.
Malah Norizan berkata, bapanya sentiasa memandang tinggi dan sering memuji kerana “bijak menguruskan rumah tangga dan juga bajet keluarga”.
“Beliau sangat bangga dengan ibu dan hubungan mereka sentiasa penuh dengan kasih sayang,’’ tegas Norizan.
Bagi Noor Ainee, Azizan adalah suami dan bapa terbaik. “Saya berkahwin muda, selepas sekolah. Beliau adalah guru saya,’’ katanya. Azizan mengajar dan mendidiknya dalam semua perkara termasuk etika ketika di meja makan sewaktu majlis rasmi.
Bagi mereka yang teruja untuk mengetahui cerita lain bagaimana tokoh yang meninggal dunia pada 14 Julai 2004 ini melatari hidupnya, buku ini sememangnya jawapan untuk itu. Enam belas bab lain menceritakan bagaimana Azizan mendepani pelbagai cabaran untuk membawa kejayaan kepada institusi yang diwakilinya. Pemergiannya memang satu kehilangan besar buat Malaysia.
Judul: The Quintessential Man ‘the story of  Tan Sri Azizan Zainul Abidin’
Penulis: Azam Aris
Penerbit: Crestime Holdings Sdn. Bhd.
ISBN: 978-983-44164-0-9
Pengulas: WAN NORAZAH WAN CHIK
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 01:59 AM | Show all posts


Ahmad Nesfu

Ahmad Nesfu adalah salah seorang pelakon filem Melayu. Ahmad Nesfu turut dikenali dengan panggilan 'Pak Besar' kerana memiliki hidungnya yang besar. Ahmad Nesfu berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, dan mula terbabit dalam bidang seni sebagai seorang pelakon bangsawan.

Antara lakonan beliau yang paling diingati ialah ketika beliau berlakon dalam filem Seniman Bujang Lapok, di mana beliau memegang peranan sebagai Director Ahmad Nesfu berlakon dengan P. Ramlee. Ahmad Nesfu adalah salah seorang seniman yang dikagumi oleh P. Ramlee.

Antara filem2 lakonan Ahmad Nesfu ialah:

Antara Dua Darjat
Musang Berjanggut
Seniman Bujang Lapok
Pendekar Bujang Lapok
Ibu Mertuaku
Madu Tiga
Tiga Abdul
Nujum Pak Belalang



Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat 'extras' Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai 'pak pacak' dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati 'sop kambing' kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal diGeylang Serai dengan 'kari ikan' dan 'dalca rusuk kambing'nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam diMasjid Onan Road (sudah tiada lagi - tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri "ura Cendana! Pura Cendana!" sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! "Korang usik aku ya!!! setan!!!" Itulah pengalaman nakal saya bersama 'Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana'.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin! al Fatihah!


tempat tinggal Ahmad Nisfu semasa mengahbiskan sisa2 hidupnya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 02:03 AM | Show all posts


M. Zain
(Telah Meninggal Dunia 31 Januari 1967)
Nama Penuh :         Mohd Zain Bin Shariff
Tempat Lahir :         Jalan Perak, Pulau Pinang
Bangsa :         Melayu
Bahasa :         Bahasa Melayu
Kerjaya :         Pelakon, Pelawak
Kemahiran :         Berlakon, Komedi

M.Zain atau Mohd. Zain bin Shariff dilahirkan di Jalan Perak, Pulau Pinang pada tahun 1921. Bapa beliau merupakan seorang penjual mi yang dikenal sebagai Shariss Tomato Mi.

M. Zain meminati bidang lawak semenjak zaman kanak-kanak. Oleh sebab itu, beliau kurang memberikan perhatian pada persekolahan. Malah, beliau sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk menonton bangsawan ataupun apa-apa bentuk pentas.

M. Zain memilih pekerjaan di pentas bangsawan bergerak. Beliau memasang dan mengecat pentas, memasang set, dan sebagainya dengan mendapat upah harian. Kadangkala, beliau menjadi penghibur gantian, bernyanyi dan berlawak.

Pada mulanya, M. Zain bekerja dengan Dean Opera. Kemudian, beliau bekerja pula dengan Seri Noran Opera. Tiga tahun kemudian, M. Zain benar-benar menjadi anak wayang. Kerja beliau hanyalah menari, menyanyi dan berlakon, terutama cerita lucu. Normadiah merupakan salah seorang kawan rapat beliau ketika mereka sama-sama menyertai rombongan bangsawan pada pertengahan tahun 1940-an. Mereka berpisah apabila Normadiah memasuki dunia perfileman di Singapura, sedangkan M. Zain masih bekerja di pentas bangsawan.

Pada tahun 1962, M. Zain memperoleh peluang berlakon filem melalui bantuan Normadiah. Filem pertama lakonan beliau ialah Mas Merah yang diarahkan oleh Dhiresh Ghosh pada tahun 1961. Filem tersebut dilakonkan juga oleh Ahmad Mahmud, Saadiah dan Ibrahim Pendek.

M. Zain semakin menonjol apabila P. Ramlee megabit beliau berlakon dalam filem, Labu Labi pada tahun 1962. Dalam filem tersebut, M. Zain membawa watak
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 02:04 AM | Show all posts
founder syarikat YTL tu bukan orang pulau pinang juga kan..??
hack3line Post at 6-8-2009 03:59


Yeoh Tiong Lai bukan orang Penang

http://findarticles.com/p/articles/mi_qn6207/is_20020416/ai_n24905017/


   The genesis of the YTL family holdings began with the late patriarch                           
   Yeoh Cheng Liam, who in 1920 came to Malaya from the Fujian province of                           
   China. He initially worked as a clerk at a timber store in Klang. In 1923,                           
   he got married and moved alone to Kuala Selangor to start his own timber                           
   business. He later branched out into transport and construction-                           
   contracting, the latter soon becoming his core business.                           
   In the 1960s, the second generation took over. Tan Sri Yeoh Tiong Lay,                           
   the third son of eight children, led the company to further progress.                           
   Tiong Lay was born in 1929 in Klang. In 1932, the whole family moved to                           
   Kuala Selangor to join their father. Tiong Lay received his early school                           
   education in Kuala Selangor and his secondary education in Klang and Kuala                           
   Lumpur. He was first registered as a Class `E' Public Works Department                           
   contractor in 1953 and helped his father run the Yeoh Cheng Liam                           
   construction company, playing a major role in the `earth-fill project'                           
   when the colonial government built the metal road from Tanjong Karang to                           
   Sabak Bernam between 1953 and 1955.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 02:27 AM | Show all posts


http://en.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei

Datuk Lee Chong Wei (simplified Chinese: 李宗伟; traditional Chinese: 李宗偉; pinyin: Lǐ Zōngwěi; born October 21, 1982 in Georgetown, Penang[2]) is a professional badminton player from Malaysia who resides in Bukit Mertajam.[3] Lee won the silver medal in the 2008 Olympic Games, thus becoming the first Malaysian to reach the final of the men's singles event and ending Malaysia's Olympic medal drought since the 1996 Games. This achievement also earned him the title Datuk, and a description by Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak as national hero.[4]

As a singles player, Lee was again ranked first worldwide on August 21, 2008.[5] He is the third Malaysian men's singles shuttler after Rashid Sidek and Roslin Hashim to achieve such a ranking (since official rankings were first kept in the 1980s), and is the only Malaysian shuttler to hold the ranking for more than two weeks.

Lee is also the reigning All England champion.

Lee has won many international badminton titles in his career, including many Super Series titles. However, despite his status among the world's elite, Lee has only managed to capture bronze (in 2005) at the BWF World Championships.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.055091 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list